Wednesday, October 15, 2014

Pengacara Majlis Untuk Hanis Zalikha Birthday Surprise

Assalamualaikum semua


Minggu lepas memang agak pack jugak lah schedule Nanie. Tambah pulak bila Nanie dah mulakan 'hidup' baru. Insya Allah nanti Nanie update. Dan minggu lepas jugak ada satu tugasan khas yang Nanie kena buat iaitu jadi pengacara majlis untuk surprise birthday party Hanis Zalikha. 

Wishing Wall for Hanis Zalikha. Semua pakat tulis ucapan kat situ je!
Haaaa kau rasa tak cuak? Ye lah, Hanis Zalikha kot. Walaupun Nanie pernah jadi emcee depan kenamaan lain, tapi untuk selebriti belum pernah lagi. Ni kira pengalaman pertama lah. Tambah pulak ia adalah surprise party dan turut dibuat sekali untuk penggambaran Raikan Cinta Episod Khas. Mula tu macam malu dan rasa segan jugak lah. Tapi Nanie just fikir positif and cuba buat sehabis baik. 

  

Nanie memang tak pernah jumpa Keknis. Pernah lah baca blog dia sejak dari sebelum dia jadi selebriti lagi. Apa yang boleh Nanie katakan, dari aspek penulisan Hanis Zalikha, dia seorang yang cheeky dan pandai deliver point secara sempoi. Lawa tu jangan cakaplah, memang tak dinafikan lagi. Bukan Hanis je lawa, satu keluarga dia lawa. Mak dia lagi superb-lawa! 


Hari tu Nanie datang awal sikit. Event start dalam pukul 8.45 malam. Nanie dijemput oleh salah seorang team pukul 5.30 petang. Walaupun nampak event macam simple, tapi disebabkan ini 'secara kejutan', macam-macam perkara boleh berlaku. Mana tahu, tiba-tiba Keknis ada urgent meeting ke. Tiba-tiba Keknis shooting habis lambat ke. So, semua berdebar lain macam. 

Team yang sedang gigih menghias Ruang, Subang Jaya
Alhamdulillah team Kelab Keknis yang terdiri daripada para peminat beliau sangat-sangat bagus dan membantu. Seawal Nanie sampai lagi mereka sedang bertungkus lumus nak hiaskan hall di Ruang, Subang Jaya kepada satu hall yang bertemakan ala-ala sweet gitu. Malahan, mereka juga brief Nanie dengan baik. Senang kerja dengan orang yang mudah membantu ni kan? 


Rezeki Hanis Zalikha sebagai selebriti, ramai betul yang sponsor Majlis Hari Jadi beliau ni. Daripada makanan, goodies, photographer, kek semua bagai di sponsor! Untungnya badan. Itu lah orang kata, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu kan. Dari seorang gadis blogger biasa, Hanis Zalikha melangkah menempa nama dalam bidang yang lebih luas!  Lebih kurang pukul 9.00 tu, Keknis datang. Memang terkejut betul lah dia. Sebab kami ramai-ramai duduk dalam gelap. Dia bukak je pintu, semua dok pakat jerit Surprise kat dia. Hahaha. 

 

  

Kek Hari Jadi Keknis malam tu dibuat khas dengan memakai gaun yang sebijik macam Hanis pakai. Memang cantik lah. Sedap pun boleh tahan jugak sampai rasa sayang gila kot nak makan kek tu. 


Family Keknis pun ada sama meraikan majlis. Alhamdulillah menjadi jugaklah buat kejutan pada Hanis. Dia punya terkejut nasib baik tak sakit jantung. Sempoi je pakai baju ala-ala Barbie Doll dengan selipar. Hahahaha. 


Lepas dah setel dengan kejutan dan video. Tugas Nanie bermula. Malu jugaklah bila banyak sangat kamera yang memandang. Ada yang merakam semua kan. Tapi Nanie kena control semua nervous tu. Barulah lancar segala yang dirancang. 


Bukan tu aje kejutannya. Kejutan kedua adalah bila Tam Spider turut serta dalam surprise celebration ni. Aduhai. Bukan Hanis je minat Tam, Nanie pun minat sama. Suara dia sedap woh! Jadi untuk menambah kejutan, Tam menyanyi lagu favourite Hanis secara unplugged. Nanie tolong pegangkan mic aje untuk Tam. Tapi meremang dia dengar suara Tam... macam nak cair kat sebelah! Awwwwww


Alhamdulillah, malam tu Nanie berjaya selesaikan tanggungjawab dengan baik. Nanie cuba sedaya upaya untuk jadikan malam tu bermakna buat Hanis dan para peminatnya. So far, Alhamdulillah juga bila team KelabKeknis dan Hanis sendiri berpuas hati dengan tugasan Nanie. 



Sebagai pengacara, ada banyak perkara yang perlu kita siap sedia. Lagi pulak bila ia melibatkan kejutan, selebriti, dan audiens yang ramai. Walaupun ni first time Nanie handle surprise party, semuanya berjalan sebagaimana yang dirancang. 

 

Buat Hanis Zalikha dan team Kelab Keknis, Terima Kasih banyak-banyak sebab beri peluang dan mempercayai Nanie untuk menghidup dan menceriakan suasana majlis. Nanie mohon ampun maaf kalau ada silap dan salah. Yang terkurang itu datangnya dari kelemahan Nanie sendiri. Walau apa pun, Nanie sangat enjoy malam tu! Terima kasih semua :) 

Ehem, nak promote sikit lah. Kalau korang memerlukan khidmat pengacara, boleh contact email pada Nanie : innanie.ariffn@yahoo.com @ whatsapp 014-9658519 


18 comments:

  1. terbaiklah nanie,moga lepas nie lebih banyak lagi peluang untuk menjadi emcee

    ReplyDelete
  2. fuyoo . LETUP kakak !!!!! nanti boleh jadi pengacara ABPBH pulak nie... hahahahaha... xoxo

    ReplyDelete
  3. Wahh...terbaikla nanie..nak tengok videoo nanie bercakap..heheh

    ReplyDelete
  4. congratz da buat yg tbaik.. kalo kite jdi emcee utk majlis artis pn msti hepi giler,, nk aaron aziz.. hehe..

    ReplyDelete
  5. cantiknya keknis! nanie? lagi superb cantik gojes in my fav colour pink!! yeayyyy

    ReplyDelete
  6. bestnye dpt jumpe hanis n tam spider.moge terus sukses yer !

    ReplyDelete
  7. akak... waahhh... akak pengacara dah hebat laaaa ni...

    ReplyDelete
  8. Nanie. Kawen scha nnti jadi emcee scha ek. hehe.

    Tahniah nanie. Semoga terus sukses gituuu! Muah ciked!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaiku nanie, best gila jadi emcee untuk Keknis.. meriah tengok party ni. heee u did well babe ~~~

    ReplyDelete
  10. wahh beruntungnya Nanie..Good job Nanie! semoga terus maju okay :)

    ReplyDelete
  11. Salam kenal nanie, wah, meriah bukan main lagi. Lepas ni boleh duet dengan kak engku, you! hehehe

    ReplyDelete
  12. Waaa...bestnyaa...dpt kawan kawan ramai ..dari blog to spot...:)

    ReplyDelete
  13. Hi Nanie.. Bestnya majlis.. Meriahnya.. Mmg nmpk muka hanis tu terkejut sgt😊

    ReplyDelete
  14. Good job Nanie! Sebagai seorang blogger akak turut berbangga dengan kajayaan Nanie.. Semoga terus maju jaya dalam berblog dan setiap job yang Nanie dapat ye.. ^_____^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork