Assalamualaikum semua
Memang niat Nanie nak cuba habiskan dan compile semua perjalanan Nanie ke China dalam blog. Part 1 dah publish (KLIK SINI), dan sekarang kita ke part 2. Sebelum Nanie cerita mengenai tempat-tempat menarik yang Nanie pergi, secara basic ada beberapa cabaran untuk Nanie sepanjang di China.
CABARAN TERBESAR : MAKANAN HALAL
Bagi Nanie sendiri cabaran terbesar di Beijing adalah dalam aspek makanan Halal. Sepanjang Nanie baca pengalaman dan tips-tips yang diberikan oleh para blogger yang pernah ke negara China, kata mereka makanan Halal lebih mudah dicari di Guangzhou kerana di kawasan itu lebih ramai muslim. Berbanding di Beijing, memang sangat susah nak jumpa restaurant Halal. Di sekitar Hotel Nikko New Century tu pun, ada empat je restaurant halal. Jadi kalau anda ke Beijing make sure bawak makanan seperti maggie, mushroom soup, tuna spread, biskut dan lain-lain.
![]() |
Tak sarankan beli kalau nak pergi travel. Tak sedap! ;( |
Satu lagi tips, Nanie tak galakkan korang beli Brahim's ready meal macam yang Nanie beli atas ni. Maaf cakaplah memang sangat-sangat-sangat tak sedap. Nanie tak tahu lah rasa dia macam mana. Even, kat Beijing Nanie just guna sekotak je. Langsung takde rasa Malaysian food at all. Tak tahulah rasa dia apa. Plain gila. Dahlah mahal, sekotak RM 9. Kita kat negara orang lapar dan berharap dapat makan makanan 'rasa' Malaysia tiba-tiba hampa bila makanan langsung takde rasa. Better korang beli maggie aje. Menyesal Nanie beli banyak Brahim's Food ni. Harap pihak Brahim's do something lah.
DAY 2 @ TIANJIN CITY & BEI DAGANG WETLAND
Kita teruskan pengembaraan. Hari kedua, kami semua dibawa ke Tianjin City kira-kira 3 jam perjalanan menaiki bas. Seawal 6.30 pagi semua dah kena berkumpul depan bas masing-masing. Ada 3 bas keseluruhan dan Nanie berada pada bas ketiga. Serba sedikit mengenai Tianjin City ni, ia merupakan antara 5 bandar utama di China. Perindustrian utama yang membawa naik nama Tianjin adalah melalui pelabuhan mereka. Bila terfikir bandar pelabuhan, dalam kepala Nanie dah terbayang macam mana sibuk dan tercemarnya bandar ni. Mesti banyak lori, asap dan hiruk pikuk kan? Tapi tidak....segala persepsi Nanie salah.
![]() |
Bandar Tianjin yang cool dan cantik |
![]() |
Sungai yang dulu tercemar kini jadi tumpuan pelancong |
![]() |
Ada orang memancing, berenang dan beriada di sungai ni |
Bandar ni tidak sekotor yang dibayangkan. Malahan udaranya bersih dan bagus. Untuk pengetahuan korang, Tianjin City telah mengalami satu proses 'baik pulih' dan perancangan paling sistematik di dunia. Kerajaan tempatan Tianjin telah mengamalkan satu polisi penjagaan alam sekitar yang sangat berkesan dan bagus. Mereka mengamalkan pembangunan terancang yang mana ia lebih menjadikan bandar ini tersusun, seimbang pembangunan dan ekosistem serta maju dalam ekonomi juga.
Malahan yang paling Nanie impress, di Tianjin City ada sebatang sungai yang dahulunya tercemar teruk akibat aktiviti pelabuhan. Namun, dengan polisi penjagaan alam sekitar yang mereka gunakan, mereka dapat membaik pulih dan memulihara sungai yang tercemar tadi kepada sungai yang sihat dan bersih. Sehinggakan, sekarang ni sungai tersebut menjadi pusat aktiviti masyarakat setempat untuk beriadah. Bersihnya sungai tu sekarang sampai orang boleh berenang dengan bahagianya! Memang terbaik.

Selepas melalui kawasan perindustrian tu, kami dibawa ke Tianjin Urban Planning Exhibition Hall yang mana ia merupakan satu muzium miniature yang mepamerkan keseluruhan perancangan bandar Tianjin. Dekat situ memang boleh nampak bagaimana perancangan bandar yang bagus dan sempurna menjadi nadi penggerak keseimbangan pembangunan antara kemodenan dan alam sekitar.
Miniature ni akan bercahaya bila ada showcase di skrin besar. Dia akan highlight kawasan mana yang sedang diceritakan dalam skrin. Memang cantik dan sangatlah mengagumkan cara showcase mereka. Bandar Tianjin sangat cantik!
Pembangunan yang terancang ni sebenarnya memberikan impak yang positif kepada semua pihak. Sebab tu lah, adanya kursus perancangan bandar di universiti. Baiklah untuk kes sungai yang tercemar tadi, salah satu polisi yang mereka gunakan adalah dengan mengalihkan semua kilang-kilang di tepi-tepi sungai tu, ke satu kawasan perindustrian. Secara tak langsung, bila polisi tersebut dilakukan, sungai kurang tercemar dan mudah untuk dirawat.
Selepas dah ronda satu Exhibition Hall, kami dibawa pula ke Bei Dagang Wetland kira-kira 1 jam setengah dari Tianjin City. Bei Dagang Wetland merupakan satu kawasan luar bandar yang memang dijaga dan dikawal pembangunan mereka. Kawasan wetland merupakan kawasan yang terbaik dalam penyeimbangan ekosistem.
Kawasan wetland ni tak boleh langsung dijalankan sebarang aktiviti pembangunan. Kerajaan tempatan telah menggubal satu garis panduan setakat mana pembangunan dibenarkan di kawasan ni. Segala sumber yang ada di sekitarnya juga turut dijaga dan dikawal supaya tidak kehabisan.
![]() |
Kawasan perlindungan wetland |
Selain daripada memberikan habitat pada tumbuhan dan haiwan, penduduk setempat jugak mendapat hasil dengan bercucuk tanam. Seperkara yang Nanie perasan, orang China ni memanfaatkan tanah. Walau kecik mana tanah tu, tetap mereka rajin mencari hasil tanah. Tanam macam-macam tumbuhan dan semua tu boleh dijadikan sumber ekonomi.
![]() |
Tanam pokok bawang |
![]() |
Gunakan angin dapatkan tenaga elektrik |
Malahan di Bei Dagang Wetland ni jugak, mereka membangunkan sumber tenaga angin bagi mendapatkan tenaga elektrik. Dengan cara ni, ekosistem mereka masih terbela dan selamat.
Bagus kan Tianjin City ni. Perancangan bandar yang bagus adalah kunci kepada keseimbangan ekosistem sesebuah kawasan. Nanie harap dengan perkongsian sebegini, buat student yang ambil perancangan bandar, korang boleh apply dan cuba cari satu solusi yang bagus supaya kepesatan pembangunan tidak mengganggu alam sekitar.
Hari seterusnya Nanie kembali semula ke Beijing dan melawat Beijing Olympic Park. Itu lagi lawa! Dengan cuaca sejuk, dengan pemandangan cantik... memang tak sabar Nanie nak kongsi perjalanan kat situ. Dan ye, perjalanan dalam Beijing Olympic Park sahaja memerlukan Nanie berjalan kaki sekitar 2 jam setengah. Lenguh kaki den! Tapi worth it :)
tungguuuu....

9 Inspirasi Dari Pembaca
Wow. sangat menakjubkan perkembangan negara China. Teringin rasa nak ke sana
ReplyDeleteMUdah kan makanan halal di sana?
bestnya.....seronok x nanie?
ReplyDeleteBersihnya bandar Tianjin ni.. Nak jumpa seketul sampah pun payah.. Kalaulah Malaysia macam ni, seronoknya la hai..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
Wah..pasti seronok di sana...tahniah dpt jln2 kt sana
ReplyDeleteBestnya Nanie. Bersih pulak tu Tianjin ni
ReplyDeletesuka bandar yang bersih macam ni..sangat menjaga persekitaran..udara bersih baru seronok hidup camni kat bandar kan :)
ReplyDeleteTeringin nak tengok sungai tu
ReplyDeletejelesnya tengok die berjalan
ReplyDeletesatu lagi,kat beijing susah nak dapat toilet,betul ke?
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!