Friday, September 26, 2014

Domino's Pizza : Makan, Minum & Menang Contest

Assalamualaikum semua

  Win a car contest

Pernah tak korang bercita-cita nak menang sebuah kereta? Tak payah orang lain lah, Nanie sendiri pun kalau nampak hadiah kereta memang exited sangat! Ye lah, sapa tak nak dapat kereta percuma. Jadi kalau korang ada niat yang sama, ni Nanie nak ajak korang join satu Contest Eat, Drink & Win daripada Domino's Pizzas. Dan hadiahnya ialah... HONDA JAZZ BLUE yang memang mengancam cun habis ni! Geram Nanie tengok lama-lama haih.... 

   

Baru-baru ni bertempat di Domino's Pizza, Subang Perdana, Nanie dan beberapa lagi kenalan blogger telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Contest Eat, Drink & Win daripada Domino's Pizza. Bukan sekadar melancarkan contest tersebut semata-mata, Dominos Pizza juga dengan kerjasama Permanis Sandilands Sdn Bhd juga telah mengumumkan keputusan undian pilihan rakyat Malaysia untuk membawa masuk Mountain Dew Blue Shock ke Malaysia! 


Mountain Dew Blue Shock dengan gabungan perasa Raspberry Citrus sangat lah menyegarkan. Apatah lagi bila dipadankan semasa makan Domino's Pizza. Memang bagi satu rasa yang sangat fresh luar biasa. Jadi bagaimana nak menang Honda Jazz Blue tu? Mudah aje caranya... mestilah kena makan, minum dan barulah boleh menang! 




CARA LAYAK PENYERTAAN : 

September National Promotion

Dengan membeli combo-combo seperti di atas, anda semua layak untuk menyertai contest ini. Selain daripada tu, kalau korang beli Mountain Dew Blue Shock 1.5l ni secara ala-carte yang beharga RM 5.80, korang boleh dapat 1 penyertaan. Sekiranya beli lebih RM 30, dapat 2 penyertaan dan sekiranya lebih RM 70 korang layak dapat 3 penyertaan.

Bukan tu je, kalau korang beli secara online pun, korang masih dapat join sekali contest ni. Nanie sarankan, nak mudah dan jimat beli combo atas tu lah! Dapat makan, dapat minum dan kalau rezeki korang dapat kereta Honda Jazz Blue tu sekali! Tak ke bertuah tu... 

  


Seterusnya untuk penentuan pemenang. Part ni kena gunakan kebijaksanaan dan kekreatifan korang semua. Tapi Nanie yakin, rakyat Malaysia semua bijak belaka. Setakat buat kira-kira matematik... kacang je ni... heheheh... soalannya adalah .... 

1. Kira @ Anggarkan berapa banyak botol Mountain Dew Blue Shock 1.5L yang dapat dimuatkan dalam sebuah Honda Jazz Blue? 
*hint : kena bayangkan semua celah dan bahagian, melainkan bahagian enjin*

2. Hantarkan jawapan tadi bersama-sama dengan satu slogan menarik 

3. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat/hampir dan dengan slogan yang paling menarik hati juri! 


  

Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat Makan, Minum dan Menang Honda Jazz Blue dari Domino's Pizza. Siapa tahu, kali ni memang rezeki korang. Ye lah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Cepat-cepat hantarkan penyertaan korang bemula 8 September 2014 sehingga 19 October 2014. Pemenang akan diumumkan pada awal bulan November nanti.




Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh dapatkan maklumat di link berikut :

Facebook : 

Website : 



5 comments:

  1. dah lah kita peminat Dominos. Memang nak cuba lah Kak Nani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aneshah cepat cuba dan join contest! mana tau rezeki

      Delete
  2. alaaa kenapa baca entry ni. tengah lapar!

    ReplyDelete
  3. Untungnya kalau dapat menang kereta tu..memang so luckylah.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork