Monday, June 30, 2014

Buffet Ramadhan Selera Nusantara @ KLGCC

Assalamualaikum semua

Dah masuk hari kedua kita menjalankan ibadah berpuasa. Alhamdulillah, setakat ni cuaca nampaknya belum terik sangat. Nanie dah draft entry ni lama, tapi asyik terlupa je nak publish. Jadi, demi menghormati semua, Nanie publish sebelah malam ye. 

  

Bagi mereka yang mencari-cari juadah ala Nusantara, apa kata korang boleh datang ke Kuala Lumpur Golf & Country Club. Untuk tahun ni, KLGCC membawa kelainan dengan membawa masuk 40 gerai dengan lebih 270 hidangan untuk berbuka puasa. Banyak kan pilihannya? 

Ketua Chef untuk Ramadhan Buffet : Selera Nusantara 

Sepanjang Ramadhan, kumpulan nyanyian lagu asli akan membuat persembahan. 

Menurut KLGCC, apa yang menarik kesemua juadah Selera Nusantara yang diketengahkan adalah menggunakan resipi original dari negara itu sendiri. KLGCC menghantar chef-chef mereka ke kawasan tersebut dan belajar sendiri cara memasaknya dengan betul. Jadi, dah tentulah rasa authentic juadah tu boleh dikekalkan!

Gear Box yang menyelerakan


Menurut Ketua Chef, hampir kesemua juadah Nusantara ini menggunakan bahan-bahan asal mereka yang diimport khas dari kepulauan Nusantara itu sendiri bagi mengekalkan rasa asli mereka. Kesemua chef pula dilatih dan memang enak-enak air tangan mereka ni tau. 



Seperkara yang Nanie rasa menarik dan hanya ada di KLGCC, mereka ini rupanya terkenal dengan satu juadah iaitu Lidah Bakar. Mula-mula memanglah dengar nama tu pun pelik kan. Lagi pulak, Nanie bukannya jenis makan organ dalaman. 



Tapi, setelah dipujuk-pujuk oleh Chef, Nanie cubalah rasa Lidah Bakar tu. Perghhhhhhhhhhhhh!!!!! Rupanya, takde langsung rasa pelik. Rasa macam daging panggang yang dihiris-hiris nipis dan dicicah air asam! Sedap woh!





Nanie rasa, juadah Nusantara sebegini ada peminatnya tersendiri. Bila bulan puasa ni kan, macam-macam jugak kadang tekak kita ni megidam nak makan. Jadi, apa salahnya cuba dan nikmati makanan ala-Nusantara yang memang terbaik dan asli ni. Terima kasih banyak-banyak pada KLGCC kerana sudi menjemput Nanie untuk Buffet Ramadhan ni.

Segala maklumat & harga ada di banner di bawah dan klik link untuk info :



Alamat & Telefon : 

10 Jalan 1/70D, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
+60 3-2093 1111

Website : 

Facebook :




Friday, June 27, 2014

Daily Fresh Hidang Street Snack Enak & Berkhasiat!

Assalamualaikum semua



Kebiasaannya, bila kita di mall memang kita craving something yang easy-going. Mudah di makan, tak leceh, dan paling penting dapat hilangkan kelaparan atau dahaga. Kira macam makan atau minum ringan lah senang ceritanya! 

Daily Fresh Sunway Pyramid berhampiran TGI Friday 
Untuk Nanie, Daily Fresh bukanlah satu jenama asing sebab di UM sendiri, sebelah library memang ada kiosk Daily Fresh ni. Jadi memang selalu lah lepas keluar library melepak kiosk tu dulu. Lagi-lagi Daily Fresh memang terkenal dengan waffle dan Icekimo nya. Sapa lah yang tak tergugat. 


Antara menu hidangan
Berkonsepkan 'street snack', Daily Fresh kini mempunyai lebih dari 1000 franchise di seluruh Malaysia dan beberapa negara luar. Memberikan keenakan dengan mengetengahkan produk seperti Cupcorn, Waffle Wafito, Icekimo, Gelato dan yang terkini Pop Corn, Daily Fresh sentiasa mencari idea R&D yang terbaru dan menepati citarasa rakyat Malaysia. 

Cupcorn yang lazat
Minggu lepas, Nanie dan beberapa lagi rakan blogger telah dijemput untuk mencuba beberapa resipi terbaru Daily Fresh. Sebelum pergi tu memang dah target dah nak makan waffle wafito dia. Ye lah, memang gebu-gebu semuanya! Selain tu, mengidam pulak tengok cupcorn Daily Fresh. Oh, kalau korang nak tahu, jagung yang digunakan oleh Daily Fresh adalah hasil tanaman keluarga pemilik Daily Fresh sendiri iaitu Mah Yong. Malahan, ladang jagung mereka adalah di kampung Nanie sendiri iaitu Simpang Renggam, Kluang. 


Memang tak dinafikan, cupcorn Daily Fresh memang terbaik. Sedap, manis dan lemak berkrim gitu. Favourite Nanie? Sweet Milk & Original. Rasa sebenar jagung tu memang win lah!  Harganya pulak, Original flavour RM 3.50 dan tambah RM 0.50 untuk flavour lain.

Selain daripada cupcorn yang lemak berkrim tu, signature untuk Daily Fresh adalah Waffle Wafito nya yang gebu gebas terbabas sedapnya itu! Aduhai... Nanie dari dulu memang suka waffle wafito Daily Fresh ni. Kelembutan dan kerangupan waffle dia memang ngam-ngam lah. Meleleh dalam mulut ni filling dia tu kan. Nanie selalu request, blueberry + chocolate. Tapi yang terkini, Daily Fresh ada tambah flavour iaitu Japanese BBQ, Chicken Floss, Nyonya Kaya & Pandan Kaya. Untuk waffle wafito harganya RM 4.50 aje. 

Rangup & Gebu kan?

Pilihan filling wafitto yang ada
Tak cukup dengan tu, Nanie dan kawan-kawan terus dijamu dengan signature Daily Fresh yang seterusnya iaitu IceKimo. Aduhai... Ini lagi lah bikin cair. Tertelan air liur Nanie waktu tulis entry ni. Mana taknya, tengok gambar je dah menggoda, korang boleh bayangkan tak macam mana nikmat sedapnya bila ice cream diblend dan dengan pelbagai perisa menarik. Ada honey dew, mango, sour soup, pineapple, strawberry, moccha, chocolate, vanilla, black sesame dan banyak lagi. 

  
  
Strawberry-Mango-Honey Dew-Vanilla
Dan sekarang pula adalah Gelato Tempo. Kalau tadi, ice cream yang diblend dengan pelbagai perisa, tapi untuk Gelato Tempo, ia adalah yogurt yang diblend dengan pelbagai perisa menarik dan sedap-sedap belaka. Rasa fresh dan sangat sesuai dengan tekak dalam musim panas ni. Antara perisa kegemaran Nanie, Chocolate, Strawberry dan Melon!


  
Engku Sulwani @ Esul  pun ada sama untuk review Daily Fresh

Last but not least, yang ini produk terbaru dari Daily Fresh. Mereka menyediakan pop corn dengan pelbagai pilihan perisa. Buat masa ni ada 5 perisa iaitu Caramel, Sesame Black, Spicy Curry, Seaweed dan Honey Dew. Untuk Nanie, favourite Nanie dan memang Nanie nak rekomen korang try iaitu Seaweed & Honey Dew! Sedap woh! Lagi syok kalau makan time tengok wayang atau pun lepak tengok tv dengan family!


Memang mengancam betul lah hidangan dari Daily Fresh ni. Semuanya menepati citarasa Nanie. Selain daripada harga yang berpatutan, sedap dan enak, Daily Fresh juga mempunyai sijil Halal dari JAKIM. Kebersihan kiosk mereka juga mendapat gred A dan dari segi pemakaian dan servis pekerja juga Nanie dapati berada di tahap yang bagus.


Bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba, Daily Fresh ada promo yang terbaik untuk korang semua. Bermula 27 Jun 2014 sehingga 4 Ogos 2014, kalau korang beli 2 bucket popcorn boleh dapat free mini popcorn dan sampul raya. Manakala beli Gelato Tempo boleh free topping! 
           
Bukan itu aje, untuk pembaca Blog Coklateyes pula, ada tambahan tawaran menarik lagi. Korang siap-siap print e-voucher ni dan spend RM 8 dekat mana-mana kiosk atau outlet Daily Fresh, korang akan dapat Cupcorn (Original) secara percuma! Sedapnyaaaaaaa woi!!! Terliur ni Nanie tengok jagung manis ni.... haihhh sedap betul lah! 


Untuk segala maklumat lanjut, boleh klik link di bawah : 

Facebook :

Website :

Insatgram :
#dailyfreshMY


Thursday, June 26, 2014

Pengalaman Beli Beg Bersama Reebonz!

Assalamualaikum semua

Perempuan selain daripada obses pada make up, boleh agak lah kegemaran yang berada di nombor kedua mesti bag. Yes, Nanie adalah salah seorang yang meminati bag. Kadang tu boleh beli design yang sama, colour berlainan. Punyalah nak match dengan baju kan. Bercakap mengenai bag, baru-baru ni Nanie diberi kesempatan untuk shopping bag di Reebonz. Merasai sendiri pembelian secara online bersama Reebonz. 


Kalau ikutkan hati Nanie, memang nak sangatlah rembat barang satu dua high-end label bag kan, macam Michael Kors ke, Givenchy ke, LV ke, dan beberapa jenama lagi. Tapi bila memandangkan wang dalam akaun tak berapa meriah, Nanie pasrah. Hehehe. Berbelanja mengikut kemampuan kata orang tu kan. Tapi, dalam hati geram ke main....



Masa mula-mula Nanie pilih tu, agak rambang mata jugaklah. Banyak betul pilihan yang ada dari pelbagai jenama, warna, style dan yang paling best, harganya ada diskaun! Meriah mata Nanie tengok. 



Kalau dari segi kualiti dan ketulenan pula, jangan risau... memang Reebonz telah diyakini ramai membawa jenama original sahaja. Takde yang tiruan punya. Jangan risau...


Pengalaman shopping dengan Reebonz SANGAT MUDAH & BAGUS. Actually Nanie pun tak sangka semudah tu. Nanie ingatkan memakan masa lebih kurang seminggu, sebab ye lah HQ Reebonz daripada Singapore. Rupanya... hari ni confirm order, ESOK BARANG DAH SELAMAT SAMPAI. Alhamdulillah. Finally Nanie pilih Travel Tote Bag dari LeSpoctsac. Senang nak bawak baju balik kampung.  Oh sebelum terlupa, Reebonz memberikan PENGHANTARAN PERCUMA ke seluruh Malaysia dan juga ada pelan pembayaran secara installment dari 6 hingga 24 bulan dengan 10 buah bank seperti RHB, OCBC, Alliance, Standard Chatered, CIMB, MBF, HSBC, CitiBank, Public Bank dan AmBank. 


Itu tadi pengalaman Nanie bershopping bersama Reebonz. Well, rasanya belum terlambat lagi untuk korang shopping dengan Reebonz. Berita gembiranya ialah Reebonz sedang mengadakan End of Season SALE!!! Wooohoooo.... 


Caranya mudah, lagi-lagi nak raya ni kan... korang hanya perlu membeli apa-apa item dari End Season Sale ini sebelum 30 Jun 2014 dan akan menerima 10% Voucher Eksklusif Adila Long.



Lagi? Tak cukup lagi... Reebonz bermurah hati nak bagi lebih banyak.... Masukkan kata laluan <coklateyes> di bahagian comment section semasa 'checkout' dan korang akan berpeluang memenangi Miu Miu Ipad cover bernilai RM 1500. Bukan tu aje, kalau korang shopping minimun RM 1000 pulak,  korang akan dapat RM 100 shopping kredit dalam akaun Reebonz bermula 1 Julai 2014 nanti. Best kan? 


Jadi jom cepat-cepat serbu Reebonz dan pilih handbag kegemaran korang. Nanie yakin, mesti korang seronok bershopping dengan Reebonz. Kepuasan membeli belah dan keyakinan terhadap ketulenannya memang tiada tandingan. Tambahan, banyak jenama pilihan pulak tu!

                            Reebonz S P A C E

 Untuk maklumat lanjut boleh klik link di bawah : 

Website :

Facebook :

Instagram :




Tuesday, June 24, 2014

Shokubutsu Spa Day Out Bersama Pemenang Peraduan & Bloggers

Assalamualaikum semua

Bila bercakap je dapat rawatan spa, semua dah terbayang-bayang keenakan diurut dan dibelai untuk meregangkan otot-otot kan?  Ha, tu lah yang Nanie lalui beberapa minggu lepas bila mana Shokubutsu menjemput beberapa orang blogger untuk turut serta dalam Shokubutsu Spa Day Out. Bukan kami aje, bersama-sama juga adalah para pemenang mereka untuk satu peraduan "Manjakan Dirimu Bersama Shokubutsu" yang dikendalikan oleh beberapa majalah sepeti MIDI, Karangkraf dan Sri Dewi & Keluarga. 


Bertempat di Vila Manja Spa, kesemua pemenang termasuklah Nanie dan para blogger lain diberikan satu sesi rawatan spa eksklusif (urutan, hot stone therapy dan scrub) daripada Vila Manja Spa bernilai RM 599 setiap seorang! 

Para pemenang contest Shokubutsu. Kebanyakan mereka adalah ibu dan bekerjaya. Jadi, its time to relax!

Memang best sangat bila diurut. Nanie paling suka hot stone therapy tu. Mula-mula ingat takut sakit atau tak tahan panas kan, sekali bila tukang urut tu buatkan... Pehhh dia punya sedap dan nikmat... memang merehatkan. Pandai makcik tukang urut tu cari point-point di badan Nanie. Paling best bila dia urut hot stone tu dekat area leher dan bahu. Boleh rasa lah otot-otot tegang tadi direhatkan. 


Bersesuaian dengan tema yang diketengahkan oleh Shokubutsu pada hari tersebut, mereka ingin memberikan ketenangan dan isitirehat yang terbaik kepada setiap pemenang. Suasana yang nyaman, redup dan menyegarkan dengan bau-bauan aromaterapi di Vila Manja Spa memang membuatkan sesiapa pun rasa terbuai dan selesa. 


Selain tu, Shokubutsu turut memperkenalkan kepada kami range mandian terkini daripada mereka iaitu World Famous Bathing Series Spa Shower Cream yang masing-masing menjadikan anda seolah-olah sentiasa berada di spa setiap hari!


SHOKUBUTSU WORLD FAMOUS 
BATHING SERIES SPA SHOWER

Shokubutsu yang membawa maksud tumbuh-tumbuhan dalam Bahasa Jepun, merupakan satu jenama yang tidak asing lagi dalam penggunaan sabun mandian di Malaysia. Dengan sumber Halal yang digunakan dalam sabun mereka, tak syak lagi kenapa jenama ini bertahan lama dan diyakini oleh rakyat Malaysia.

Kini, dengan World Famous Bathing Series Spa Shower, Shokubutsu mengetengahkan 3 haruman mandian yang sangat digemari seluruh dunia iaitu Oriental, Onsen dan Balinese. Dijual dipasaran dalam 3 saiz pilihan, semuanya dengan harga yang berpatutan, botol 220ml (RM 6.50), pek isian semula 500ml (RM 7.95) dan botol besar 650ml (RM 14.90). 

Oriental (Merah) - mengandungi orange peel dan goji yang mampu memberikan kebaikan anti-penuaan. 

Onsen Therapy (Purple) - dengan mineral onsen dan hinoki cypress mengembalikan tenaga melalui kekayaan mineral kolam air panas. 

Balinese (Hijau) - Ramuan istimewa frangipani dan basli memberikan ketenangan dan aroma terapi yang merehatkan badan dan minda. 



Sepanjang hari di Vila Manja Spa, banyak juga aktiviti dan game yang disediakan. Antaranya Giant Puzzle dan juga Read The Colour Game. Nampak macam senang kan? Ha, sekali bila buat... makan masa jugak. Nanie dan team menang bahagian puzzle. Best satu team dengan dioran. Walaupun baru first time jumpa, tapi semangat kerjasam dan geng satu kepala tu ada lah! :) 

Blogger Team Mate : Sabrina Tajudin & Cik Lily Putih

Kalau dah menang tu, mestilah ada hadiah kan. Yep, semua orang dapat goodie bag worth RM 100 dan juga hadiah yang memang best. Boleh buat stok 2-3 bulan jugak lah. Senyum dan gembira lah kami kan?


Sekali lagi terima kasih banyak-banyak pada Shokubutsu terutamanya Fara sebab memberikan peluang kepada Nanie dan kawan-kawan blogger untuk sama-sama memeriahkan majlis dan menikmati rawatan spa ni. Bukan senang kan nak dapat peluang macam ni? Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan bagi korang yang nak dapatkan maklumat dan info berkaitan Shokubutsu dan produk-produk mereka boleh klik link-link di bawah : 

Website: 

Facebook :

Instagram : 
@shokubutsumalaysia



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork