Friday, October 17, 2014

The Picnic Table : Impian Buka Cafe Menjadi Realiti!

Assalamualaikum semua

Seawal 2012 lagi, Nanie dah pernah tulis satu entry untuk miliki sebuah cafe (KLIK SINI). Masa tu memang Nanie tak pernah sangka dan tak pernah fikir macam mana cara nak bukak cafe sendiri. Cuma masa tu Nanie jatuh cinta dan terbayang untuk mendekorasi sendiri sebuah cafe yang cosy, selesa dan sangat friendly-user. Walaupun makin lama, nampak gaya keadaan seolah tidak mengizinkan... tapi jauh di sudut hati Nanie memang pasang impian besar untuk ada sebuah cafe sendiri. 

Dan akhirnya... tanpa diduga, tanpa disangka, dan tanpa Nanie bayangkan sendiri. Impian itu menjadi kenyataan tak lama lagi. Alhamdulillah di tahun 2014, sebuah cafe bakal menjadi realiti. 

Tinggal masuk furniture dan deko, lepas tu siap! 


The Picnic Table by Simply Sandwiches menjadi antara projek besar dan projek yang tak pernah Nanie duga. To be honest walaupun Nanie bukanlah pemiliknya, mahupun Nanie bukanlah orang yang bertungkus lumus menjadikan ianya sebuah realiti... tetapi menjadi sebahagian daripada keluarga Simply Sandwiches membuatkan semangat Nanie untuk miliki sebuah cafe membara kembali. Dan Simply Sandwiches menjadi satu inspirasi. Mana tahu, daripada belajar uruskan cafe ni, satu hari nanti Nanie boleh bukak cafe sendiri? Kan bagus tu? heheheh... 



Alhamdulillah. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap hamba-Nya. Perkenalan Nanie dengan CEO Simply Sandwiches kira-kira dua tahun lepas  melalui entry ini (KLIK SINI)  menjadi titik permulaan segala-galanya. Nanie lihat sendiri bagaimana mereka melangkah lebih jauh menjadikan Simply Sandwiches sebagai satu label yang dikenali ramai. Melihat sendiri bagaimana mereka mengurus dan menapak melebarkan sayap menjadi sesuatu yang "MUST TRY" dan Alhamdulillah sekali lagi, sebuah cafe dengan label "The Picnic Table" menjadi realiti di akhir Oktober ini. 

Inspiration kami...

Berkonsepkan "indoor picnic", The Picnic Table membawakan kelainan kepada anda. Sebuah cafe yang bakal memberikan anda pengalaman 'picnic' sebenar dengan menghidangkan makanan yang 100% berkhasiat dan pastinya lazat. Even, Nanie sendiri tak sabar nak tengok orang lepak dan picnic dalam cafe tu! 

Cool kan lepak macam ni? Nak baring pun boleh... hehehe

Insya Allah end of October, The Picnic Table bakal dilancarkan. Sebagai sebahagian daripada team Simply Sandwiches, Nanie alu-alukan sangat kehadiran korang ke The Picnic Table ni. Dari semasa ke semasa, Nanie akan update lagi mengenai The Picnic Table. Nanie akan cerita mengenai menu mereka, dekorasi dalaman dan mungkin promosi yang ada! Ha... tunggu ok! Dan... doakan moga Nanie berjaya uruskan projek mega ni dengan jayanya! Woohooooo ;) 


Lokasi : Berhampiran Encorp Strand Mall, Kota Damansara.  *tak jauh dari butik Ash&Annas, The Vendeur Festival, Farah Iskandar, Neng Guelis dan lain-lain. 




32 comments:

  1. Dah launch nnti, scha nak pergiii. hehe. bestnyaaa!

    tahniahh nanieee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh scha! silakan silakan! sangat dialu alukan :)

      Delete
  2. wahhh... kt kota damansara je.... mesti singgah!

    ReplyDelete
  3. Menarik.. ibarat lebih kurang mcm style melayu duduk bawah semua cuma atyle picnic. Seronokkan bila ada dgr alunan burung dgn style gardem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah! we want that environment! best kan picnic lepak lepak

      Delete
  4. Waaahh best!! Dkt je dgn rmh kc. Nanti ajak kita tauu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kc. nanti kita bgtau dah launch ye!

      Delete
  5. Nanie, yang nie ke yang Nanie kata dunia baru yang dalam entry sebelum2 ini tu... wow, happy for you Nanie ... xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah nampak gayanya macam tu lah awak! doakan ye :)

      Delete
  6. Menarik... Idea yang santai jer.. semoga berjaya.. teruskan..!

    ReplyDelete
  7. Hurmmm..... nanti kalau nak panggil food review.... i pm my price.... #JustJoking....

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah, seronoknya! tahniah awak and the team, ini permulaan yang terbaik mungkin kelak akan terbinanya restoran/cafe atas hasil usaha keras nanie sendiri. kita bangga dengan kakak! nak sedut sikit aura keusahawanan kakak hahahhaha

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum nanie..wahh lawo. dekat dengan rumah sheila. yeayyy boleh bawah suami dan adam ke sini. heee sheila doakan semoga nanie berjaya membuka cafe impian nanie. sheila akan support nanie, dari segi makan2. heheheeeee ~~~

    ReplyDelete
  10. wahh cantik sangat! lain dari yang lain.. nnti ada masa kak ida terjah okay.. nnti bukak la cafe. hari hari kak ida datang makann.... wiwiiwiwiiwiiii ~

    ReplyDelete
  11. ya Allah.. Alhamdulilah Nanie! Semoga bertambah2 sukses! cantik gilsssss kedai tu! sab pernah ckp ngan topek, npela xde org sediakan tempat picnic. tup tap nanie buat! bestnyaaa! ada gak tmpat nk berpicnic! huwaaaa nk dtg sana balik nk dtggg! amin amin amin, jgn give up and terus kan berusaha ya syg!

    ReplyDelete
  12. besnya!!

    err hrp2 harga pn 'best..huhu

    ReplyDelete
  13. Wow..sangat cool deco macam ni..terbaiklah..kalau datang sini boleh lepak ngan nanie kan..tahniah nanie.tahniah team simply sandwiches.semoga terus maju

    ReplyDelete
  14. tahniah.. semoga bertambah2 rezeki lepas ni. :)

    ReplyDelete
  15. seriously best..boleh lepak2 macam tuh..xdelah rasa bosan sgt asyik duduk kat kerusi jer..ini siap boleh baring lagi..baru best lepak sambil2 makan..hehe

    ReplyDelete
  16. epi pun nak datang....sambil2 gossip2...ehhh....

    ReplyDelete
  17. seronok dapat tengok perjalanan hidup nanie ni..semakin berjaya nampak nya..tahniah ye..

    ReplyDelete
  18. happy for u sayangggggggg :D
    semoga impian nanie tercapai,muah!

    ReplyDelete
  19. awesome! congrats kak nanie! nanti boleh kita lepas sesama blogger ^_^

    ReplyDelete
  20. kita pun ada impian nak bukak cafe sendiri... cantik gilaaa.. cool gilaa... inshaa Allah, ade peluang nak datang picnic kat sana.. heheh

    ReplyDelete
  21. Unik! Tak sabar nak tunggu pelancaran.. Akak wish u all the best Nanie! ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  22. alahai bestnya dapat pergi makan kat cafe picnic

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork