Wednesday, December 10, 2014

Under Budget Beauty & Make Up Storage Box

Assalamualaikum semua

Awal bulan lepas, Nanie pindah bilik. Kalau sebelum-sebelum ni, Nanie menyewa di bilik nombor dua, tapi kali ni pindah master bedroom. Biasalah, walaupun dengarnya cuma sekadar pindah bilik, tapi kau tahulah kalau dah nama perempuan. Barang banyak woi! Kakak Nanie pun geleng kepala je tengok barang Nanie yang banyak menimbun tu. Jadi, kena sorting slow-slow. Mana yang nak dibuang, nak bagi adik beradik mahupun kawan-kawan. Tak pun mungkin boleh di let go. Boleh dapat hasil sikit kan? 


Satu perkara yang menjadi masalah Nanie adalah beauty product and make up. To be honest, sekarang ni memang banyak sangat-sangat beauty stuff and make up yang Nanie miliki. Bila dah terlalu banyak, haruslah masalahnya adalah ruang dan how to make them organize and neat. Kalau letak sepah-sepah tak syok pulak kan. Cepat berhabuk pulak tu. Nanie rasa masalah ni bukan Nanie sorang je, kawan-kawan beauty blogger Nanie yang lain pun ada masalah sama. 

Ini sebelum di-organize
Jadi bagi mengelakkan meja ni nampak sangat berselerak dan elakkan habuk, Nanie rasa Nanie kena do something and organize semua benda ni. Kalau sebelum ni, Nanie just organize make up stuff je. Tapi sekarang semua beauty stuff Nanie plan nak masukkan dalam tempat yang bertutup supaya tak berhabuk.  Selain tu, storage box tu juga mestilah tak terlalu mahal. Bajet Nanie around RM 100 je :)

Storage ni berharga RM 39.90 di Robinson, The Garden 

Masa awal tahun hari tu, Nanie ada beli makeup storage dengan saiz B4 seperti atas ni dari Robinson, The Garden. Harga pun boleh tahan affordable dan kualitinya baik. So, waktu tu Nanie terus beli dua set. Jadi dari situ, makeup stuff Nanie semua memang Nanie organize ikut kategori dan simpan rapi.

So, bila kali ni untuk beauty stuff pula, Nanie plan perlukan something yang besar dan muat segala khazanah alam yang Nanie ada tu. Tempat pertama Nanie survey di Aeon, Mid Valley. Tengok-tengok ada promotion untuk clear storage box. 3 saiz dengan harga RM 30 je. Murah kan? Ok, deal. Terus amek. Ada tiga saiz, so boleh jadikan tiga kategori barang terus.

Clear Storage Box with Size : S,M & XL = RM 30/set 
Nanie juga target nak cari yang clear box supaya senang untuk Nanie nampak apa kandungan dalamnya. Bersesuaian dengan bajet dan saiznya juga, Nanie rasa clear box ni sesuai untuk kegunaan Nanie. Tak cukup dengan tu, Nanie ke Robinson The Garden. Sama macam storage B4 yang sebelum ni, Nanie tambah lagi koleksi dengan beli another one storage box. Tapi saiz yang lebih besar. Tak silap saiz A5. Harga satu rack tu RM 59.90 je. 

Siap dapat dua-dua box tu, balik rumah terus kemas and keluarkan segala harta karun. Terus susun dan bahagikan ikut kategori tersendiri. Bukan tu je, Nanie juga catatkan sekali expired date setiap produk dalam note book. Oh ye, penting ye untuk kita tahu bila expired date setiap produk tu. Insya Allah nanti Nanie share tips untuk itu. 


Setelah hampir 4-5 jam mengemas dan menyusun.... 


Dan...inilah hasilnya!




Yeaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyy!!!! Nanie suka sangat bila meja mekap ni nampak cantk dan kemas. Walaupun tak 100% kemas, tapi Nanie puas hati sebab boleh lindungi produk-produk tu daripada habuk. Bajet pun boleh tahan murah dan menepati citarasa Nanie. 


BEAUTY STORAGE BOX BUDGET : 

1. Clear Storage Box ( 3pcs : S,M,XL) = RM 30.00
2. Opaque Storage Tier Rack : RM 59.90 

TOTAL : RM 89.90 

Nanie letakkan tier rack tu dengan segala skincare yang ada. Susun elok-elok dan pastikan semua dapat dicari dengan mudah. Manakala untuk perfume, Nanie allocate satu clear box. Jadi bila nak sembur perfume tu, boleh terus pilih dalam tu. 


Bila nampak macam ni, rasa seronok je tengok. Rasa happy nak main makeup semua kan? Dan paling penting bersih dan tidak menternak habuk dekat situ. Seminggu sekali, Nanie akan lap bahagian atas storage box tu dan akan arrange mana yang patut! Yang mana produk selalu guna juga Nanie asingkan supaya mudah diambil. 

Jadi, rasanya tak de masalah lagi untuk susun atur make up juga beauty stuff kan? Kalau korang rajin untuk DIY lagi seronok. Macam-macam benda boleh digunakan. Dan seperkara lagi, kalau korang kreatif, banyak juga storage yang murah dan mudah untuk digunakan dengan bijak sebagai make up storage box. 

So now, I am a happy beauty blogger :)



24 comments:

  1. i also JUST bought myself some storage trays...initially looked at MUJI and their acrylic drawers were RM86.90. then i went to Daiso, dpt la alternative (altho not drawers but stacktable ones) RM5 satu. terus angkut 4. tak sabar nak balik kemas my dressing table also!!!

    ReplyDelete
  2. cantik la. clear box kat robinson ek.. ok ok nak cari gak la

    ReplyDelete
  3. niceee . singgah sini :)

    http://www.blogparihh.com/

    ReplyDelete
  4. kalau barang2 tu xnak Asyik sudi menerimanya..hehe

    ReplyDelete
  5. ermmm i beli frm daiso je... hehe tapi yg besar takde la....

    ReplyDelete
  6. drawers Robinson tu memang dah lama Mieza berhajat nak beli, tahankan dulu hati ni sebab tunggu pindah baru nak beli XD lawa kak nanie susun, kita suka tengok ^_^

    ReplyDelete
  7. Wah.. banyaknya barang mekap Nanie.. i is jeles.. hihihi... ok.. cantik.. kemas dan tersusun.. :)

    ReplyDelete
  8. saya beli drawer yg 5 tingkat, tapi masih tak muat jugak . end up saya jual kat group prelove dan ada few lagi nak buat give away dalam blog. dah tak larat nak simpan bebanyak dah. yg mana pakai setiap hari mmg letak atas meja supaya senang nak capai. tapi seriyes memang semak meja sikat :P

    ReplyDelete
  9. oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,banyak gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bestnya bestnya!

    ReplyDelete
  10. kalau small collection pun dh rasa susah dh organize, lagi pulak kalau banyak macamni haha. btw nicely done!

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  11. Kemas..berkenan betol kita dengan box yang isi lipstick tu :)

    ReplyDelete
  12. banyaknyaaa makeup dan produk kecantikkan. kemas je bila masok dalam storage. . :D

    ReplyDelete
  13. Banyak gile stuff Nanie..cantik dah organize macam ni..nak cari barang pun senang :)

    ReplyDelete
  14. OMGGGG! I like this! <3
    Prob will go grab it soon. Thks!

    rebeccahww.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. wiida rasa kak innanie need a lipstick holder!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!i know u have tonne of overload lipsticks!

    ReplyDelete
  16. banyak nya barang make up nanie..nanti ada rumah sendiri buat satu bilik khas untuk baju2 dan makeup..letak cermi besor..wah..akak pulak berangan lebih ni..heheh

    ReplyDelete
  17. scha pun banyakk nak kena rombak balik. dah lah almari mekap kecik yg amat. memang kena guna segala ruang dan kotak yg ada. hahaha.

    rasa nak susun balik je bilik tu bila nanie update gini. hehe

    ReplyDelete
  18. banyak nyee make up! tp cantik kemas n tersusun! :)

    ReplyDelete
  19. Kalau dah banyak brg makeup, satu meja solek pun x cukup. Hehe.

    ReplyDelete
  20. banyak gilerr.syok tgk tu ha..hihih

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork