Thursday, December 18, 2014

Collection Look Book : Beri Inspirasi & Tips Make Up!

Assalamualaikum semua

Dulu masa mula-mula jadi blogger, Nanie takdelah pandai sangat pun makeup ni. Minat tu minat, tapi kena belajar lah. Lama-lama bila jumpa kawan-kawan blogger yang sama minat dengan makeup, sikit-sikit Nanie belajar. Baru tahulah solekan mengikut bentuk muka, solekan mengikut gaya dan juga tema kita. Jangan main bantai je semua solekan serupa. 

Sebagaimana baru-baru ni Nanie ke Event Collection Look Book Contest [KLIK SINI], Nanie turut belajar bagaimana menyesuaikan solekan mengikut tema yang diberikan. Actually boleh tahan susah jugaklah bila nak match kan tema dengan warna-warna yang ada. Sebab tu Nanie bangga dengan semua pemenang Collection Look Book Contest tempoh hari. Mereka berjaya menyahut cabaran yang diberikan. 

  
Personally Nanie rasakan Collection Look Book Contest ni berjaya memberikan keberanian kepada semua gadis dan wanita di luar sana untuk tampil yakin dan cantik dengan make up yang manis dan anggun. Selain daripada bijak menata rias wajah, pemilihan kosmetik yang betul dan tepat juga membantu dalam mendapatkan fresh dan vibrant makeup look. 


Namun sebagaimana yang Nanie katakan tadi, tak semua tahu tips-tips untuk menata rias wajah kita mengikut tema kan? Disebabkan itu lah, Collection Malaysia telah melancarkan satu "buku panduan" untuk kita semua belajar make up. Memperkenalkan Collection Look Book. 


Bukan sekadar memberikan asas-asas dan tutorial step-by-step make up, malahan juga pelbagai tips diberikan dalam mendapatkan tata rias wajah yang sempurna dan tampak manis. Duta Collection sendiri iaitu Nelydia Senrose bersama para pemenang contest yang memberikan segala tips solekan tu! Collection Look Book ini juga memberikan anda inspirasi gaya solek yang boleh digunakan tak kiralah untuk kemana-mana majlis. Antara gaya solek yang diberikan :

1. Candy Crush : sesuai untuk majlis santai dan party
2. Gorgeously Sweet : memberikan mood ayu kepada pemakai
3. Rocker Chic : untuk yang berani dan tampak garang
4. Glamour Glitz : bagi mereka yang mahu tampil eksklusif dan anggun 



Tambah menarik, dalam Collection Look Book ini juga diberikan sekali cadangan-cadangan kepada kosmetik yang bersesuaian untuk dapatkan gaya yang dikehendaki. So kita just follow je langkah-langkah yang diberikan dengan menggunakan alat make up yang dicadangkan. Ha, tak mudah ke macam tu. Senang kan? Oh, ye mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak dapatkan Collection Look Book ni kan? 


Mudah je! Apa yang perlu korang lakukan adalah : 


Purchase RM50 or more of COLLECTION Cosmetics products in selected Watsons or F Block stores will get a special print of the COLLECTION fashion LookBook. 

Apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah dapatkan senaskah Collection Look Book ni. Inspirasikan solekan anda dengan Collection Look Book dan tampil cantik setiap hari. Jangan lepaskan peluang ni ye! 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link di bawah : 

Facebook :

Website :

Instagram :
#CollectionLookBook   #CollectionMY 



8 comments:

  1. Bestnya kalau dapat semua koleksi dari COLLECTION ni..Asyik ada 3 items jea dr Collection..hehe.. dah nak habis dh pakai..

    ReplyDelete
  2. anis pun dulu tak pandai makeup.. mesti comot :( sekarang pun tak terror lagi >_<

    ReplyDelete
  3. akak pun dulu tak reti la..tapi sebab belajar,tanya orang yang reti lama2 kita pandai la sikit2..walaupun tak tau banyak yang asas2 tu tahu la jugak..hehehe

    ReplyDelete
  4. waah. step by step tutorial eykk. nice one ni!

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  5. BRu tadi baca entry pasal lookbook ni jugak tau. Winner tu dah dipilih ke

    ReplyDelete
  6. Bagus juga ada panduan buku make up ini, bolehlah belajar :)

    ReplyDelete
  7. bagus buku ni... kena dapatkan nnt

    ReplyDelete
  8. best jugak kalau belajar make up ni kan..bolehlah make up sendiri je

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork