Tuesday, October 7, 2014

Pau D'Sanjung : Pau Paling Sedap & Terbaik Di Johor!

Assalamualaikum semua

Nanie suka sangat tengok kawan-kawan yang dah mula set up satu perniagaan. Tak kisah lah kecik atau besar, pada Nanie bidang perniagaan Insya Allah menjanjikan sesuatu yang lumayan rezekinya. Asalkan rajin dan dengan jalan yang betul dan diredhai-Nya. 

Baru-baru ni, Nanie teringin nak makan pau. Masa Nanie dekat UM, boleh dikatakan hampir setiap hari Nanie akan beli satu pau ni. Memang sedap sangat. Gebu, halus dan lazat lah. Tapi tiba-tiba pau tu dah tak dijual lagi. So sad hokeh! T____T. Bila kat Kluang, Nanie google lah mana nak dapat pau yang sedap kan? Dan akhirnya jumpa....

  

Mula-mula Nanie just beli sebungkus je, nak try kan. Beli yang inti kaya. Sekali tu bila rasa.. aduhai.... memang sedap lah! Gebu, lazat dan halus sangat buatannya. Apa lagi, ni perempuan yang tamak haloba ni, terus je Nanie borong semua perasa. Memang tak rugi lah Nanie beli semua perasa ni. Berbaloi sangat! Belek punya belek. Lah, produk orang Johor jugak lah. Sekali bila Nanie post kat Instagram, kawan-kawan kata tu produk IKS hasil usaha perniagaan kawan sekelas Nanie masa di STK dulu. Namanya Radin Syazana. Fuhyoh! Hebatlah... *bangga sekejap*



Nanie teruslah contact Radin kan. Nak tanya lebih lanjut mengenai Pau D'Sanjung yang lebih gebu dari Nanie ni kan. Ya Allah... memang patut dibanggakanlah usaha Radin dan keluarganya ni. Dari apa yang Radin beritahu pada Nanie, Pau D'Sanjung dahulunya dikenali sebagai Pau Tanjung dan merupakan produk home-made sejak tahun 2003. Semua inti-adunan dan pemprosesan pau dibuat oleh ahli keluarga dan pekerja tempatan yang 100% Islam dan Bumiputera. Alhamdulillah :)


Sehinggalah pada tahun 2010, atas permintaan yang tinggi dan dana yang diberikan, Pau D'Sanjung telah beralih menjadi sebuah perusahaan IKS dan memiliki sebuah kilang pemprosesan di Parit Raja, Batu Pahat Johor. Tambah hebat lagi, kini Pau D'Sanjung memiliki mesin pemprosesan pau dengan teknologi Jepun. Namun, untuk mengekalkan kesegaran dan keenakan serta rasa originality Pau D'Sanjung, semua inti pau dibuat sendiri. 

Bukan itu aje, menurutnya penghasilan Pau D'Sanjung amat membanggakan dan pemasaran mereka meliputi Kluang, Batu Pahat, Johor Bharu, Machap dan Simpang Renggam. Kalau korang singgah R&R Machap Arah Utara dan Selatan, korang boleh dapati Pau D'Sanjung dekat sana. Sehingga hari ni, ada lebih 50 pengusaha persendirian untuk Pau D'Sanjung sekitar Johor. 



Pau D'Sanjung menyediakan 7 pilihan inti yang semuanya sedap-sedap belaka. Ada inti kaya, sambal ikan bilis, kelapa, kari daging dan ayam, coklat serta kacang merah. Paling Nanie suka kaya dan kari daging. Memang sedap sangat-sangat! Nak masak dia pun tak susah. Just kukuskan lebih kurang 10-15 minit, dah siap boleh makan! Omnomnomnom! Bila Nanie hidangkan pada family, masing-masing kata sedap. Lagi pulak time tu dimakan lepas hujan. Pekena dengan kopi-o! Fuhfuhfuh. 


Bukan itu aje tau, sekarang ni Pau D'Sanjung juga mencari agen-agen di sekitar Johor dan di mana-mana kawasan. Insya Allah dengan berniaga secara kecil-kecilan macam ni boleh tambah pendapatan kan. Dengan modal permulaan serendah RM 500, Pau D'Sanjung boleh berikan anda pelbagai kelengkapan juga guide perniagaan anda. Mana tahu, dengan kecil-kecilan sebegini, satu hari anda berjaya ada empayar perniagaan sendiri kan? Tak mustahil semua tu. 

  

Lepas ni nampak banner ni, terus beli Pau D'Sanjung ok! 
                       
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Pau D'Sanjung, korang boleh contact kawan Nanie dan klik link-link dibawah : 

PAU D'SANJUNG
Alamat :
 Industri Makanan D'Sanjung Sdn.Bhd
KSB 2-4, Kilang IKS, 
86400, Parit Raja, Batu Pahat Johor 

Harga Sepeket (6pcs) -
Daging/Ayam/Bilis : RM 9.00
Kacang/Kaya/Coklat : RM 7.50

*harga diatas untuk daerah Kluang sahaja, 
lokasi lain & pembelian borong boleh hubungi Radin Syazana

*Untuk orang Kluang, boleh COD --- area Bus Station


RADIN AHMAD AFENDI @ AJI MAT
019.7787.400

RADIN SYAZANA 
012.358.6592

Facebook: 




16 comments:

  1. okay, pasni kalau parents kita pergi johor lagi nak kirim lah. dulu adik kita sekolah kat SMAKJ Kluang tapi sepanjang 5 years dia kat sana kitorg tak tau pun pasal Pau D'Sanjung, rasa rugi pulak tak tau awal2. thanks kak nanie sebab war-warkan cerita pau ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi mieza.. :) nnti try ye.. mmg InsyaaAllah sekali dah rasa pasti nak lagi.. kat sekitar kluang,batu pahat,johor bharu mmg senang nak dapat.. klo kluang kte ada buat cod. juz contct no diatas k :) tq yunk -ADMIN PAU D'SANJUNG

      Delete
  2. nampak mcm sedap ja...mcm2 jenis inti ada...terutama sekali coklat dan sambal bilis..memang feberet Irna tu..area kedah ada x nanie?teringin nk rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Irna, buat masa ni masih lum ade lagi di kedah. tapi ckit masa lagi InsyaaAllah. :) kte masih dalam proses menyiapkan kertas kerja dgn PNS, selepas ciap InsyaaAllah D'sanjung akn ade branch seluruh semenanjung malaysia :) kte juga buka peluang pd yg bermint nak jadi agen n stokis, pada modal yang rendah. -ADMIN PAU D'SANJUNG

      Delete
  3. bagus untuk siapa2 yang nak tambah pendapatan di zaman kenaikan harga barang ni..mungkin ini akan membantu..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana, InsyaaAllah :) memang itu antara salah satu misi kami, untuk membuka peluang pekerjaan sebanyak mungkin kepada bumiputera kite. Dengan hanya modal yang rendah semua orang mampu buka gerai sendiri, asalkan bersungguh-sungguh dan tak mudah berputus asa :)
      -ADMIN PAU D'SANJUNG

      Delete
  4. sodapnya (T_____T) teringin pulak nk makan pau petang2 mcm ni.

    ReplyDelete
  5. sodapnya (T_____T) teringin pulak nk makan pau petang2 mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sazlin. Jom la beli... :) sekali dah cube pasti nak lagi..
      -ADMIN PAU D'SANJUNG

      Delete
  6. Sedapnya.. Lama dah tak jumpa pau yang sedap.. Tp kat belah2 sana je ada ea? Kat supermarket temat lain xde ke nanie? Mcm nak try je.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rosmiza, buat masa ini masih di dalam johor je yunk. ckit masa lagi, InsyaaAllah :) kte gegar 1Malaysia. tunggu ye..
      -ADMIN PAU D'SANJUNG

      Delete
  7. firstly tahniah untuk kawan nanie n family berjaya memajukan biz family.memang nampak gebu habis pau tu..kalau sedap memang seronok makan dan membeli lagi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azhafizah, tq yunk :) mesti cuba k..
      -ADMIN PAU D'SANJUNG

      Delete
  8. Nanie

    Nanti nak tempah bila Nanie balik kampung bleh?
    Termengidam plak yang Kari Daging

    Singgah entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawlins, mesti cuba k.. xcube rugi.. :)
      -ADMIN PAU D'SANJUNG

      Delete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork