Monday, August 25, 2014

Moo Cow Factory Tour : Belajar Cara Membuat Yogurt


Assalamualaikum semua

Korang suka tak minum yogurt? Kalau Nanie, memang Nanie suka sangatlah. Sebab dia rasa masam-masam manis dan yang paling penting memberikan banyak khasiat terutama untuk penghadaman kita. Baru-baru ni, Nanie berpeluang melawat dan membuat sendiri yogurt di Mini Factory Moo Cow yang terletak di Segambut.



Seawal 10 pagi kiteorang semua kena berkumpul di Moo Cow Publika. Rasanya korang mesti tau kan, konsep kedai Moo cow ni memang buatkan orang geram. Dekorasi dalaman dan susun atur kedai mereka memang menarik dan cute-cute belaka.





Mungkin ada yang pernah lalu je Moo Cow ni kan? So, untuk pengetahuan korang selain daripada menyediakan Frozen Yogurt, Moo Cow juga ada menghidangkan pelbagai produk lain berasaskan yogurt seperti Yogurt Drink, Yogurt Cake dan Yogurt Mooncake. 



Sebelum kiteorang semua dibawa ke Mini Factory Moo Cow, masing-masing boleh redeem Yogurt Drink. Ada 3 perisa diberikan iaitu Strawberry, Blueberry dan Original. Untuk Nanie, memang favourite Blueberry lah.




Lepas tu teruslah kitorang semua di bawa ke Mini Factory Moo Cow yang terletak di Segambut. Lebih kurang 15 minit dari Publika. Disebabkan namanya Mini Factory, jadi memang comel sangat kilang Moo Cow ni. And guess what, kami pun tak sangka ia adalah sebuah kilang sebab terletak di deretan kedai-kedai. Sesampainya di sana, selain daripada staff Moo Cow yang sambut kami, maskot Moo Cow iaitu Mamalia, si lembu comel ni pun turut ada sama. Aloh comelnya lahai. Dahlah warna tompok-tompok kan!


Sebelum di bawa masuk melihat sendiri bagaimana penghasilan yogurt dan yogurt drink, kami diberi sedikit taklimat oleh founder Moo Cow iaitu Mr.Clifford Too. Banyak betul sebenarnya yang kita tak tahu mengenai yogurt ni. Bermula dari sejarah penemuannya, kebaikan yogurt sehinggalah jenis dan kaedah pembuatannya. 



Antara kebaikan mengamalkan pemakanan yogurt adalah : 
  • Meningkatkan kadar imunisasi badan
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan pencegahan awal osteporosis
  • Menurunkan kadar kolestrol
  • Mengurangkan berat badan
  • Mampu mengatasi stress
  • Bagus untuk wanita selepas bersalin 
  • Sumber kalsium yang bagus untuk tumbesaran 

Dan sekarang, masa yang ditunggu-tunggu. Lawatan ke kilang mereka. Sebelum tu, semua kena pakai peralatan untuk kebersihan. Yerlah, industri pembuatan makanan memang kena pentingkan aspek ni semua. Kalau tak, bahaya dan boleh mengancam kesihatan pengguna kan?


Untuk membuat yogurt, bilik tersebut mestilah berhawa dingin dan mempunyai suhu yang bersesuaian. Proses pembuatannya agak rumit dan memerlukan penelitian yang terperinci. Paling penting, semua peralatan dan kaedah kena tepat dan bersih. Kalau satu part rosak atau tak jadi, memang sampai ke sudah lah tak menjadi! 




Selepas ditunjukkan cara membuat yogurt tu, Mr.Clifford ajak dua orang Butterfly untuk buat yogurt drink. Apa lagi, cepat-cepatlah Nanie angkat tangan. Seronok jugak tu belajar buat yogurt drink. Walaupun takut-takut jugak lah kan. Bukan apa, takut tersalah letak bahan ke apa, dah rosak susu yogurt tu kan. Nasib baik menjadi. Sedap pulak tu! :) 



Menurut Mr.Clifford, di pasaran hari ini memang banyak sangat yogurt drink. Tetapi kebanyakannya bukanlah meletakkan yogurt yang sebenar. Dia menyarankan kepada kiteorang semua supaya berhati-hati dan sering membaca label dan ingredients sebelum beli yogurt drink. 

Sebagaimana yang Nanie ada beritahu atas tadi, Moo Cow turut menghidangkan beberapa produk lain berasaskan yogurt dan susu. Antara produk popular mereka selain daripada yogurt drink adalah moon cake dan juga yogurt cake. Yogurt cake tu tersangatlah sedap. Tak muak sangat macam cheese cake, dan tak manis sangat. Sedang-sedang aje! Memang lazat.




Last but not least, kami semua pulang bukan dengan tangan kosong. Kami diberikan voucher RM 100 dan juga gift box yang memang comel sangat. Terima kasih pada Moo Cow sebab sudi menerima kami dari Butterfly Project ni. Memang seronok dan satu pengalaman baru untuk belajar dan mengetahui cara pembuatan yogurt yang sebenar!





16 comments:

  1. bestnya dpt melawat kilang ni..saya pun peminat yogurt juga..saya suka strawberry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah strawberry pun nampak sedap gak tu!!!

      Delete
  2. wow!
    syok nyee
    bersih ! di jamin selamat makan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah sebab sepanjang yang saya perhatikan tak nampak benda yang tak bersih! :)

      Delete
  3. Assalamualaikum nanie, comelnya Moo Cow ni.. ehh illy kurus la, so comel.. lama tak jumpa korang semua ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak illy kurus kot! lebih kurus dari zaman anak dara dia! aduiiii kalah nanie :) hehehe

      rindu sheila gak!

      Delete
  4. Assalam. Sis.. wah! baru discover your blog and memang best... Jumpa pulak dengan Kak SabbyPrue.. hihi.. :)
    Content pun best.. keep it up. Numi dah follow sis.. nt jemput ke blog numi yek.. nomilicouz.blogspot.com

    Salam perkenalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam! hahaha kak sabby yang comel funsize tu.... she is my blogger bff :) insya Allah akan datang ke blog awak jugak

      Delete
  5. comel betul konsep Moo Cow ni, geram tengok ^_^ selama ni memang tak pernah beli, tapi nanti rasa macam nak try lah especially kek dia, hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mieza! geram je akak perati si lembu tu! hehehehe

      Delete
  6. glamer akak dalam blog nanie. hehe it was a fun trip, seronok sangat!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sabby! sapa tak kenal... heheheehhe memang lah femes

      Delete
  7. Tak pernah try yogurt moo cow nih.. Sebab takde tanda halal.. Tapi ni dah tengok sendiri bagaimana cara penghasilannya, lepas ni bolehla try.. Thanks nanie for sharing.. =)
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mereka memang 100% gunakan milk product dan takde campuran bahan-bahan lain (sepanjang saya perhatikan lah), Insya Allah diyakini... tapi mereka dah dapat sijil ISO yang menandakan kebersihan dan kualiti mereka terjamin

      Delete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork