Monday, November 3, 2014

Kiehl's Best Product Untuk Masalah Pores & White Head

Assalamualaikum semua

Nanie suka sangat kalau tengok perempuan muka dia licin macam kulit telur. Aduhai rasa nak menitik air mata ni kalau nampak perempuan macam tu. Ye lah kalau di compare kulit muka Nanie, haih memang jauh beza langit dan bumi. Walau apa pun, Nanie tetap bersyukur sebab kulit muka Nanie tak lah mengalami masalah jerawat atau jeragat yang serius. Sekadar masalah pores dan white head je. Tapi still, Nanie mencari satu skincare regime yang bersesuaian dengan Nanie dan memberikan kesan yang berkualiti. 

Terpengaruh dengan review dari Sabrina Tajudin juga campaign daripada Butterfly Project Malaysia, Nanie beranikan diri untuk mencuba dan melaburkan sedikit duit untuk skincare dari Kiehl's. Sepatah kata Wiida Ribbon, tak salah untuk melabur pada skincare asalkan hasilnya memuaskan hati. 

Setelah membaca beberapa review dari beauty blogger seantero dunia... Nanie melangkah masuk ke Kiehl's Mid Valley. Selesai dapatkan suggestion dan jalani beberapa prosedur penentuan masalah kulit Nanie, akhirnya Beauty Advisor Kiehl's cadangkan Nanie gunakan 3 Best Product mereka yang direka khusus untuk masalah pores dan white head tu. 


1. Kiehl's Calendula Herbal-Extract Toner 
2. Kiehl's Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque
3. Kiehl's Micro-Blur Skin Protector 

Salah satu pengalaman yang buat Nanie senang dengan Kiehl's adalah cara mereka memberi saranan dan layanan pada para pelanggan. Bila Nanie datang tu, Beauty Advisor Kiehl's membantu dengan sangat mesra dan akan memberi cadangan produk mengikut keperluan dan masalah kulit kita sahaja. Bukannya secara rawak mereka memberi saranan. Jadi daripada situ, takde lah kita rasa pembaziran beli produk yang tak bermanfaat pada kita. 

Menurut kata Beauty Advisor tu, jika Nanie gunakan 3 produk tersebut dengan baik dan mengikut aturan yang diberikan kesannya dapat dilihat selepas 2 minggu paling cepat. Ui, teruja jugak tu bila dengar kan. Lagi pulak Nanie memang consider masalah pores dan white head tu. Dan selepas lebih kurang sebulan Nanie gunakan 3 produk ni, Ya Allah... Alhamdulillah memang nampak kesan yang memberangsangkan dan memuaskan hati. 


Secara jujur takde langsung gunakan sebarang apps untuk kedua-dua gambar ni. Lighting je berbeza tapi keduanya masih lagi gunakan natural light. Tapi apa yang Nanie nak fokus adalah pada kesan tekstur kat kulit muka Nanie tu. Boleh nampak pores lebih kecil dan tona tak sekata makin berkurang. 

Adik dan beberapa orang kawan Nanie pun dah mula tegur perubahannya. Alhamdulillah Kiehl's berhasil dan sesuai pada kulit muka Nanie. Insya Allah nanti Nanie review satu per satu. Stay tune. Oh, sebelum terlupa... entry ni BUKAN ADVERTORIAL mahupun BLOGGER CAMPAIGN. Ini adalah hasil pengalaman Nanie sendiri yang suka akan keberkesan Kiehl's dan ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca Blog Coklateyes. 

Nantikan review produk dari Nanie ok! 





11 comments:

  1. Macam best je. Mahal tak kak? Teringin betul nak beli. Sekarang Iza pakai product dari Etude House. Tapi teringin nak tukar yang lain. Cuma takut naik jerawat je kalau tukar,

    ReplyDelete
  2. btul kak nanie..mmg nmpk beza..lyeen pun selalu ada masalah liang roma yang ksr pada kulit..

    ReplyDelete
  3. Wow..bestnya dpt kulit cantik..sgt berkesan produk ni

    ReplyDelete
  4. jeles tgk muka orang falwless ni..

    ReplyDelete
  5. itew nampak nama itewww. haha! omg nanie! kulit nmpak berseri! makin cantik! lavvv it!

    ReplyDelete
  6. Bagusnya... Nampak sangat perbezaannya.. Produk ini boleh hilangkan parut tak? huarghh.. :)

    ReplyDelete
  7. Huiyo .. kagum jap dengan perbezaan nyata .... saya ni ada masalah whitehead .. selalu suruh wife main picit ...

    ReplyDelete
  8. Wah! dah jumpa produk yang sesuai lepas ni takyah cari lain dah ni.. Kesan ohsem tu nanie.. Tak sabar nak tunggu review product.. ^_^
    RosmizaAliDotCom

    ReplyDelete
  9. lps bc entry ni trs google psl kiehl..tapi tapi harganye berkelip2 mata jugak tgk..

    ~salam kenal nanie:)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork