Monday, November 17, 2014

Kracie : Jadikan Rambut Lebih Lembut Dari Sutera!

Assalamualaikum semua



Lama betul Nanie tak join projek bersama Butterfly. Rindu betul rasanya bila ada event sama-sama. Butterfly ni kalau jumpa lain macam sikit. Dia punya seronok tu lain macam. Walaupun ada yang first time jumpa, tapi semuanya boleh mesra sama-sama. Mungkin disebabkan minat yang sama pada beauty jadi kami mudah mingle around. Akhir bulan Oktober yang lepas, Nanie berkesempatan join satu event Butterfly X Kracie di Full House, Sunway Pyramid. 

Kracie

Kracie merupakan satu jenama beauty product yang terkenal dari Jepun sejak tahun 1980 lagi dengan nama Kanebo. Pada tahun 2007, mereka mula menggunakan nama Kracie. Di Jepun, mereka adalah brand kedua terbesar untuk pelbagai produk kecantikan, kosmetik dan juga makanan. 

Untuk kolaborasi bersama Butterfly, Kracie membawakan range hair product terbaik mereka iaitu - Ichikami. Dengan tagline "Hair smoother than silk", Ichikami memberikan rawatan "repair + prevention" untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Ichikami bukan sekadar merawat rambut bermasalah, malahan Ichikami juga mampu melindungi rambut dari rosak dengan penggunaan Pure Japanese Botanical Ingredients yang sememangnya banyak kebaikan. 


Ichikami mempunyai dua pilihan untuk hair product mereka. Yang bewarna oren adalah untuk moist manakala untuk warna pink adalah smooth. Apa yang Nanie perasan, produk dari Ichikami ni dihasilkan dengan bau yang sangat sedap dan tahan lama. Kalau pakai tu, memang baunya segar dan menyenangkan. Lembut dan sesuai dengan karakter wanita yang menarik dan sopan ayu!


Sepanjang event, kami semua diberi kesempatan untuk bermain dan gunakan hair product dari Ichikami. Secara jujur, Nanie suka packaging mereka. Nampak funky dan cute. Mesti perempuan suka kan packaging comel macam ni. 


Daripada apa yang diterangkan, kebanyakan produk dari Ichikami memang mendapat sambutan yang bagus di negara Jepun. Malahan produk-produk mereka mendapat pengiktirafan sebagai antara produk terbaik untuk penjagaan rambut. 


Walaupun produk ini diciptakan untuk mereka yang tidak bertudung, tetapi dengan landskap Malaysia, wanita berhijab juga boleh menggunakannya sebab ia adalah basic untuk penjagaan dan kesihatan rambut kita.


Macam yang Nanie kata tadi, Nanie kan dah lama tak jumpa dengan Butterflies... jadi peluang sebegini lah yang Nanie tunggu-tunggu untuk berselfie, bertanya khabar dan saling bertukar-tukar cerita. 













































Produk Ichikami by Kracie ni boleh didapati di drugstore seperti Watson & Guardian. Menurut mereka harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan produk juga sangat berkualiti. Terima kasih pada Butterfly Project dan Kracie kerana menjemput Nanie ke event ni. Memang best dan goodies yang kami terima pun best jugak! Semua full size. :) 

pinjam gambar dari blog adik kesayangan Izzati xoxo :
 http://immanextdiva.blogspot.com/2014/11/kracie-x-butterfly-project-fullhouse.html


Untuk maklumat lanjut : 

Website :







10 comments:

  1. Memang comel packaging dia kan.tu yg buat rasa nak beli tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah fizah! geram kan... japan memang bijak packaging comel lotey ni!

      Delete
  2. Packaging comel :D but I probably cannot use kot.. sbb my hair only compatible with Yunnam's shampoo yg sgt la xcomel packaging die.. haha
    Love your tudung too!
    ps: btw, I met you at Avon's last blogger event. I'm one of avon representative at the time. xtaw la klu u remember me or not. Do visit my blog ^_^

    http://aisyahsays.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa ye ke, kalau tak boleh guna brand lain memang kena stay satu brand lah sebab kalau tukar takut effect tak serasi.

      ye ke kita pernah jumpa masa avon? thank you for visiting me! of course lah ingat..

      Delete
  3. bestnye tak sempat nak join masa tuh.. ade keje lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham, weekend biasanya akak mmg allocate for family kan!

      Delete
  4. Glad jumpa kak Nanie kali ke dua! ^_^ Harap jumpa lagi lain kali <3

    ReplyDelete
  5. wahhh produk cute dan terkini...sangat2 suka tgk pakaging dia nanie mimikat hati

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork