Thursday, November 20, 2014

REVIEW : NARS HOLIDAY 2014 COLOR COLLECTION

Assalamualaikum semua


Manalah ada perempuan tak gembira bila dapat make up. Walaupun Nanie ada banyak make up stuff, tapi setiap kali dapat hadiah make up mesti gembira bukan main. Seronok sebab boleh explore dan play around dengan make up stuff tu. 


Jenama make up terkenal, NARS memang dah lama menjadi idaman Nanie untuk berkolaborasi bersama. Alhamdulillah untuk Holiday Collection 2014 ni, Nanie antara blogger yang terpilih untuk bekerjasama dengan NARS. Dengar ceritanya, pelbagai rancangan hebat dan kejutan daripada NARS sepanjang 2015 tau. Tak sabar pulak Nanie nak tunggu. 

Dengan berkonsepkan "Laced with Edge", NARS Holiday 2014 Color Collection membawakan warna-warna berani dan eksklusif kepada produk mereka. Apa yang Nanie lihat, warna-warna yang dibawakan NARS amat bersesuaian dengan tona kulit orang Asia dan menjadikan raut wajah lebih berani dan lebih sofistikated. 


NARS HOLIDAY 2014 COLOR COLLECTION 

Cutting-edge color—anything but straightlaced. For Holiday 2014, Fran├žois Nars projects a bold new design for the future femme. Decoding the thrill of seduction, this captivating collection exposes a full range of colors and textures with dramatic dimension.


The custom packaging adapts architectural designer Chris Kabatsi’s digitally-rendered Nebula print into a dynamic yet delicate depiction. The intricate web of black gloss grips the signature soft-touch packaging in a modern take on lace.
Untuk Nanie yang memang sukakan something bold & exclusive, NARS Holiday Collection 2014 memang padan dengan identiti Nanie sendiri. Paling Nanie suka mestilah NARS HARDWIRED LIPSTICK mereka. Memang mengancam dan menggoda. Apatah lagi kini diperbaharui dengan New Formula. Nanie suka teksturnya. Sedikit glossy dan ada shinning touch. 
Nars hardwired lipsticks
NARS HARDWIRED LIPSTICK : RM 90
Tak ketinggalan juga untuk NARS Hardwired Eyeshadow mereka. Warna-warna yang agak dark dan classy digunakan untuk koleksi ini. Macam biasalah untuk timbulkan kesan glamour, NARS memilih untuk meletakkan shimmering touch pada eye shadow mereka. Bila digunakan, lebih-lebih lagi untuk night make up memang sangat cantik dan pigment! 
NARS HARDWIRED EYE SHADOW : RM 90 
Oh ye, bagi mereka penggemar lipgloss, NARS Lipgloss juga cantik belaka. Nanie suka warna mereka yang lembut. Untuk Nanie, pihak NARS berikan Soleil D'Orient yang lebih natural dan earth tone. Boleh dipadankan dengan apa sahaja warna lipstick. Shinning touch masih lagi dikekalkan dalam lip gloss mereka yang menjadikan bibir mungil dan seksi! 

NARS LIPGLOSS : RM 85

Seperti kebiasaan, Holiday Collection adalah untuk perayaan Hari Krismas. Jadi, bagi mereka yang menyambut Krismas, tak lengkap gaya mereka tanpa kemasan dengan pewarnaan kuku. Sama seperti warna-warna pada eye shadow, lipstick dan lip gloss, NARS tampilkan tiga pilihan warna yang cantik-cantik untuk kuku anda! Mesti cantik di pakai kan? 
Nars holiday 2014 nail polish
NARS NAIL POLISH : RM 65 
KHAS BUAT NANIE - NARS HOLIDAY COLLECTION 2014 

Bersesuaian dengan tona kulit dan identiti Nanie, pihak NARS telah menghadiahkan Nanie : 
  • NARS Femme Fleur Hardwired Lipstick 
  • NARS Gabon Bronzed Green Eye Shadow
  • NARS Soleil D'Orient Shimmering Pink Champagne Lip Gloss
  • NARS Algonguin Sparkling Lilac Nail Polish 
Nanie belum berkesempatan nak gunakan semua produk mereka lagi, tapi Nanie dah cuba gunakan lipstick mereka. Haih, memang cantik dan cun sangat warnanya! Kena betul dengan tona kulit Nanie yang tak berapa nak cerah ni. Warna earth tone NARS Femme Fleur Hardwired Lipstick buatkan wajah Nanie tampak natural. Insya Allah nanti Nanie buat make up looks and reviewnya ye. Maybe di Instagram. Korang boleh follow instagram Nanie di @innanieariffin. 


Dapatkan inspirasi solekan NARS Holiday 2014 Color Collection dengan menonton video-video tutorial dari NARS MEDIA ni. Exited jugak Nanie nak cuba make up macam mereka. Insya Allah untuk event minggu depan, Nanie jadi emcee... Nanie cuba make up macam ni ye! 


Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link dibawah : 

Website : 

Facebook :
https://www.facebook.com/narscosmetics

NARS MALAYSIA :

NARS Malaysia Outlet
Lot 3.06.01, Level 3, Pavilion KUala Lumpur No. 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
+60 3-2110 4806


9 comments:

  1. Bestnya ada barang make-up bebanyak. Sejak layan blog kak Innanie, kak Sabby, kak Wida, kita nak cuba blajar make-up tapi kena kumpul duit dulu beli barang make-upnya. hahaah.. xD

    ReplyDelete
  2. Aaaaa, bila lah nak dpt NARS niii. wiwiwiwi

    ReplyDelete
  3. make up dan wanita bagaikan aur dengan tebing...

    ReplyDelete
  4. Akak nak nangis dah. kenapa lah cantik sangat, pandai buat orang habis duit.

    ReplyDelete
  5. Akak nak nangis dah. kenapa lah cantik sangat, pandai buat orang habis duit.

    ReplyDelete
  6. apalah ngancam sangat makeup nars ni..gerammmmmmmmm

    ReplyDelete
  7. seronok betul dapat kumpul make up stuff..tapi bukan selalu bermake up pun..nak make up pun tak pandai..tapi kalau tengok make up stuff mesti tergoda punya kan :)

    ReplyDelete
  8. lawanya warna dia kak nanie.. muja suka kalau ada lip lap lip lap tuuu, bibir jadi macm berair,, seksi,, hee

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork