Thursday, August 14, 2014

Scholl Velvet Smooth Express Pedi : Lembutkan Tumit Kaki Kasar!

Assalamualaikum semua

I'm back!!! Yeah... Blog Coklateyes kini kembali setelah lebih 3 minggu berehat. Ecewah. Takdelah berehat pun. Kalau yang follow instagram mesti tau Nanie baru-baru ni ada sedikit kerja ke China bermula minggu pertama raya hari tu. So memang tak sampat langsung nak update blog. Insya Allah dalam masa terdekat ni Nanie akan tulis journey Nanie ke China tu ye. Just one word yang Nanie boleh cakap mengenai China ialah : AMAZING!!!

Ok, back to our topic. Masa Nanie kat China, memang banyak sangat berjalan kaki. Satu hari sampai 4-5 jam berjalan kaki. Fuh, letih bukan main lah. Bila kaki banyak berjalan, secara tak langsung tumit kaki Nanie kelihatan kering dan crack. Mulalah bila jalan atas lantai tu bunyi macam kertas pasir. Kasar sangat woi!


Mujur sebelum Nanie ke Beijing hari tu, Scholl Malaysia hadiahkan Nanie satu set Velvet Smooth Express Pedi. Apa lagi, cepat-cepat lah Nanie try dan gunakan MyVelvetSmooth ni untuk hilangkan kekasaran pada tumit kaki dan buang segala sel-sel kulit mati. 

Hasilnya memang sangat memberangsangkan. Nanie sempat snap sebelum dan selepas penggunaan MyVelvetSmooth ni. Nanie memang fokus bahagian tumit kaki sebab part tu yang nampak sangat kasarnya. Siap ada merekah lagi. Lepas guna dalam 10 minit tu, tenyeh kat tumit... terus tumit jadi lembut dan bersih. 



Penggunaan MyVelvetSmooth ni pun mudah. Bila kita beli tu, dah siap dalam dia ada 4 biji bateri. Terus je switch on dan halakan pada bahagian yang bermasalah. Mula-mula tu memang rasa geli sikit lah. Rasa macam tapak kaki kena geletek sikit. Hehehe. Lama-lama syok! Selepas gunakan, korang boleh nampak sel-sel kulit mati yang ditanggalkan terkumpul di bahagian tepi. Korang amek tisu lembap dan lap kan aje! 



Mungkin ada yang tanya, boleh tak tukar roller head tu? Yes, yes boleh! Roller head tu boleh diganti kalau korang rasa dah tak kasar lagi. Cara nak ganti senang aje. Just klik satu button di tepi roller head tu dan secara automatik roller head akan terkeluar. Roller head turut dijual di farmasi-farmasi dan supermarket. Oh, bila dah tukar roller head buangkan sekali sisa-sisa di tepi tu ye!



Last but not least, untuk menjaga roller head daripada kerosakan, ada cover tutup diberikan sekali. Memang mudah dan sangat berguna. Nanie suka dengan tools yang bagus macam ni. Bukan kita seorang je boleh guna, satu family pun boleh guna sama. Mudah dibawa kemana-mana dan paling penting berbaloi dan bermanfaat.


Baiklah, untuk mereka yang berminat nak beli MyVelvetSmooth ni, semua pembaca Blog Coklateyes berpeluang untuk dapatkan diskaun RM 10. Korang hanya perlu ke link ini sahaja!



Untuk maklumat lanjut, kat bawah Nanie bagi info produk dan link-link berkaitan :

Produk : 
VelvetSmooth Express Pedi

Brand : 
Scholl

Harga : 
RM 129.90 (Refill : RM 49.90) 

Store Jualan : 
Scholl store, Watson, Guardian atau Supermarket

Website :

Facebook :

Instagram :
@schollmy 
#MyVelvetSmooth 



9 comments:

  1. memang dah lama cari nak buat dekat tapak kaki husband..hehee..RM10 akn ku grab..syok die baru balik china..ole2 kita ade tak..ehhe

    ReplyDelete
  2. Menarik!! kena beli satu sebab kaki ena pun dah jadi keras sebab asyik merayap je. Hehehehe.. Thanks akk kongsikan produk ni.. mencari juga

    ReplyDelete
  3. bgat murahhhh! huaaa mahal rupanyaaa

    ReplyDelete
  4. menarik.. ramai org guna produk ni
    teknology makin maju..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum nanie, wahhh amazing. kita rasa nak kena beli gak. hehhehe

    ReplyDelete
  6. nasib tumit kaki saya comel lagi hahahaha... =P

    ReplyDelete
  7. yey siap dapat diskaun dari nanie ! tq muah cikeddd

    ReplyDelete
  8. syok ye dapat hadiah.
    saya betul-betul memerlukan velvet smooth ni. nak grab voucher tu. tq nanie

    ReplyDelete
  9. seronoknya dapat melicinkan tumit kaki yang kasar tu kan

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork