Wednesday, October 1, 2014

September Journey Wrap Up!

Assalamualaikum semua

Lama betul rasanya tak update mengenai diri sendiri kat blog sendiri ni. Hahaha. Harapnya tak bosan lah kalau Nanie update mengenai diri sendiri kat Blog Coklateyes ni kan? Sebenarnya kalau nak diikut banyak sangat benda yang Nanie kena buat. Kadang macam tak menang tangan jugak lah. Tapi Alhamdulillah, memang dah beberapa tahun ni Nanie cuba untuk amalkan guna organizer dan planner. Memang menjadi jugaklah. Nampak semuanya teratur dan takde benda yang miss atau terlepas pandang. 

Banyak membantu planner ni. Diam tak diam dah bulan 10! 
Sebagai blogger, rasanya planner atau organizer ni memang sangat-sangat membantu. Sebabnya ada entry yang kita kena kejar dateline, ada jugak media social yang kena publish mengikut tarikh tertentu jadi kalau tak follow memang kelam kabut jugaklah. Bila ada planner, disiplin juga penting. Barulah semuanya smooth!

Lagi nak update apa? Oh baru ni, tiga orang kawan Nanie selamat mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, memang seronoklah Nanie bila nampak kawan sendiri atas pelamin kan. And, yes readers... please  jangan tanya bila pulak masa Nanie. Takde jawapan lagi untuk itu... hehehehe

Suka chalk board Suhaila ni. Vintage theme sangat kau Ella Lalaa... hehehe

BFF zaman hingusan, si Suhaila dah kawen. Tak lama lagi dapat baby... yeay!
Ni pulak kawan masa form 6, Azlan Zainuddin. Isteri dia orang Terengganu. 

Lan cakap "Fateen, rugi kawen lambat! Kawen awessssssssssommmeee!"
*sabarlah wahai hati. Lan memang nak kena ni! heheheh*

Tak cukup dengan sekadar wedding di Kluang, Nanie ke Kuala Terengganu. Salah seorang kawan baik Nanie dalam dunia blogger iaitu Aidazura melangsungkan perkahwinan. Pergh, first time tau travel naik bas jauh. Selalunya balik Johor dalam 3 jam je. Kali ni lebih 7 jam kena mengharung duduk dalam bas. Memang lenguh kaki, kebas punggung semua lah. Tidur-bangun-tidur-bangun pun tak sampai lagi. 

Aidazura & Suami, Anif. Sepadan. Dua-dua pemalu, dua-dua sopan. 

Mujurlah ada peneman-peneman setia yang turut sama jadi bridemaids Aida hari tu. Nanie ke Kuala Terengganu dengan dua orang teman blogger lagi iaitu Wiida Ribbon yang memang semua orang cakap dia ala-ala Nora Danish, dan juga Liana Lunia atau Yiying, seorang Ratu Twitter yang typo! Hehehe. 

Jantung hati sepanjang journey ke Terengganu, Wiida & Yiying
Hahahah. Kami bila dah jumpa memang macam ni. Tak ingat dunia sikit. 

Walaupun perjalanan ke Terengganu ambil masa yang sangat lama, tapi pada Nanie memang berbaloi lah ke sana. Terengganu memang antara negeri favourite Nanie. Sebab ada banyak tempat menarik, banyak makanan, banyak benda boleh shopping dan banyak lelaki tampan! *ehhhhh tiber....hahahah* 

Area jalan Kampung Cina
ni Nanie shoot kat kedai Pok Nong aje
Disebabkan masa yang singkat, tak berapa banyak sangat tempat yang kami pergi. Sekadar pergi Pasar Payang, jalan-jalan sekitar bandar dan cari makanan sedap macam Nasi Dagang, Keropok Lekor dan Celup Tepung Pok Nong. Memang terbaik semua makanan Terengganu ni. Their signature lah kan... 

Terliur tak? Gebu sehh sotong dia. Udang meringkuk gembira! 

Fuh... part makan seafood celup tepung kat Pok Nong paling win! Beratur je dekat setengah jam. Makan memang puas habis lah. Dah lah besar, fresh pulak tu! Yiying dengan Wiida lah paling gumbira. Sebab diorang memang dah target nak makan kat situ. 4 orang makan, habis RM 80. Cukup puas hati! Memang sapa datang Terengganu tak pergi ke Pok Nong, memang lah ruuuuuugiiiiiiiiiii!

Awal bulan datang Terengganu jumpa blogger Farisha & Nabiela. Thank you so much adik! 
Masa awal bulan September lepas, Nanie pernah ke Terengganu juga sebab hantar adik masuk UMT. Waktu tu, Nanie drive kereta. Mujur kat sana jumpa teman blogger, Farisya. Dia ada bawak Nanie pusing-pusing dan tunjuk tempat menarik kat sekitar Kuala Terengganu. Cuma untuk kali kedua yang Nanie datang, dia ada di KL. Tak dapatlah jumpa dia! 

Singgah Pantai Kemasek, sebelum balik ke KL 

So, second time bersama Wiida dan Yiying, sedikit sebanyak Nanie boleh suggest lah tempat-tempat menarik kat area situ. Kalau nak mengharapkan pengantin, kesian pulak mereka. Ye lah nak uruskan banyak benda kan. Jadi kami gamble aje. Guna waze, guna tradisional tanya orang tempatan dan terjah saje! 

Gambar paling cantik bagi Nanie di Kampung Cina

Shopping time
Awal bulan September beli, masa wedding di Kluang dah siap bajunya. Lawa & murah!
Kalau nak diikutkan banyak lagi yang Nanie nak explore Terengganu ni. Dengar cerita, steamboat Pulau Duyung pun sedap kan? Insya Allah Nanie akan ke Terengganu lagi. Jalan-jalan release tension kan? Untuk wedding pulak, Insya Allah akhir tahun ni salah sorang kawan baik blogger Nanie juga bakal menamatkan zaman bujangnya. Siapa? Cuba teka? Nanie bagi hint sikit ye, she is a beauty blogger and love to bake! Cepat teka-cepat teka! Masa wedding dia, Nanie sibuk jugak. Nanie jadi.... emmm jadi apa ye? Heheh. 

Sekian, September Wrap Up Nanie. Memang penat berjalan sana-sini, uruskan itu ini tapi Alhamdulillah semua selamat dan dipermudahkan. Anyone else yang nak kahwin? Meh jemput Nanie. Mana tau ada kesempatan boleh Nanie datang... 

Nak tengok banyak lagi gambar Nanie --- jemput follow Instagram : 






11 comments:

  1. nak teka boleh tak? nak teka pls pls nak teka siapa yang kahwin hujung bulan nanti nak teka !!!

    eh overnya hahaha. saya rindu kamuuu berduaaa. rinduuuuuuuuuuu T_____________T

    ReplyDelete
  2. seronok tengok Nanie jalan jalan ke negeri orang. Bulan 9 memang banyak kenduri kahwin kan..musim cuti sekolah mungkin..Apepun sebagai blogger memang kena ada planner untuk kita organize masa dan aktiviti seharian..tapi kekadang terkejar jugak kan..

    ReplyDelete
  3. hai tuan tanah bila pulak nak berumahtangga ? hehehe =P

    ReplyDelete
  4. haaa kak sabby pulak kan nanti? hehe! memula mieza nampak pic kak nanie pegi tganu dgn wiida ingatkan korang honeymoon, rupanya kak aida punya majlis, hehe! kak aida ada jemput mieza tapi mieza keje kan so x dapat la sesuka hati nak cuti, sob sob~ kak nanie next time nak pegi tganu bercuti ke ajak la mieza, hehe!

    ReplyDelete
  5. Nice experience of yours!...congrats to the newly-wed...i like sea food servings!

    ReplyDelete
  6. tahu dah siapa kottt. heheh. mmg banyak kawan2 nak kawen niii. aaaa, jeles pulakk T___T

    ReplyDelete
  7. Wrap up! Bye bye september. Ayat *lelaki tampan tu* agree

    ReplyDelete
  8. Part makan tu yang paling best tu...makanan sana mmg sedap. Ok lps ni kalau ke terengganu sis akan terjah Pok Nong tu..

    Satu lagi..jeles arr tgok planner awk penuh..sis punya sikit ciput je huhuhu

    ReplyDelete
  9. sotong tuuuu..
    nangis tengok.. gemok2 pulak tu.. T_T

    ReplyDelete
  10. Adui.. Sedapnya seafood celup tepung.. Lama dah tak pekena nih.. Glup!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork