Friday, December 5, 2014

Menang Kereta Melalui Contest L'oreal Beauty Countdown

Assalamualaikum semua


Terkesima Nanie bila baca berita ni. Aduhai, memang rezeki betul makcik ni menang kereta Mercedes melalui contest. Ye lah, kereta bukannya murah sekarang ni. Mana mampu nak beli kalau tak iya-iya. Gaji kena RM 2.5k baru boleh beli kereta. Itu pun kena loan dengan bank. Kalau tak loan, naik bas je macam Nanie :) 

Tapi kata orang dulu-dulu, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu". Disebabkan tuah Nanie pun Nanie sendiri tak tahu, jadi Nanie join Contest L'oreal Paris Beauty Countdown. Korang rasa apa yang menarik hati Nanie untuk join contest ni? Yes...yes... of course lah hadiah kereta yang ditawarkan! Sebuah kereta bernilai lebih RM 100k bakal menanti pemenang! Wow!!! Wow!!! Wow!!! Mintak-mintaklah ada rezeki...


Kalau korang nak tahu, L'oreal adalah antara brand yang selalu sangat bekerjasama dengan Butterfly Malaysia untuk pelbagai aktiviti dan kempen menarik. Antara yang terkini Hair Pampering Session bersama Beauty Blogger dari Butterfly Malaysia dan upcoming, untuk Christmas Dinner Party. Thank you L'oreal for your kindness and generosity! 

Untuk contest ni, bukan hadiah kereta je yang ditawarkan, malahan ada pelbagai lagi hadiah mingguan dan harian yang diberikan. Kiranya, makin ramai lah orang yang boleh menang. Ada hadiah barangan kemas, kitchen ware, produk-produk L'oreal sendiri malahan pelbagai hamper diberikan! 

Tapi, macam mana nak dapatkan hadiah semua tu? Tak susah mana pun... ada beberapa cara yang boleh korang lakukan dan seterusnya berpeluang menjadi pemenang. 


Mudah saje... di bawah ni Nanie dah berikan Langkah-Langkah untuk penyertaan. 

1. Beli apa-apa produk L'oreal Paris sekurang-kurangnya RM 20
2. Dapatkan resit dan ambil gambar resit tersebut
3. Klik link ini ----- 
isikan butiran yang diperlukan & upload gambar resit
4. Jawab soalan yang diberikan 

Dengan 4 langkah saje, korang boleh menang hadiah-hadiah menarik yang diberikan di atas tadi. Jangan risau, ada banyak hadiah! Manalah tau rezeki korang nak hujung-hujung 2014 ni menang kereta sebijik ke. Tak ke namanya bertuah tu. 

Jadi, tunggu apa lagi... cepat-cepat sertai L'oreal Paris Beaut Countdown Contest. Beli banyak-banyak produk L'oreal, makin banyak lah peluang korang menang hadiah! Nanie doakan ada pembaca Blog Coklateyes yang sangkut namanya ok! 

Maklumat lanjut boleh klik link di bawah : 

L'oreal Beauty Countdown Contest : 

Facebook : 

Instagaram :




1 comment:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork