Saturday, August 23, 2014

Rexona Spray for Woman Dengan Teknologi Freshprotect : Beri Keyakinan Diri Berpanjangan!

Assalamualaikum semua

Masa Nanie ke Beijing tempoh hari,  Nanie tak tahu cuaca dan kelembapan di Beijing. Tapi apa yang Nanie tahu memang schedule Nanie di sana pack. Jadi, mestilah badan berpeluh dan kalau tak iya-iya, badan berpeluh akan hasilkan bau yang kurang menyenangkan! Tak mahu lah macam tu kan. 


Sebab tu, untuk Nanie deodorant amat penting! Bukan sekadar penting saje, pemilihan deodorant juga mestilah yang terbaik dan mampu berikan perlindungan dari bau badan yang kurang menyenangkan. Jawapan untuk itu, tentulah dari Rexona! 




Hari Rabu yang lepas bertempat di Sunway Pyramid, Nanie telah dijemput untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Rexona Spray for Women with Freshprotect. Mula-mula datang tu, semua orang tertanya-tanya apa agaknya kelebihan produk terbaru Rexona ni? 



FRESHPROTECT TECHNOLOGY

Merupakan teknologi terbaru dari Rexona. Untuk pengetahuan, Freshprotect berfungsi dengan menggunakan microcapsules yang bertindak balas dengan badan dan membebaskan haruman berpanjangan. Dalam setiap microcapsules tu ada bau-bauan segar yang akan terbebas melalui pergeseran iaitu dengan gerakan kita. Maknanya, semakin banyak kita bergerak, semakin banyak bauan segar dari microcapsules yang akan dibebaskan. Malahan dengan teknologi ini juga, Rexona mampu memberikan kesegaran sehingga 48 jam! Teknologi dalam Freshprotect ini memboleh wanita moden menjalani gaya hidup yang sentiasa sibuk sekaligus memberikannya keyakinan untuk melakukan apa jua aktiviti! 


Bagi menguji sendiri kehebatan teknologi Microcapsules dalam spray ni, Nanie dan kawan-kawan kena try dulu pakai Rexona Spray for Women ni. Lepas tu kami semua kena join treasure hunt games. Barulah banyak pergerakan yang berlaku seterusnya mesti badan berpeluh kan? 

muka yakin je selepas sembur Rexona Spray! 
Ada 5 pilihan. Semua segar-segar belaka bau dia! 
Kami semua dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu mengikut warna & nama Rexona Spray iaitu Whitening, Powder Dry, Free Spirit, Passion & Shower Clean. Setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang. Semuanya warga media jugak. Nanie termasuk dalam kumpulan Free Spirit. Yang warna purple tu. 

Azura Fear Factor sebagai emcee of the day. Dia pun sama-sama kepochi jugak dengan peserta. :)
Fasilitator yang menjadi guide setiap kumpulan
Terdapat 5 tugasan yang kami kena buat. Semuanya memang menguji minda dan juga fizikal. Tapi takdelah teruk sangat. Lari pusing-pusing dekat situ jugak lah. Semangat kami semua nak menang memang luar biasa. 

Free Spirit Group. Muka kena yakin untuk menang! 

Antara station permainan. Penat jugak lah. Basah ketiak! Hehehe. 
Walaupun kumpulan Nanie tak berjaya, tak pe. Takde masalah punya. Paling penting adalah kerjasama kami sebagai satu kumpulan.  Bagi sokongan sesama rakan, bantu-membantu dan paling penting kami enjoy! Tapi jeles jugak lah bila group Cik Lily Putih, Ashley Yeen, Cindy & Nanie Isa yang menjadi juara dan bawak pulang baucer Guardian RM 500 tu! Hehehe... 

Sharing Session. Cik Lily Putih tu atas stage memalu pulak dia. Padahal.... kat bawah dia paling kepoh. Hehehe.

Last but not least, sebelum majlis tamat ada sharing session sikit. Nanie dan Cik Lily Putih dijemput sebagai panel untuk session tersebut. Kami kena kongsikan sikit pengalaman setelah gunakan Rexona Spray for Woman. Mula-mula Nanie dengan Cik Lily memang lah cuak, tapi rileks aje. Buat confident! Lepas tu, we conquer the floor lah. Hahahahahaa!

Goodies untuk semua! Yeay!
Jadi kalau korang nak rasakan sendiri bagaimana Freshprotect Teknologi ini membantu korang untuk tampil yakin walaupun seharian berpeluh dan bergerak, korang kena dapatkan Rexona Spray for Woman ini di pasaran. Jangan risau, untuk lelaki pun ada jugak. Sama teknologi! Bila bau badan segar, kita boleh terus kekali aktif dan yakin untuk bersosial! 

Candid Moment. Nanie kena panggil dengan Bubbles Magician tu. Malu kiter. 


Untuk maklumat lanjut : 

Facebook :



27 comments:

  1. wah beznya kak...salam ziarah dari saya

    ReplyDelete
  2. kakak ... wangi tak kak ?? tak ase melekit ke bnda nih ???
    aisya datang singgah ... kali pertama singgah blog akak .. cantik :) ada masa singgahlah blog aisya jugak ya :) http://aisyaieyka.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dik datang singgah blog akak yang tak seberapa ni. heheheh

      so far, memang wangi and tahan lama! akak suka... melekit for spray takde melekit and for roller ball, macam biasalah. melekit awal-awal je...

      Delete
  3. happy nanie kat sana hehee :) blh nampak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhah kalau akak kenal Nanie, mana je pergi memang Nanie hv fun!

      Delete
  4. Best best..mesti bwk balik byk Rexona kan..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kak! memang bawak balik rexona! ;)

      Delete
  5. Ok, this is a must try product! Thank you nanie for sharing..😊

    ReplyDelete
  6. Wahh seronoj jgk... Seronok event mcm gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes memang seronok sebab blh jumpa kawan-kawan baru and discover new thing!

      Delete
  7. wow bestnya...jemput singgah ke blog kita jgk.. :)

    ReplyDelete
  8. pergh kau naik stage. patut ajak aku sekali la haritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa kau bizi dengan bangla kau je! hehehe
      cuba bagi perhatian kat aku sikit! hahahaha

      Delete
  9. rexona dah tampil dengan packaging baru ni..menarik!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork