Saturday, November 29, 2014

Blog Coklateyes Di Rancangan Bella Unwind NTV7

Assalamualaikum semua



Nanie tak tahu nak mula dari mana, tapi secara jujurnya Nanie agak gembira bila dua minggu lepas Nanie dijemput sebagai salah seorang panel dalam rancangan Bella Unwind di NT7. Pada asalnya, masa Nanie terima jemputan tu, Nanie tak sure lagi patut Nanie hadir atau tidak sebab topik yang diberikan adalah topik yang langsung takde dalam kepala Nanie ; "Fashion Wedding".

Nanie kena buat keputusan segera. Walaupun topik agak tak berapa in dengan Nanie, tapi Nanie nak cabar diri Nanie sebenarnya. Pertama sekali, mestilah peluang datang hanya sekali. Keduanya, Nanie nak cabar sejauh mana keyakinan Nanie boleh bercakap Bahasa Inggeris secara spontan dan live. Memang GULP jugak lah asalnya, tapi macam Nanie selalu kata... ketakutan perlu diatasi. Challenge accepted! Nanie bersetuju untuk tampil dalam program tersebut.

Untuk pengetahuan korang, Nanie taklah berapa fluent sangat berbahasa Inggeris. So-so aje. Tak berhabuklah orang kata. Setakat basic-basic je bolehlah. Tapi, Nanie selalu belajar untuk tingkatkan Bahasa Inggeris Nanie dengan kawan-kawan sejak dari zaman universiti sampailah ke zaman blogger ni. Nanie cuba nak tingkatkan dari segi keyakinan lah... Masa kat Law Fac dulu memang jeles jugaklah tengok kawan-kawan speaking berhabuk. Hehehe. 

Thanks Arief for the support. Jadi pak supir hari tu... hahaha 

Sepanjang minggu tu jugak, Nanie jadi emcee untuk UM Cares Summit 2014 di Crystal Crown Hotel, PJ. Mujur Arief, kawan baik Nanie sudi membantu. Dia siap amik cuti tu untuk hantar Nanie ke Studio NTV7 di Glenmarie, Shah Alam. Thank you so much, Arief :) Sebelum tu, Nanie ada lah buat sikit-sikit research. Tanya kawan-kawan apa pandangan mereka mengenai topik yang diberikan, cuba google sikit info-info kan. Kata orang, tak tahu kena belajar. 

with Suzai, dia memang speaking berhabuk.

Sesampainya di Studio NTV7, Nanie orang pertama yang sampai. Nervous jugaklah kan. Sebab kita tak tahu soalan apa yang bakal ditanya. Dalam kepala memang asyik takut dengan kesalahan grammar je. Tapi buat cool lah depan Arief kan. Kang kantoi pulak, kita nervous. Sempatlah tengok set semua. Memang cantik. Touch-up make up sikit je sebab Nanie dah prepare dari rumah make up basic. Tak lama lepas tu, nampak kawan blogger, Sizzling Suzai. Fuh... lega sikit ada geng sekepala. So, Nanie dengan Suzai sama-sama excited dan nervous. 


Alhamdulillah sepanjang rancangan, Nanie diberikan kelancaran untuk menjawab setiap persoalan yang diberikan pengacara, Belinda Chee. Walaupun dalam kepala asyik takut tersalah grammar bagai, tapi Nanie cuba sehabis baik untuk tunjukkan keyakinan bercakap Bahasa Inggeris. Semuanya berjalan lancar dan baik. Syukur cabaran dan ketakutan berjaya diatasi! Yeah!!! 

Bersama Belinda Chee, pengacara Bella Unwind


Walaupun muncul selama kira-kira 45 minit macam tu di kaca TV, tapi pengalaman muncul LIVE tu memang tak dapat dilupakan lah. Alhamdulillah boleh kawal semua perasaan gemuruh, nervous tu. Semua yang Nanie research, Nanie cuba keluarkan isinya dan elaborate sikit-sikit lah. Hehehe... Habis je di NTV7, terus berdesup balik PJ jadi emcee. 

Terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan yang sama-sama tonton rancangan Bella Unwind pada hari tu. Antara yang terawal snap gambar dan post kat Facebook Nanie adalah kawan baik Nanie dari kecik, Nadhirah. Allah, malu sebenarnya... tapi jauh dari hati rasa berbangga bila orang lain turut berbangga dengan pencapaian kita kan.


Sekali lagi, Nanie memang bersyukur sebab Blog Coklateyes membawa nama Nanie ke satu tahap yang Nanie tak pernah fikir. Memberi satu daya tolakan positif untuk Nanie challenge diri Nanie, untuk Nanie beri lebih motivasi dan inspirasi pada diri sendiri mahupun orang lain. Nanie tahu, diri Nanie banyak sangat kurangnya. Dan kalau nak difikir seolah tak layak untuk berada dalam bidang blog ni. Tapi Nanie yakin, kelemahan bukanlah satu perkara yang patut membawa kita jatuh, tapi cari dan gali kelebihan dalam diri kita. Jadikan ia kekuatan dan jadikan ia satu inspirasi untuk terbang lebih jauh! :) 

Doakan Nanie dan Blog Coklateyes terus melangkah jauh... Hadapi ketakutan dan cabaran, jadikan hidup korang satu kenangan yang membanggakan! 


*Boleh tengok episod ini di tonton.my :)



12 comments:

  1. waaaa bestnye masuk tv hehe well done!

    ReplyDelete
  2. Phewit ! All the best Nanie ! Terbaekkkk...

    ReplyDelete
  3. Kc doakan lebih lagi untuk Faten eh. In sha Allah. Amin.

    ReplyDelete
  4. Yes.So Proud with you kakak!Go for more!Eh betul ke grammar hehe

    ReplyDelete
  5. tahniah Nanie...sejak dulu memang kagum dengan Nanie..:)

    ReplyDelete
  6. I'm so proud of you Nanieee! muah muahhh!

    ReplyDelete
  7. tahniah Nanie..tak berkesempatan nak tengok live.moga Nanie terus yakin dan berjaya.proud of you :)

    ReplyDelete
  8. tahniah kak nannie,, tak salah la muja pilih blog ni antara blog terbaik dulu kan,, hahhaa

    ReplyDelete
  9. dan saya pon brbangaa dpt onair ngan cik nanie gtuhh hahhaha BERHABUK ke berserabut? LOL xd makne kt pon nerbes juga la awwaaakkk ntah pape ayt terabor kn..btw this experience was one d best thing happened in my life :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork