Monday, November 10, 2014

Dettol pH-Balanced Body Wash : Melindungi Kulit Anda Dengan Lebih Yakin!

Assalamualaikum semua

Kebelakangan ni Nanie memang sangat sibuk. Ke hulu ke hilir menyiapkan pelbagai projek dan tugasan yang diberikan. Kalau korang nak tahu, Nanie belum miliki sebarang kereta lagi. Jadi nak tak nak, terpaksalah gigih gunakan public transport. Turun naik lrt, turun naik bas, menapak segala. Walaupun memang agak letih dan penat, tapi kalau fikir positif... is a part of exercise jugak kan. Cumanya satu je Nanie tak berapa berkenan bila gunakan public transport ni, badan akan cepat berpeluh dan mula lah rasa tak selesa. Apatah lagi kalau event dari pagi sampai petang. Bertabahlah ye...


Tapi jangan risau, Dettol kini ada satu pembaharuan untuk Body Wash nya yang kini diimprovisasi dengan formula pH-balanced. Dettol pH-balanced Body Wash ini akan menjadikan rakyat Malaysia 100% terlindung daripada bakteria dan kuman di samping mengekalkan kesihatan dan kelembapan kulit. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana keseimbangan pH mampu mengekalkan kesihatan kulit kita kan? Nanie pun pada mulanya tak berapa faham bagaimana pH yang seimbang ini berfungsi pada kulit kita. Namun setelah diberi penjelasan oleh pakar dari Dettol sendiri semasa Dettol Special Experiential Session with Blogger di The Boulevard Hotel beberapa minggu lepas, barulah Nanie faham. Meh Nanie cerita sikit... 


Malaysia adalah sebuah negara yang panas dan lembap. Keadaan sebegini secara tidak langsung menipiskan satu lipid penting atas permukaan kulit kita. Disebabkan itu, kulit kita sangat mudah terdedah dengan kuman dan bakteria. Untuk itu, Dettol yang telah sekian lama dipercayai rakyat Malaysia membawakan satu formulasi baru buat rangkaian body wash mereka. Bukan sekadar menjadikan kulit sihat dan dilindungi malahan formulasi ini mampu memberikan pelbagai kebaikan kepada pengguna dari aspek kesihatan. 


Semasa event, pakar Dettol memberikan satu contoh kepada kami semua. Dengan menggunakan kelopak ros, dapat dilihat selama 9 jam direndam dengan Dettol pH-Balanced Body Wash, kesegaran dan kelembapan kelopak ros masih dalam keadaan elok dan cantik. Berbanding penggunaan brand-X, kelopak mawar kelihatan kusam dan hitam selepas 9 jam yang menandakan kelembapannya telah hilang. 


Korang an tahu Nanie bukan semudah itu untuk mempercayai sesuatu. Jadi, pada hari tersebut Dettol bukan sekadar buktikan kehebatan Dettol pH-Balanced Body Wash dengan satu eksperimen, tapi ada satu lagi self-experiment yang kami kena jalani. Yang ini secara saintifik dan lebih jelas resultnya. Memang terlopong lah kami dengan keberkesanan Dettol pH-Balanced Body Wash ni. 


Kami semua diberikan Hydrion Insta-Check pH Pencil yang berfungsi dengan pantas menentukan tahap pH sesuatu cecair. Dah macam dalam lab sains pulak masing-masing bila buat ujikaji sendiri bersama Dettol pH-Balanced Body Wash ni. Untuk pengetahuan semua, pH yang terbaik bagi kulit kita adalah diantara pH 4.0 - pH 6.0.


Ada beberapa step yang kami gunakan semasa eksperimen. Eksperimen ni kami gunakan 3 jenis cecair untuk diuji iaitu air paip, Detto pH-Balanced Body Wash dan Body Wash Jenama X. Bukan korang je excited dengan eksperimen ni, kami sendiri pun teruja. Nak tahu sejauh mana seimbangnya Dettol pH-Balanced Body Wash ni.


- Renjiskan air paip pada permukaan kulit & gunakan pen pH Insta Check untuk lihat warna apa yang dihasilkan. Air paip memang beralkali lemah dan kelihatan warna oren seakan-akan pH 5 dihasilkan

- Gunakan Dettol pH-Balanced Body Wash dan lorekkan pada kulit kita 

- Gunakan pen pH Insta Check dan warna yang lebih kurang sama dengan warna air paip terhasil iaitu warna oren. Sekitar pH 5.0 - pH 5.5. Jika dilihat pada carta pH 5.5 adalah 'Healthy Skin'

- Gunakan pula Body Wash Jenama X sebagai ujikaji seterusnya. Pen pH Insta Check digunakan dan kelihatan warna hijau yang terhasil yang membawa maksud Body Wash Jenama X agak beralkali. Alkali yang kuat pada Jenama X menyebabkan kulit semakin mudah diserang bakteria. 


Jadi tanpa diragui memang sah lah Dettol pH-Balanced Body Wash ini amat baik untuk kulit kita dan bagus dalam melindungi diri kita dari segala penyakit dan bakteria. Menurut pakar, body wash yang baik adalah sekita pH 4 - pH 6. Jika body wash terlalu berasid (pH 1-3) kulit kita akan mudah gatal, sensitif dan tidak sihat. Manakala jika body wash terlalu bealkali akan menjadikan kulit kita kering, kurang bermaya dan mengalami penuaan yang pantas. 


Didatangkan dengan 6 pilihan seperti Dettol Skincare(Pink), Dettol Original(Hijau) , Dettol Re-Energize(Oren), Dettol Fresh(Kuning), Dettol Radiance(Peach) dan Dettol Cool(Biru) para pengguna boleh memilih kegemaran haruman masing-masing yang pastinya menyegarkan. Nanie juga diminta untuk share dengan para pengguna di luar sana pengalaman Nanie sendiri semasa event disamping memilih yang mana satu kegemaran Nanie. Untuk Nanie sendiri, Nanie suka kan Dettol Skincare dan Dettol Original. 


Bagi menghargai para pengguna Dettol yang sekian lama mempercayai brand terbaik ini, Dettol Malaysia ada melancarkan satu kempen Dettol pH Challenge, para pembaca Blog Coklateyes turut mendapat voucher diskaun RM 5 daripada -----KLIK LINK----- untuk setiap pembelian 625ml Dettol pH-Balanced Body Wash di mana-mana Guardian store bermula 1 November hingga 31 Disember. 

Senarai harga untuk setiap range Dettol pH-Balanced Body Wash : 

250ml - RM 6.90
625ml - RM 15.90 (after diskaun : RM 10.90 sahaja) 
950ml - RM 21.90 


Terima kasih banyak-banyak pada Dettol Malaysia untuk satu peluang yang sangat best ni. Memang benarlah, Dettol menjadi pilihan rakyat Malaysia dan mampu melindungi diri dan keluarga anda dari serangan bakteria dan kuman yang berada di sekeliling kita. Kesihatan yang baik lambang kebahagiaan keluarga. 

Untuk sebarang maklumat lanjut : 

Facebook : 

Website : 



7 comments:

  1. Eyza mmg suka sangat pakai Dettol bila mandi.. rasa fresh dan wangi jer.. paling eyza suka yg warna pink n kuning.. best..

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah eksperimen tu..gunalah dettol tanpa was was..selalu tgk iklan susah nak percaya kan..hihi

    ReplyDelete
  3. Irna memang suka dengan produk Dettol..Suka baunya..Macam bau kat hospital.Hehehehe..

    ReplyDelete
  4. my dear's favorite brand.. :D also I using too..

    ReplyDelete
  5. dah lama tak pakai dettol sejak tukar guna brand xxxx opps.. haha nanti la nak pergu guardian beli satu botol

    ReplyDelete
  6. amboihh kemain lg tauu xd satu botol lebeh ke utk kiteww!!??! heheheh

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork