Wednesday, December 10, 2014

Collection Look Book Contest : Pemenangnya Kini Diraikan!

Assalamualaikum semua


Minggu lepas Nanie dijemput menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Collection Look Book Contest di White Box, Publika. Mesti korang ingat kan? Contest tersebut di jalankan pada bulan Oktober lepas. Nanie pernah war-warkan jugak di blog Nanie [KLIK SINI]. Sebagaimana yang korang tahu, setiap minggu selama empat minggu, ada task dan tema yang diberikan oleh pihak Collection Cosmetics. Tema yang diberikan adalah seperti Candy Crush, Gorgeously Sweet, Rock Chic dan Glamour Glitz. Jadi para peserta yang berminat nak join, perlulah makeup diri mereka mengikut tema tersebut. 


Fuh, daripada beribu-ribu penyertaan, empat pemenang telah terpilih. Sememangnya mereka layak menjadi pemenang sebab masing-masing bijak menata rias wajah tersendiri mengikut tema yang diberikan. Jadi berikut adalah senarai nama pemenang mengikut tema : 


1. Candy Crush : Shazleen Bt Abd Jabar



2. Gorgeously Sweet : Erra Afifa Bt Ali



3. Rock Chic : Moo Ee Fern 




4. Glamour Glitz : Amalia Chiang Kar Mun



Selain daripada Sesi Photoshoot dan Make Over bersama Duta Collection Malaysia, Nelydia Senrose, para pemenang juga membawa balik pelbagai lagi hadiah menarik bernilai lebih RM 1500. Fuh, paling best dapat make up set dari Collection Malaysia bernilai RM 800. Geram je Nanie tengok tau... hehehehe. Padahal kat rumah dah banyak dah makeup stuff. ;) 




Tahniah diucapkan pada semua pemenang. Memang cantik-cantik pun mereka selepas dimake over. Bertuah betul badan menang pelbagai hadiah. Tahniah sekali lagi!!! Selain daripada pengumuman para pemenang Collection Look Book, pada hari itu juga Collection Malaysia melancarkan dua produk baru mereka iaitu "Work The Colour Eyebrow Kit" dan juga, "Urbanista Lip Crayon". 


Fuh, yang ini memang tak menahan. Nanie tengok pun Nanie telan air liur. Nanie suka dengan lip crayon tu. Warna-warnanya nampak cantik dan sangat sesuai dengan tone orang Malaysia. Selain tu, eyebrow kit juga nampak menarik. Pada Nanie dalam makeup, eye brow perlu diambil kira. Perlu diperkemas dan dicantikkan agar sempurna! Harga untuk Eye Brow Kit adalah RM 33.90 dan untuk Urbanista Lip Crayon adalah RM 24.90 setiap satu. Insya Allah ada masa Nanie review ok! 




Part paling seronok, dalam goodies bag kami semua diberikan Eye Brow Kit dan 6 jenis Urbanista Lip Crayon. Woooohooo! Meloncat gembira lah Nanie bila dapat semua tu kan. Bertambah lagi koleksi lipstick Nanie. Kalau korang nak tengok macam mana cantiknya warna-warna Urbanista Lip Crayon, korang boleh ke blog Mieza Everdeen [KLIK SINI].


Last but not least, Nanie enjoy sangat event Collection Malaysia. Santai dan venue sangat cantik. Dengan cupcakes bentuk make up stuff semua ada. Geram je tengok satu-satu. Jadi, untuk peminat beauty and make up, cepat-cepat dapatkan produk Collection ye! ;)

Untuk maklumat lanjut, klik link berikut : 

Facebook :

Instagram : 

Website :



6 comments:

  1. thanks kak nanie sebab suggest my post to see the colours ^_^ i'm starting to miss you kakak, nanti jumpa lagi!

    ReplyDelete
  2. Wahh syok nya..suka main mekap2 jugak..tapi main hentam je..hehe

    ReplyDelete
  3. wah bestnye! sabar je, tbile engok makeup2 ni, rasa naik miang tangan ni nak membeli. aish! heheh.

    ReplyDelete
  4. geram juga tengok make up tu..seronok dapat buat koleksi..tapi nak pakainya jarang²..hihi..apepun tahniah untuk mereka...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork