Monday, October 20, 2014

Khas Buat Sabby Prue, Sabrina Tajudin & Wiida Ribbon

Assalamualaikum semua

Pada awalnya Nanie masuk dunia blogger ni, Nanie sorang aje. Takde pernah kenal mana-mana blogger. On that time, Nanie sentiasa yakin kalau kita punya niat baik dan kalau kita sentiasa buat baik pastinya orang-orang yang baik juga Allah berikan pada kita. Dan Alhamdulillah, sepanjang Nanie dalam dunia blogger... belum pernah sekali pun Nanie berdepan dengan sebarang konflik sesama blogger. Nanie syukur sebab semua blogger boleh terima Nanie dengan baik, dan beri layanan yang baik pada Nanie. Begitu juga layanan Nanie pada mereka. Sentiasa Nanie hormat dan jaga adab bersama mereka. 



Mana yang biasa baca blog Nanie atau pernah jumpa Nanie kat mana-mana event memang akan tahu Nanie rapat dengan 3 orang yang memang top of the list dalam hidup Nanie.  Kata orang yang sekepala sangat lah. Yang faham kita luar dalam. Boleh menggila, boleh menangis, boleh ketawa, boleh buat apa pun sama-sama. Pada Nanie mereka bertiga ni buatkan Nanie senang bila bersama. Bila Nanie mintak pandangan atau pendapat mereka sentiasa ada. Syukur sangat semangat, minat dan hala tuju kami hampir sama. Mungkin sebab tu lah kami boleh sekepala. 

Mereka adalah : Sabby Prue, Sabrina Tajudin & Wiida Ribbon

Satu-satunya gambar kami ber empat sama-sama

Nanie tak tahu nak mula dari siapa sebab pada Nanie sayang Nanie pada mereka semua sama rata. Takde kurang takde lebih. Mereka semua adalah antara orang-orang yang banyak berjasa dalam jatuh bangunnya Nanie dalam dunia blogger. Satu per satu hari yang Nanie lalui banyak betul rujukan, nasihat dan kata-kata semangat yang datang dari mereka. Kami bertiga sentiasa bertanya, sentiasa dekat dan sentiasa ada untuk satu sama lain. Tanya ajelah apa sahaja, Insya Allah respon mereka memang menyenangkan hati. Membantu mana yang mampu. Memberi dengan seikhlas hati. 





Pada awal Nanie join Butterfly Project, Nanie jumpa Kak Sabby. Kakak yang Nanie bajet dia baru belasan tahun. Sumpah! Kak Sabby sangat forever-young dan sebab tu lah Nanie kalau jalan dengan dia, kena jalan jauh sikit. Sebab dia tu kecik comel. So orang nampak Nanie yang macam giant! Hahahah. Tapi kau, kecik comel dia... pembuli nombor satu tau. Nanie dengan Sabrina Tajudin dah faham sangat dah kalau naik kereta dengan dia. Membebel pok-pek-pok-pek macam-macam. Walaupun bebel-bebel dia, sebenarnya dia seorang yang sangat prihatin dan kuat semangat. Macam-macam benda yang dia dah lalui dalam hidupnya dan segalanya dia atasi dengan tabah. Tegas dengan pendirian, manja dan selalu beri nasihat pada adik-adik dia ni. Ye lah, dia tahu adik-adik dia ni semua tengah mencari hala tuju hidup kan? Kak Sabby seorang yang peramah dan so stylo. Nanie banyak belajar jadi confidence daripada dia. Beri sokongan yang padu buat Nanie untuk yakin dengan diri sendiri. Jadi penasihat untuk segala aspek dan caring dia... jangan cakapla! 

Kini : Busy for her 'big day' dan juga her Little Bakerina. Nak kek sedap, pergi order dengan Kak Sabby. Sebut nama Nanie 3 kali, nanti dia bagi diskaun. heheheh



SABRINA TAJUDIN @ http://www.sabrinatajudin.com/



Allah! Yang ini kau tak payah cakap lah. Satu kampung dengan Nanie. Orang Johor. Sabrina Tajudin ni masa awal-awal Nanie jumpa dia, Nanie ingatkan dia ni sombong. Nanie dah pernah baca blog dia sebelum jumpa dia lagi. Memang impress dengan kekreatifan dia dan seni yang dia miliki. Sabrina Tajudin lebih dari segalanya! Seorang gadis yang punya hala tuju, motivasi yang tinggi, cita-cita dan masa depan yang sangat cerah. Kuat berusaha dan tak pernah sekali mengalah. Sampai sekarang Nanie masih ingat kami sama-sama pillow talk masa trip ke Langkawi. Baring sebelah-sebelah sambil cerita semua benda. Kami mesra macam adik beradik. Bila Nanie nak tahu pasal segala macam benda, Sab jawab dengan jujur. Kalau dia tahu, tak pernah sekali dia lokek beritahu. Sentiasa menyenangkan semua orang sekeliling dan sangat humble! I miss you, Sab!

Kini : Berada di JB lepas graduate dan busy dengan The Project B! Yes, tak sabar ye Nanie tunggu Project B. Sebab dari awal, memang Sab selalu bercerita dan minta pandangan untuk her project. So, keuntungan bahagi dua ye Sab! hehehe



WIIDA RIBBON @ http://www.wiidaribbon.com/


Budak perempuan paling hot antara ramai-ramai kawan blogger Nanie. Kalau tanya Nanie, sum up Wiida Ribbon in 3 words, she is CHEEKY, LOVABLE & CUTE! Of course lah, si kecik molek Wiida ni untuk Nanie macam adik yang sangatlah manja! Sebagai kakak pada Wiida, ecewah... Nanie sentiasa jaga Wiida. She is plain! Tapi dalam plain-plain dia... ha kau... pecah rekod kot. Menang Maybelline Contest sampai pi New York. Wiida sentiasa jadi perhatian. Tak kira dari budak sampai abang budak, kepada bapak budak. Jalan dengan dia, kita kena get ready dengan mata-mata orang yang memandang dan merenung. Wajah iras-iras Nora Danish dia tu yang buat orang geram. Nanie sendiri kadang rasa nak cubit je dia, sebab comel sangat. Hahahah. Wiida ni pun macam Sab dan Kak Sabby. Selalu buat orang senang bila dengan dia. Membantu semana yang dia mampu dan paling Nanie terharu, mana je Wiida ni pergi... dia sentiasa ada sesuatu untuk Nanie. Dia selalu cakap, Kak Nanie sentiasa ada dalam hati kita tau! Awwww..... so sweet sayang! 

Kini : Baru melancarkan Makeup Crime. Business Online Makeup yang power. Hasil kolaborasi Wiida dan bff nya. Semoga berjaya dan memang Nanie yakin, kepakaran Wiida dalam bidang makeup membawa hasil kepada dirinya! 





Secara jujur, Nanie bersyukur sangat-sangat bila Nanie dipertemukan dengan 3 gadis ini. Semua mereka menerima diri Nanie seadanya. Mereka sentiasa beri keyakinan pada diri Nanie untuk jadi lebih baik dari sehari ke sehari. Apa sahaja yang mereka rasa baik untuk Nanie, mereka akan sokong. Apa yang mereka fikir tidak sesuai, mereka akan beritahu. Nanie dapat rasakan, mereka berkawan dengan Nanie tanpa sebarang 'hidden agenda'. Nanie perlukan kawan yang sebegini. Kawan yang jujur dan ikhlas menerima kekurangan Nanie. Bukannya kawan yang sekadar perlukan Nanie bila diri berada dalam kesusahan. Nanie perlukan teman yang macam ni untuk ada disisi sepanjang jatuh dan bangunnya Nanie. Dan Insya Allah, Nanie cuba jadi yang terbaik untuk mereka juga! 



Kalau Nanie nak cerita setiap satu yang Nanie lalui bersama mereka bertiga rasanya memang makan berhari-hari. Cukup Nanie katakan Nanie rasa terlalu bahagia dan gembira setiap kali Nanie disamping mereka. Dan sungguh, Nanie sentiasa letakkan mereka nombor satu dalam carta hati Nanie sebab insan sebegini yang buat Nanie lebih bermotivasi dan terinspirasi! 





Terima kasih Kak Sabby, Sab & Wiida untuk segala kebaikan yang anda semua berikan! Nanie tak dapat janji untuk jadi yang baik, tapi Nanie yakin yang Allah temukan kita untuk satu kebaikan! 

 *touching tak? heheheh* 





19 comments:

  1. Alaaaaaa sweetnya! Baru ada can jumpa kak sabby. Wiida and Kakak Sabrina Tajudin belum lagi. Cute betul! :D

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat kawan blogger yang sekepala dan selalu dapat spend masa bersama..memang seronoklah kan kalau camni..happy for you :)

    ReplyDelete
  3. Setuju sgt ngan Nanie..Bkn senang nk cari kawan yang boleh kongsi segala suka duka kita..Friends forever...Janji kita ikhlas berkawan...

    ReplyDelete
  4. Adik!!! Pagi2 buat orang touching! T_T nanie pun blogger pertama yg akak jumpe amd akak x expect kite akan rapat sampai sekarang. As much as I love to bebel, i do it because i love you and hopefully i want u to make the best choice in ur life. But to be honest, we learn from our mistakes so buat silap dlm hidup pun bagus sbnrnye. Thank you sbb nanie jugak ajar akak what is confidence, akak pun byk belajar dgn nanie. Thanks for lending me your ears bila akak nak meluahkan perasaan, akak ni kan byk drama! Haha i love u baby girl, u will always be my little sister I never have. And i will continue to bebel to u, sab and wiida for the rest of my life. Sayang awak!! <3

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaa ! nanie jugak yang mengenalkan wiida and kak sabby dengan kita sampai kita tahu rahsia di sebalik #resipikaksabby HAHAHA jadi lepas ni kalau boleh nak jumpa sabrina jugak! kita memang adore bakat yang ada pada sabrinaaa ! dan paling penting, kita sayang awak ! awak la yang cari pasal dengan saya, sampai bebila iols ingat okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii sempat #resipikaksabby wakakaka! :P

      Delete
  6. OMG.. NK NANGIS... T_T kenapa sweet sgt ni nanie... huwaaa.. im speechless. thank you so much for the support all this while. the friendship and all good memories and place to luahkan perasaan bila sedih! rindunya kat korg.... Please keep this friendship last forever. Kalau ada terguris hati, kecik hati, salah paham. bincang. jgn sesekali putuskan hubunga. i love you nanie <3

    ReplyDelete
  7. seronok bila kita dikelilingi orang yang sayang kita sebagimana kita sayang mereka..

    ReplyDelete
  8. Sweetnyaaaaaaa.... Manis gula pun kalah! You your yourself is awesome Kak, that's why you have awesome friends too.

    ReplyDelete
  9. great meeting you earlier.... and hope to learn more and read more from you too... cheers....

    ReplyDelete
  10. great meeting you earlier.... and hope to learn more and read more from you too... cheers....

    ReplyDelete
  11. sweet sangat la sis.. jeles... semoga persahabatannya kekal.. okayyyy (:

    ReplyDelete
  12. suka tgk sabby tu cantik..macam mix je muka die..mata boolat

    ReplyDelete
  13. kadang2 kawan alam maya (blogger) lebih rapat dgn kita dr kawan yg kenal kita kan...

    ReplyDelete
  14. huuuntongglahhhhh masuk blog cik nanie! hahahhaha haiyoo 1st time smpai sni TEROK jugak kn....err x bp nk terok sbb org tu pn xsmpi blog kt lg! HAHAHHAHAHA btw knowing u guys is also one of d best thing happened in my blogging world acehhh :D

    ReplyDelete
  15. Sweetnya.. Ngan akak2 sekali rasa nak nangis.. Semoga persahabatan yang terbina berkekalan selama2nya.. In Shaa Allah.. ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  16. Sabby tu macam anak patung woi hahaha

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork