Wednesday, December 3, 2014

Review FreshLook Colorblends Contact Lens

Assalamualaikum semua


Nanie memang dari umur 12 tahun dah start pakai cermin mata. Mata rabun memang lah kena pakai cermin mata. Walaupun ada kala rasa pakai cermin mata macam merimaskan, tapi I have no choice. Daripada meraba-raba dalam terang, lebih baik pakai cermin mata. Ramai yang suggest Nanie untuk pakai contact lens. Cumanya, Nanie kalau nak pakai lens memang akan pastikan lens tu betul-betul selesa dengan mata Nanie dan paling penting tidak menjejaskan mata Nanie. Baru-baru ni Nanie ada gunakan FreshLook Colorblends Contact Lens daripada Ciba Vision yang kini dikenali sebagai Alcon Vision Care. 



FreshLook ColorBlends 

CIBA FreshLook ColorBlends 2 pack

Untuk pengetahuan korang semua, FreshLook ColorBlends Contact Lens merupakan lens yang pertama diciptakan dengan 3-in-1 color technology yang mana ia berfungsi untuk blend together dengan warna asal iris mata korang. Secara tak langsung, efek natural akan kelihatan pada mata kita. 


Sepanjang Nanie gunakan FreshLook Colorblends Contact Lens ni, apa yang Nanie boleh rasakan ialah keselesaan yang berpanjangan. Masa sentuh contact lens ni, ia memang betul-betul soft dan sesuai untuk mata Nanie. Bila pakai kat mata tu rasa macam takde pakai apa-apa pun. Secara tak langsung, keselesaan akan dapat dirasakan. 

Ada pelbagai pilihan warna yang diberikan. Dan semuanya boleh dipilih mengikut kesesuaian tona kulit korang dan keberanian korang lah of course kan! Semua color pun cantik-cantik belaka. 


Bagi Nanie, Nanie memilih warna Brown sebagai permulaan. Tak nak nampak bold sangat. Boleh gunakan di siang hari dan rasanya macam kena jugaklah dengan tona kulit Nanie. Tapi for next time, maybe Nanie nak try lagi warna-warna lain. Baru meriah sikit hidup seharian! 



Masa hari ni, Nanie saja gunakan contact lens FreshLook Colorblends ni ke event. Nak try berapa lama ia dapat beri keselesaan. Sebagaimana yang diberitahu, FreshLook Colorblends Contact Lens ni tahan sehingga lebih 6 jam dengan penuh selesa. Even, Nanie sendiri suka akan kelembapan dan keselesaan yang diberikan. 

sila abaikan dark circle mata panda itu ye! 
Bila mata dah warna coklat macam ni, barulah betul-betul kena dengan nama Blog Coklateyes tu sendiri kan? Nanie suka sangat dengan efek natural dari lens ni. Gabungan color blends yang diberikan memang jadikan mata kita seperti mata biasa. Takde lah nampak pelik sangat kan? 


Walaupun pakai lens, penjagaan mata dan kebersihan semasa pemakaian contact lens sangat penting dan menjadi keutamaan. Paling penting, jika korang rasa contact lens tu menyebabkan ketidak selesaan dan menyebabkan mata merah, cepat-cepat tanggalkan dan dapatkan nasihat dari yang pakar.

Sebagai peneraju nombor satu di dunia untuk penjagaan mata dan kedua terbesar dalam Norvatis Group, Alcon Vision Care komited dalam inovasi terkini dan menangani keperluan pesakit mata seluruh dunia. 


Informasi produk adalah seperti berikut dan anda boleh hubungi Alcon di: 

Nama Produk :
FreshLook Colorblends 

Life Span :
1 Month 

Harga : 
RM 84.00 

Talian Alcon Vision Care :
+60378800650

#freshlookcolorblends




8 comments:

  1. cantik mata Nanie pakai kaler brown tu..

    ReplyDelete
  2. scha pun suka dgn alcon ni. selesa betul! haha

    ReplyDelete
  3. Dulu kak ieza pkai brand ni time wedding. Brown dgn grey. Superb. Dr pg smpai ke ptg.

    ReplyDelete
  4. cantik warna lens dari freshlook ni..fiza pun sentiasa kena ada stock lens..pakai spek kat rumah je..kalau keluar memang pakai lens je..penjagaan dan kebersihan memang penting sebab kalau tak mulalah mata berair dan pedih..

    ReplyDelete
  5. muja pkai spek je,, cuma kalau nik balik baru pakai lens,, sebb dia tak suke muja pakai spek,, haha..

    ReplyDelete
  6. Saya ada jual freshlook original. Boleh tgok2 di ig saya @_theshopx_ atau terus ws saya +60176152916

    ReplyDelete
  7. akak beli online atau ke kedai optic yee ?..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork