Monday, September 22, 2014

Review : Maybelline Volum' Express The Falsies Big Eyes Mascara

Assalamualaikum semua

  

Nanie sangat suka dengan maskara. So far memang banyak jugaklah koleksi maskara Nanie. Ada juga yang masih belum digunakan. Pada Nanie, walaupun Nanie pakai cermin mata tapi kekemasan dan kecantikan bulu mata perlu dijaga. Sebab Nanie kalau bercakap dengan orang memang suka pandang mata. So, secara tak langsung orang pun pandang mata Nanie. Barulah dari mata turun ke hati gitu! Ecewah... 


Baru- baru ni, Nanie diberi peluang untuk mencuba satu maskara baru dari Maybelline iaitu Maybelline Volum' Express The Falsies Big Eyes Mascara. Maskara yang menjanjikan mata anda nampak lebih besar dua kali ganda! Bagus betul maskara macam ni. Sesuai untuk orang macam Nanie yang memiliki mata kecik.



Berbanding dengan maskara-maskara lain yang Nanie miliki, satu kelebihan yang buatkan Nanie betul-betul jatuh cinta dengan Maybelline Big Eyes Mascara ni bila mana ia menggabungkan dua berus dalam satu tiub. Kedua-duanya berfungsi untuk memanjang dan melebatkan bulu mata di bahagian atas dan di bahagian bawah. 

    


Untuk berus bulu mata bahagian atas, ia lebih besar, rapat dan halus. Dengan bentuk berus sebegini, bulu mata dapat disikat dengan bagus dan melentikkan ia lagi. Bulu mata juga akan kelihatan panjang dan membuatkan mata nampak lebih besar.


Manakala untuk berus bulu mata bahagian bawah, ia kelihatan kecil, berpintal dan lebih kasar sedikit. Secara peribadi, bila Nanie pakai maskara memang jarang sangat Nanie gunakan maskara untuk bulu mata di bahagian bawah mata sebab kalau tak betul penggunaan atau berusnya tidak sesuai ia akan jadi comot dan bergumpal. Tapi bila Nanie gunakan Maybelline Big Eyes Mascara ni, takde pulak masalah tersebut. Dapat guna dengan baik dan tak comot. 




Memang puas hati betul gunakan Maybelline Big Eyes Mascara ni. Sejak Nanie ada Big Eyes Mascara, dah tak pandang lagi mascara yang lain. Sentiasa bawak dalam beg. Senang nak touch up lepas solat nanti. Oh ye, maskara Big Eyes ni jugak senang untuk ditanggalkan walaupun ia bersifat water proof. Dengan eye remover, sekali dua swap dah boleh bersihkan dengan bagus dan tak tinggal sebarang kesan. 

  

Jadi apa lagi yang korang tunggu, cepat-cepat dapatkan satu Maybelline Volum' Express The Falsies Big Eyes Mascara dengan harga RM 45.90 di mana-mana drug store berdekatan. Nanie yakin, korang pun akan rasa tak rugi untuk tambah koleksi make up ni! Sebelum terlupa, sekarang ni ada campaign Maybelline Big Eyes Mascara bersama dengan Lofalens. Mana tau korang ada rezeki. Cubalah ye...

  

Untuk maklumat lanjut boleh klik link-link di bawah :


Facebook Maybelline Malaysia :

Website :

Instagram :



10 comments:

  1. maybelline punya mascara paling best!! yang ni saya belum cuba...tggu mascara lama habis br boleh cuba ni :)

    ReplyDelete
  2. sejak dah tak pakai lens ni, tak pakai dah mascara..sebab asyik tersangkut kat cermin mata..huhu

    ReplyDelete
  3. Tengah mencari2 mascara gak nih.. Boleh cuba ni nanti.. ^^,
    Thanks nanie for sharing..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  4. bab pakai maskara yg lemah ni..teknik xbetul lg huhuu..tq sharing dear :)

    ReplyDelete
  5. ala, nak buat video tu yang malas...

    ReplyDelete
  6. dulu rajin pakai maskara,tapi sejak pakai spek malassssssss....huwarrrrrrrr....

    ReplyDelete
  7. Kalau untuk jenis bulu mata yang tak lentik langsung, macam mana pulak? Hee

    ReplyDelete
  8. cantik melentik bulu mata..tapi fiza ni jenis bulu mata pendek..susah nak melentikkan tu..sebab tu jarang pakai maskara ni.huhu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork