Saturday, September 6, 2014

20 Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum semua

Bersepah-sepah ni Nanie tengok orang buat tag 20 Facts About Yourself. Nanie pun kena juga. Di tag oleh Wiida Ribbon, Syafiqah Hashim & Joel Leslie. Thank you so much for tagging me. Hahaha. Lama jugak kan tak main tag-tag ni. Since ramai yang reveal their secret facts, Nanie pun nak buat jugak lah. Just for fun! 



1. Petah bercakap - Nanie boleh bercakap dengan sangat lancar dan bercerita apa sahaja topik walaupun dengan orang yang baru dikenali. Ada yang kata itu sifat peramah, tapi pada Nanie, ia lebih kepada skill untuk mingle around and making friends. Ramai kawan kan bagus! 

2. Mempunyai Diastema  @ gap between two teeth - Masa kecik pernah down lah dengan diastema ni, tapi lama-lama Nanie fikir its unique. So confident aje senyum lebar nampak gigi

3. Keyakinan Tinggi - Nanie tak tahulah sama ada ini anugerah atau apa tapi Nanie memang seorang yang yakin. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan stage @ talk performance. Mungkin sebab dari kecik dulu Nanie selalu masuk pertandingan bercerita, pidato, etc. kot. So, keyakinan tu dah ada dalam diri. 

4. Bila nervous rasa nak muntah! - Yeah! Sometimes perkara ni menyebabkan Nanie sangat-sangat-sangat tak selesa. I hate that feeling duh T____T

5. Mudah mabuk - My family memang dah tau. Nanie cepat sangat mabuk. Naik bas mabuk, naik feri mabuk, duduk dalam kereta mabuk, tempat crowded and bingit mabuk. Serba serbi mabuk. So, to overcome... dalam bag sentiasa ada minyak kapak atau vicks. 

6. Attracted dengan lelaki berpakaian office, lengan bersinsing, memakai cermin mata dan muka educated - Ya Allah, apa punya perangai lah Nanie ni kan... disebabkan perangai ni, selalu lepas office hour Nanie melilau kat KLCC @ mana-mana shopping complex untuk cuci mata. Hahahahaha! 

7. Lebih selesa berkawan dengan lelaki - Yes, my bff semua lelaki. Dari zaman sekolah rendah dulu memang kawan lelaki lebih menyenangkan dalam berkawan. Bukanlah kata tak berkawan dengan perempuan, tapi tak ramai. 

8. Family person - Pantang kalau orang usik hal keluarga. Memang akan pertahankan habis-habisan dan letakkan keluarga sebagai prioriti dalam hidup. Berkat hidup dari mak ayah kan! 

9. Pemurah - Yes, bila Nanie ada duit sikit je memang Nanie suka belanja makan orang. Especially orang yang bersama kita susah dan senang. Seronok bila tengok orang lain gembira masa kita juga gembira. 

10. Sayu Hati - Walaupun Nanie ni nampak je kuat dan yakin, sebenarnya Nanie sangat mudah sayu hati. Kalau ada je benda-benda yang menyebabkan Nanie touched, memang mudahlah air mata gugur. 

11. Peminat David Beckham - Tak terlalu obses, tapi pada Nanie David Beckham ada style dia tersendiri. Ada aura yang buat jantung Nanie berdegup lain macam sikit. Kehkehkeh!

12. Tak suka & tak pandai pakai eyeliner - Nanie ada dark circle yang boleh tahan hebatnya, jadi Nanie memang cuba elakkan pakai eyeliner sebab kalau salah gaya, mata panda boleh nampak macam mata kena tumbuk! 

13. Peminat Coklat - Uiiii, inilah antara penyebab Nanie memilih nama 'coklateyes' sebagai nama blog Nanie. Di mata Nanie, warna coklat dan apa sahaja yang coklat memberikan satu kepuasan yang lain macam. Dia macam vintage, elegant dan moderate. 

14. Pernah Terfikir Nak Jadi Lelaki - Ok, ini kelakar. Zaman Nanie sekolah rendah, sebelum 10 tahun tu, Nanie selalu fikir jadi lelaki best. Rasa macam simple dan kuat. So, on that time memang Nanie berkawan dengan lelaki, pakai macam lelaki, rambut macam lelaki semua serba serbi apa yang kawan lelaki ada, Nanie mesti nak ada. Nasib baik tak kekal jadi tomboy. Kalau tak, naya.... hehehehe.... 

15. Minat Fotografi - Tak pernah belajar secara serius, dan tak pernah ada DSLR. Dengan hanya berbekalkan iPhone dan camera compact, Nanie memang suka ambil gambar. 

16. Suka Binatang - Ada membela 5 ekor kucing, seekor kura-kura dan ikan. Dalam planning nak bela hedhehog. 

17. Books Lover - Nanie kalau stress, pergi je kedai buku. Duduk sana berjam-jam sambil baca buku atau beli buku, lepas tu stress terus hilang. Hebat betul terapi buku ni! 

18. Pembahas Terbaik Negeri - Ni zaman gemilang time sekolah dulu lah. Hahaha, macam tak percaya pun ada bila Nanie pegang rekod jadi pembahas terbaik bagi Negeri Johor selama 3 tahun berturut-turut. Katanya, sampai sekarang beluma ada orang pecahkan lagi. Anyone? Hahahah. *mukabelagaksiket*

19. Habit Gigit Kuku - Tak tau nak buat macam mana lagi. Dah puas cuba macam-macam tapi masih tak boleh hilang. Any tips tak? 


LAST BUT NOT LEAST 


20. Sedang mengenali hati budi seseorang - Ecewah, part ni mengada. Tak nak komen banyak, just mintak korang doakan yang terbaik.





Kalau nak difikir, 20 sangat tak cukup untuk berkongski fakta diri Nanie dengan pembaca. Tapi setakat ni, Nanie rasa ok lah kan. Nak lagi? Tag lah Nanie part 2 mungkin. Hehehe. Kalau rajin Nanie buatlah ye. 




8 comments:

  1. pembahas terbaik 3 kali berturut-turut ?? Pergh power gilaaaaaaaa... Patutlah sangat betah bercakap & sangat confident..

    ReplyDelete
  2. hahaha yg last tu mcm best je..heheh..semoga happy2 :) btw sy pown ad jugak 20 fact ni..

    ReplyDelete
  3. bestnya baca! kita nak high five kak nanie la untuk point number 6, kita pun suka usha (tengok) lelaki yg mcm kak nanie tulis ni, hehe XD yang number 14 tu pun sama dengan kita, hahaha~ pastu kita ingat kak nanie punya kura-kura yang kak nanie kata dulu kecik macam 50sen sekarang dah lagi besar dari tapak tangan kak nanie :D and the hedgehog, mesti rindu yang kat Tambun dulu tu kan? ;)

    ReplyDelete
  4. Antara banyak-banyak ini, peminat coklatlah yang kita. Ehem, yang ke-20 tu siapalah gerangannya kan? hehehe.. :)

    ReplyDelete
  5. Wow! Pembahas terbail negeri 3 tahun berturut2 tu.. Hebat ah Nanie! Kite dulu ada habit suka gigit kuku gak.. Kuku tangan, kuku kaki, semua gigit.. Habis kuku sumbing2 asik kena gigit.. Adalah sangat tak cool.. Nasib dah besar ni dah takde dah habit tu.. Tapi bertukar jadi habit suka kopek kuku pulak.. Gugugu~~ Aptb.. -_-#
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork