Thursday, December 25, 2014

Butterfly Malaysia : Platform Untuk Blogger Menyinar!

Assalamualaikum semua

Bulan April 2013 tahun lepas menjadi satu titik bersejarah untuk Blog Coklateyes. Satu turning point yang sampai sekarang Nanie tak akan lupakan. Satu permulaan yang bagus untuk segalanya yang korang nampak di Blog Coklateyes hari ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah yang menjadi turning point tu? Tak lain tak bukan, kalau korang follow blog Nanie dari dulu, korang sendiri boleh nampak bagaimana Blog Coklateyes berubah daripada sebuah blog biasa kepada blog kecantikan dan lifestyle melalui The Butterfly Project Malaysia (ButterflyMsia)

Oh, mungkin ada yang tak tahu apa itu Butterfly Project Malaysia?

BUTTERFLY PROJECT MALAYSIA


Welcome to the Butterfly Project, a community that welcomes beauty & lifestyle bloggers around Malaysia blogging with a focus and from the heart, soul and passion. At Butterfly Project, we design monthly projects for bloggers that would benefit, motivate and encourage them to find their voice, goals and dreams



Walk away inspired, full of ideas and armed with your blog knowing you can make a difference while making a bunch of new friends in a supportive online environment. 


Sebelum Nanie join Butterfly Malaysia, Nanie agak bercelaru sikit dalam penulisan blog. On that time, Nanie lebih fokus pada apa yang terjadi di sekeliling Nanie dan cuba menginspirasi para pembaca melalui cara Nanie tersendiri iaitu lebih kepada pembinaan keyakinan diri melalui sifat dan peribadi. Namun, Nanie rasakan diri Nanie dan para pembaca Blog Coklateyes sendiri perlukan lebih untuk tampil yakin dan disenangi.

Dan tiba-tiba Nanie jumpa Butterfly Malaysia. Nanie kaji latar belakang dan sejauh mana Butterfly Malaysia sebuah komuniti yang mantap. Nanie sangat-sangat suka dengan hala tuju Butterfly Malaysia malahan ianya sangat-sangat sesuai dengan personaliti diri Nanie sendiri yang suka untuk menginpirasi orang lain dan yakin pada diri sendiri.



Setelah Nanie join Butterfly Malaysia, Nanie dapat lihat satu perubahan positif pada diri Nanie. Secara jujur, dahulu Nanie bukanlah seorang yang yakin pada appearance diri Nanie. Tapi Nanie suka pada kecantikan, makeup, beauty stuff and etc. Jadi daripada Butterfly Malaysia, Nanie belajar banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkk perkara baru! Hahahaha. *hamek kau banyak dia tu!*

Projek sulung Butterfly adalah Unboxing Bag of Love pada April 2013 bertempat di Delectable by Su, Paradigm Mall [KLIK SINI]On that time, Nanie memang tak tahu kenapa project pertama Butterfly sangat-sangat Nanie nak join. Mungkin disebabkan semangat kompetetif dalam diri Nanie kot. Dan Alhamdulillah, first instinct Nanie yang mengatakan Butterfly Project will be something great for me menjadi realiti dan tepat!

Melalui Butterfly Malaysia, ada beberapa perkara yang Nanie belajar dan Nanie kagum. Dan Nanie rasa inilah yang menguatkan instinct Nanie untuk join Butterfly Malaysia :


1. TIADA DISKRIMINASI & PELUANG SAMA RATA









Bagi sesetengah blogger, dunia blog merupakan satu dunia yang penuh challenge dancompetition. Disebabkan perkara tersebut, terlalu banyak diskriminasi yang berlaku di luar sana. Malahan Nanie akui, diskriminasi ini adakala didominasi oleh pihak-pihak yang memandang blogger untuk mengaut keuntungan semata-mata. Namun, di Butterfly Malaysia... sejak pertama kali Nanie join sampai sekarang ni, Nanie tak pernah sikit pun rasa didiskriminasi. Tak pernah langsung wujud situati tersebut di mana-mana event Butterfly Malaysia. Daripada berlainan bangsa, berlainan bahasa, berlainan agama malahan berlainan saiz dan paras rupa juga tak pernah menjadi penghalang untuk Nanie dan Butterfly lain bergaul mesra. Kami semua anggap satu sama lain sebagai kawan malahan dari sini jugak lah Nanie bertemu dengan kawan-kawan baik yang sekepala dengan Nanie. Langsung takde sedikit pun perasaan cemburu atau iri hati di kalangan Butterfly. Malahan persaingan yang dijalankan adalah persaingan yang sihat.


2. INSPIRASI, SEMANGAT & USAHA





Butterfly Malaysia adalah satu ruang untuk membina inspirasi diri, keyakinan dan semangat dalam penulisan blog. Sebagaimana hala tuju mereka, Butterfly Malaysia memberi satu peluang besar pada mereka yang passion dalam dunia blog. Passion bukan hanya sekadar rajin ke event, malahan passion juga adalah dalam aspek penulisan blog itu sendiri. Bagi Nanie, pembaca blog hari ini semakin bijak. Seseorang blogger yang menulis dengan penuh minat, passion dan semangat, dapat dirasai oleh pembaca. Begitu juga sebaliknya. Jadi, jika korang ada semangat untuk memajukan diri dalam dunia blog, Butterfly Malaysia adalah salah satu platformnya!


3. BELAJAR SESUATU YANG BARU







Dalam apa jua bidang, pengetahuan dan ilmu itu penting. Daripada Butterfly Malaysia, banyak sangat pengetahuan baru yang Nanie belajar. Malahan pengetahuan ini memberikan banyak manfaat kepada diri kita dalam pemilihan produk sebelum beli. Bukan itu aje, dengan pengetahuan mengenai kecantikan dan beauty product ni, secara tak langsung kita boleh tahu sejauh mana kesesuaiannya pada diri kita. Dengan pelbagai tips dan info berguna, bukan kita seorang je dapat, malahan para pembaca blog kita pun dapat sama! Dari aspek kecantikan, kesihatan malahan meliputi jua gaya hidup sihat menjadikan Butterfly Malaysia satu komuniti yang bagus untuk semua wanita.


4. ENJOY & HAPPINESS










This is the ultimate reason kenapa Nanie sayang Butterfly Malaysia. Enjoy & Happiness. Berblog adalah sesuatu yang fun. Dalam menulis blog, apa yang perlu ditampilkan adalah bagaimana kegembiraan dalam hidup kita ni membawa impak positif kepada diri kita dan orang lain. Setiap kali Nanie join event Butterfly, kegembiraan dan keriangan berjumpa kawan-kawan yang sama passion dengan kita tu yang seronok. Menjadikan kita dikelilingi orang-orang yang memberi aura positif pada kita. Melupakan segala masalah dan kepenatan kerja di hari-hari biasa. Keseronokan dan kegembiraan inilah yang tidah ternilai harganya. Tak kisahlah kau Cina, Melayu, India atau apa pun bangsa dan agama, Butterfly Malaysia menerima kau dengan seadanya!


5. AKTIVITI YANG MENARIK & SERONOK 











Butterfly Malaysia penuh dengan idea dan aktiviti yang unik dan seronok. Setiap event yang dijalankan memang menjadikan para blogger seorang yang kreatif dan dalam masa yang sama menjadikan diri Nanie explore banyak perkara. Nanie masih ingat lagi masa Luau Party bersama Kinohimistu, Nanie gunakan bahan recycle untuk dapatkan flower band dan tutu skirt. Bukan itu aje, ada juga event yang memerlukan para blogger mencipta entry yang terbaik dan kreatif bagi pemilihan. Malahan di setiap event juga, Butterfly Malaysia sering menganjurkan Best Instagram Contest dan Best Outfit agar para blogger bijak bergaya dan bijak menampilkan diri mereka.



6. BEST GOODIES & PRIZES





Nanie tak nafikan, menjadi beauty blogger memberikan pelbagai rezeki buat diri Nanie. Boleh Nanie katakan, 70% produk kecantikan dan makeup yang ada dalam drawer Nanie semuanya daripada event kolaborasi Butterfly Malaysia. Malahan, bukan calang-calang brand dan produk yang diberikan. Antara brand yang pernah berkolaborasi bersama Butterfly Malaysia adalah seperti NARS, Lorea'l, Guess, Loccitane, Phillips, Dove, Kiehls, Benefit dan banyak lagi jenama terkemuka dan berkualiti. Kalau dah jenamanya bagus, tentulah produknya juga bagus. Dan sebagai penghargaan kepada blogger, produk-produk seperti ini cukup menggembirakan.


2015 : KINI MENJELMA!

Terkini iaitu 2 hari lepas, bersempena Krismas Butterfly Malaysia melancarkan Beauty Box yang kedua mereka selepas Travel Beauty Box semasa ke Lost World of Tambun suatu masa dulu. Pada malam tersebut, semua Butterfly dan Caterpillar dapat berjumpa dan bertukar-tukar cerita. Suasana indah di The Apartment, The Curve menjadi satu memori paling bermakna untuk Nanie bila Nanie dipilih sebagai Senior Butterfly dan mempunyai 7 orang Caterpillar di bawah Nanie untuk diberikan panduan dan dididik. Lebih kurang macam Mentor Session gitu lah.

Malahan daripada event tersebut, semua Butterfly dan Caterpillar sangat gembira. Selepas event, masing-masing post di Instagram perasaan mereka dan bagaimana mereka senang dengan komuniti Butterfly Malaysia. Rata-rata menjadikan Butterfly Malaysia sebagai satu platform yang tepat untuk mereka menyinar dalam dunia blog dan menjadikan mereka lebih berinspirasi dan yakin pada diri sendiri. [KLIK SINI]



THE FOUNDER, TAMMY LIM

Nanie tahu sepanjang 2014, pelbagai susah payah dan jatuh bangun yang dihadapi oleh Butterfly Malaysia. Founder Butterfly Malaysia iaitu Tammy Lim merupakan tulang belakang bagi komuniti ini. Seorang yang sangat kuat dan passion dengan bidang blog malahan hala tuju dan matlamatnya untuk berblog menjadikan dia jauh lebih matang dan bijak. Minatnya yang mendalam dalam menaikkan nama Beauty Blogger menjadikan dia seorang yang sangat berinspirasi. Dan, Nanie yakin tanpa sokongan rakan-rakan juga, Tammy serta Butterfly Malaysia tak mampu berada di tahap ini.



Secara jujur, Nanie sangat sayang dengan Butterfly Malaysia. Banyak perkara baru yang Nanie belajar dari mereka. Malahan dari Butterfly Malaysia jugalah Nanie mula untuk membina keyakinan diri dari aspek kecantikan.

Kepada Tammy, 

Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi peluang ini kepada semua Butterfly. Terima kasih kerana menjadikan kami semua rasa disayangi dan dihargai. Terima kasih atas semua usaha keras dan kegigihan anda dalam menjadikan Butterfly Malaysia satu komuniti terbaik untuk tahun ini dan tahun-tahun mendatang. Nanie yakin jika kita kekalkan momentum yang baik ini, maka kebaikan juga lah yang akan sampai kepada Butterfly Malaysia. Kekalkan semangat Butterfly dalam diri kamu, Tammy dan segala cabaran kita hadapi bersama-sama! :)




Di Butterly Malaysia, kami semua mengalu-alukan semua orang yang punya minat dan semangat menulis blog untuk bersama kami sebagai keluarga. Bersama kami mengharungi jatuh bangun dunia blogging hari ini dan tetap teguh memberi inspirasi pada diri dan pembaca blog anda sendiri! Jadi, pada semua Butterfly & Caterpillar... apa perasaan dan pengalaman anda selepas join Butterfly Malaysia??? Kongsikan dan ceritakan di komen Nanie di bawah ni ye! :)


Terima kasih Butterfly Malaysia!





Disclaimer : Nanie menulis entry ini dari hati. Bukan punya sebarang mala fide! :) 




19 comments:

  1. Hi Nanie,

    While I'm reading this, tears are rolling down my cheeks. I don't know how to describe the emotions I am feeling when I read this blog post you made for us, the community and the words you're saying to me. I wish I can snap a picture of my tears now... to show what I am feeling when I read your post.

    I love what you wrote about the community, what it has inspire you to do further, what joy it has brought to you and the friends and sisters you meet and made.

    I love what you wrote about us, which is the goal the community strives to make for everyone here.. because it's not about just receiving products, it's about becoming a better blogger.... a creative blogger, an inspiring blogger.

    I love what you're saying to me, because in this year end, when I am at my lowest... your words call out to me to continue to pour my love to the butterfly project. All the things I do, I do it for the butterflies past, present and future.

    I will continue to build and make this a place for all beauty and lifestyle bloggers to have, a place for them in Malaysia.

    Thank you for the inspiring post...

    You have my deepest gratitude,

    Love,
    Tammy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tammy, i love you and i love this community! :)

      Delete
    2. I love you guys and Butterflies!

      Delete
  2. Such a beautifully written post babe :)
    And I agree with you on all points! <3

    ReplyDelete
  3. Bestnya kak Nanie, Azwar baru je register Butterfly Malaysia ini beberapa bulan yang lalu, tapi masih tak tahu nak mula macam mana. So sadd. haha :)

    ReplyDelete
  4. Wahh bestnya tu ... ada peluang menonjolkan diri dengan lebih berkesan sebagai seorang blogger ... tahniah.

    Err lelaki bleh masuk komuniti tak? hehhee.. :P

    ReplyDelete
  5. panjang entri ni yet very inspiring. saya pun baru nak mula join butterfly events. mohon tunjuk ajar ye semua butterflies sekalian :) and for the first time ever, saya dapat tengok seorang ketua (tammy miu) yang tak pilih kasih even dia dah sangat berjaya. ditegur semua orang masa dekat christmas party tu even dia super busy. i respect that a lot.

    ReplyDelete
  6. terharu baca post ni, betul2 appreciation terhadap TBP, Tammy and all TBP members. we are one big happy family. Mieza sayang sangat dengan TBP and TBP made me feel like I'm a part of something really big and deeply meaningful. If people ask me what is worth fighting for, TBP is my answer :')

    ReplyDelete
  7. You're rite Kak Nanie!! agreed with what u wrote!! Butterfly Project banyak membina peribadi blogger2 untuk jadi lebih berwawasan, dan selamanya, we all will support this community and it's members!! I was crying too reading what u've wrore Kak Nanie!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum nanie...

    Teringat sangat kali pertama sheila dengar pasal Butterfly Malaysia. Teruja sheila nak join. Alhamdullilah, rezeki dapat follow you'll pergi Tambun. Serius, memang best and have fun ngee kat sana dengan korang semua. Rindu la nak jumpa semua. Semua memang friendly! Hope you guys doing well ~~~

    Thanks Tammy and team !!!

    Really miss,
    Sheila (",)

    ReplyDelete
  9. 1st time dengar pasal butterfly malaysia ni.

    ReplyDelete
  10. Anis ada join group butterfly project ni tapi anis tak tahu camna nak join event plus mostly kat kl. plus I'm afraid to join the event bcoz i know no one

    ReplyDelete
  11. Bagi yang duduk jauh tak berpeluang nak ikut serta,...mungkin satu hari nanti butterfly mlaysia ni boleh kembangkan komuniti mereka di negeri2 lain pulak..

    ReplyDelete
  12. suka sangat tengok community butterfly ni! sebab tu kite recently join. tapi belum dapat peluang lagi join apape. hope 2015 will be a better year for me as a new butterfly (or caterpillar? taktau apa beza) ! hope i'll be welcomed :)

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  13. seronok kot kalau dapat join butterfly malaysia..tapi tu lah..dok jauh kan..huhu

    ReplyDelete
  14. Cambest jek, non-beauty bloggers bole join? hehe

    http://hyde.ninja

    ReplyDelete
  15. semoga semakin sukses pd 2015
    kalau banyak sgt makeup x pakai..
    buat contest lah.. heheheh


    kak nowa bagi 5 bintang

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork