1Utama Christmas Celebration : Love & Joy in Rustic Woodland
1:30:00 PM
Hello Semua!
Sambutan Krismas di 1Utama sungguh meriah. Nanie telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran sambutan Krismas di 1Utama baru-baru ni. Dengan bertemakan Rustic Woodland Love & Joy, dekorasi lobby utama Shopping Mall ini dihias indah dengan pelbagai hiasan cantik, haiwan-haiwan comel dan taman tema hutan.




Sememangnya bila sambutan Krismas, kanak-kanak lah paling gembira. Sehubungan itu, pihak 1Utama memberikan satu sentuhan bagi menarik minat kanak-kanak dengan mengetengahkan tema haiwan yang sinonim dalam cerita-cerita dongeng dan cerita kanak-kanak. Watak-watak menarik dihidupkan dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan Hari Natal ini.
Selain anda boleh membeli belah di 1Utama, anak-anak anda juga dapat menghadiri dan menyertai pelbagai aktiviti kanak-kanak serta workshop yang merangsang minda mereka. Bukan sekadar bermain, malahan mereka juga dapat belajar pelbagai perkara baru. Aktiviti seperti tarian, musikal, drama dan macam-macam lagi disediakan di 1Utama.
Jadi apa tunggu lagi? Cepat shopping dan enjoy Sambutan Krismas bersama 1Utama. Meriahkan sambutan Hari Natal dengan gembira bersama keluarga serta kawan-kawan dengan 1Utama!
==============================================================
Maklumat Lanjut :
Website : http://www.1utama.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/1Utama
0 Inspirasi Dari Pembaca
Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!