Wednesday, April 30, 2014

Review Marine Elements Dry Skin Management System | Bantu Atasi Eczema & Kulit Kering

Assalamualaikum semua

Masalah kulit kering & eczema sebenarnya sering menyerang masyarakat Malaysia. Iklim Malaysia yang panas dan lembap menyebabkan ramai diantara kita mengalami masalah ini. Kadang tu bila nak cari solusi bukannya mudah. Kena yang betul-betul sesuai barulah boleh nampak kesannya. Bagi mereka yang mungkin berdepan masalah yang sama terutama kulit kering & eczema, apa kata korang cuba produk keluaran Marine Elements. Aku sendiri menggunakannya.

Sebelum aku cerita lebih lanjut, ini aku letakkan gambar pengalaman sendiri melihat kesan penggunaan Marine Elements dalam masa 7 hari. Di bahagian atas tangan kiri aku, tiba-tiba ada kesan allergik dan kemerahan yang merupakan simptom eczema. Aku pun tak tau sebab apa. Jadi aku terus cuba Marine Elements Dry Skin Management System.


MARINE ELEMENTS

Marine Elements is a range of NATURAL, DRUG-FREE skincare products suitable for all ages with sensitive skin to improve dry, irritating and inflamed conditions. It adds a protective barrier on skin's surface and seal the moisture in and keeps the allergens and irritants out thus reduces the recurrence of dry and problem skin conditions. 

Dalam masa 7 hari memang nampak kesannya. Kemerahan semakin berkurang dan gatal-gatal pun dah takde. Tinggal sedikit kesan je. Bila kena allergik / eczema macam ni, memang rasa dia sangat gatal. Apatah lagi bila berpeluh. Lepas garu, apa lagi terus pedih. Tapi dengan Marine Elements, boleh rasa kelembapan dia menyerap dan mengurangkan simptom kegatalan dan kemerahan pada kulit. Jika diperhati pada gambar juga, sewaktu hari ke-0, ada sedikit biji-biji di atas permukaan tangan aku. Selepas hari ke-3, biji-biji tu semua susut dan tinggal bekasnya aje. Malahan pada hari ke-7, warna kesan biji-biji tadi semakin pudar dan kembali kepada tona kulit aku semula. Alhamdulillah!


Dua produk ini diberikan kepada aku untuk membantu mengatasi masalah kulit sensitif dan eczema yang aku hadapi. Ianya adalah Marine Elements Body Wash dan Marine Elements Body Lotion.


Bahan utama yang digunakan dalam Marine Elements adalah Zonase X yang mana telah dipatenkan oleh Marine Elements. Apa itu Zonase X? Zonase X adalah bahan semulajadi yang aktif dan mengandungi protein dan enzim semulajadi. Ia didapati dari sumber marin yang dilindungi di Norway.

Secara lebih spesifik, ianya diambil dari telur ikan salmon yang telah dikaji dan telah dibuktikan memberi banyak kesan baik terhadap sel kulit. Hasil kajian Universiti Norwegian ini mendapati, Zonase X merupakan penemuan terkini dalam bidang skincare.



MARINE ELEMENTS BODY WASH 






PENGALAMAN SENDIRI 

Didatangkan dalam bentuk pump-bottle, ia memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Baunya seperti susu dan sangat pekat. Tidak berbuih kerana soap-free dan tidak melekit. Body Wash ni akan melembapkan kulit kita dan membuang segala sel kulit mati yang ada. Secara tak langsung, kesan-kesan garu atau kemerahan tadi dapat dilembapkan. Selepas guna memang boleh rasa kulit menjadi lembap dan lembut.


MARINE ELEMENTS BODY LOTION 





PENGALAMAN SENDIRI

Aku memang suka Marine Elements Body Lotion ni. Bau dia sama macam body wash tadi, ada seperti susu sedikit. Sangat lembut. Memberi kelembapan berpanjangan kepada kulit dan mengekalkan kelembapan tersebut sehingga 12 jam. Selepas guna body lotion, boleh rasa ia seperti memperbaiki struktur kulit kita dan mengurangkan kemerahan, keradangan dan kesan kulit kering. Sangat lembut dan tidak melekit bila digunakan pada kulit.


Secara peribadi, aku memang akan sarankan produk ni pada mana-mana pembaca atau kawan yang mengalami masalah yang sama. Hasilnya sangat memberangsangkan. Bukan sekadar mengubati masalah eczema dan kulit kering malahan memperbaiki struktur kulit kita dan mengurangkan kesan parutnya. Kesannya boleh dilihat seawal hari kedua atau ketiga selepas kita gunakan. Ia akan mengembalikan tona warna kepada asal dan tidak meninggalkan parut kesan garu.

Bukan itu aje, hasil pemakaian yang berterusan menyebabkan kulit menjadi lembap dan segar. Kesan keradangan dan kemerahan juga dapat diatasi. Paling bagus ianya adalah formulasi semulajadi dan sesuai untuk semua peringkat umur.

INFO PRODUK
Nama Produk : Marine Elements Body Wash & Body Lotion
Negara Pengeluar : Hong Kong
Berat : 500ml & 200ml
Harga : RM 65 & RM 67.50
Boleh dibeli : Alpro Pharmacy, Lazada & HiShop 


Untuk mereka yang berminat & ingin membeli boleh klik link di bawah :

Facebook :

Online Shop:



Website:



Saturday, April 26, 2014

REVLON ColorBurst Crayon Collection Launch @ The Canvas, Damansara

Assalamualaikum semua


Selepas entry yang aku publish dua hari lepas [KLIK SINI], ramai yang nampaknya tertarik dengan lipstick aku. Mana satu? Of course lah REVLON Colorburst Matte Balm yang terkini dan masih panas di pasaran. 



Minggu lepas dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran REVLON ColorBurst Crayon Collection di The Canvas, Damansara. Haish sapa lah tak tergoda dengan produk REVLON kan? Aku sendiri memang dah lama aim produk mereka ni. The Canvas, Damansara di hias sangat cantik. Dengan warna-warna pastel dan vibrant buatkan The Canvas, Damansara seperti parti muda-mudi!



Bagi REVLON, lipstick mampu menggambarkan peribadi, mood, dan keterampilan seorang wanita. Malahan penggunaan lipstick membuatkan wanita nampak lebih yakin, cantik dan selesa dengan dirinya sendiri.

Disebabkan itu, REVLON tampil dengan produk lipstick mereka yang dilengkapi dengan Triple Butter Complex iaitu gabungan Shea, Mango dan Coconut Butter yang bukan sahaja menjadikan REVLON Lipstick cantik dipakai malahan memberi kelembapan pada bibir. 


Kami semua diberi peluang untuk mencuba hampir kesemua shades yang ada. Didatangkan dalam 3 jenis iaitu Lacquer Balm, Matte Balm dan Balm Stain, masing-masing memberikan sentuhan yang sangat cantik pada bibir. 


REVLON COLORBURST MATTE BALM
- Memberikan matte finishing yang sangat cantik
- Boleh pudarkan kesan garis halus pad bibir
- Tahan lama & tidak berat
- Cantik dan sesuai untuk kegunaan siang/malam
- Terdapat 8 pilihan shades

REVLON COLORBURST LACQUER BALM
- Ada glimmer shine
- Berkilat dan membuatkan bibir mungil
- Ada cool sensation
- Melembapkan bibir dengan cantik
-Sesuai kegunaan malam
- Terdapat 8 pilihan shades 

REVLON COLORBURST BALM STAIN
- Tidak mempunyai glimmer
- Lebih kepada natural look
- Ringan dan tetap cantik di bibir
-Melembapkan bibir dengan baik
-Juga ada 8 pilihan warna yang cantik


Secara peribadi, aku amat suka dengan Matte Balm. Warnanya yang terang, kelembapan yang tinggi dan kemasan yang ringan bila di pakai buatkan bibir nampak sangat cantik. Lagi pulak bila pakai garis-garis halus pada bibir mula pudar. Lagi lah aku suka kan!



Didapati dengan mudah di mana-mana drugstore seperti Watson, Guardian dan sebagainya, REVLON ColorBurts Crayon Lipstick dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Retail price RM 35.90 tapi kalau ada drugstore yang tengah offer hanya RM 30.90 je! 

Macam biasa, bila pergi event dengan gadis-gadis dan tambah pulak tempatnya cute, haruslah aku dan kawan-kawan enjoy bersama. Selfie, ambil gambar sana sini dan paling penting dessert yang disediakan semua sedap belaka. Geram. Rasa nak bawak balik! 



Memang cantik lah REVLON ColorBurst ni. Korang tengok bibir kawan-kawan aku ni. Semua berbeza skin tone, tapi dengan shades dari REVLON semua nampak cantik dan sesuai. Aku sendiri pun suka!


Last but not least, terima kasih banyak-banyak pada REVLON Malaysia atas jemputan event ni. Insya Allah nanti ada masa aku review beberapa shades yang aku ada. Korang boleh tengok mana yang korang rasa sesuai dengan tona kulit korang ye!


Thursday, April 24, 2014

Tag Thursday : Drugstore Diva

Assalamualaikum semua

Bila hari Khamis je, cepat-cepat bukak blog Sabrina Tajudin. Alaaa tak kan korang tak tahu projek kiteorang. Yes, Tag Thursday!!! Masuk entry ni dah 3 entry rasanya aku join Project Tag Thursday. Aim? Nothing. Just for fun. Sometimes rasa penat dengan kerenah dunia blogging kan. So, just show the true colour of yourself in Thursday! Hahaha. 

Untuk kali ni, Tag Thursday dengan tema Drugstore Diva. I don't know why Sab choose that title. But I think, it is enough said that we (the beauty bloggers) love to visit drugstore. Kadang tu tak beli apa pun, just cuci mata je. Tengok-tengok make up baru. Cuba-cuba tester. Hahaha. Kinda weird but its really fun!  Korang jangan fikir pulak kami ni drug dealer ke apa. No-no-no. Kami takde kaitan dengan najis dadah ye. Drugstore means a pharmacies that also sells toiletries and other articles. Alaa contoh mudah; Watson, Guardian, AEON Wellness & Caring. Let's start!


This is my favourite make up stuff. Walaupun temanya adalah drugstore diva, tapi tak salah kan kalau kita nak share sesuatu yang kita suka. Ini adalah make up stuff yang boleh dikatakan penting dan untuk kegunaan harian. Tak kisahlah ada event ke takde event. Kebanyakkannya boleh dibeli di mana-mana drugstore. 

MAKE UP BASED 

1. Sun Block - Yadah Oh My Sun Block SPF 35, PA++
Aku dapat ni masa event Butterfly Project X Yadah [KLIK SINI]. Walaupun size kecil, tahan lama dan paling aku suka adalah teksturnya yang tak melekit dan tak berminyak. Absorb dengan cepat dan ada fresh scent.

2. Dr.G Brightening Balm SPF 30 PA++
Sekiranya ada event seperti photoshoot, aku akan gunakan BB Cream Dr.G ni. Melembapkan kulit dan boleh nampak flawless dalam gambar. Sama jugak, tak berminyak dan teksturnya ringan. Sesuai untuk semua jenis tona warna kulit. 

 3. Loreal Lucent Magicue BB Skin Luminating Cream
Untuk daily use, aku prefer yang ini. Walaupun teksturnya agak kesat, tapi bila apply pada muka dan blend dengan baik, ia boleh menutup pores. Cuma kena rajin sental lah lepas guna. Kalau tak tersumbat lagi pores tu! Tak berminyak dan memberikan light coverage. [KLIK LINK]



BLUSHER

4. NYX Pinched PB25
Antara dua, ini top list aku. Suka sebab colour dia yang red rose tu bila di apply pada solekan sangat sesuai dengan tona kulit aku. Ringan, ada sedikit glimmer finishing dan tahan lama. Aku beli satu set dengan eye shadow pallete tu. 

5. Essence Silky Touch Blush 
Teringin nak ada coral / peach orange blusher, Essence Silky Touch Blush antara yang terbaik. Dengan harga yang berpatutan (RM 13.90), Essence Blusher sangat best digunakan. Ringan dan ada glimmer finishing jugak boleh jadikan tulang pipi korang menonjol dan nampak shape muka dengan baik. 



LIPSTICK

6. REVLON Colorburst Matte Balm 210 
Woohoo! New in my list. Terus jadi most favourite tau. Mana taknya, Revlon Colorburst ni buatkan bibir jadi sangat cantik. Beberapa kali aku gunakannya, ramai yang tegur dan nak tahu rahsia. Ecewah! Matte Balm yang diberikan jadikan ia tahan lama dan pudarkan garisan halus pada bibir. 


7. NYX Soft Matte Lip Cream San Paulo 
Sebelum aku berkenalan dengan yang nombor 6 tu, aku suka sangat NYX SMLC ni. Tapi jangan risau, dia masih lagi dalam top list! Macam yang aku cerita dalam review entry sebelum ni, NYX Soft Matte Lip Cream  akan berikan satu kemasan bibir yang sangat cantik. Dengan bau cream dia yang best, buatkan bibir korang nampak seksi dan mungil gitu. [KLIK LINK] 


EYE MAKE UP


8. Nature Republic By Flower Auto Eyeliner
Walaupun ia eyeliner, tapi kebiasaannya aku gunakan untuk eye brow. Hahaha. Suka hati je kan? Aku suka eyeliner ni sebab bahagian belakang dia ada brush yang aku boleh apply untuk sekatakan eye brow. Warna hitam pekat dan guna sikit aje boleh nampak kening tebal bak Elfira Loy! [KLIK LINK]

9. NYX Le Frou Frou Volume & Length Mascara
Mudah digunakan. Yep, sangat mudah. Tak comot dan boleh sikat bulu mata aku dengan baik. Water proof tapi mudah untuk ditanggalkan. Tahan lama jugak mascara ni dan paling penting, warna hitam dia pekat dan boleh panjangkan bulu mata. 

10. NYX The Smokey Shadow Palette 
Walaupun untuk make up smokey eyes, tapi takde maknanya aku guna semua colour. Korang  boleh teka colour mana aku suka. Yep, that brown tu. Aku suka sangat tone colour tu sebab mudah match dengan any cloths. Selain tu, trick jugak untuk mereka yang bermata panda macam aku. Once guna earth tone eyeshadow boleh cover up sedikit gelap di bahagian mata. Warna putih hujung pulak aku guna sebagai highlighter di bahgian kelopak mata. 

11. MAYBELLINE Color Tattoo Bad to The Bronze
Sama fungsi macam brown eye shadow atas tu. Cover up mata panda. Color Tattoo sapa tak suka? Glimmer set dia tu yang best. Memang feeling diva bila digunakan. Tahan lama dan teksturnya juga bagus. Mudah digunakan dan diblend dengan baik.


POWDER

12. IN2IT 2-Way Foundation Honey 
Produk ni aku dah gunakan sejak tahun 2008 lagi. Pengguna setia dan dah banyak kali aku re-purchase. Teksturnya ringan, sekata dan mudah diapply. Tona Honey sangat sesuai dengan tona kulit aku. Menyebabkan kulit tidak berminyak dan paling penting dapat menutup cela dengan baik. 



So, thats it! 12 make up stuff kegemaran aku. Aku gunakan basic je. Takde bronzer, concealer dan lain-lain. Dalam planning tengah cari bronzer. Apa pulak make up stuff kegemaran korang? Selalu tak korang masuk drugstore dan tengok-tengok make up? Feel free to join yourself with this Tag Thursday. Have fun and macam biasa reminder aku, "Be confidence and stay pretty!" 


Wednesday, April 23, 2014

Review Marine Essence Beauty Bar : Must Try Product!

Assalamualaikum semua

Tiga empat hari ni, aku gembira je bila waktu mandi. Ecececeh! Dah kenapa nak gembira sangat kan? Mandi tu just mandi lah. Cuci badan dari kesan kotor, peluh, lekit segala satu hari terdedah kat luar. Well, itu kalau ayat biasa lah. Tak dow deep gitu. Cuba kalau ayat luar biasa. Ini jadinya... Mandi aku kini lebih seronok, segar dan meriah bila guna Sabun Marine Essence! 


Seperti kebanyakan orang, yes aku agak ortodoks sikit. Once aku dah biasa atau selalu guna satu jenama tu, aku tak akan berpaling tadah. Guna je lah sampai bila-bila. Setia jugak orangnya aku ni. Aku bukan apa, malas nak bertukar ke sesuatu brand yang baru sebab takut tak sesuai dengan kulit kita. Kang beli saiz besar, tak sesuai membazir. Beli saiz kecik, harga tak berbaloi pulak. Selalu tau dilema macam tu. Sampai lah minggu lepas, kawan aku bagi free Marine Essence ni suruh cuba. Haaa kalau free den tak tolak! :)

Alaaah, dah ramai sangat lah cerita Marine Essence ni. Kat FB Timeline aku pun selalu keluar promo sabun Marine Essence ni. Uih, boleh tahan hebat nampak gaya penangan sabun kecik hijau ala-ala bentuk water drop ni kan. Ramai yang dah guna dan berjaya dapatkan hasilnya. So, nampak gaya this is MUST TRY product lah kan!



SABUN MARINE ESSENCE


Sabun Marine Essence dalam bentuk bar ni dirumus khas untuk memberi kelembapan dan kecantikan pada kulit. Diperkaya dengan anti oksida dan minyak asli, ia akan memberikan banyak manfaat kepada kulit kita tak kira lelaki mahupun perempuan. Dengan saiz sebesar tapak tangan, pelbagai kebaikan yang dijanjikan sabun Marine Essence ni. Paling penting dah ramai yang cuba dan berpuas hati dengan hasilnya. Daripada pembacaan aku, semua peringkat usia boleh guna sabun Marine Essence ni. Lebih-lebih lagi kalau ada budak-budak yang kulit sensitif. Yeah, macam aku!


BAHAN KANDUNGAN SABUN MARINE ESSENCE 

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

KELEBIHAN SABUN MARINE ESSENCE 

- Memberikan kesegaran badan yang berpanjangan
- Mengurangkan bau badan akibat bakteria pada peluh
- Mengembalikan kelembapan kulit
- Menghilangkan kesan parut dan regangan kulit (stretch mark)
- Membantu kurangkan masalah jerawat pada belakang badan
- Menghilangkan kesan daki  pada tempat-tempat seperti ketiak, siku dan buku lali
- Memutihkan kawasan yang mudah gelap seperti ketiak dan tengkuk
- Mengurangkan gatal-gatal pada badan akibat eczema
- Mengurangkan rekahan pada kaki


PENGALAMAN SENDIRI


Baiklah, selama 4 hari aku gunakan sabun ni sedikit sebanyak memang nampak ada perubahan positif. Aku ada kesan allergik di bahagian tepi muka aku. Akibat pakai cermin mata yang frame dia besi. Haish, aku ni allergik besi, allergik emas! Apa yang aku boleh pakai? Heheh. *monolog dalaman*. So, once aku cuba tu pada mulanya rasa pedih lah sebab ada merah-merah dan macam luka sikit. Tapi takpe tahan kan je lah. 

Esoknya tu, rasa bahagian tu tak kering. Rasa dia macam dah kurang gatal dan merah. Tetap teruskan dan setelah 3 hari, memang kurang gatal-gatal part tu. Biasanya kalau kena peluh je, automatik lah kan part allergik tu mengenyam. So, Alhamdulillah bahagian allergik tu nampak beransur baik. Kesan parut akibat gatal tu pun makin kurang dan tak merah-merah lagi. 


Next, aku memang suka betul lah dengan bau nya. Bau dia sangat segar. Ada bau macam bunga-bungaan, ada macam bau ocean sikit. Bila mandi tu, dah macam aroma therapy pulak. Dia bagi kesegaran bau yang enak. Bukan tu je, tahan lama pulak tu. Aku pakai waktu pagi boleh kata sampai petang bau dia ada lagi pada tubuh. Secara tak langsung, confident sikit nak bergaul dengan orang ramai. Ye lah, elakkan badan berbau. 

Dari aspek kelembapan kulit pula, aku tak dapat nak ukur secara spesifik. Cuma apa yang aku perasan bahagian kulit kering berkurang. Lepas kulit rasa lembap terus feeling kulit gebu-mulus-licin bak sutera! 

Jadi, kat bawah ni aku sertakan beberapa testimoni yang turut merasa kesannya. Bukan aku sorang ye... ramai...kan dah bagitau, sabun Marine Essence ni macam fenomena gitu.





BERITA BAIK!

Disebabkan bulan depan birthday aku, jadi ada berita baik sikit nak beritahu. Ada promosi terbaik yang diberikan. Ecewah, apa kaitan birthday aku dengan promosi ni pun aku tak tahu. Hahahah! teruskan pembacaan.... 

HARGA PROMOSI 

RM 35/PC

RM 100/3PCS  
(NP : RM 105)


Maklumat lanjut dan nak tahu lagi mengenai product Marine Essence ni, boleh hubungi kawan blogger saya ni. Jangan risau, baik orangnya... hehehe... dan akan menjawab segala persoalan korang dengan bagus. 


Haiqal Rawlins
Contact : 012. 280.1977
Email : rawlins_una@gmail.com

Facebook :

Blog URL :

Instagram :
@rawlins_glam


Monday, April 21, 2014

Ephyra : Minuman Kolagen Terbaik Untuk Lelaki & Wanita!

Assalamualaikum semua

EPHYRA. Satu Malaysia dah tau... Satu Malaysia nak dapatkan kebaikan dia. Aku sendiri pun sampai sekarang masih lagi meletakkan Ephyra sebagai minuman kolagen untuk kecantikan dan kesihatan nombor satu dalam carta. Kalau ada mana-mana yang tanya aku untuk saranan minuman kesihatan atau pun minuman kolagen cepat-cepat aku sarankan Ephyra. Bukan apa, sebab aku sendiri memang jatuh cinta pada Ephyra dan hasilnya sangat-sangat memuaskan. 



Mungkin ada yang tak tahu, APA ITU EPHYRA? 

Ephra adalah satu jenis minuman enak yang dihasilkan dengan menggunakan gabungan mantaprumusan hebat alam semulajadi yang datangnya dari seluruh pelusuk dunia. Diperkaya dengan kolagen serta 8 sumber anti-oksida terbaik seperti Acai Berry, Acacia Gum, L-Glutathione, Astanxanthin, Acerolla Cherr, Marigold Flower, Tomato Powder & Superberry,  Ephyra diyakini dan telah terbukti sebagai salah satu sumber untuk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti tinggi. 



Ephyra bukan sekadar menggabungkan kehebatan sumber alam semulajadi, malahan dengan Ephyra ini juga, ramai yang telah merasai dan melihat hasilnya. Ephyra menjanjikan bukan satu-dua khasiat malahan 6 Khasiat dijanjikan :

1. Menganjal & Melembapkan kulit
2. Mencegah jeragat di wajah
3. Menghilangkan jerawat & parut jerawat
4. Mencerahkan kulit & menjadikan tona kulit lebih sekata
5. Melindungi kulit dari sinar UV yang berbahaya
6. Memulihkan kulit rosak, berparut & yang bermasalah


Dah memang ramai yang mengakui Ephyra ni. Blogger jugak dah ramai yang menjadi pelanggan setia mereka. Tak kiralah anak dara ke, mak dara ke, malahan ibu yang menyusu bayi pun boleh gunakan Ephyra. Bukan sekadar ibunya dapat kesan khasiat Ephyra, dengan anaknya sekali boleh terima kebaikan. Kaum lelaki pun boleh guna Ephyra tau? Kau tengok blogger hebat Shakkiddo. Betapa gebu, halus mulusnya dia sekarang! Kemain lagi...  [KLIK SINI]

   ephyra shakiddo instagram

             

MENGANDUNG SEBAB EPHYRA?

Bukan tu je, salah seorang kawan blogger aku Kak Nadia Farahida, setelah 3 bulan amalkan minum Ephyra, Alhamdulillah dia berjaya mengandung. Ini semua adalah rezeki Allah, Ephyra membantu dari aspek kesihatan dalaman saje. Usaha tu yang penting kan. Sekarang ni, Kak Nadia tengah menunggu masa bersalin. Tak silap lagi sebulan dua kot. [KLIK SINI]


PENGALAMAN & TESTIMONI SENDIRI

Aturan Haid & Senggugut

Kalau itu semua adalah Testimoni orang ramai pada Ephyra, ini aku nak cerita testimoni aku sendiri. Macam aku bagitau awal-awal, aku dah gunakan Ephyra hingga kotak keempat. Seawal kotak pertama lagi memang dah nampak kesan dia. Masalah terbesar aku of course lah aturan haid. Sapa tak risau wei, sapa tak pening kepala. Dah banyak produk guna, Alhamdulillah aku bertemu jodoh dengan Ephyra. Ephyra menjadi salah satu produk yang aku high recommended jika masalah aturan haid korang tidak teratur. [KLIK LINK]

Hasil penggunaan Ephyra, memang aturan haid aku kini sangat teratur dan bagus. Takde kesan senggugut, sakit pinggang atau badan rasa letih. Hari datang haid semua berjalan dengan bagus. Aliran juga lancar dan tak mengganggu konsentrasi rutin harian aku. Syukur!



Kelembapan Kulit & Bekas Jerawat

Dari segi kulit pula kau jangan cakap lah, memang aku tabik spring pada Ephyra. Kesannya sangat menakjubkan. Kulit kering jadi lembap, bekas jerawat dan kulit mati boleh kurang dan tona kulit pun semakin bagus. Kalau dulu, jerawat pasir banyak di muka, sekarang Alhamdulillah semakin hampir tiada. Kawan-kawan dan keluarga pun ramai yang tegur. Nampak perubahan pada kulit wajah dengan sangat baik. Takde pengelupasan atau pun merah-merah!

Allergik & Eczema

Bila aku minum Ephyra, kulit aku memang kurang sensitif. Kalau dulu pantang nyamuk hinggap terus rasa gatal dan garu sampai terkupas kulitnya. Baru puas! Tapi sekarang allergik semua dapat dielakkan. Anti bodi dah makin kuat kot? Kesan parut lama dan baru jugak dapat dikurangkan secara konsisten. 

Aku tak tahu berapa banyak lagi kesan yang aku perasan sepanjang penggunaan Ephyra. Kalau nak cerita satu-satu kat sini, confirm panjang gila. Apa kata kalau korang masih belum yakin, personally email atau contact aku. Jadi aku boleh cerita macam mana Ephyra memberi kesan besar pada kesihatan dan kecantikan aku. Silakan! :) [KLIK SINI]


PROMOSI TERKINI EPHYRA


                   


Baiklah, sekarang ni berita baik pada pengguna & bakal pengguna Ephyra yang berada di Putrajaya dan Perak. Ada beberapa karnival yang disertai oleh Ephyra pada tarikh 25 April 2014 sehingga 27 April 2014.

Karnival Utusan di Putrajaya dan Karnival Jom Heboh di Perak. Mana-mana yang nak beli Ephyra ada special price, promotions dan free gifts yang bakal diberikan. Malahan duta Ephyra, Memey Suhaiza & Norman Hakim turut berada disana!


Harga promosi juga diberikan, kalau harga biasa RM 197/kotak, tapi kali ni bersempena dengan Ulang Tahun Ephyra ke-2, mereka bagi harga lebih murah! Hanya RM 180/sekotak @ sebulan. Hebat kan tawaran mereka? Cepat-cepat. Confirm laju je barang habis!

Bukan tu je, sapa-sapa yang nak dapatkan T-shirt Ephyra juga boleh hubungi HQ mereka. Harganya RM 15 sehelai. Limited Edition dan sangat selesa. Tengok Norman Hakim & Memey pakai memang nampak cantik. Blogger Shakkido pun selalu pakai jugak. Jeles iolss tengok. Heheheh. 



Apa lagi, cepat lah korang ke booth Ephyra di dua karnival yang aku sebutkan tadi. Manakala yang lain kalau nak beli Ephyra, boleh hubungi link-link di bawah :



Website :

Facebook :

HQ Oceanlife (Ephyra) :

Oceanlife Marketing Sdn Bhd 

73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk
,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak

53300 Kuala Lumpur

+60341417889 , +60193999238




Friday, April 18, 2014

Review Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel

Assalamualaikum semua

Lama dah rasanya tak review personal beauty product. Mana yang aku ada dan aku rasa sesuai dan beri kesan yang bagus untuk kecantikan dan kesihatan, Insya Allah aku akan kongsikan bersama. Mana tahu kan, korang sedang mencari-cari produk terbaik jadi anggaplah ini sebagai satu suggestion. Bukan menjual produk pun ye!

Korang ingat lagi tak event yang aku hadiri di Nature Republic @Berjaya Times Square tempoh hari? Kan aku ada cakap, semua orang rambang mata nak habiskan voucher RM 150 yang dia beri. Jadi, salah satu produk yang aku nak cuba adalah Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel. 


Daripada maklumat yang aku terima, produk ini merupakan produk signature dan terlaris untuk Nature Republic. Telah terjual berjuta-juta pek di Korea sendiri malahan mendapat pengiktirafan yang banyak dari pakar-pakar kecantikan. Aku belum pernah lagi try mana-mana produk Nature Republic, jadi teringin lah jugak cuba produk terbaik & highly recommended ni. Aku pun amek lah satu. 


Soothing Gel ni merupakan produk multi purpose. Ada pelbagai kegunaan dan kelebihan. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki boleh apply soothing gel ni. Fungsinya adalah untuk memperbaiki dan melembapkan struktuk kulit kita supaya lebih lembap, segar dan muda.



Seperkara yang aku suka adalah dari bahan kandungannya. 92% ialah bahan dari Aloe Vera yang telah terbukti mampu memberi kelembapan yang bagus untuk kulit kita. Teksturnya seperti jeli dan sangat-sangat lembap. Halus dan sejuk. Mempunyai sedikit bau yang ke arah bau aloe vera dan menenangkan. 
So far aku tak pernah guna lagi untuk rambut. Hanya apply pada muka kalau cuaca terlalu panas tak pun sapukan pada bahagian yang kering seperti tumit kaki, siku dan bahagian tangan. Tak melekit dan mudah menyerap. Memang best! 

Pernah sekali tu, aku saje guna apply di muka dan duduk bawah air-cond, fuh...sedap dan nyamannya rasa dia. Boleh rasa dia menyerap ke dalam kulit dan lepas kering sangat-sangat halus ye rasa kulit muka tu. 


Ada juga yang menggunakan Soothing Gel ni sebagai pemudar stretch mark dan kesan-kesan kulit menggelupas. Aku tak pernah try lagi. Tapi kalau untuk kurangkan kulit kering tu betul. Kandungan Aloe Vera dan tekstur jelinya buatkan ia mudah disapu dan kering dengan cepat. 


INFO PRODUK

Nama Produk : Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel
Negara Pengeluar : Korea
Berat : 300ml
Store : Mana-mana store Nature Republic sbg cth : Berjaya Times Square
Harga : RM 39.90 



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork