Assalamualaikum semua
Tadi lepas solat Maghrib, Nanie sempat lah jalan-jalan ke beberapa blog mommy-to-be. Allahuakbar. Masing-masing semua gembira dengan bakal cahaya mata. Ye lah, rezeki Allah yang tidak ternilai tu pada setiap pasangan yang berkahwin. Cepat atau lambat Alhamdulillah ada zuriat waris cinta mereka.
Bercakap soal cinta... Nanie bukanlah orang yang layak nak bercerita panjang-panjang. Bohonglah kalau tak pernah ada rasa cinta kan. Pernah. Tapi tak berbalas mungkin. Hahahah. Nanie kalau bab cinta-cinta ni memang terus je self-confidence merudum jatuh. Walaupun orang cakap, Nanie ni nampak yakin, nampak matang... Tapi tak tahu lah kenapa...segan dia lain macam bila masuk bab hati dan perasaan. Kadang cemburu jugak bila tengok orang lain relaks dan bersikap terbuka bila bercerita perihal cinta mereka pada orang lain.
Personally, Nanie bukan jenis macam tu. Dalam kepala Nanie, Nanie selalu anggap Nanie banyak kurangnya untuk dicintai lelaki. Especially dari segi physical appearance. Sedar diri kita ni kan.. hehehe. Tapi tu lah, bila kita cuba fikir macam tu, rasa down gila. Rasa macam... entah lah.. tak tahu nak cakap.
Bercerita jugak pada Kak Sabby pasal hal ni. Yelah, dia kan tak lama lagi bakal naik pelamin. Perasaan Nanie bercampur baur sebenarnya. Rasa happy of courselah, tapi jauh dalam hati rasa sedih sebab semua orang dah ada partner. Nanie je takde lagi. Huhuu...Kak Sabby banyak bagi semangat pada Nanie. She always tell me, "The right time will come! Just be patient."
Jujur Nanie katakan, sekarang ni Nanie ada lah 'minat' pada someone and ready to be 'in relationship' with him. Cumanya, dia pulak seolah-olah main tarik tali dengan Nanie. Kadang Nanie rasa dia macam 'Manusia Pemberi Harapan', sama macam mana yang Nanie pernah ceritakan dalam ENTRY INI (KLIK SINI). Kak Sabby kata, kalau dia tak suka kita, dia tak akan buat usaha macam-macam untuk gembirakan kita. Nak buat apa kan? Buang masa je. Betul jugak tu... ke Nanie ni yang gelojoh? Hahahaha! Ingat pesan Kak Sabby lagi, "Love will come when you less expected!"
Sakit woh, kalau kena macam tu. Mana taknya, depan mata kita dia wujud dan berikan 1001 hint serta green light, tapi tak declare apa-apa pun. Nak cakap nak, tak nak cakap tak nak. Tak payah bagi effort banyak sangat sampai Nanie rasa selesa dan rasa firm. Nanie tak nak lah kalau orang cakap Nanie syok sendiri. Nanie sedar tahap mana hubungan Nanie dengan dia.
Tapi, takpelah... Insya Allah time will reveal soon. Nanie berdoa benda yang baik-baik je sekarang ni. Dengan harapan, moga-moga Allah bantu berikan jalan. Kalau dia yang terbaik, bukakan hati kedua-dua kami. Dan kalau ada perancangan Allah yang lebih baik untuk Nanie, Nanie terima dan redha. ;)
p/s: teringat lagu Kekasih Yang Tak Dianggap. Cuba cari kat You Tube. Mendalam lirik dia.
26 Inspirasi Dari Pembaca
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTu lah kan, Nanie tahu bukan Nanie sorang dalam situasi ni. Takpelah awak, kita doa sama-sama :)
Deleteyes i know that song. baru je karaoke sabtu hari tu. :P
ReplyDeleteYes darling, ingat apa akak cakap hari tu. If he's the one, he WILL BE THE ONE. Percaya pada perancangan Allah yang lebih mengetahui. ape2 buzz me je ok? hehehe love you! xoxo
hahahah kak sabby suara rock woh!
DeleteThank you kakak for all the advices you gave. dia betul-betul buat kita fikir banyak kali. Insya Allah i try to think positive and tawakal :)
Scha doakan Nanie bertemu jodoh dan bahagia ke syurga. yes, saya setuju dgn kak sabby. It will come when you less expected. Insya Allah, Amin.
ReplyDeleteLove you kak nanie!
Insya Allah Scha. Amin Amin Amin!
DeleteLove u too! :)
Insyaallah kak, adalah tu nanti jejaka yg dapat menambat hati akak. hihi
ReplyDeletehahahahah amin dik! harapnya ada. kalau takde, akak yang tambat hati dia :)
Delete13 thn yg lepas..akak buka mulut dulu ckp isi hati akak pd sorang lelaki.itupun after 90% comform dia sukakan akak. N now...dh 5 thn dia jd hubby akak.kalo nanie yakin dia suka nanie...why not u ask him first...tp buat risik btl2 dulu tau.kalo x berani..nanie keep praying k
ReplyDeleteAlhamdulillah kak, you've made the right action! tak salah kan kita make a move. and betul kata akan, kita kena confident lah supaya tak malu di kemudian hari. hehehehe :)
DeleteAmin kak, thank you for all the prayer!
in sha allah kalau betul dia jdodoh nanie allah permudahkan :)
ReplyDeleteEh nama kita sama :) hehehehe
DeleteAmin Amin Amin! Insya Allah :)
Eh jangan rasa downgila. kahkahkah
ReplyDeleteAh, cepat kau pass sorang dua member injineer kau kat aku! bagi aku tak downgila. hahahaha
Deletein sha Allah akan datang arjuna tu..
ReplyDeleteArjuna Beta ye kak :) heheheheh
DeleteIn my case, soal zuriat. 24 Disember genap setahun bernikah. Anak? Belum muncul lagi. Perit, sakit, tahan sabar - tak larat nak pendam. Kawan-kawan yang dah kahwin semua dah dikurniakan seorang dua. Kita? Senyum je la. Sabarrrrrr. :')
ReplyDeleteJannah, awak dah kawen ye??? sumpah kita tak tau... kita ingat awak single mingle macam kita. kalau gitu kena panggil akak jannah lah! hahahaahah
DeleteInsya Allah Jannah, kita doakan awak cepat dapat baby ye :) love u
Nanie, plz jgn merendah diri. U know what, perempuan cantik pun ramai tak bahagia. Ramaiiiiii. So plz. Lelaki yg baik untuk kita jadikan suami adalah lelaki yang dalam hidupnya Allah is number 1. Bukan manusia. Bila Allah dalam hatinya, once kte jadi pendamping hidup dia, kte akan dijaga kerana kita amanah dia.
ReplyDeletePerkahwinan bukan semudah kau tak cantik, kau xsesuai dgn aku. Kau kurang tu, kau tak layak dengan aku. Bukan, bukan macam tu. Perkahwinan adalah tanggungjawab. Kena tanggung segala amanah kat dunia, akhirat kena jawab macam2. Chill bebeh.
I take your words kak... Betul semua tu ada dugaan tersendiri and it is not easy kan kalau kita tak mentally and physically ready. Insya Allah the right time will come :)
DeleteThank you kak atas nasihat akak. Doa-doakan kita selalu ye! :)
HAMBOII berjiwa plak die...eh mane blehh mungkin kena bg laluan kat i dlu kowt after sabby!! HAHAHHAHAHAH sabo je lah org sedih i gelak setan kn hahahha xp xp nannie ade geng lg ta-da Sizzling Suzai !! hahhaa
ReplyDeleteHahahahahah! kau ni suzaiii saja kacau mood aku tau! baru nak fefeling.... Alaaa kau tu cantik lah, anytime je ada mamat injineer sambar! haahahah ke kau yang jual mahal?
DeleteAdoi.. dah taip panjang2 tadi.. x bole send plak.. takpe.. untuk nanie.. eyza taip balik.. :)
ReplyDeleteNanie.. sape kata u tak cantik? U cantik la.. setiap dari kita ada kecantikan tersendiri... sesetengah lelaki plak, pandang cantik ni dari pelbagai aspek.. bukan setakat badan dan paras rupa jer.. lagipun.. pompuan macam kita yang gebu ni la cantik.. hahaha.. zaman sekarang ni, lelaki dah suka yang comey2 cam kita.. baru best peluk katanya...
Eyza suka tgk nanie.. sebab nanie confident.. tu yang buat Nanie cantik.. rugi tau kalau 'si dia' tu lepaskan nanie... InsyaAllah, satu hari nanti.. nanie akan jumpa jugak dengan pelengkap dan teman hidup Nanie tu.. Biar lambat asalkan berkualiti tau..
Macam eyza ni.. walaupun dah kawen.. tapi.. masih blom ada zuriat.. tertanya-tanya.. bila la rezeki anak tu nak sampai.. setiap orang, ujian lain-lain.. x mo sedih2.. yang penting.. kita enjoy!
semoga everything will come smoothly for you Aminnn. and hey, you're one gorgeous girl! don't let anyone else make u feel the other way around
ReplyDeletesincerely,
Najlaa 'Aqilah
Moga Nanie mendapat jodoh yang terbaik..aminn
ReplyDeleteNanie, bukan soal fizikal masalahnya. Tak semestinya badan besar tiada orang suka. Orang badan kurus pun ada juga. Bercinta bertahun-tahun lamanya, bercinta setahun atau dua tahun pun kalau bukan jodoh, memang bukan jodoh la tu. Dalam bercinta kadang ada pasang surut atau hampir nak putus, kalau dah memang jodoh kuat, In Sha Allah... itu la jodoh kita. Orang yg tak disangka-sangka itu la akan menjadi pasangan hidup. Sabar yea, Nanie. Saya doakan Nanie bertemu pasangan hidup yg boleh terima seadanya diri Nanie. Aamiin.... :)
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!