Sunday, September 14, 2014

Di Usia Dua Lima Ini, Aku Masih Belum Siapa-Siapa

Assalamualaikum semua

Walaupun di usia 25 tahun ni dah terlalu ramai teman dan kawan yang berubah kehidupannya, tapi bagi Nanie... Nanie masih sama. Tak tahu lah nak cakap macam mana. Nanie rasa Nanie masih di takuk yang lama. Takuk yang tak membawa ke mana-mana. Kadang-kadang tu cuba jugak memujuk hati supaya janganlah fikir negatif sangat pada diri sendiri. Tapi tak boleh! Memang perasaan sebegitu selalu wujud dalam hati kecil Nanie. 

   

Nanie selalu dengar orang kata jangan sekali banding bezakan diri kita dengan orang lain. Sebab kalau kita pandang orang yang lebih dari kita memang kita tak akan bersyukur dengan apa yang kita ada. Cuba pandang orang yang kurang dari kita, nescaya kita akan bersyukur dengan apa adanya. 

Bukanlah Nanie kata Nanie tidak bersyukur, tapi bagi Nanie secara peribadi... kita perlu ada semangat kompetetif dalam diri. Perlu dibandingkan diri ini dengan orang lain. Perlu dinilai mana letaknya diri ini jika berdiri sebelah orang lain. Jadi dari situ lah sebenarnya terbina satu motivasi yang akan menolak diri kita menjadi seseorang yang luar biasa hebatnya. 

   

Cuma, di saat ini Nanie seperti buntu. Jalan mana yang perlu Nanie teruskan. Nanie tahu, dua-dua punya cabaran tersendiri. Sebab keduanya bakal mengubah 100% kehidupan Nanie. Dan persamaan keduanya adalah ia memerlukan Nanie untuk berkorban. Dan jika tak iya-iya pengorbanan itu bukan sesuatu yang menyenangkan. 

Di usia dua lima ini sebenarnya masih banyak lagi yang belum Nanie capai. Masih banyak lagi harapan, cita-cita dan impian yang belum kesampaian. Dari segenap aspek lah nampaknya. Semua serba-serbi kekurangan. Kadang tu sampai Nanie malas nak fikir, mana satu yang patut Nanie kejarkan dulu. Nanie takut, kalau Nanie kejar yang itu, yang ini akan tercicir. Kalau Nanie jaga yang ini, yang itu pulak melepas. Jadi macam mana? Apa yang perlu Nanie buat? 


eh, kenapa terletak gambar kawan kita kawen ni? ;)
   
Sebab tu sekarang ni Nanie macam slow-down sikit dengan dunia blogging. Nanie cuba menyesuaikan satu keadaan baru yang mana memerlukan Nanie lebih fokus dalam bidang itu. Nanie tahu, susah untuk memahami apa yang Nanie cuba untuk sampaikan pada pembaca Blog Coklateyes. Cukuplah korang kirimkan sedikit doa dan kata-kata semangat buat Nanie. Moga jalan yang Nanie bakal pilih nanti adalah jalan terbaik untuk Nanie. Dan akhir kata, don't worry... Blog Coklateyes tetap nombor satu di hati! 


Terima kasih dan salam sayang :) 


10 comments:

  1. suka baca kalau kak nanie post macam ni sebab it gives me a wake up call, a reminder that no matter what age we are, there are always so many things to do, to think about, to accomplish. post macam ni mengingatkan mieza tentang how important it is to sort out our priorities and to reflect back what we have done. thanks kak nanie, love you so much lah ^_^ and no worries, jodoh kita tuhan dah janji, baik di sini ataupun di sana nanti. inilah yang mieza pegang selama ni, it helps me not to worry. walaupun ada boyfren tapi itu tak menjanjikan mieza confirm dengan dia. yakinlah dengan janji Dia yang satu and we will live happily ever after :D

    ReplyDelete
  2. kak nanie all the best ya. .masih muda lagi tu. .kalau kawen jgn lupa bagitau. .hehehe

    ReplyDelete
  3. as salam tuan tanah..
    tahniah anda ada blog yg banyak info

    jemput blogworking
    www.yatiadam.com

    ReplyDelete
  4. Nanie, jgn gusar ek. Nanie mesti tak tahu yang ramai admire kebijakkan Nanie bercakap. Tak semua ada taw. Just take it slowly and enjoy your life. Mesti rasa sunyi kkdng, tapi, bila sunyi cuba cakap dgn Allah. Baca Al-Quran ke maybe.

    I know that you're great woman. Today and future. I know :)

    Sayang nanie :)

    ReplyDelete
  5. All the best Nanie dalam apa jua nanie buat..

    ReplyDelete
  6. "kalau kita pandang orang yang lebih dari kita memang kita tak akan bersyukur dengan apa yang kita ada. Cuba pandang orang yang kurang dari kita, nescaya kita akan bersyukur dengan apa adanya."

    saya suka ayat ni, sebab kite kena selalu bersyukur... :D salam perkenalan ye! :D

    ReplyDelete
  7. Selamat maju jaya dlm ap jua bidang yg nani ceburi...

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya..jodoh akan tiba..kejayaan dikecapi dahulu,..

    ReplyDelete
  9. blogging memang kena betul-betul bagi komitmen once kita dah minat nanie,takmo la seslow untuk blogging,nanti itewwwww rindu awaa :(

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork