Wednesday, December 31, 2014

Butterfly Xmas Dinner & Beauty Box Launch!

Assalamualaikum semua

Tak lama je lagi kita bakal menjejak tahun 2015. Untuk Nanie tahun 2014 meninggalkan pelbagai memori suka duka. Terutamanya melibatkan negara kita. Moga kita semua kuat menghadapi ujian mendatang! Bercerita pasal pengakhiran 2014, baru-baru ni Butterfly Malaysia buat julung kalinya mengadakan satu perjumpaan terbesar untuk kesemua ahlinya. Bersempena Holiday & Xmas Dinner, Butterfly Malaysia turut melancarkan sebuah beauty box untuk 100 ahli Butterfly & Caterpillar di The Apartment, The Curve.




Personally bagi Nanie, memang sangat seronok sepanjang majlis berlangsung. The Apartment telah dihias indah bagi meraikan kehadiran Butterfly. Banyak muka-muka baru yang turut serta dan join event ni. Tak kurang jugak, muka-muka yang biasa ada bersama Butterfly. Walapun baru atau lama, tapi kami semua tak kekok untuk beramah mesra dan bergaul bersama sebab kebanyakan kami dah lebih dulu 'jumpa' di blog mahupun facebook & instagram.  Untuk Nanie, ini adalah satu permulaan yang bagus kerana Butterfly Spirit perlu diperluaskan lagi! 


Selain daripada dinner, malam itu juga Butterfly Malaysia melancarkan Beauty Box mereka yang kedua. Beauty Box yang pertama semasa kami ke Lost World of Tambun dulu [KLIK SINI]. Dengan bertemakan "Something New For You", Butterfly Project mendapat pelbagai tajaan daripada jenama-jenama beauty & makeup brand terkenal seperti Shizens, Nature Republic, Loccitane, Maybelline, Glam Glow, Dolly Wink, Garnier dan pelbagai lagi. Tak lain tak bukan, semuanya khas buat Butterfly Malaysia yang mana telah terkenal sebagai sebuah komuniti beauty blogger yang hebat. 


Mungkin ada yang tak tahu, dua malam sebelum event berlangsung, Beauty Box tu mestilah disediakan. Kalau Tammy nak buat sorang memang tak terlarat lah dia kan? Jadi Nanie bersama 10 orang lagi Butterfly [Kak Ella, Jannah, Cindy, Arpita, Shivani, Chency, Choulyin, Janice, Jeremy, Tammy] bersama-sama membantu Tammy untuk pack Beauty Box semua. Daripada lipat kotak, tampal sticker, inventori, isi goodies sehinggalah ke QC, kami sama-sama buat kerja ni as a team. Seronok dan mestilah semua orang excited. Malam tu jugak, Tammy belanja Sushi dengan menggunakan khidmat Food Panda! Memang kenyang gila! Dahlah hujan-hujan kan... 


Untuk kami 10 orang ni, kegembiraan Butterfly Members pada malam dinner tu mestilah diutamakan. Kami penuhkan satu box dengan pelbagai barang tajaan tadi dengan jumlah kira-kira RM 500/box. Dan Alhamdulillah daripada perkongsian yang diberikan, rata-rata gembira dan berpuas hati dengan Beauty Box Butterfly yang kedua ini. Nanie sendiri pun gembira bukan kepalang kot bila dapat Beauty Box ni.  


Pada malam tersebut juga, selain dinner dan pelancaran Beauty Box kedua, Butterfly Malaysia juga turut mengadakan satu program dan aktiviti yang menarik serta memberi manfaat kepada Butterfly & Caterpillar. Kami semua diberikan Coaching Programme antara Senior Butterfly & Caterpillar. Program sebegini, selain daripada menyemarakkan lagi Butterfly Spirit, ia juga membantu untuk Caterpillar (ahli-ahli baru) berkenalan, belajar menulis review serta rasa selesa bergaul mesra sesama Butterfly yang lain. 


Malam tu, Butterfly sendiri kena cari Senior Butterfly mereka melalui hint-hint yang diberikan. Fuh memang kecoh satu The Apartment tu. Dah macam pasar malam pun ada. Semua mencari dan figure out siapakan Senior Butterfly untuk kumpulan mereka. Senior Butterfly ni berfungsi seperti ketua lah untuk monitor ahli kumpulan mereka. Untuk Nanie, kumpulan Nanie berikan nama kumpulan kita sebagai Diva De'Monarch! 

first time they discovered me as their senior butterfly! :) 


Mesti nak tahu kenapa kami pilih Diva De'Monarch kan? 


Monarch adalah rama-rama dewasa yang sangat cantik dan besar. Idea yang kami semua cuba terapkan dalam kumpulan kami adalah Inspirasi, Keyakinan & Kecantikan. Melalui penulisan yang berinspirasi, secara tak langsung para pembaca blog kami dapat mengambil serba sedikit idea serta semangat untuk tampil yakin dan cantik serta selesa dengan diri sendiri. Bertepatanlah dengan hala tuju Butterfly Malaysia sendiri yang merupakan platform untuk blogger menyinar! [KLIK SINI].


Dalam kumpulan Diva De'Monarch terdapat 7 orang ahli kesemuanya. Ada yang memang Nanie dah kenal, dan ada yang pertama kali Nanie jumpa. Seronok semuanya sebab masing-masing baik baru dan lama peramah dan satu kepala. Mari Nanie perkenalkan setiap dari mereka : 


Lebih menghebatkan majlis, kami semua ada aktiviti Secret Santa. Butterfly yang setuju untuk join Secret Santa dikehendaki membawa hadiah untuk ditukar-tukar bersama Butterfly yang lain. Memang seronok lah sebab kita dapat hadiah kan? Macam-macam hadiah yang ada. Geram je bila tengok kotak orang lain besar dari kita! Hahahaha...


Alhamdulillah Nanie dapat Sephora Holiday Collection Body Wash & Lotion. Memang antara yang Nanie nak beli hari tu, tapi tak terbeli. Rupanya dapat hadiah! Yeay! My secret santa adalah Amy... tak sangka rupanya dia adalah ahli kumpulan Nanie sendiri! Hahahah. Thank you so much Amy for the lovely gift! 


Sepanjang malam tu memang kami semua enjoy. Bukak hadiah sama-sama, borak, makan... ada je usik mengusik sesama kami. Tak lupa juga, selfie dan wefie. Barulah meriah kan hidup ada kawan-kawan satu kepala macam tu! :)




Thank you so much Butterfly Malaysia kerana menjadikan kami semua gembira pada malam tu. Walaupun nampak event ni biasa-biasa, tapi usaha gigih Tammy Miu untuk jadikan ia satu yang luar biasa amat dihargai. Totally enjoy sangat malam tu! Sampai ke esoknya kami semua masih ingat moment-moment bersama dan bergembira tu. 

Untuk Beauty Box pula, lepas ni Nanie akan review dan berikan anda inspirasi menarik untuk 2015 Fresh & New Look for Make Up & Beauty. Nantikan ye update Nanie yang seterusnya. Malahan, Nanie akan compile kan blog-blog ahli Diva De'Monarch pada sidebar Nanie untuk rujukan semua. 

Sekali lagi, Thank you Butterfly Malaysia!!! Maklumat untuk event Butterfly Malaysia yang akan datang boleh didapati di link berikut : 

Facebook : 




Photo Credit & Courtesy : Kawi Studio 


10 comments:

  1. Finalllyyy! hehehhe

    Bestnya dapat group dengan nanieee! Yeayyyy!

    ReplyDelete
  2. seronoknya dinner haritu, sekarang dah rasa rindu nak jumpa Butterflies again. I wish I have pintu suka hati, boleh jumpa bila2 masa. Miss you kak nanie!

    ReplyDelete
  3. Aaaaaaaa best nyeeeee. Seronok sembang dengan akak masa packing tu. Masa dinner tak berapa nak boleh sembang. Sobssssss. Takpe nanti jumpa lagi ya.

    ReplyDelete
  4. saya pun seronok sangat dapat kenal dengan butterflies and other new caterpillars yang sama macam saya. tapi awal-awal macam malu jugala... hehe. sebab x kenal siapa2 pun kecuali kak Scha and kak Ayu. and now, saya kenal ramai kakak2.. :D


    sorry hadiah tak besar macam orang lain. eehehehe. saya x tahu nak kasi hadiah apa. nak kasi mekap, kawan kata takut si penerima x sesuai dengan kulit muka dia. takut lak saya. hehe. so, saya kasi tu jela... :)

    anyway, really glad to meet all of you ladies.

    ReplyDelete
  5. bestnya baca pasal event gathering ni...rugi la Irna x dapat join hari tu...klau date yg first tu,memang boleh join sgt...sbb ada kat KL..Beauty box memang awesome la...harap nanie dan other member team enjoy and good luck...

    chaiyok!!

    ReplyDelete
  6. whoaaaa...i can see so many me in here! hehe..syiok abis kan mlm tu! :)

    ReplyDelete
  7. Mana muka I?
    Majuk la

    Hehehehe
    Best kan bila kumpul macam nie

    ReplyDelete
  8. Bestnya.. Rugi tak dapat join.. Sebab still dlm mood berehat & berpantang.. Sobs! T_T
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  9. Super duper seronok dapat join the butterfly projek ni..untung dapat jojn :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork