Wednesday, January 29, 2014

Review Nature Republic Magic Remover Facial Tissue

Assalamualaikum semua

Kalau korang masih ingat, dua minggu lepas aku shopping sakan di Nature Republic Berjaya Times Square dengan voucher RM 150 (KLIK LINK). Siap ada Mini Giveaway lagi aku buat tu kan... Jangan lupa join ok! Jadi, salah satu beauty product yang aku nak cuba adalah Nature Republic Magic Remover Facial Tissue. 



To be honest, aku tak suka make up remover yang oily. Since sometimes dia akan menyebabkan muka aku lebih berminyak. Bagi sesetengah water proof make up product, oily remover adalah yang terbaik. Tapi kalau kau nak instant remover contoh untuk solat atau just untuk light make up, this product Nature Republic Magic Remover Facial Tissue will help you a lot! 



Magic Remover Facial Tissue ni terdapat dalam dua saiz. Satu saiz besar dan satu saiz travel. Yang saiz besar ada 60 sheets dan travel saiz ada 15 sheets. Untuk permulaan since aku tak pernah guna lagi product ni, aku beli dua pek yang travel saiz. Paketnya kecil, mudah dibawa atau diletakkan dalam handbag. 

Opener hole nya juga boleh dilekatkan semula dengan bagus. Ini akan mengekalkan kelembapan tissue dan boleh mencuci segala kesan make up dengan bagus!


On the packaging, it states "This gentle cleansing tissue conveniently cleanses the skin with soft feeling". Produk ni mengandungi 100mg Chamomile Essences (Daisy-like flower) yang berfungsi untuk melembutkan dan melembapkan kulit wajah dan membuang segala kotoran. 

Dried Chamomile Flower


PENGALAMAN SENDIRI 


Tisunya memang lembut, tidak mudah terkoyak (tebal) dan sangat sesuai untuk facial tissue. Ada cooling sensation sikit dan berbau wangi yang segar. Dari segi kelebarannya juga ia agak besar. Boleh cover satu muka! 


Kat atas ni aku gunakan untuk first swipe. Dengan light make up, sekali swipe memang boleh tanggal semua kesan make up. Tak perlukan sentalan yang kuat, cukup sekadar sapuan biasa. Rasa bersih dan lembut sangat kulit muka bila pegang selepas bersihkan dengan Nature Republic Magic Remover Facial Tissue ni! 



Tak cukup lagi, aku buat eksperimen dengan Water Proof Mascara. Yes, dengan sekali swipe sahaja memang dapat tanggal kesan mascara. Sangat berkesan dan mudah untuk digunakan. Untuk kegunaan di mata jugak tak menyebabkan kepedihan

Overall memang aku cukup puas hati even though baru pertama kali gunakan produk ni. Memang berbaloi, murah dan berkualiti serta berikan kesan yang bagus kepada kulit muka. Kalau korang berminat, cepat ke mana-mana outlet Nature Republic. Promotion Buy 2 Free 1 masih ada sehingga 31 Januari 2014 ni ye! :)

INFO PRODUK 
Nama Produk : NATURE REPUBLIC MAGIC REMOVER FACIAL TISSUE
Berat : 85g (15 sheets)
Harga : RM 11.90/ pek (travel size)
Store : Nature Republic Outlet (Berjaya Times Square, Sunway Pyramid, One Utama, Queensbay Mall, Mahkota Parade dll.)
Beli Lagi : Yes! Of course!!! :) 
Bintang : 4.5 / 5 Bintang



p/s : Join my Nature Republic Mini Giveaway Here! (KLIK LINK)

Tuesday, January 28, 2014

Review EOS Lip Balm

Assalamualaikum semua

I just won a lucky draw few weeks ago! Wooho!!! Memang tak sangka pun. Simple lucky draw from one of the instashop I followed, @urbanmannequin (KLIK LINK). FYI, this instashop menjual pelbagai barangan dari US dengan harga yang berpatutan. So, one of the product is EOS Lip Balm! I'm really lucky sebab dalam ramai-ramai yang menyertai lucky draw tu, aku terpilih sebagai 2 pemenang bertuah! :) Yeay, beberapa hari lepas hadiah dah berada di tangan. 


Alahai memang comel je Lip Balm dari EOS ni. Agak trending jugak di Instagram. Maybe sebab bentuknya yang cute tu berjaya memikat hati wanita kan. Sampai aku sendiri pun suka. Mula-mula dulu dah plan nak beli. Rezeki menang lucky draw. Tak payah keluar duit! :)




EOS LIP BALM

EOS Lip Balm in Blueberry Acai is 95% organic. 100% Natural and paraben & petroleum free. Packed with antioxidant- rich vitamin E, soothing shea butter and jojoba oils. EOS keeps your lips soft, cool and sensationally smooth. 
  • Long lasting moisture
  • Shea Butter & Vitamin E
  • Smoothes on clear
  • Precisely glides on lips
  • Twist off top 



Ada banyak pilihan untuk EOS Lip Balm ni. Semua perasa yang sweet dan fresh. Aku dapat jenis Sweet Mint.  Ada cool sensation. Best! Bila apply kat bibir tu rasa berangin je. Senang meresap kat bibir. And ada sikit-sikit rasa macam chewing gum! Tak melekit dan tak terlalu greasy & nampak gaya long lasting for quiet long jugak, even dah minum or makan. 


INFO PRODUK 


Nama : EOS LIP BALM
Berat : 0.25 oz
Harga : RM 25 - RM 28
Store : So far aku jumpa di IG Shop. Tak jumpa lagi di Watson @ Guardian



p/s: Jangan lupa join Nature Republic Mini Giveaway -----KLIK SINI-----



Monday, January 27, 2014

D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik!


Assalamualaikum semua 


D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik! Yes, macam tu lah yang mula-mula aku dengar. Macam ye tak ye jugak lah pada asalnya. Sebab setahu aku faktanya ialah penuaan tidak dapat dihalang because we getting older every and each minute everyday. Tapi, jangan tak tahu...dengan R&D dan teknologi terkini penuaan kini bukan masalah. 

GABUNGAN BAHAN SEMULAJADI BERKHASIAT
Daripada pembacaan, masalah anti penuaan yang kita nampak hari ni lebih banyak dipengaruhi dengan faktor tekanan, makanan & persekitaran. Jadi, D-Collagen Produk Anti-Penuaan Terbaik ini membantu untuk mengawal dan mengurangkan simptom-simptom awal penuaan. 


Apa yang menarik perhatian aku, D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik ini dihasilkan dengan ramuan dan gabungan bahan-bahan yang memang telah diyakini memberikan kesan terbaik dalam anti penuaan

Antara bahan yang lain dari yang lain dan tidak ada pada sebarang produk minuman collagen lain tapi ada dalam D-Collagen adalah Pitera dan Sarang Burung. Kedua-dua bahan ni memang dari dulu lagi dipercayai memberikan hasil terbaik untuk melawan penuaan. Bukan tu je, ada banyak lagi bahan semulajadi dan berkhasiat yang digunakan iaitu madu, goji berry dan white yam bean. 


Bagi aku sendiri lah kan... untuk minuman collagen terbaik, bukan sekadar aspek kecantikan semata-mata yang dititik beratkan juga meliputi kesihatan tubuh badan. D-Collagen Produk Anti-Penuaan Terbaik ini juga mampu memberikan khasiat untuk merawat sakit sendi dan sakit tulang yang sangat biasa di kalangan perempuan. Begitu juga dengan khasiat untuk memperbaiki struktur kulit dan menghilangkan kesan parut, jerawat dan masalah jeragat. Senang kata, D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik memang cukup lengkap serba serbi!

SESUAI UNTUK SEMUA 



D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik ini tidak hanya memfokuskan kepada kaum wanita sahaja. Produk ini boleh diambil oleh lelaki juga dan tanpa mengira umur. Malahan wanita mengandung dan menyusukan bayi juga boleh menggunakan D-Collagen. Produk ini juga tanpa was-was dan keraguan telah mendapat sijil HALAL & sijil Kementerian Kesihatan Malaysia. 

KHASIAT & KEHEBATAN  D-COLLAGEN 
  • anti penuaan dan memelihara keremajaan kulit
  • memeliharan ketengangan dan keanjalan kulit
  • membantu memperbaiki struktur kulit 
  • kulit menjadi putih, bersih dan semakin sihat
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi
  • memelihara kelenturan sendi
  • memberikan tenaga
  • mengurangkan keradangan
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf
  • mengurangkan & mengecutkan kesan jerawat pada muka
  • mengecilkan pori-pori dan mengawal sebum minyak pada muka
  • mencerahkan kawasan tersembunyi seperti celah ketiak dan leher
  • meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan
  • menguatkan salur darah dan melancarkan sistem aliran darah
  • membina struktur tisu penyokong dan mengawal fungsi sel
  • melindungi tulang rawan pada sendi


PENGALAMAN SENDIRI MENGGUNAKAN D-COLLAGEN 


Aku baru menggunakan D-Collagen Produk Anti Penuaan ni kira-kira 2 minggu. Aku amalkan satu scoop waktu pagi dan satu scoop sebelum tidur. Rasanya adalah rasa buah pic yang memang sedap & segar. Ada masam-masam manis sikit. Bagus jugak minum bila pagi tu. Boleh buang kelat dan loya pagi aku tu. Satu botol D-Collagen ni Insya Allah boleh tahan lebih kurang sebulan! 



Apa yang aku perasan, dengan pengambilan D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik ni, kulit muka aku jadi lebih lembut dan semakin sihat. Jerawat pasir kat muka juga dah mula hilang! Bila bangun pagi, rasa muka dan badan memang fresh. 

Perhatikan jerawat pasir pada dahi dan pipi.
Liang pori juga semakin tidak kelihatan :) 
Mudah untuk buang bahan toksin di pagi hari. Kesan jerawat pun nampak cepat pudar dan paling penting kesan allergik aku sangat berkurang. Kalau dulu pantang kena habuk sikit aku dah mula bersin dan gatal muka. 



Tapi apa yang aku turut amalkan jugak ialah banyakkan minum air mineral. Sebab hari tu aku baca satu artikel, minuman collagen ni perlukan air yang banyak untuk mudah larut dalam darah kita dan menamppakkan kesannya. So, jangan lupa ye air mineral memang bagus untuk badan, kecantikan dan kesihatan!

Cuma satu je yang aku rasa D-Collagen boleh perbaiki. Why not buat dalam bentuk sachet atau travel size. Supaya senang untuk dibawa dalam bag @ ke ofis. Sebab macam aku yang selalu balik Johor & ke hulu ke hilir ni, agak sukar jugak nak bawah satu bekas tu. Maybe kalaua ada bentuk sachet lebih mudah kan? :) 

TESTIMONI
Dah ramai yang mencuba dan mengamalkan D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik ni. Dari pelbagai masalah yang dihadapi, Alhamdulillah kebanyakannya berjaya dirawat. 

"Luka  kemalangan saya semakin pulih dan mempercepatkan proses pengeringan luka di muka.Parut juga semakin pudar. Dengan pengambilan D-Collagen secara berterusan, kini kulit saya semakin halus, bersih dan sihat" 
Puan Nurhidayah Sim Bte Abdullah, 40 tahun, dari Pulau Pinang.



" Dulu kulit saya sangat kering dan ton warna kulit tidak sekata.Seorang kawan memperkenalkan saya dengan D-Collagen dan saya mencubanya, alhamdulillah kulit saya semakin cerah, lembap, gebu dan berseri.Mata putih saya sebelum ni merah dan kotor dan setelah mengamalkan D-Collagen sebagai rutin minuman harian saya, menjadikan ia bersih serta rambut saya tumbuh dengan sihat.Kini saya tampil lebih anggun dan ramai yang menegur perubahan saya."
Che Rin, Kuala Lumpur


BOLEH @ TIDAK?

Jika ada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung atau penyakit kronik lain selamat di minum atau tidak?

D-Collagen selamat di minum.Ianya minuman nutrisi yang bebas kandungan gula dan bahan pengawet.Jika ragu dan bimbang akan tindak balas yang teruk, boleh mengurangkan dos pengambilan.

Adakah D-Collagen sesuai untuk ibu mengandung dan juga menyusukan anak?

Ya,ianya sesuai untuk ibu mengandung atau menyusukan anak kerana tiada kandungan yang berbahaya untuk bayi.Insyallah kulit baby akan jadi gebu dan halus bila di lahirkan.Kandungan seperti sarang burung, white yam,dan madu mempunya protein dan khasiat yang tinggi.

Alahan Seafood atau resdung boleh mengambil D-Collagen?

Boleh.D-Collagen di formulasikan dari sumber akuatik ikan talapia dan sarang burung(walid) serta kandungan pitera dan buahan-buahan sangat sesuai untuk kesihatan dalaman dan memperbaiki struktur kulit menjadikan lebih cantik dan lembap.


BERMINAT UNTUK BELI @ CUBA 

Untuk mereka yang nak tahu lebih lanjut, nak beli dan mungkin nak cuba dulu  D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik ni, korang boleh ke link-link berikut : 

Produk: 
D-Collagen

Harga: 
RM 168 (Semenanjung)
RM 178 ( Sabah&S'wk)

Website :

Contact Person :
Fahme - 016 6012041

Facebook : 

Fanpage :

Blog :

Instagram: 
@oh_mydiamond/@amalina8283


p/s: Jangan lupa join Nature Republic Mini Giveaway : KLIK SINI

Saturday, January 25, 2014

Review Benefit Cosmetics : The POREfessional Agent Zero Shine

Assalamualaikum semua

Seperti kata Sabrina Tajudin dan Sabby Prue, kiteorang simpan rahsia ni memang dah lama. Dari tahun lepas lagi. Kalau ikut kan hati memang lepas je event terus nak update sebab dia memang best untuk digunakan. Memperkenalkan, produk terbaru dari Benefit...

The POREfessional Agent Zero Shine






As always, packaging produk Benefit memang menggoda kalbu. Cute, vintage style dan memang pandai memikat hati kaum wanita kan. Bertempat di Sunway Lagoon, kami semua diperkenalkan kepada The POREfessional Agent Zero Shine.





The POREfessional Agent Zero Shine berfungsi dalam mengurangkan kesan muka berminyak dan mengecilkan pores pada muka. Akan memberikan effect smooth dan tampak lebih gebu, The POREfessional Agent Zero Shine amat sesuai digunakan bersama produk Best Seller Benefit sebelum ni iaitu The POREfessional Pro Balm.



Hanya dengan 3 langkah mudah, segala "shine effect" dapat dihilangkan dengan serta merta dan mudah. Dengan saiz kecil dan mudah di bawah travel, memang aku letak je dalam handbag. Senang sangat nak guna!



sumber gambar : Sabrina Tajudin

INFO PRODUK 
Nama Produk: 
The POREfessional Agent Zero Shine

Harga : 
RM 115

Berat : 
7.0g 

Lokasi Store:
 Semua Benefit Outlet bermula Februari 2014

Facebook :
Benefit Cosmetics Malaysia 



Friday, January 24, 2014

GUESS & ANTM Cycle 20 Party @ The Butter Factory, KL

Assalamualaikum semua

Korang peminat America's Next Top Model (ANTM) tak? Cycle 20 kali ni kan dia ada buat perubahan. Kalau sebelum ni hanya top model perempuan yang dicari, tapi untuk cycle ni dia campurkan pencarian lelaki dan perempuan. Aku nak kata follow gila-gila tu tak lah. Just tau lah perkembangan dan sapa top 5 mereka. 

Bersempena meraikan GUESS sebagai penaja rasmi mereka, GUESS telah membawa 5 Top Finalis ANTM Cycle 20 ke Malaysia! And you know what aku adalah salah seorang yang dijemput untuk ke majlis tersebut. Of courselah aku excited! 



Acara malam tu berlangsung di The Butter Factory dan telah dihoskan oleh dua hos yang memang tak asing lagi iaitu Allan Wu, hos untuk Amazing Race Asia dan Deborah Henry. Tak kurang jugak persembahan dari Joe Flizzow dengan lagu Havoc tu, memang Havoc lah tempat tu jadinya... terus aku minat lagu Havoc. Hahaha. Memang happening & best!



Bagi mereka yang tak mengikuti ANTM Cycle 20 ni, 5 Top Finalis mereka adalah Jourdan Miller yang juga merupakan juara untuk Cycle tersebut, Marvin Cortes, Cory Hindross (my favourite!), Renee Bhagwandeen dan Chris. Bila dorang keluar ni, mak oi semuanya menjerit lah senang cerita! Memang power & solid molid badan masing-masing. Patut pun masuk ANTM! 

Kiri : Jourdan, Renee, Deborah (The Emcee), Cory, Chris & Marvin

Jourdan. The Winner. Macam Barbie doll kan? 
Renee. Antara yang seksi! 
The Drag Queen, Cory!!!


Memang seronok malam tu. Bila tang Cory je memang aku excited habis. Aku memang minat dia because of his personality. Walaupun dia drag queen dan bisexual, tapi personaliti dia dalam ANTM much better and pleasant compare to others. Sebab tu lah aku minat! 

Tengok bentuk muka Cory! Memang superb & high class


Aku kat sana bukan sorang ye! Kalau sorang mahu jugak mati kutu kat situ. So, aku ditemani mereka-mereka yang masing-masing cantik-cantik! Antaranya ialah Wiida, Aidazura, Kak Lina dan Nadheera. Dorang pun peminat ANTM jugak!


makcik-makcik kesayangan. Wiida, Aida, Nadheera & Kak Lina

The hot Amber Chia yang sporting & humble!
Last but not least, ni kira rezeki jugak lah... dalam ramai-ramai orang tu, nombor aku bertuah dan terpilih sebagai salah seorang pemenang lucky draw! Wooohoooo!!! Lagi lah aku excited kan. Seramai 5 orang pemenang telah dipilih dan masing-masing bawa balik barangan GUESS bernilai lebih RM 300. Yeay!!!  Dan korang mesti nak tahu aku menang apa kan? * i just wish bukan pakaian lah...mana muat kan? heheheh* So, aku menang...



Yeay!!! Satu set GUESS GIRL Perfume + Body Cream & Shower Cream. Bau dia memang best. Lembut dan long lasting. So far aku baru pakai berapa kali je. Hahaha. Sayang punya pasal kan. Sebelum ni memang aku takde lagi koleksi GUESS Perfume, so ni yang pertama. Bertuah betul aku! Hahahah. Syukur!

Tote bag, tumbler, calendar and some voucher belakang tu pulak merupakan antara barang dalam goodies bag yang mana semua orang dapat. Berbaloi jugak goodies dalam tu. Semua barangan GUESS! Paling best tu lah, Tote bag SMIZE ANTM tu! Ke hulu ke hilir aku bawak. 

#LOVEGUESS #ANTM20

Ok, bye! :) 

p/s: Jangan lupa join Mini Giveaway Blog Coklateyes & menang produk kecantikan dari Nature Republic ----- KLIK SINI-----

Salam. 



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork