Tuesday, August 26, 2014

Langkah-Langkah Memeriksa Powerbank PINENG Original

Assalamualaikum semua

Sejak Nanie publish entry untuk KENAL PASTI POWERBANK PINENG ORIGINAL (LINK), ramai betul tanya Nanie macam mana langkah-langkahnya. Malahan entry tersebut dah mencecah lebih 30,000 pageviews. Nanie berkongsi mana yang Nanie tahu. Mana yang kurang tu Nanie mintak maaf lah sangat. Bertubi-tubi soalan dan komen pembaca bertanya pasal PINENG powerbank ni. Lagi pulak masa nak raya hari tu kan. Kadang ada yang tak sempat Nanie balas. Hampun! 

My bad sebab masa entry tu Nanie tak buat step-by-step kan. Jadi berlambaklah soalan dari pembaca yang mintak tolong clarify originality powerbank Pineng mereka. So, now Nanie akan tunjuk cara nak guna code yang diberikan ye. Jadi lepas ni boleh check sendiri :)



1. PASTIKAN KOTAK POWERBANK PINENG ADA SEAL CODE YANG BELUM DIGORES.




2. GORES SEAL TERSEBUT & DAPATKAN NOMBOR KOD




3. SALIN CODE TERSEBUT DAN KORANG PERGI KE LAMAN WEB PINENG. BAGI MENGELAKKAN MASALAH, PASTIKAN BAHASA TELAH DITUKAR KEPADA ENGLISH.




4. DI BAHAGIAN BAWAH WEBSITE ADA SATU BOX UNTUK DIISIKAN. MASUKKAN CODE YANG KORANG DAH GORES TADI DISITU. 



5. KEMUDIAN BILA KORANG KLIK OK, TERUS KELUAR SATU WINDOW YANG MEMBERIKAN JAWAPANNYA. TETAPI IA DALAM BAHASA CINA.


UNTUK KEFAHAMAN, BOLEH GUNAKAN GOOGLE TRANSLATE ATAU PUN GOOGLE DIRECT DI WEBSITE TERSEBUT. DAN HASILNYA ADALAH SEBEGINI : 





Yes, yes part ni memang Nanie pun mula-mula tak faham. Tapi ini adalah apa yang Nanie faham dan google lah ye. 

PINENG menjaga keaslian produknya. Jadi, bagi mengelakkan orang duplicate keaslian nombor code tadi, disarankan korang check hanya sekali sahaja. Jawapan atas ni bermakna, orang tu dah check sampai 8 kali. Sedangkan masa first time check, jawapan yang diberikan oleh PINENG adalah ORIGINAL! So, sekiranya korang check nombor code korang dan dah keluar sebegini, maknanya korang punya powerbank ORIGINAL

Untuk yang first time check pulak, dia akan keluar jawapan sebegini : 



atau pun macam ni ....

"Hello! Products for your query Battery Co., Ltd., Zhongshan goods produced genuine products, ease of use! Thank you for your inquiry, goodbye!"


Nanie harap entry ni dapat memberikan jawapan dan bantuan kepada korang. Sebagaiamana yang Nanie katakan, mana yang Nanie tahu...Nanie cuba berikan jawapan. Pada pandangan Nanie, untuk membeli powerbank sebenarnya perlu dibuat dengan teliti. Jangan terlalu mudah percaya lebih-lebih lagi jika harga terlalu murah. Ada banyak kes penipuan yang berlaku di luar sana. Sebab tu Nanie sarankan beli dengan penjual yang memang diyakini. Sebagaimana Nanie sendiri, FFCARAVAN memang memuaskan hati. Sebarang masalah dan keraguan boleh terus ditanya pada pemiliknya! 

Di entry yang lepas (LINK) juga, Nanie ada menjawab beberapa soalan mengenai powerbank. So, kalau korang rajin sila lah jenguk-jenguk bahagian komen. Mana tahu, soalan yang korang nak tanya tu Nanie dah pernah jawabkan! Moga-moga korang terus mendapat informasi dan maklumat yang bagus dari Blog Coklateyes ni. :)



Maklumat lanjut boleh contact :

 FFCARAVAN 

Innanie Ariffin 

Website Pineng 


UPDATE : 

Sekarang Nanie pakai iPhone5. So, hari tu masa Nanie ke Beijing... PINENG Powerbank dengan kuasa 10 000mAh boleh charge up handphone Nanie sehingga 4 kali fully charge! Memang bagus dan berbaloi. So far Nanie dah ada 2 powerbank! 



15 comments:

  1. NANIE AWAK DAH ADA 2 POWERBANK.. APA KATA AWAK SEDEKAHKAN KAT SAYA SATU...
    SAYA TAKDE LAGI .. \0/

    ReplyDelete
  2. Sekrang ni ramai gune jenama Pineng ni. Termasuk adik saya, tetibe.

    ReplyDelete
  3. xnak bagi freebies ke...baru balik dari china...

    ReplyDelete
  4. Ramai yang review power bank brand Pineng ni.. Wajib beli lepas ni brand nih.. Btw, thanks nanie for sharing.. =)
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  5. Azwar pun baru terpikir nak beli powerbank, tengah survey mana okay :D

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Kami ada model baru harini di ffcaravan

    Model paling berkuasa!!!tungguuu!!!!

    ReplyDelete
  7. good sharing..berkira kira nak membeli jugak ni.

    ReplyDelete
  8. http://EarnYoga.biz/?reflink=n_ahmad

    ReplyDelete
  9. Bagus sharing ini, bagi ramai yang tahu tentang powerbank PIENNG yang original

    ReplyDelete
  10. As salam nanie, nk tnya powerbank pineng pn-929 permukaan dia kasar skit ke dr pn-999????

    ReplyDelete
  11. Hi sis Nanie. Nak tanya powerbank Pineng yg kt Lazada ori ke tak eh? Sbb kkdg rasa mcm murah pulak. 😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
  12. tq nanie...mmg sangat sangat membantu...sis cek banyak kali...festime tu mmg dah di beritahu genuin product...tapi gatai nak cek banyak kali...tapi bila baca entry nanie baru faham. thanks ya!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork