Friday, December 12, 2014

Innisfree : Bawa Rahsia Pulau Jeju Ke Malaysia!

Assalamualaikum semua


Lepas habis je event bersama Collection Malaysia [KLIK SINI], Nanie dapat jemputan satu lagi event di Sunway Pyramid. Mujur ada Kak Sabby, jadi kami sama-sama ke Sunway Pyramid lepas event tersebut. Untuk di Sunway, kami ke sana atas jemputan Innisfree bersempena Majlis Pembukaan Outlet Pertama mereka di Malaysia! 



Nanie tahu, bagi peminat Korea pastinya nama Pulau Jeju tidak asing lagi bagi mereka. Dinobatkan sebagai antara pulau tercantik di dunia malahan pulau ini juga mempunyai pelbagai khazanah alam semulajadi yang tinggi manfaatnya pada kesihatan dan kecantikan. Antara sumber semulajadi yang utama dari Pulau Jeju adalah lava gunung berapi, green tea, bunga camellia, canola dan limau, malahan kebersihan dan kesegaran Pulau Jeju menjamin kebaikan sumber-sumber ini. 



Innisfree adalah gabungan dua perkataan yang bermaksud "Pulau Bebas" dan ia adalah merujuk kepada Pulau Jeju tersebut yang bebas dari segala pencemaran dan ko. Kaji selidik dan penggunaan bahan-bahan semulajadi pada Innisfree menjanjikan pelbagai kebaikan kepada penggunanya. Malahan daripada data yang diberikan, Innisfree semakin mendapat tempat di hati para pengguna!





Apa yang menarik hati Nanie adalah prinsip Innisfree yang menekankan konsep eco-friendly dalam penjagaan alam sekitar dan menjadikan produk mereka sesuatu yang natural. Keuntungan yang mereka perolehi disumbangkan semula kepada penjagaan alam sekitar Pulau Jeju. Malahan di setiap outlet mereka sendiri termasuk Malaysia, anda boleh pulangkan semula botol-botol yang habis digunakan bagi tujuan kitar semula. 

Antara projek eco-green Innisfree


Bauan dari Jeju Island yang sangat menenangkan
Berbalik kepada pembukaan outlet pertama mereka di Malaysia, Sunway Pyramid menjadi pilihan Innisfree untuk bertapak. Sebagaimana outlet-outlet mereka yang lain seantero dunia, Innisfree menjadikan tema outlet yang clean dan fresh agar pengunjung dapat merasai sendiri kedamaian dan kesegaran Pulau Jeju. Dikelilingi pelbagai produk-produk mereka yang berkualiti, Innisfree Outlet sangat cantik dan mendamaikan. 




Innisfree yang telah bermula sejak tahun 2000, memberikan wanita penyelesaian kepada 8 masalah utama kulit wanita seperti wrinkle care, firming and lifting, nutrimoisturizing care, trouble care, whitening care, total care, moisturizing dan pore care. 


Ada pelbagai produk-produk terbaik yang ditawarkan. Antara beberapa signature product mereka adalah Eco Science Wrinkle Spot Essence, The Green Tea Seed Serum dan juga Jeju Volcanic Pore Clay Mask. Ketiga-tiga produk ini adalah Hot Selling Item seluruh Asia malahan ia juga telah banyak kali dinobatkan sebagai antara produk kecantikan terbaik. 


Facial Mask : RM 4/sheet

Hand Cream : RM 15/tube

Bukan sekadar skincare aje yang ada di Innisfree, malahan make up, beauty tools malahan penjagaan kulit untuk kaum lelaki turut ditawarkan oleh Innisfree. Penjagaan yang menyeluruh serta lengkap dalam satu store membuatkan Innisfree sempurna pada peminatnya! Harga untuk setiap produk juga berpatutan. Ada yang semurah RM 7 sehingga ke RM 149. Tak terlalu mahal lah kan! 



Last but not least, kehadiran kami semua sebagai antara orang yang terawal merasmikan Outlet Pertama Innisfree di Malaysia tidak disia-siakan. Innisfree telah bermurah hati memberikan setiap daripada kami voucher bernilai RM 200 untuk dibelanjakan! Fuh, bila dengar macam tu, memang semua orang senyum sampai telinga lah. Dalam kepala semua buat list nak amik ape. Dah ada wishlist masing-masing! :)

Muka gembira dua bff ni :) 

Jadi dengan voucher tersebut, Nanie adalah ambil beberapa produk mereka yang Nanie rasakan perlu dan nampak menarik. Kalau korang nak tahu produk apa yang Nanie beli, silakan ke Instagram Nanie [KLIK SINI]. Insya Allah nanti slow-slow Nanie akan review. Eksaited kan dengan produk mereka? Semuanya buatkan Nanie geram! Heheheh. Oh ye, sebelum tu Nanie nak beritahu sesuatu...lebih-lebih lagi peminat Lee Min Ho :

"Spend RM300 and above to receive a Limited Edition Eco Launching Bag (Eco Bag, Inni Rang sticker, Green Tea Balancing Kit, Lee Min Ho's photo book) and stand a chance to win a ticket to innisfree Festa 2015 and meet Lee Min Ho in person! Tickets are limited in some lucky Eco Launching Bags."

Untuk maklumat lanjut mengenai Innisfree, korang boleh klik link-link dibawah : 

Website :

Facebook :

Instagram : 


Innisfree Malaysia Outlet 
G1.70, Ground Floor (Orange Zone) 
Sunway Pyramid Mall, Selangor. 



7 comments:

  1. singgah sini :)

    http://www.blogparihh.com/

    ReplyDelete
  2. gembira sungguh muka dua orang kat gambar last tu, hehe berseri-seri pengantin!

    ReplyDelete
  3. lee min ho ke ambassador? omg. haha. +1 other reason to try on this brand >_< heeee

    embassador

    ReplyDelete
  4. Best nya Facial mask tu..huhu..untung nya Nanie..:)

    ReplyDelete
  5. wah bestnya..rasa geram je nak grab..lagilah packaging dia comel comel

    ReplyDelete
  6. Perghh dutanya Lee Min Ho plak.. :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork