Tuesday, November 18, 2014

Jangan Copy Paste Entry Orang Lain!

Assalamualaikum semua

Buat pemilik Blog Anagurlz87.blogspot.com, secara jujur saya kecewa dan sedih dengan perlakukan anda. Anda seorang blogger, saya juga seorang blogger... malahan jika dilihat anda telah mula berblog sejak 2008. Jadi saya yakin anda pasti tahu RULES atau UNDANG-UNDANG dalam perihal berblog. Seperkara yang PALING DIBENCI OLEH SEMUA BLOGGER adalah bila wujudnya COPY ENTRY. Namun apa yang awak telah lakukan pada hari ni? Ini entry awak [KLIK SINI] & ini pula entry saya yang saya tulis pada 2013 [KLIK SINI]

Sebagai blogger yang juga turut menjadi pembaca blog, saya boleh faham kadang-kadang kita rasa terinspirasi dan bersemangat untuk menghasilkan satu entry yang bagus dan menarik selepas kita baca entry orang lain. Tetapi itu bukanlah satu alasan untuk anda meniru entry orang lain word by word dan kemudian meletakkannya di blog anda sebagai entry hasil idea anda. Saya cukup kecewa dan malu jika anda mengaku diri anda seorang blogger jika begini perangainya... saya tak tahu berapa banyak lagi entry awak yang awak copy paste. 


Pertama sekali, bila saya lihat pada opening entry awak, ada HAK CIPTA ILLYA FARHANA. Maaf, jangan sekali-kali awak berani gunakan perkataan yang awak tak tahu betapa ia penting dalam undang-undang! Saya rasa anda tidak layak untuk gunakan perkataan Hak Cipta tersebut :

Definisi Hak Cipta mengikut Akta Hak Cipta 1987

Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut: 

i. Usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli. 
ii. Karya tersebt telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan. 
iii.Penciptanya adalah orang yang berkelayakan. 
iv.Karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia. 


Kedua, saya meneliti setiap perkataan yang awak gunakan dalam entry tersebut. Bermula tajuk sehingga kepada akhir entry, kira-kira 2/3 entry awak menggunakan setiap perkataan daripada entry saya. Malahan, lebih teruk... awak menukar perkataan yang saya gunakan kepada rujukan diri awak sendiri, dengan niat agar entry tersebut "kelihatan" seperti anda sendiri yang menulisnya

*Bergaris merah adalah ayat yang awak copy dari entry saya


Jika dilihat pada entry awak... awal-awal awak menulis..."Blogging memang memenatkan". Ye, penat kerana ia melibatkan proses kerahan idea dan pembuatan ayat yang menarik serta sampai maksudnya kepada pembaca. Jadi saya berharap, anda tahu menghormati karya atau entry orang lain jika anda tahu rasa bagaimana menulis blog itu sesuatu yang PENAT!

Saya tahu, ramai blogger yang berkejaran mendapatkan ranking dan permainan SEO tapi saya tak pernah tahu SEO mengHALALkan perbuatan untuk MENIRU entry orang lain. SEO adalah satu skill yang perlu awak asah setiap hari, perlu awak tahu bagaimana ia memberikan hasil kepada blog awak. Bukannya meniru entry orang yang memberi hasil. Awak perlu tahu, dunia blog bukannya semudah COPY PASTE. Ia memerlukan ketepatan fakta, skill untuk deliver point awak dengan baik dan betul dan yang paling penting dengan CARA yang HALAL & BETUL! 

Ini entry saya, dan lihatlah berapa banyak perkataan & ayat saya yang awak 'CLAIM' sebagai ayat awak : 



Jadi kepada awak.... Illya Leya, apa alasan awak sekarang untuk sewenang-wenangnya menggunakan ayat-ayat dari entry saya dan menjadikan ia entry awak? Tambah dasyat, tanpa sebarang kredit... tanpa sebarang backlink kepada diri saya sebagai PEMILIK ASAL entry tersebut? Apa awak fikir kegiatan awak tidak diketahui orang lain? Apa awak fikir tiada orang membaca entry awak? Apa awak fikir menjadi seorang blogger itu cukup dengan sekadar COPY PASTE? Saya harap awak dapat fikir dengan lebih mendalam dan matang dalam setiap tindak tanduk awak. 




Saya bukan berniat untuk memalukan awak apatah lagi ingin mencari musuh dalam dunia blog, cuma saya ingin ingatkan diri saya sendiri, ingatkan para blogger di luar sana, malahan ingatkan diri awak sendiri bahawa PLAGIAT bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng! 

Saya tak marah jika awak ambil idea yang sama dengan saya untuk hasilkan entry "TIPS DAPATKAN IDEA MENULIS ENTRY", tapi cuba keluarkan idea awak sendiri. Beri pandangan jujur dan buah fikiran awak sebagai blogger yang telah lebih 7 tahun itu. Gunakan skill dan pengalaman yang awak ada untuk dikongsi bersama. Gunakan ayat yang mudah, bahasa yang indah dan point yang tepat agar ia sampai kepada pembaca. Bukan dengan plagiat entry orang! 

PLAGIAT adalah satu jenayah yang akan merosakkan banyak perkara lain terutama berkaitan hak cipta. Jangan sewenang-wenangnya COPY PASTE entry orang lain kerana budaya MENIRU itu adakala memakan diri sendiri!!! 


Facebook Blogger Illya Leya :


*Ini kali kedua @ ketiga, entry Nanie kena copy paste... bertabahlah hati...



Salam. :)


52 comments:

  1. Bila hak cipta dicopy paste memang geram jugalah. Paling2 kreditlah pada tuan empunya karya. Hurmm.. ::)

    ReplyDelete
  2. Dia nie time buat thesis atau laporan kat U dulu tak reti nak paraphrasing kot agagaga. Gagal bahagian tu.

    ReplyDelete
  3. kata web designer bagai...kemain copy dan modify orang lain punya entri plak..adoyai

    ReplyDelete
  4. Tak baik copy paste ni. Bulat2 pulak ayat tu.

    ReplyDelete
  5. kalau bagi backlink atau kredit ok juga kan.. ni bulat2 copypasta.. mne tak geram..

    ReplyDelete
  6. aduh...klu nak copy kena maklumkan kita copy dan kena bg kredit..aduh....T_T
    sabar kak..

    ReplyDelete
  7. kalau letak backlink boleh dimaafkan lagi..

    ReplyDelete
  8. tgk pada header dgn cara...tak kena ,emmmm

    ReplyDelete
  9. terang2 mencuri.kita kena benteras blogget camni sebab dia tak layak bergelar blogger jd kira harus block jer

    ReplyDelete
  10. Tak boleh diterima dalam dunia blogging. Mmg tak wajar. Guna ayat penuh pulak tu. Hampeh jer.

    ReplyDelete
  11. my entry pernah kena copy paste bulat-bulat... siap copy dengan gambar skali... pastu takde la pulak nak terima kasih... sedihhh...

    ReplyDelete
  12. adoiii..mudahnya kerja dia kan..harap dia sedar.

    ReplyDelete
  13. Dia kata dia amek upah buat assignment orang uni swasta. Agaknya pun copy paste jugak ke kalau camni rupa..

    ReplyDelete
  14. wah...melampau lah beb....copy paste macam ni pun boleh. takde kreativiti langsung dan memalukan nama blogger saje

    ReplyDelete
  15. Pandai dia auta...
    Sejibik... Kalau org tak tau dah ingat dia yg tulis...

    ReplyDelete
  16. alahai..kalau olah ayat sendiri kan lagi baik..tulis bagi nampak semula jadi..Entry yang baik kalau kita jadikan rujukan memang bagus tapi jangan la tulis sebijik seketoi macam tu..kan??lagi2 entry peribadi..hhehe..nampak macam dia menipu pembaca pulak..sebab yang dia tulis tu adalah dari pandangan nanie..bukan dia..heheh

    ReplyDelete
  17. pergh...suka hati jer..orang lain yang perah otak keluarkan idea semua..die senang2 jer copy paste...

    ReplyDelete
  18. she should've at least give you the credits -_-" haihhh. apa laaaa

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  19. haha. so lame orang begini. isu copy paste mcm hak milik sendiri ni memang tak ke sudah kalau takde integriti.

    ReplyDelete
  20. Cantik bebenor perangai nye macam tu. Kalau benda-benda fakta ok lagi. ni dah cerita orang tu pon sama sebijik ngan kita.. cantek laa

    ReplyDelete
  21. Haaaa bagus nanie berterus terang...kalau sis ditempat dik nanie akak pun akak buat teguran secara profesional mcm ni...mmg x patut curi copy paste idea org lain...akak pun buat review product kecil2 lan dik...tp akak mmg pantang la bab copy paste ni...why not kita belajar cara menulis dari copy paste kan...good job...pasni akak kena berhati2

    ReplyDelete
  22. Hebat juga ye, Blogger, Photographer, Marketer dan juga Web Designer... betul2 all rounders.

    ReplyDelete
  23. Tak baiknya buat gitu
    Dapat rezki tak halal tau cik Ilya

    ReplyDelete
  24. Hurmmm.... bila dah sound direct macam nie diharapkan dia dapatlah ubah apa yang patut dan mintak maaf untuk menjernihkan situasi ni

    ReplyDelete
  25. emm,main hentam entry org..kan dh kena dgn pmlik..

    ReplyDelete
  26. Macam dah tak ada jer entry tu.. rasanya dia dah padam.. dah rasa bersalah la tu.. :)

    ReplyDelete
  27. Copy paste tak ada kena mengena dengan SEO.

    ReplyDelete
  28. Kalau kita tak suka orang lain copy entry kita yang kita hasilkan dengan penat lelah, jangalah kita buat perkara yg sama kepada org lain.

    ReplyDelete
  29. perkara camni elok di elakkan oleh seorang blogger.. mengambil hak orang lain tanpa izin adalah .........(sila jawab)

    ReplyDelete
  30. Saya dah terjah blog dia tadi, dah takde entry mungkin dia dah remove. Sebagai peringatan bersama sebagai blogger. Blogger mesti ada kredibiliti.

    ReplyDelete
  31. ya Allah. baru tahu pasal kes ni pagi ni. lepas baca fb

    ReplyDelete
  32. Sabar ya dik.. Apapun, ini pengajaran untuk dia dan untuk sekelian blogger.. Jangan semudahnya copy tulisan orang lain....

    ReplyDelete
  33. Setidak-tidaknya bagi credit dekat penulis asal.

    ReplyDelete
  34. garangnya kak innanie kite ni..hehe

    ReplyDelete
  35. harap perkara macam ni tidak akan berlaku lagi dikemudian hari.. berhati2 lah dalam melakukan sesuatu. buat backlink lagi bagus kan

    ReplyDelete
  36. kalau ramai yang copy paste entry Nanie, ini bermaksud mereka suka cara penyampaian nanie dalam blog tapi mereka salah sebab cuba utk jadi nanie dan bukan diri sendiri.

    Akak suka cara penyampaian nanie sebab mudah paham, padat dan tepat, maklumlah Lawyer kan hihi..silap oranglah kalau mereka mereka cari pasal.

    Akak doakan semoga nanie terus success dalam bidang yang diceburi dan jangan putus semangat ye.Jadikan dugaan yang dtg tu sebagai proses mematangkan akal fikiran kita.

    ReplyDelete
  37. http://www.menulismenconteng.my/2014/11/entry-blog-copy-paste.html

    Ada juga suka copy paste...baca baca

    ReplyDelete
  38. Takziah awk..mmg sedih bila ade yg wt keje copy paste..hurm..jgn trlalu kejar trafik hgga hilang integriti..

    ReplyDelete
  39. iyeee..dan kerana itulah malas nk tulis entry bahasa melayu. :\ ramai pengopy pesnye.. sabo sabo ye.. entah pape.. tulis je pon.. itu pon nak tiru.

    ReplyDelete
  40. harap harap 'blogger copy paste' tersebut faham dan tidak mengulangi kesilapan beliau.

    ReplyDelete
  41. Kalau nak famous sekalipun tak perlu la copy paste. Cari idea mcmna nak menulis. Kalau tak pandai pun tapi cara penulisan kamu tu ada pembaca suka, ok apa? Apa yang penting jadi diri sendiri. :)

    ReplyDelete
  42. Panas hati.. Nanie bukan entri tapi gmbr then siap padamkan lagi letak hak die. . Panas hati. Grrrr..

    ReplyDelete
  43. eeii tak suka si copycat macam ni! blogger desperate! tak suka! uwekkkkk.. sabar ya nanie

    ReplyDelete
  44. honestly,, kalau orang tu komen 'mohon share' and copy paste kat blog dia pun dah rasa cukup panas hati,, apatah lagi kalau mengaku tulisan kita tu tulisan dia,,, lagi dahsyat sakit hati,

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork