Tuesday, September 9, 2014

SUNSILK : Perjalananku Berhijab Seawal 10 Tahun

Assalamualaikum semua


Wanita memang tampak ayu bila berhijab. Selain mengikut syariat, wanita bertudung nampak sopan, manis dan sedap mata memandang. Nanie telah berhijab sejak berusia 10 tahun lagi. Nanie masih ingat lagi, waktu tu bulan Ramadhan. Tengah bersiap-siap nak ke bazaar, terus je Nanie sarung tudung dan nekad untuk kekalkan. Waktu tu rambut Nanie pendek. Tiba-tiba Nanie malu sebab rasa Nanie seolah-olah menyerupai lelaki. Tu yang pakai hijab. Sebab nak cover gaya rambut lelaki pada mulanya! Hehehe

Biasalah masa mula-mula berhijab tu memang agak kekok. Pakai tudung pun senget benget. Itu tak kena, ini tak kena. Lagi pulak bila kat sekolah. Memang awalnya ada rasa sedikit rimas dan panas sebab cuaca dan berpeluh. Sikit-sikit rasa nak tanggalkan tudung. Tapi, mak Nanie yang pesan... katanya... "Kalau kita nak berjaya, sempurnakan dahulu urusan kita dengan Allah. Baru sempurna urusan kita di dunia ini!". Nanie memang pegang kata-kata beliau sehingga hari ni. Dan Alhamdulillah, hari ni sedikit sebanyak Nanie dapat merasai nikmat kejayaan.

Masalah bila berhijab?

Nanie tak pernah anggap sebagai masalah. Cuma mungkin disebabkan sikap Nanie yang ambil mudah maka salah satu perkara yang agak meruntuhkan keyakinan Nanie adalah bila mana rambut mula berkelemumur. Biasalah, bila nak cepat... mula keringkan rambut sambil lewa dan terus je pakai tudung. Perkara macam ni yang menyebabkan kelemumur wujud. Kelemumur ada, kulit kepala mula jadi gatal dan keyakinan mula berkurang.


Tapi mana ada masalah yang tiada jalan penyelesaian? Nanie tengok iklan di TV, dan sangat tertarik dengan SUNSILK Lively Clean & Fresh Shampoo & Conditioner. Bukan sekadar untuk wanita berhijab, namun dengan teknologi kajian Dr.Francesca Fusco, SUNSILK Lively Clean & Fresh yang diperkaya dengan Citrus Complex memberikan wanita berhijab kesegaran, kulit kepala yang bebas kegatalan, malahan membuatkan rambut jadi lembut dan bebas rambut bercabang serta bermasalah!


Memang betul, bila Nanie gunakan SUNSILK Lively Clean & Fresh Shampoo & Conditioner, Nanie dapat rasakan kesegaran pada kulit kepala. Rasa sangat fresh dan bersih. Bila dah gunakan tu, takdelah Nanie rasa tak selesa walaupun seharian memakai hijab. Takdelah Nanie rasa gatal-gatal pada kulit kepala dan paling penting, Nanie terus rasa yakin untuk aktif bersosial dan berjumpa orang ramai. Kalau tak, bila kulit kepala gatal...aduhai...malu dibuatnya sebab asyik tergaru-garu kan?


Keyakinan & Kerjaya

Lagi-lagi sebagai seorang blogger ni. Memang Nanie banyak bertemu dengan kawan-kawan, dan juga client. Nanie mestilah kelihatan yakin dan bersih. Lagi pulak kalau ada event. Kadang sampai lewat malam baru balik rumah dan mandi. Apa lagi, terus cepat-cepat Nanie mandi dan gunakan SUNSILK Lively Clean & Fresh Shampoo & Conditioner. Barulah segar dia lain macam! Hari ni syukur sangat-sangat, Blog Coklateyes yang Nanie usahakan telah mencecah lebih sejuta Pageviews! Satu kejayaan yang cukup membanggakan Nanie sebagai seorang blogger.


CONTEST SUNSILK MENEMANIMU



Selain daripada menyegarkan kulit kepala dan membuatkan diri menjadi yakin, sekarang ni SUNSILK sedang mengadakan satu contest mudah di Facebook iaitu "SUNSILK MENEMANIMU"! Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan iaitu anda boleh menang sehingga RM 20, 000!


Caranya cukup mudah, apa yang perlu dibuat adalah kongsikan perjalanan hidup anda bersama SUNSILK. Takdelah susah mana. Semuanya mudah belaka dan yang paling penting cerita anda bersama SUNSILK perlu menarik dan memberi inspirasi.




Jadi apa tunggu lagi, cepat kongsikan Perjalanan Sunsilk anda. Mana tahu, cerita anda itulah yang membawa rezeki pada anda? Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus klik link dibawah ini :

Facebook :


Contest SUNSILK MENEMANIMU :



5 comments:

  1. Kite pakai Sunsilk yang kaler kuning tu.. Rambut memang lembut, tapi masalah kulit kepala & kelemumur macam tak hilang jer.. Kena tukar yang hijau ni pulak lah lepas ni.. HEhe..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.... tumpang lalu.... :-)
    akak pun pengguna setia sunsilk...tp baru setia lah...hehe...
    memang best...tp my favourite is sunsilk from UK...nie pakai masa zaman2 study dulu..bila pakai kepala rasa light je dan segar... pastu conditioner dia guna yg spray jek..

    adeihhh..mcm kena kirim kt member suh postkanla mcm nie..haha...

    salam ukhuwah

    kak eycha (http://norafesa.blogspot.com)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork