Thursday, November 6, 2014

Female's 40th Birthday Party @ Nexus, Bangsar

Assalamualaikum semua

Nanie berpeluang meraikan Majlis Ulangtahun ke-40 untuk Female Magazine pada September lepas. Terima kasih pada Grace Myu atas jemputan. Dengan bertemakan Street Fashion, majlis yang diadakan di Nexus, Bangsar tu cukup meriah dan sangat menghiburkan. Seawal jam 6 petang lagi, Nanie dan Grace dah sampai kat sana.


Nanie ni bukan pandai berfesyen sangat. Walaupun ada tema bagai, Nanie just mix & match je apa yang Nanie ada. Kata orang, kalau kita yakin kemana pergi pun, Insya Allah diterima semua kan. 

































Malam tu, hall tersebut di hias sangat indah. Jalan menuju ke hall utama dipenuhi dengan front cover Female Magazine sepanjang 40 tahun. Dari situ memang kelihatan terpampang wajah-wajah selebriti tempatan yang menghiasi muka depan majalah mereka. Memang cantik-cantik belaka. Dan kelihatan juga Female Magazine semakin matang & bijak membawa isu yang pelbagai. 



Bila ke anniversary sebegini, sudah semestinya yang paling ditunggu-tunggu adalah goodies! Hahaha. Mujur Nanie dan Grace sampai awal, jadi kami takdelah perlu beratur panjang untuk redeem goodies kami. Semua tetamu diberikan satu kad, kalau kita nak redeem goodies dari para sponsor, kita kena pergi ke booth tersebut. 


Antara para sponsor yang berikan goodies yang best adalah seperti Haagen-Dasz, Bower Haus - dapat bracelet setiap sorang (worth RM 199), ada Make Up Forever - boleh buat makeover, ada Loreal Professional - untuk dandanan rambut, Lanvin Perfume - untuk Spin the Wheel dan banyak lagi.





Dah alang-alang ada makeup makeover dari MUFE, apa lagi... Nanie pun terus je lah tala muka. Cewah... konon-konon memang datang dengan naked face lah. Woi, makeup dari MUFE sapa yang tak nak kan? One of my dreaming brands for makeup!

































Nanie suka sangat dia makeup. Bersesuaian dengan majlis dan juga outfit yang Nanie kenakan malam tu. Tak nampak terlalu garang, tapi masih lagi kekal menawan. Ecececeh! Puji diri sendiri. Tapi seriously, MUFE memang best. Rasa sayang gila nak tanggal makeup malam tu. Hahahah! 


Yang tengah tu lah MUA MUFE yang makeover Nanie. Nanie cakap kat dia, muka dia macam penyanyi Indonesia, Bunga Cinta Lestari. Dahlah baik, lawa pulak tu. Heheheh. Tapi Nanie lupa lah sapa nama dia.... :) Kat situ juga jumpa my beloved Tammy Miu!


Kegembiraan Nanie bukan sekadar tu je. Ada lagi. Nak dijadikan cerita, masa Spin the Wheel di booth Lanvin Perfume, Nanie berjaya dapatkan main prize mereka iaitu sebotol perfume Lanvin yang terbaru iaitu Me by Lanvin. Amboi, bukan main happy lah Nanie malam tu. Dahlah Nanie memang gila perfume! Rezeki. 


Malam tu memang ramai para tetamu yang terdiri daripada special guest Female Magazine sendiri. Dihoskan oleh Daphne Iking, bertambah meriah lah Majlis Ulangtahun Female Magazine yang ke-40 ni. Persembahan malam tu pun tak kurang hebatnya.


Last but not least, Nanie ucapkan sekalung Tahniah buat Femala Magazine atas pencapaian cemerlang selama 40 tahun ini. Bukan mudah untuk kekal dan terus menjadi pilihan. Semoga terus sukses dan terus memberikan wanita Malaysia satu inspirasi! Happy Birthday, Female!






6 comments:

  1. Wah..Bestnya Nanie.. dapat macam-macam.. :)

    ReplyDelete
  2. Majalah rupanya... ingatkan sapa2 yg dah 40 tahun tu sambut besday kat sini... hahaha

    ReplyDelete
  3. Bestnya ! dari dulu suka baca blog nanie ^^

    ReplyDelete
  4. MUFE mmg wishlish schaaa. harap2 dpt try one dayy! Hehe

    ReplyDelete
  5. Happening betul..mana tak seronoknya dapat attend event camni.

    ReplyDelete
  6. bestnya... dapat pulak banyak barang dalam goodie bag

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork