Tuesday, December 16, 2014

Ajaibnya Dompet Ayah!

Assalamualaikum semua

Last few day, temankan salah seorang bff Nanie ke Honda. Alhamdulillah, niat dia sekian lama untuk belikan kedua ibu bapanya sebuah kereta baru tercapai. Tahniah dan sungguh Nanie berbangga dengan dia. Nanie yakin setiap dari kita punya cita-cita untuk membahagiakan ibu bapa. Tak kira lah bagaimana caranya, atau apa impiannya. Mesti apa jua ibu bapa diletakkan di tangga pertama. Tanpa was-was, Nanie sokong niat murni anda itu! Teruskan, dan jangan sekali mengalah. 

Bila melihat bff Nanie belikan kereta baru buat ibu ayahnya... tak semena-mena hati Nanie yang sebak, terharu dan segala macam perasaan bercampur baur. Sewaktu pulang dari kampung halamannya tu, kami bercerita zaman kanak-kanak kami. Nanie akui, masa Nanie kecil malahan sampai sekarang ni, Nanie adalah anak yang degil dan banyak masalah kalau dibandingkan adik beradik lain. Tapi seperkara yang Nanie pegang, kalau kita berbakti pada ibu bapa, tak banyak sikit...Insya Allah mesti Allah berikan pulangan. Kan redha Allah bergantung pada redha ibu bapa. 



Dalam pada bercerita dengan bff Nanie tu... Nanie bagitau dia... 

"Kau perasan tak, daripada kita kecik sampai kita besar ni... dompet ayah kita (tak kiralah ayah sapa-sapa pun) tak pernah takde duit? 

Padahal kalau kita tengok sekarang, gaji kita lebih besar dari gaji mereka. Makan sorang... tapi tak cukup. Ayah kita dulu, gaji kecik...makan ramai-ramai, tapi setiap kali kita mintak apa mesti dompet dia ada duit! Ajaib kan?! 


Bff Nanie pun mengakui benda yang sama. Memang betul. Nanie tak tahulah rahsia apa yang kaum-kaum ayah gunakan. Setiap kali anak demam, anak sakit, anak merengek nak itu ini, tak pernah ayah kata takde duit. Tak pernah ayah bukak dompet kosong depan anaknya. Kalau ye pun ayah takde duit, dia tetap akan bahagiakan anak dia dengan cara tersendiri. 

Nanie tahu... itu semua adalah punca keberkatan. Ayah-ayah kita dulu,bekerja membanting tulang untuk apa? Untuk kita semua ni. Untuk anak bini dia makan, pakai dan rasa selesa. Ayah kita tak pernah merungut malas nak ke kerja. Ayah kita tak pernah cakap pun baju dia basah penuh peluh. Ayah kita tak pernah mengadu pun dengan kita belakang dia sakit angkat benda berat-berat. 

Ayah kita hanya beritahu kita, "Belajar pandai-pandai. Nanti jadi orang senang. Baru orang pandang!" Ayah kita lah yang dalam diam sebenarnya mendoakan kita dunia akhirat. Ayah kitalah yang sebenarnya dalam diam menangis bila lihat kejayaan kita. Dan ayah kita lah yang pagi petang siang malam risau dengan kita. Ayah kita tak minta lebih, cukup jadi anak yang soleh dan solehah agar amal ibadat kita sampai pada dia bila dia takde. 

Haih.... Nanie bila tulis benda macam ni tak semena-mena bergenang air mata. Selagi mak ayah kita ada, hargailah mereka. Ayah mak kita bukan mintak segala macam harta, cukuplah sekadar berbakti pada mereka. Ada bila mereka perlukan dan boleh bermanja dengan mereka di hari tua. 

Moga ini memberi sedikit inspirasi buat anda. ;) 


18 comments:

  1. memang ajaib..sampai sekarang pun dompet mereka masih lagi ajaib..itulah, anak anak walau gaji besar mana pun hulurkan mana yang mampu untuk parents..barulah berkat duit yang kita terima tu :)

    ReplyDelete
  2. teringat dulu masa form 1 masuk STF.. apabila telefon rumah, mak bagitau kat Mieza "abah awak menangis makan sebab awak takde kat rumah. dia kata selalu awak tunggu dia balik nak makan sama-sama".

    kbai nanges jap..

    ReplyDelete
  3. hoh betul la wallet abah x pernah kering. wallet kita selalu kering! huhu

    ReplyDelete
  4. demi anak, ayah sanggup berkorban apa sahaja....

    ReplyDelete
  5. tibe2 rasa sebak plak baca nih..teringat balik time2 dulu..selalu mintak duit nak beli ni nak beli tuh..semua dapat....

    ReplyDelete
  6. Akak tak pernah duduk dengan ayah..tapi dengan mak je rasa macam tu..sedih bila ingt betapa susahnya hidup mak..

    ReplyDelete
  7. Betul tu... kita berjaya skrg berkat doa mereka. Oleh itu, hargailah mereka sementara ada.... :'(

    ReplyDelete
  8. itulah hebatnya kasih seorang ayah.

    ReplyDelete
  9. setuju sgt dgn Nanie..Ayah ni insan yg paling misteri...Dia sentiasa tahu apa yg anak2 dia nak..Walaupun dia seorang yg tegas..Dia akan surprisekan anak2 dia..Mcm Kak Irna,dari dulu sampai sekarang klau ayah terjumpa di mana2,mesti dia akan pegang kepala kak..Kak akan tahu dia ada di situ...Trademark kiranya..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum nanie, adoii sedihnya

    ReplyDelete
  11. betul tu, ayah tetap akan bagi yang terbaik untuk kita walaupun dia tak cukup untuk dirinya. Ayah bukan selalu ambil berat sangat pasal kita ( tak tunjuk sebenarnya, tapi dalam hati anak dia la yang dia paling ambil berat sekali )

    ReplyDelete
  12. memang betul! tapi kan anak anak bila besar berkira habis kalau nak keluar duit untuk ayah yang sorang tu. Bagus kawan innanie!

    ReplyDelete
  13. sedih plak... betul kan. baru trpikir ajaib kan

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork