Wednesday, August 27, 2014

Drama Seludup : Cungkil Bakat Pemenang Ujibakat!

Assalamualaikum semua

Korang ingat lagi tak Nanie pernah ajak korang join satu audition menjadi pelakon dalam drama Seludup? Alaaa yang boleh menang hadiah lumayan bernilai RM 15 000 tu. 

              1

Korang nak tahu tak, baru-baru ni dah ada pemenang yang diumumkan! Pergh, mesti hebat dan berbakat besar kan pemenang tu. Untungnya lahai! Bukan sekadar menang duit , malahan jadi pelakon dan berlakon dengan nama-nama besar industri hiburan! Sebelum Nanie umumkan siapa lah dua nama pemenang tu, Nanie nak cerita lagi mengenai Seludup. Supaya korang lebih jelas dan tahu apa kisah drama bersiri Seludup ni ye...

DRAMA SELUDUP adalah sebuah drama online yang diarahkan oleh Jehan Miskin. Pelakon-pelakon drama ni semua hebat-hebat belaka seperti Syafie Naswip, Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Raja Ilya dan lain-lain lagi. Ia berkisarkan tentang kisah kehidupan zaman sekarang, kalau kita tengok terdapat banyak kes penyeludupan seperti seludup rokok, perdagangan manusia dan banyak lagi. Drama ni drama pendek je, hanya 13 episod dan lokasi penggambaran dijalankan di sekitar Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.

Untuk itu dua pemenang yang bakal dicungkil bakatnya oleh Jehan Miskin adalah :

     KEPUTUSAN UJIBAKAT DRAMA SELUDUP

                          20140819-121257.jpg

Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”.
“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.
Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pemenang ni! See. Betulkan, rezeki manusia tu kita tak tahu bila dan bagaimana. Tup-tup mereka ini jadi pelakon. Mana tahu lepas ni semakin murah rezeki. Untung badan!!! 

Untuk maklumat lanjut boleh layari -
Facebook :
Instagram :
You Tube: 

#masukdramaseludup

3 comments:

  1. Tahniah buat mereka yang menang.. :)

    ReplyDelete
  2. Tuah badan.Allah telah menetapkan aturan rezeki mereka di situ.. :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork