Friday, August 22, 2014

Apa Benar Malaysia Airlines (MAS) Sebegitu Teruk? | Menjawab Persoalan Dengan Pengalaman

Assalamualaikum semua

Hari ni seluruh Malaysia bergenang air mata. Mengenang dan mengingati pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di ruangan udara Ukraine pada 17 Julai 2014 yang lepas. Secara jujur, air mata Nanie dan keluarga memang tumpah. Yer, walaupun tiada siapa yang Nanie kenal menjadi mangsa pesawat itu, juga bukan saudara mara. Tapi, manusia mana yang tidak sayu melihat satu per satu keranda dan kotak abu dibawa ke van jenazah? Sungguh hiba! Dalam tangisan itu semua, ada sesuatu yang Nanie mahu kongsikan dengan para pembaca Blog Coklateyes.


Dua minggu lepas, Nanie ke Beijing. Pertama kali Nanie diberitahu yang Nanie terpilih untuk ASEP 2014, hati Nanie rasa cuak. Rasa takut dan sedikit gentar. Untuk pengetahuan, ini pertama kali Nanie menaiki pesawat MAS ke luar negara. Apatah lagi kira-kira 2 bulan lepas, diberitakan, pesawat yang bakal kami naiki ke Beijing nanti adalah pesawat MAS MH360. Serta merta memori MH370 terimbau dalam kepala. Seolah-olah ada satu badi, Nanie takut sendiri. Nanie yakin, bukan Nanie seorang yang gentar, seluruh keluarga, dan mereka yang mengetahui penerbangan kami ini turut sama merasa gemuruh. Tapi dipendam dalam hati. 

Belum pun reda dengan misteri kehilangan MH370, tiba-tiba kisah MH17 meruntun hati kita semua. Bertambah lagi kengerian Nanie untuk menjejak kaki menaiki pesawat MAS. Masa tu, banyak persoalan yang Nanie fikir. Nanie tertanya-tanya, "memang pesawat MAS banyak masalah ke?", atau "Pilot MAS tu tak reti bawak kapal terbang ke?". Itu soalan yang bermain di fikiran. Soalan yang muncul akibat emosi marah dan sedih mengenang dua pesawat malang iti. Ketika itu, Nanie tiada jawapan sebab Nanie tak pernah ada pengalaman dengan MAS.  

Sehinggalah sampai ke hari penerbangan Nanie ke Beijing 3 Ogos 2014, menaiki MH360 pada jam 6 petang. Muka Nanie agak pucat. Bukan sebab penat, tapi sebab takut. Nanie bimbang kalau-kalau kejadian MH370 dan MH17 berulang kembali. Memang ajal maut di tangan Allah, tapi Nanie terfikir sejauh mana MAS itu terbaik untuk penumpangnya? 


Dengan iringan doa, bacaan ayat Kursi dalam hati, surah Al-Fatihah juga kalimah syahadah, Nanie melangkah kaki masuk ke pesawat MH360. Dalam hati, memang Nanie akui pesawat ini sungguh besar - panjang dan penuh dengan penumpang. Masing-masing sibuk mencari tempat duduk dan mengemas luggage. Dengan penuh senyuman kemesraan, seorang pramugari datang kepada Nanie dan bertanya nombor seat. Terus cepat-cepat dia memberi arahan membantu Nanie yang mungkin time tu kelihatan seperti lost sekejap. Bukan lost apa, lost sebab terpesona dengan pesawat yang besar ini. 

Setelah duduk, pakai seat belt semua... pesawat mula untuk berlepas. Waktu tu, tuhan aje yang tahu bagaimana cuaknya hati Nanie. Nanie pandang satu-satu wajah kawan-kawan Nanie. Nanie tahu mereka juga begitu. Terkumat-kamit masing-masing membaca ayat yang mereka tahu. Masing-masing tak putus memanjatkan doa moga-moga Allah melindungi perjalanan MH360 ke Beijing ini. Perjalanan yang sama seperti MH370 juga. Di skrin hadapan penumpang terpampang sepotong doa keselamatn perjalanan. Khusyuk Nanie baca maksudnya setiap satu dan dalam hati mengaminkan doa itu. 

Maka terbanglah MH 360 menuju ke Beijing. Dalam perjalanan, kami dihidang dengan dua meal. Meal yang pertama adalah dinner dan yang kedua adalah supper. Pilihan hidangan untuk dinner adalah Kuey Tiaw Ayam atau pun Nasi with Sweet Sour Fish. Nanie pilih Kuew Tiaw. Dapat meal, terus Nanie buka foilnya. Allahuakbar, sedap betul makanan yang dihidang oleh pihak MAS. Sungguh, sampai sekarang Nanie bagi 5 bintang pada meal mereka. Lengkap dan cukup rasanya. Apatah lagi yang paling Nanie suka adalah Chocolate Cake nya yang memang thumbs up! Sambil makan tu, Nanie terfikir... apa betul berita Nasi Lemak Terlanjang MAS tempoh hari? 


Duduk dalam pesawat selama 6 jam bukan perkara yang mudah untuk orang first time macam Nanie. Nanie mabuk udara. Muka pucat lesi. Dalam perut dah menggelodak. In any time boleh muntah. Dahi dah berpeluh sejuk. Tangan kaki semua rasa kebas. Waktu tu, Nanie duduk diam-diam. Tiba-tiba salah seorang pramugara perasan yang Nanie lain macam. Dia datang dan tanya pada Nanie sama ada Nanie ok atau tak? Tanpa suara, Nanie menggeleng. Dia tahu Nanie sedang menahan muntah. Cepat-cepat dia berlari ke kabinnya. Tak sampai 5 minit, dia kembali pada Nanie dengan beg mabuk udara, panadol, minyak angin dan air suam. Dengan nada lembut, dia menenangkan Nanie dan mintak Nanie tarik nafas dalam-dalam. Dia suruh Nanie makan panadol dan berehat. Minyak angin tu, dia suruh Nanie sapu pada hidung. Waktu tu, Nanie pandang muka dia penuh dengan keikhlasan untuk membantu. Alhamdulillah mabuk Nanie semakin berkurang dan Nanie dapat lelapkan mata. 


Setelah hampir 6 jam, akhirnya pesawat MH360 menghampiri Beijing International Airport. Kami semua dikejutkan dan diberi meal terakhir. Simple tetapi memang sedap. Tuna sandwich. Kelihatan beberapa penumpang yang tidur, dikejut lembut oleh pramugara dan pramugari MAS. 


Nanie perhati setiap sorang pramugara dan pramugari yang melayani kami sepanjang penerbangan. Bangga Nanie katakan, mereka sangat profesional dan sabar melayan kerenah penumpang. Di wajah mereka, tenang dan penuh keikhlasan walaupun Nanie tahu mereka juga letih dan penat. Tetap meneruskan kerja dan amanah yang dipikul dengan baik. Amanahnya adalah memastikan semua penumpang selesa dan rasa selamat! 

Lampu "Fasten Your Seatbelt" menyala. Menandakan pesawat hampir touchdown. Sekali lagi, hati Nanie berkocak gentar. Mula lah, beberapa aksi pesawat missed landing yang mendebarkan dalam movie Hollywood terbayang di mata. Cepat-cepat Nanie selawat dan sekali lagi ayat Kursi juga syahadah bergema dalam hati. Dari tingkap pesawat, dah mula kelihatan lampu-lampu airport Beijing begemerlapan. Waktu Beijing ketika itu adalah 1.30 pagi. Nanie lihat pada skrin dihadapan. Kelajuan pesawat ketika itu adalah sekitar 700km/h. Terus Nanie terfikir hukum fizik. Inersia dan Hukum Newton! Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersianya. Dalam hati berkata, kalau kereta 180km/h terbabas dah boleh membunuh, apatah lagi kalau dengan halaju segitu. Apa bentuk rupa mayatnya kalau apa-apa berlaku. Nauzubillah. 

Dari dalam pesawat, kedengaran bunyi tayar kapal terbang dikeluarkan. 15 minit kemudian, Nanie dapat rasa tayar kapal terbang menyentuh permukaan jalan airport. Allahuakbar! Licinnya pendaratan!!! Dengan kelajuan sebegitu, kami penumpang semua tak terasa pun gegaran pendaratan. Malahan, pilot berjaya brek dengan sangat-sangat-sangat bagus dan licin. Kami hanya mengalami tindakan inersia yang sangat sedikit. Betapa hebatnya pilot MAS mendaratkan pesawat sebesar itu dengan penuh lancar dan licin. Berhenti tepat pada lokasinya dan paling penting, semua penumpang merasa tersangatlah selamat! Syukur, kami mendarat dengan selamat di Beijing!

__________________________________________________

Nanie berkongsi pengalaman menaiki pesawat MAS MH360 ini bukan kosong. Setelah menaiki dan selamat tiba di destinasi dengan MH360, satu per satu soalan Nanie sebentar tadi terjawab. 

Nanie mahu seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa kita mempunyai sebuah syarikat penerbangan yang sangat bagus. Yang tiada tolok bandingnya. Dari segi servis, kebersihan, keselamatan, keselesaan malahan meliputi pelbagai aspek lain. Memang betul ini pertama kali Nanie menaiki pesawat MAS dan mungkin kelihatan sangat rapuh pengalaman ini, tapi bila Nanie merasai dan menjalani sendiri pengalaman terbang bersama MAS, segala persepsi buruk, tohmahan dan fitnah yang melanda MAS perlu dihentikan. Jika ada yang mempersoalkan isu dalaman mereka, itu suatu perkara yang berbeza. 

Co-Pilot MH360 komen di Instagram Nanie berkaitan penerbangannya sebentar tadi 


Lihatlah bagaimana mereka melayan penumpang, memastikan penumpang merasa selamat, memastikan penumpang selesa, menyediakan makanan yang lazat dan terbaik, memberikan satu skill penerbangan yang hebat dan ini semua merupakan cerminan kehebatan operasi Malaysia Airlines! Sewajarnyalah mereka mendapat anugerah di peringkat Antarabangsa. Kerana di China sendiri, Nanie menaiki beberapa pesawat lain milik negara orang dan sungguh... bagai langit dan bumi servis dan pendaratan mereka! 

   

Kita ini rakyat Malaysia. Sebuah negara kecil yang kaya. Kaya budi bahasa, juga kaya dengan segala macam kebaikan pada rakyatnya. Jika kita sebagai rakyat tidak bangga dengan harta kekayaan kita, bagaimana orang luar mahu menghormatinya? Malaysia Airlines itu milik kita, milik semua, dan Malaysia Airlines itulah duta kecil negara yang menjulang tinggi nama Malaysia. 

Sekali lagi Nanie berpesan, semua cakap-cakap buruk yang dilemparkan terhadap MAS juga terhadap krew, pilot, pramugari dan pramugara juga seluruh warga kerja MAS perlu dihentikan. Yang mana salah, yang mana silap sama-sama kita tegurkan. Kita cuba bagi cadangan dan mohon mereka pertimbangkan. Moga-moga mereka memperbaiki kesilapan dan mengisi ruang-ruang kekhilafan itu dengan suatu perkara yang baik. Moga MAS terus kekal, dan terus membanggakan!

Sama-sama kita gilap semula nama baik, reputasi dan kegemilangan MALAYSIA AIRLINES! :)


Al-Fatihah dan Salam Takziah buat MH17 & MH370!




13 comments:

  1. Betul apa yang diperkataakan oleh akak... Ena dulu pernah juga nai MAS ni.. pelayan dia memang bagus2.. Apa yang terjadi kat negara kita sekarang, bukanlah layak kita untuk menghina.. Sepatutnya kita sama2 berganding bahu memberi semangat kepada anak anak kapal MAS...

    ReplyDelete
  2. sepanjang naik MAS, takde apa masalah.

    memang ok.

    dan sepanjang naik Airasia. Pun sama.

    Ok aje.

    ReplyDelete
  3. sy tak pasti dengan individu2 yang cuba nak menjatuhkan reputasi MAS..sbb as a frequent flyer even tak semua airlines (just MAS, AirAsia, Malindo, Fireflyz, Lion Air, KLM) sy rasa pengalaman sy dengan MAS yang paling superb..bukan nak banggakan produk negara sendiri tapi realiti..

    ReplyDelete
  4. Allhamdulillah... cabin crew mas the best in the world kan... salam takziah jua...

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana menyokong Malaysia Airlines. We hope to see you again in the future. - mewakili Malaysia Airlines.

    ReplyDelete
  6. Hi nanie..
    First time nak comment.. Dah lama baca your blog hihi tp tak penah comment..

    Bestnya pegi melancong..sebelum kejadian MH370 I tak pernah nak hargai jasa pilot and crew hantar pegi belajar jauh jauh and amik dari tempat belajar pulang ke Malaysia..

    Bila kejadian tu memang celik mata mengenangkan kalau diorang tak ada, macamana nak pegi belajar macamana nak balik msia.. Baru tahu bersyukur..

    Mana mana airlines pun memang diorang punya pengorbanan and layanan memang sesuatu yang patut dihargai. Kejadian MH370 memang bukak mata melihat pengorbanan diorang tinggal anak isteri suami sebab mudahkan urusan orang lain nak pegi kerja belajar melancong and all. Betapa diorang punya career sangat banyak mudahkan urusan orang lain.

    Btw nanie..
    Landing yang licin tu bahaya.airplane boleh tersasar dari landasan. Kalau nak landing kena ada bunyi 'bam' sekali means cengkaman tayar airplane begitu kuat pada tanah that's a very positive landing. Kalau pilot punya test(abang kte pilot) kalau smooth tu nanti kena maki dengan captain dalam cockpit sebab bahaya boleh tergelincir dari landasan. Kena 'bam' means very positive landing baru captain tepuk tepuk bahu cakap good hahaha.

    Tak leh nak publish if guna nama sendiri. Haha jakun first timer.
    Farahin.

    ReplyDelete
  7. Salam kak nanie, lama tak komen kat blog akak nie. Kalau betullah ramai pekerja MAS akan diberhentikan seperti yang diura-urakan di berita tu, kasian mereka nanti. Sepanjang saya naik MAS ulang alik ke Semenanjung rasa best je berbanding dengan AIR ASIA, rasa macam yang akak rasa juga tapi tak sampai lah 6jam.hihi. Makanan dia pun the best juga kecuali nasi lemak dia lah. Memang nasi lemak dia tak perfect sangat jika dibandingkan dengan nasi lemak AIR ASIA. Tapi kalau nak diikutkan layanan dia memang terbaik berbanding airlines yang lain. Kecewa sangat bila ramai yang pandang serong dengan krediabiliti MAS.

    ReplyDelete
  8. memang terbaik dari segi perkhidmatan dan kecekapan mereka bertugas.Walaupun pernah naik MAS hanya dalam negeri dalam waktu yang singkat, layanan dari MAS memang bagus :)

    salam takziah buat mangsa MH17 dan keep on #PrayforMH370

    ReplyDelete
  9. MAS tetap d hati kakchik. I love Malaysia Airlines forever.

    ReplyDelete
  10. Tersentuh baca entry kamu.
    Saya naik MAS dari Beijing Ke KLIA pada Disember 2013.
    Sepatutnya naik Cathay Pasific. Dah duduk dalam flite lebih sejam, flite ada masalah pulak.
    Kena turun. Delay.
    Nasib baik MAS ada kekosongan masa tu.
    Kami transfer ke MAS .
    Mas tetap di hati.
    Lebih2 lagi rajin buat promosi.
    This Disember fly with MAS again ke Langkawi.
    ALhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. Utk flight MAS jarak jauh mmg diakui makanan yang dihidangkan memang sedap bertepatan dengan harga tambang tapi untuk domestic seperti KL-KCH makanan sangat menyedihkan.Crew ade yg ramah dan ade yang tak...depend pada flight dan so far best naik mas sebab no charge hidden

    ReplyDelete
  12. sepanjang menaiki pesawat mas, mas tetap yang terbaik, x ada tandingan oleh mana-mana syarikat penerbangan lain.

    ReplyDelete
  13. Kita perlu bersyukur,Kerana kita dapat suatu pentadbiran yang baik,Rakyat yang tak faham dan tak bersyukur gaduh,semua rakyat Malaysia mariberganding bahu,sama-sama berjaya...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork