Monday, October 13, 2014

Fit For Fashion : Rancangan Realiti TV Baru Yang Penuh Inspirasi!

Assalamualaikum semua


Nanie paling suka tengok reality show. Ye lah dah nama pun reality show kan, mesti bukan lakonan. Jadi secara tak langsung banyak perkara yang boleh kita belajar dari reality show. Bercakap mengenai rancangan realiti, baru-baru ni Nanie menghadiri satu perasmian untuk rancangan realiti tv "FIT FOR FASHION" yang bakal menemui anda semua bermula 16 Oktober 2014 ni. 


Simon Flint, CEO Fitness First Asia memberitahu hasil kolaborasi Fitness First dan Imagine Group (yang merupakan antara produser pelbagai realiti tv show yang hit), Fit For Fashion memberikan para peserta yang telah terpilih dalam rancangan ini untuk mengikuti latihan dan modul senaman yang inovatif daripada Fitness First sendiri.

Manakala menurut Riaz Mehta pula, Presiden dan Penaung Imagine Group berkata dengan realiti tv ini, 12 orang peserta lelaki dan perempuan akan ditransformasi kepada seorang yang bergaya, berketerampilan menarik serta berkeyakinan tinggi. Untuk itu, bagi merealisasikan kesemua matlamat tersebut, The UK Government's GREAT Britain campaign telah menaja para peserta dari elemen fesyen dan gaya mereka melalui para penaja seperti Clark, British Airways, Ted Baker, Debenhams, Fred Perry, Reebok dan banyak lagi.

Antara ahli Fitness First yang berjaya mengubah bentuk badan mereka dan tampil menawan


FIT FOR FASHION 

  

Fit for Fashion merupakan rancangan realiti tv pertama yang menggabungkan aktiviti fitness dan fashion. Bakal menginspirasi para penonton dengan menggalakkan mereka untuk melakukan senaman dan menjalani gaya hidup sihat. Di host kan oleh TV Host dan fashion journalist terkenal, Louise Roe.

    

Daripada penerbit beberapa rancangan realiti tv hit yang sama seperti The Contender Asia, The Biggest Loser Asia, The Challenger dan The Apartment, Fit for Fashion juga turut menggabungkan para peserta dari seluruh Asia dan bakal disiarkan di Star World bermula 16 Oktober ini. Dengan menawarkan hadiah berjumlah US$ 100,000 kesemua para peserta bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gaya dan keterampilan yang menarik serta kesihatan yang berkualiti.


Matlamat lain rancangan Fit for Fashion adalah dalam memberikan suntikan keyakinan diri, tenaga dan personaliti yang menarik kepada para peserta seterusnya memberikan kualiti kehidupan yang baik kepada mereka.

  

Para peserta Fit for Fashion adalah :

  • Vannessa Ammann, 25 (Fillipina) 
  • Fred Burnard, 36 (Fillipina) 
  • Citira Corrigan, 33 (Indonesia)
  • Jerald Foo, 27 (Singapore)
  • Chelsey Hall, 27 (Fillipina)
  • Matthew Kosub, 28 (Australia)
  • Andrew McCarthy, 26 (Hong Kong)
  • Shiva Nithiabala, 37 (Malaysia)
  • Kristina Pakhomova, 22 (Singapore)
  • Rusty Thompson, 32 (Fillipina)
  • Hema Lata Veerasamy, 25 (Malaysia)
  • Ming Wolf, 19 (Singapore)

Rancangan ini terdiri daripada 12 orang peserta yang mewakili negara masing-masing (2 orang daripadanya mewakili Malaysia). Setiap minggu selama 10 minggu, para peserta akan berdepan dengan ujian fizikal dan ketahanan mental yang diberikan oleh trainer mereka. Selepas ujian fizikal tersebut, mereka dikehendaki untuk berphoto shoot sesuai dengan tema fesyen mingguan dan menampilkan gaya yang meyakinkan. Mereka yang kurang menyerlah akan disingkirkan dari minggu ke minggu.

  

Sepanjang 10 minggu itu para peserta akan diberikan 'fitness advice' daripada dua orang pakar trainer kesihatan terkenal iaitu Christine Bullock dan Mitch Chilson. Mereka juga akan menggunakan program prinsip training yang inovatif daripada  Fitness First bagi mendapatkan satu gaya hidup yang berkualiti dan personaliti yakin di hadapan orang lain. Manakala bagi nasihat fashion daripada stylist, photographer dan designers, Todd Anthony Tyler

dari kiri :
Todd Anthony Tyler (Photographer & Fashion Stylist), Christine Bullock (Personal Trainer) & Mitch Chilson (Personal Trainer)

Semasa majlis pelancaran tu, Nanie dan kawan-kawan  media yang lain diberikan peluang untuk menonton episod pertama mereka. Penggambaran untuk rancangan Fit for Fashion ni dilakukan di sebuah private beach di Tanjong Jara, Terengganu. Aduhai, memang sangat cantik pemandangan yang ditunjukkan. Bangga sekejap Nanie bila orang luar pun memuji pantai Malaysia. 

Untuk episod pertama tu sendiri, bila Nanie tengok memang betul-betul excited. Banyak perkara baru yang ditonjolkan dan secara tak langsung mengenal para peserta itu sendiri. Bayangkan first episod pun dah buat Nanie tak berkelip mata melihat kesungguhan mereka. Memang tak sabar lah nak tunggu episod-episod seterusnya. Tak sabar siapa yang boleh transformasi diri mereka kepada seorang yang fit dan bijak berfesyen! 


Rasanya seluruh rakyat Malaysia kena sama-sama tonton rancangan Fit for Fashion ni tau. Bagi Nanie sendiri, lepas menonton episod pertama tu, keterujaan untuk amalkan gaya hidup sihat meningkat. Ye lah sekarang ni, ramai orang berfikir bila kurus itu sihat. Tak betul! Untuk sihat tak semestinya kena kurus. Apa yang penting adalah bagaimana kita mengenal dan mengetahui tahap kecergasan dan metabolisme badan kita. Dalam rancangan Fit for Fashion ni jugak, ada banyak tips dan nasihat yang diberikan oleh pakai trainer dan fashion kepada penonton. 

Jadi, untuk tahu lebih lanjut mengenai Fit for Fashion, anda boleh klik link di bawah dan jangan lupa saksikan di Star World : 


Website :

Facebook : 

Twitter :

Instagram :
#fitforfashion #exerciseyourright 

First Episode :
16 Oktober 2014 @ Star World 


4 comments:

  1. seronok tengok rancangan reality show yang betul betul bagi inspirasi macam memperbaiki kehidupan seharian kepada yang lebih baik..bab fit ni memang best la tengok kan..

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka rancangan macam ni..kadang2 ianya bagi kita semangat untuk berubah..kan?/

    ReplyDelete
  3. memang perlu ada pendorong untuk jaga badan,,, untuk berfesyen adalah salah satu darinya.

    ReplyDelete
  4. Ingatkan nanie pun wakil Malaysia hehehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork