Monday, September 15, 2014

Travel Blog Coklateyes ke China Bhg.1

Assalamualaikum semua

Dari masa entry ni lagi (KLIK SINI), Nanie memang dah share yang masa raya hari tu Nanie bakal ke Beijing, China untuk satu urusan tugas bersama team UMCares. Memang sebenarnya Nanie sangat-sangat teruja nak share dan kongsikan perjalanan Nanie ke negara China. Bukan untuk menunjuk ke apa, sebab Nanie nak semua orang timba pengalaman dan ilmu yang Nanie belajar dekat sana. Memang terlalu banyak pengalaman beharga dan ilmu yang bermanfaat sepanjang 10 hari Nanie di sana. 

UMCARES 

persiapan di pagi hari sebelum ke lapangan terbang
Baiklah, sebelum Nanie becerita panjang lagi... Nanie nak kenalkan dulu dengan UMCares. Untuk pengetahuan korang, Nanie ke Beijing setelah terpilih untuk mewakili Universiti Malaya dan Malaysia sebagai salah sebuah negara untuk Asean Students Environmental Platform 2014 (ASEP) yang ditaja sepenuhnya oleh AEON Japan. 

musim raya kan pergi, jadi ni kira beraya di perantauan lah gitu!

AEON Japan telah menganjurkan ASEP selama 3 tahun dan usaha ini berterusan selama 10 tahun yang mana ia melibatkan negara-negara Asia seperti Korea, Jepun, China, Vietnam & pada tahun 2014 Malaysia adalah negara yang baru menyertai ASEP. Tujuan AEON Japan dalam penganjuran ni, selain daripada memberi didikan kepada future leader, ia juga adalah sebahagian daripada projek CSR mereka di peringkat global. Secara jujur, Nanie memang berbangga kerana Nanie antara 15 orang wakil UMCares yang terpilih membawa nama Malaysia dan UM di peringkat antarabangsa! 


BEIJING - ARRIVAL @ 12.30am 

Penerbangan  Nanie ke Beijing adalah pada 3 Ogos 2014, jam 6.30petang dan menaiki pesawat MAS MH360. Semasa di KLIA, Nanie dan kawan-kawan cari souvenir sikit. Sebab biasanya bila ada program sebegini, kami memang disarankan untuk bertukar-tukar souvenir. Jadi, Nanie belikan poskad Malaysia. Dalam kepala memang dah ready sekali nak bagi namecard Nanie supaya mereka akan ingat Nanie. Hehehe. 

sediakan poskad untuk ditukar-tukar

Secara peribadi,  MH360 yang buat Nanie gentar sikit. Nanie belum pernah menaiki kapal terbang untuk perjalanan yang jauh dan menggunakan khidmat MAS. Sebelum ni hanya gunakan penerbangan tambang murah Air Asia & Malindo Air sahaja. 


Jika korang bertanya Nanie, bagaimana perkhidmatan penerbangan MAS sepanjang Nanie ke Beijing? Nanie dah lebih awal buat satu entry khas untuk penerbangan negara kita MAS ni. Korang perlu baca dan lihat sendiri bagaimana penilaian Nanie sepanjang 6 jam berada dalam pesawat kebanggaan negara itu (KLIK SINI). 

beratur untuk tunggu pemeriksaan di Beijing International Airport

Nanie jejak kaki di Airport Beijing pada jam 1.30 malam. Ketika sampai, tourist guide kami yang bernama Jack telah siap sedia menunggu kami. Masa nak masuk China tu memang agak takut jugaklah sebabnya, daripada pembacaan dan pengalaman kawan-kawan Nanie, mereka kata body check China agak ketat. Tapi untuk malam tu, Alhamdulillah... takdelah ketat mana. Mungkin sebab dah malam dan tak berapa ramai orang. Airport mereka memang besar. Nanie rasa 2 kali ganda lebih besar dari KLIA. 


Lobby Hotel Nikko New Century, Beijing 

Lepas masing-masing ambil luggage, kami dibawa ke Hotel Nikko New Century, Beijing yang bertaraf 4 bintang. Muka semua memang dah penat dan badan rasa melengas. Sampai di lobby hotel, salah seorang wakil AEON Japan dah siap menunggu untuk proses check-in dan pemberian tag nama. 


Disebabkan Malaysia adalah antara delegasi yang awal sampai, jadi pada malam tu kami tidur sesama kawan-kawan. Satu bilik dua orang. Memang selesa dan terbaik. Cuma part yang tak suka, macam biasalah... toilet dia takde pili paip. Ada tisu je. Faham-faham lah ye!  :)





BEIJING - DAY 1 

Sesuatu yang menarik, di Beijing waktunya adalah sama dengan di Malaysia. Takde langsung perbezaan waktu. Cuma yang bezanya adalah, siang mereka lebih panjang. Wake up call untuk kami adalah 5.30 pagi. Kalau di Malaysia masih gelap lagi kan, tapi di Beijing waktu sebegitu dah terang benderang macam dah pukul 8 pagi. 

Pemandangan Beijing di awal pagi. Lawa betul langit tu!

Bilik Nanie yang terletak di tingkat 18 untuk hari pertama tu memang menampakkan pemandangan kota Beijing yang menarik. Seperkara lagi, kalau tadi becerita soal siang mereka yang lebih panjang kan, sekarang nak cerita suhu di Beijing pula. Sewaktu Nanie ke Beijing, mereka baru habis musim sejuk dan merupakan perantaraan untuk musim panas. Walaupun macam tu, Nanie masih boleh kategorikan cuaca dan suhu mereka sejuk sebab ada matahari tapi tak terik. Berangin dan sedikit kering. 

Boleh nampak keseluruhan kota Beijing 
 

Selepas bersarapan tu, kami semua akan ke Tsinghua University. Ia merupakan salah sebuah universiti terbaik di China dan establish pada tahun 1911. Tsinghua University ni telah dibina sejak zaman Dinasti Qing lagi dan telah ramai melahirkan para bijaksana China. Di Tsinghua University buat pertama kalinya kesemua delegasi akan berjumpa untuk opening ceremony. Duta Malaysia di China juga turut sama bersama dengan kita. 

Delegasi Malaysia di Tsinghua University




Budaya orang China yang lebih gemar berjalan kaki atau menunggang basikal. 

Dewan ni cantik kan!
Bersama Duta Malaysia di China

Tak sangka juga kami bila mana Duta Malaysia di China rupa-rupanya adalah bekas pelajar Universiti Malaya sendiri. Bangga sekejap! Lagi pulak bila jumpa orang kampung sendiri di tempat orang. Teruja dia tu lain macam. Walaupun berkedudukan tinggi, tapi beliau mesra dengan kami semua. Selamba je Nanie dan kawan-kawan panggil beliau pakcik. Heheheh :)

Selepas majlis perasmian dan pembukaan, kami semua di bawa ke sebuah Muslim Restaurant yang terletak lebih kurang 10 minit dari Tsinghua University. Nama restaurant tu Nanie tak ingat pulak. Tapi memang sedap sangat makanan di restaurant tu. Kata orang boleh kena lah dengan tekak Melayu yang first time jejak China ni. 



Sedap!

Basically untuk di China, apa yang boleh Nanie katakan makanan Chinese Style mereka jauh beza dari Chinese Style di Malaysia. Mereka lebih plain dan agak masin rasanya. Untuk Muslim, sepanjang Nanie di Beijing memang agak susah nak dapat makanan Halal. Namun sebelum kami ke sana memang awal-awal kami dah beritahu pihak AEON untuk lebih menyediakan kami makanan seafood berbanding daging. 

Setelah selesai makan tengahari, kami semua kembali ke hotel untuk sesi suai kenal bersama delegasi lain dan kena buat persembahan lagu kebudayaan sikit. Hehehe. Untuk delegasi Malaysia, kami semua pakai baju kebangsaan. Lelaki berbaju Melayu dan bersongkok manakala perempuan ada yang pakai baju kurung, kebaya dan berjubah. Lepas tu kami nyanyi lagu Rasa Sayang! Buat pertama kali juga, kami duduk dalam satu kumpulan. Nanie kumpulan enam dan bersama-sama dengan dua orang dari setiap negara. 

Korea University, Korea sedang membuat persembahan


So for that tamatlah hari pertama Nanie di Beijing. Masih jauh lagi perjalanan kami di sana. Tengok schedule tu memang pack dah penuh gila. Tapi takpe, Nanie anggap ni semua proses pembelajaran. Bukan senang nak ke negara orang kan. Nanie akan sambung lagi untuk hari-hari seterusnya. Nanie akan cuba selit-selitkan tips dan ilmu yang Nanie ada dalam setiap entry Nanie di Beijing ni ye. Mana tahu ada yang bercita-cita atau tengah plan nak bercuti di sana, boleh Nanie sarankan tempat-tempat yang menarik. 

Jumpa lagi di bahagian seterusnya yang mana Nanie akan ke Tianjing City, Bei Dagang Wetland, Living Life Museum dan Beijing Olympic Park. :) 


20 comments:

  1. seronok ye nanie.. tertelan air liur kita tengok gambar makanan hahaha . perut tengah lapar nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah sapa-sapa pun memang telan liuqqq tengok gambar makanan!

      Delete
  2. cantik2 gambar yang nanie ambik kat sana..seronoknya..muda2 dah jauh berjalan ke negara orang///

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! currently nanie suka amek pic kak :)

      Delete
  3. bertuah Nanie dapat peluang macam ni..seronok pergi ke negara orang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah fizah, sebenarnya dalam hidup memang tak pernah sangka pun dapat belajar jauh macam ni. and bila dah pergi negara orang tu memang lagi seronok and tambah lagi minat nak melancong :)

      Delete
  4. wahhh bestnya dapat terpilih ke beijing..... :D

    ReplyDelete
  5. Bestnya sambil collect ilmu, sambil kenal2 negara orang.. Tak sabar nak baca perkongsian hari2 berikutnya.. ^^,
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak... memang seronok and banyak pengalaman mengembara ni :)

      Delete
  6. bestnya nanie boleh terbang ke china.. jauh berjalan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jauh pun. 6 jam dalam flight! hahahah :)

      Delete
  7. Seronoknyerr Nanie..Best jer nampak makanan...tuu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork