Friday, December 5, 2014

Review Covo Matte Magic & Moist Madness Lipsticks

Assalamualaikum semua

Nanie memang penggemar lipstick. Walaupun dah banyak koleksi lipstick tapi setiap kali nampak lipstick lawa-lawa tetap nak beli dan nak miliki. Seronok tukar-tukar warna kat bibir ni. Selain daripada boleh feel the texture, lipstick jugak beri keyakinan pada Nanie untuk tampil bold dan yakin. Macam Wiida selalu cakap, "Lipstick is a girl best friend!" 

Baru-baru ni, Nanie ada beli lipstick dari Covo Cosmetics. Nanie dah tahu agak lama brand ni. Nanie tahu melalui blog Chency. Chency pun cakap kosmetik dari Covo agak bagus dan tidak mengecewakan. Jadi masa Nanie jalan-jalan kat Mid Valley, nampak Covo sedang adakan promosi. Harga untuk lipstick juga menarik hati Nanie. Instead of RM 45/stick, promo price tinggal RM 15/stick. Murah kot! :) 


Disebabkan murah dan berbaloi, Nanie ambil 3 terus. Di Covo Cosmetics, mereka menawarkan 3 jenis kemasan lipstick. Pertama, Matte Magic Lipstick. Kedua, Moist Madness Lipstick dan ketiga, Intensified Lipstick. Tapi untuk promo hari tu, harga RM 15/stick tu untuk Moist Madness dan Matte Magic. 


Selepas cuba semua colour, tiga colour ni yang Nanie nak cuba dan bersesuaian dengan tona kulit Nanie. Nanie ambil Berry Plum, Raspberry Rose dan Cinnamon Crush. Yang Cinnamon Crush tu warna dia memang menjadi idaman Nanie dari dulu lagi. 


Dari segi tekstur, Covo Lipstick memang tidak menghampakan. Walaupun dengan kemasan Matte Magic, ia tidak menyebabkan bibir terlalu kering dan sukar untuk di blend pada bibir. So far yang Nanie gunakan Cinnamon Crush tu memang sesuai pada bibir Nanie dan jadikan tona kulit nude make up. 


Bagi Moist Madness pula, memang boleh rasa ia ada fungsi lembapan pada bibir dan menjadikan bibir lebih mungil dan cantik. Nanie biasanya akan gunakan jenis Moist Madness bila Nanie keluar out door. Nanie tak nak bibir terlalu kering.


Selain tekstur yang bagus, Covo Lipstick juga menarik minat Nanie kerana packagingnya yang lain dari lain. Didatangkan siap bersama cermin kecil, ia membantu orang macam Nanie ni untuk touch up lipstick. Mudah kan? Dalam bas pun boleh pakai lipstick! 

Nanie gunakan lipstick Cinnamon Crush 

So far daripada komen para pengguna, nampaknya brand ni memberikan kepuasan yang bagus pada pelanggan mereka. Ramai juga yang recommended brand ni. Secara peribadi Nanie pun suka brand ni. Banyak lagi produk mereka yang nampak menarik. Harga juga affordable dan kualiti juga bagus. 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link di bawah : 

Website : 

Facebook : 

Lokasi Store : 
Mana-mana cawangan Aeon
(Nanie beli di Mid Valley)



6 comments:

  1. Ehh so cheap! I always see eyeliner promotion only T_T

    ReplyDelete
  2. OMG! need to get at least one matte lipstcik from this brand. Havent try it out. hopefully it works as I expected.ye la, kak Innanie review kot, mesti beli! kena try gak! hehehe

    ReplyDelete
  3. perghhhh..mmg lawa laaaa... bestnya beli lipstick,, muja pun dah terjebak suka make up skrg nih,, haha

    ReplyDelete
  4. Nak try nii. Kena tunggu promotion! Aaaaa

    ReplyDelete
  5. heiiiii,ngundanggggg ahhhh...berry plum lawooo :D

    ReplyDelete
  6. nak pinjam dagu! ehhh nak pinjam lipstick. hehe.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork