Friday, July 25, 2014

Kenangan "Tidur Lambak" Di Kampung

Assalamualaikum semua

Hari raya ni ada yang kata seronoknya waktu kita kecik-kecik aje. Bila dah besar, keseronokannya makin berkurang. Iye ke macam tu? Entah, Nanie tak rasa macam tu sebenarnya. Nanie rasa, setiap tahun hari raya ada meriah dan seronoknya tersendiri. Cuma waktu kita kecik tu, kita lebih fikir 'keuntungan' lah, sebab dapat duit raya kan. 

  

Baru-baru ni, salah sorang senior Nanie masa di STK tweet "Memori Raya". Sehingga hari ni, dah lebih 7k retweet memori yang satu ni. Nanie sendiri pun bila baca, terus senyum simpul sorang-sorang. Mengimbau betul lah!


Ha? Memang sangat epic kan? Mana mungkin kita lupakan memori 'tidur lambak' di hari raya ni. Sapa-sapa pun bila balik ke kampung, acara tidur lambak ni paling ditunggu-tunggu. Sepupu sepapat semua sama-sama berebut bantal, berebut selimut, berebut tempat pun ada. Yang penakut memang awal-awal jauhkan diri dari tidur sebelah pintu atau tingkap. Yang konon-konon berani, ecewah buat steady menghadap pintu. Padahal dalam hati... Tuhan je yang tahu. Nanie sendiri rindu kenangan macam ni. 


Ini pulak antara reaksi kawan-kawan blogger Nanie bila Nanie post di Instagram. Allah... memang mana-mana tempat sama kan part ni? Seronoknya bila tidur ramai-ramai ada yang mula cerita hantu. Masing-masing muka cuak. Pantang ada bunyi sikit dah takut. Memori Raya macam ni sangat bermakna. Lagi-lagi bila kita dah besar ni, semua tu bermain je kat dalam kepala.

Hari Raya sememangnya hari yang menyatukan kita semua. Kecil, besar, jauh dan dekat semua sama-sama berkumpul dan beramah mesra. Kenangan yang tercipta ketika hari raya banyak memorinya. Sampai bila-bila pun tak akan kita lupa. 

Mana-mana yang terlanjur ke Kluang atau berhampiran, jemputlah singgah rumah! Contact je Nanie kat Instagram @ FB. Kalau Nanie ada kat rumah, apa salahnya korang datang. Pada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri  
 buat semua pembaca Blog Coklateyes. 
Mohon maaf zahir dan batin.

~ Innanie Ariffin~





Review Maybelline Hyper Sharp Liner Laser Precision

Assalamualaikum semua

Nanie sebenarnya bukanlah peminat eye liner. Sebabnya mata Nanie ni kaya dengan 'dark circle'. So kalau salah gaya pakai eye liner tak betul atau comot, maka bertambah kaya lah lagi dark circle tu. Dah macam ala-ala lebam kena tumbuk jadinya! So, memang Nanie kena pilih yang betul-betul sesuai. Sehinggalah Nanie terjumpa Maybelline Hyper Sharp Liner Laser Precision. 



Maybelline Hyper Sharp Liner Laser Precision ini mampu bertahan sehingga 24 jam dan memudahkan pengguna untuk memakai juga menanggalkannya. Dengan sekali goresan pada eyelid kita, kesan dan ketebalannya boleh dikawal serta mencantikkan lagi mata pemakai. 


Terdapat beberapa ciri-ciri menarik yang Nanie suka pada Maybelline Hyper Sharp Liner Laser Precision ni. Antaranya ialah  point tip yang halus 0.01mm. Bila point tip nya halus, semakin mudahlah untuk Nanie control loresan dan gayakan pada eye lid Nanie. Jadi, tak lah nampak tebal dan lebam kan?

Hypersharp Laser


Didatangkan dalam 3 pilihan warna yang sesuai dengan tona kulit orang Asia, Nanie suka Soft Black. Tak terlalu terang, dan sedang-sedang je gelapnya. Maybelline Hyper Sharp Liner ni jugak water proof. Bila pakai tu, boleh tahan dalam 4-5 jam. Nak hilangkan kesan juga mudah dan tak mencomotkan seluruh eye lid Nanie. Gunakan make up wet tissue pun dah boleh tanggal kesan eye liner tu. 


Macam adik Nanie, simptom dia kalau eye liner tak berapa sesuai adalaha timbul gatal-gatal pada mata. Tapi bila dia gunakan Maybelline Hyper Sharp Liner ni, takde pulak nampak dia gosok-gosok mata. Sebabnya Maybelline Hyper Sharp Liner telah diuji secara optomologist, yang ianya adalah selamat untuk pengguna sensitif. 


Jadi untuk mereka yang berminat dan mungkin suka mencuba sesuatu yang baru, korang boleh try Maybelline Hyper Sharp Liner Laser Precision ni. Memang nampak macam 0.01mm tu sukar dikawal, tapi sebenarnya mudah. Berusnya tak terlalu lembut dan tak terlalu keras. Just nice. Dan inilah yang menyebabkan ia mudah dikawal. 

  

INFO PRODUK :

Maybelline Hyper Sharp Liner Laser Precision 
Harga : RM 35.90
Store : Mana-mana farmasi yang menjual produk Maybelline
Rating : 4/5

Website : 

Facebook : 



Wednesday, July 23, 2014

Tak Berapa Nak Raya Tahun Ni...

Assalamualaikum semua



Semakin hampir raya Aidilfitri ni, semakin nervous Nanie dibuatnya. Insya Allah nanti kat akhir-akhir entry ni korang tahulah kenapa Nanie nervous. Well, semalam Nanie kena tag dengan budak comel ala-ala Nora Danish, si Wiida Ribbon untuk jawab beberapa soalan berkaitan raya! Supposedly, Nanie kena jawab in video jugak. Tapi disebabkan muka Nanie tak berapa komersial, lupakan saje hasrat untuk ada channel sendiri di You Tube! Kalau ada pun, Nanie sorang je lah subscriber-nya! Hehehe :) Jadi, mari tengok apa soalan-soalan Wiida ni...

     

1. What are your raya traditions? 

Bagi family Nanie and mostly orang Johor, amalan munjung menjadi tradisi. Nanie tak pasti negeri-negeri lain ada buat atau tak. Munjung ni amalan bersedekah dan bertukar-tukar juadah makanan di pagi Aidilfitri. Biasanya tiap-tiap tahun keluarga Nanie akan bertukar juadah dengan 10 buah keluarga. Kalau kat kampung lagi banyak, almost satu kampung lah agaknya. And tugas Nanie, selain masak rendang (sebab kena tunggu lama kan...) adalah menjadi delivery driver!

2. How many and what kind of baju raya are you getting? 

My favourite baju raya of course baju kurung. Tapi kebelakangan ni, Nanie lebih prefer pakai abaya atau maxi dress. Lebih selesa dan mudah untuk pergi beraya. Berapa pasang? So far dah beli 3. Sebab senang, boleh bawak pi event sekali dress/abaya ni. 

3. What's your favourite make up look for Hari Raya?

Nanie suka simple and fresh look. Gunakan warna-warna nude and natural. Tak maw over sangat lah. Ye lah, raya kan kita dok melinjang sana sini. Tak dan nak pakai makeup tebal sangat lah. 

4. What's your favourite dish and kuih? 

Dish kegemaran, rendang daging! Pergh... walaupun tahu macam mana payah nak buat sebab ambil masa lama kan, tapi disebabkan sedap memang Nanie akan buat. And for kuih pulak, Nanie kan suka coklat so anything based on coklat memang favourite kuih Nanie lah!

5. Balik kampung mana? 

Nanie orang Johor. My both parents pun orang Johor. Atuk di kedua-dua belah semua dah takde, so biasanya Nanie beraya di rumah family je. 

6. Fav kasut raya? 

Untuk orang macam Nanie yang kakinya gedabak ni, kami pasrah je jenis kasut macam mana pun. Janji ada saiz. Hehehe. 

7. How many houses do you visit? 

Sejak ayah sakit ni, terhad jugak lah rumah saudara mara yang dapat dikunjungi. Nanie akan dulukan saudara mara terdekat. Yang muda-muda dan sihat tu yang berkunjung ke rumah Nanie melawat ayah dan mak. 

8. How many open houses in the month? 

Depends. Selalunya tak banyak pun. 

9. Duit raya dapat berapa or dah tak dapat dah? 

Em, kalau ikut tahun lepas masih dapat. Tapi dari uncle @ auntie yang rapat lah. Kalau pi rumah orang tu memang tak dapat dah lah. Orang ingat mak orang dah kot Nanie ni. Basically, my cousin-cousin yang dah berfamily yang bagi. Seronok gak, sebab boleh paw dorang lebih-lebih sikit! Hahahaha.

10. Ultimate fav part of Hari Raya?

Of course lah jumpa sanak saudara. Bukan senang nak gather kumpul ramai-ramai kan dengan sedara mara semua. Biasanya busy. Bila jumpa time raya ni, kiteorang selalu cerita memori-memori dulu. Ketawa-ketawa-ketawa, lepas tu nangis bila mengenang zaman jatuh bangun sama-sama. Tu lah, kumpul dengan keluarga besar paling meriah dan seronok!


                       

TAK BERAPA NAK RAYA....

Ni gambar raya tahun lepas. Tahun ni actually Nanie tak berapa nak beraya sebab Nanie fokus pada benda lain. Macam yang Nanie bagitau di awal entry, ada something yang buatkan Nanie nervous. Sebenarnya, raya ni Nanie dan kakak Nanie bakal ke Beijing selama lebih seminggu. Kami satu kumpulan 20 orang terdiri daripada lecturer, staff dan student UM telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Asean Students Environmental Platform 2014 yang ditaja oleh AEON. 

Nervousnya, of course lah sebab kapal terbang kan? And kapal terbang yang Nanie bakal naik tu dahulunya turut dikenali sebagai MH370. Gulp! Tapi takpe, Nanie tawakal pada Allah. Memang family pun risau, lagi-lagi dengan kejadian MH17 ni kan. Insya Allah Nanie yakin semuanya akan selamat. Nanie mohon pembaca Blog Coklateyes juga doakan perjalanan Nanie dan kawan-kawan selamat pergi dan balik. 

Manalah tahu, if anything happen to my plane, korang jadikanlah Blog Coklateyes ni tempat melepas rindu dan kenangan ye! Mana tahu nanti ada yang rindu Nanie. Heheheh 

Kalau ada rezeki, nanti Nanie tuliskan journey Nanie ke Beijing.


Al Fatihah for MH 370 & MH 17.



Monday, July 21, 2014

Sejuta Pageviews Buat Blog Coklateyes!

Assalamualaikum semua

Mana-mana yang dah baca entry sebelum ni ataupun follow Nanie di Instagram (@innanieariff) mesti tahu betapa sedih dan penatnya Nanie melayan mereka-mereka dalam industri blog ni. Tapi, malas Nanie fikir lagi. Insya Allah sekarang ni masa untuk Nanie kuatkan semangat. 

Kalau diikutkan hati, Nanie betul-betul rasa give up dengan apa yang berlaku selama ni. Bila perasaan kita ikutkan mula lah rasa nak quit dari bidang  blogging. Bukan sebab Nanie malas nak update blog, tapi Nanie terlalu penat dengan sandiwara, permainan dan drama orang-orang blog ni. Mujur ada teman-teman yang baik hati, yang selalu beri semangat pada Nanie. Beri moral support dan kekuatan untuk Nanie fikir banyak kali sebelum quit. 

Bila mana Nanie fikir untuk quit, dua hari lepas blog Nanie berikan kegembiraan untuk Nanie. Allahuakbar kegembiraan yang menyembuhkan luka Nanie. 

   

Setelah lebih 4 tahun Nanie dalam dunia blogging, akhirnya Blog Coklateyes mencapai 1 juta page views daripada pembaca!!! Ya Allah, terharu sekejap... terus Nanie ukir senyuman pelan-pelan dekat bibir ni. 

Nanie rasa, mana-mana blogger pun bila dapat cecah 1 juta page views ni mesti akan gembira. Walaupun mengambil masa yang lama, tapi disebabkan hasil titik usaha sendiri tanpa bantuan mana-mana aplikasi, Nanie cukup bangga dengan Blog Coklateyes ni. Banyak perkara yang Nanie lalui untuk menjadi blog pilihan pembaca. Dan Alhamdulillah juga, sepanjang Nanie berblog, pembaca menerima entry-entry Nanie dan sangat memberikan inspirasi. 

Sebagai penulis Blog Coklateyes, Nanie cuba untuk berikan yang terbaik kepada pembaca blog Nanie. Nanie akan pastikan, setiap kali mereka baca entry Nanie, mereka akan dapat 'sesuatu' yang baik dan berkualiti. Malahan, kalau boleh Nanie mahukan mereka responsive dan beritahu Nanie pandangan mereka mengenai entry-entry Nanie. Moga-moga dengan komunikasi dua hala sebegini, Nanie dapat improve lagi skill menulis Nanie.

Last but not least, terima kasih banyak-banyak buat semua pembaca Blog Coklateyes. Buat semua yang pernah jengah Nanie di blog ni, anda semua inspirasi Nanie. Inspirasi untuk Nanie berikan yang terbaik dan inspirasi untuk Nanie terus ber-blogging! Mohon doakan Blog Coklateyes dan Nanie sentiasa dimurahkan rezeki. :)


p/s: Insya Allah Nanie nak buat lucky draw untuk pembaca Blog Coklateyes! Hadiah apa yang korang nak rasanya? 








Wednesday, July 16, 2014

Ketidak Adilan Dalam Dunia Blogger

Assalamualaikum semua 

Pertama kali Nanie menulis entry tanpa menggunakan sebarang gambar. Sebab Nanie nak pembaca blog Nanie merasai dengan hati bukan merasai dengan mata apa yang bakal Nanie tulis dalam entry ini. 

Menjadi seorang blogger telah mengajar Nanie banyak perkara. Mengajar Nanie menjadi seorang yang matang dalam tindakan, percakapan mahupun pemikiran. Nanie tak nafikan, dunia blog memberikan 1001 warna dalam hidup Nanie. Nanie seolah-olah masuk dunia baru yang Nanie kena explore seorang diri. Ibarat kata, kalau untung sabut ada rezeki... 

Dalam kegembiraan Nanie menulis blog, tanpa Nanie sedari ada mata-mata yang memandang Nanie sebagai satu 'lombong emas' buat mereka. Maka muncullah mereka memperkenalkan diri dengan salam persahabatan. Bukan bermaksud Nanie hebat, tapi ada udang di sebalik mee. 

Nanie jenis kawan yang setia. Bila Nanie percaya pada seseorang, Nanie akan cuba sedaya upaya untuk memberikan lebih dalam persahabatan. Tapi rupanya dalam diam Nanie yang dipergunakan. 

Rupanya, menjadi seorang blogger bukan bakat penulisan yang dinilai oleh mereka. Bukan entry-entry "heart to heart" yang mereka cari. Tapi apa yang dilihat sebenarnya bagaimana kita memberi keuntungan kepada mereka. Dan keuntungan dalam dunia perniagaan sangat mudah, hanya memerlukan kecantikan. Kerana "pengguna" perlu ditipu dengan testimonial yang telah sedia cantik. 

Bukan sekali dua Nanie dilabel "tidak cantik". Banyak kali. Secara terangan mahupun secara halus. Nanie sedar tahap mana "kecantikan" Nanie, tapi apakah perlu bertindak bias dalam persahabatan? Apakah perlu bila blogger cantik dibayar, dan blogger tak cantik diketepikan begitu aje? Oh lupa, kami tidak menguntungkan. Kalau terdesak barulah kami digunakan. 

Kepada semua PR, pihak pengiklan dan pihak perniagaan, yakinlah dengan produk anda. Jika ia bagus, siapa juga yang gunakannya pasti akan menyerlahkan lagi kecantikannya sebab manusia itu Allah cipta penuh dengan kesempurnaan dan kecantikan. Siapa kita untuk bias, prejudis dan bersikap tidak adil dalam menentukan kecantikan. Sedangkan Allah menilai manusia hanya gunakan amalan. Gunakan sesuatu yang kita tak nampak. 

Maaf, saya menegur. Buat teman-teman blogger yang dilabel cantik, berhati-hatilah kerana dalam diam anda dipergunakan. Tidak langsung wujud perasaan iri hati dalam hati saya dengan anda semua sebab saya yakin, setiap kita ada rezeki dan bahagiannya masing-masing. Cuma saya khuatir, jika kita terlalu dipergunakan, kita akan jumpa lebih ramai lawan dari kawan. 

Maaf dengan segala luahan hati Nanie. 

Salam.  

Tuesday, July 15, 2014

Super Raya Sale by LAZADA Untuk SEHARI SAHAJA!


Assalamualaikum semua

Raya ni mak cakap nak blender baru. Blender yang lama bukan tak boleh pakai, tapi macam dah uzur sikit. Maklumlah bila raya ni macam-macam yang nak di-blender nya. Lagi-lagi nak buat rendang, buat bergedil semua kan. Jadi, Nanie pun cepat-cepat usha LAZADA. Eh, korang tahu tak pada hari esok,  16 Julai 2014 ni, LAZADA bakal mengadakan SUPER RAYA SALE by LAZADA! Fuhyoh, dengarnya bukan main banyak lagi potongan harga yang diberikan tau sehingga 92% tau! 


link : http://ho.lazada.com.my/SH1d1P
Haih, mak Nanie bila tahu ada sale... gembira lah dia... bukan sekadar blender je ni dia request, nampak gaya ada 2-3 barang lagi. Takpe mak, ada rezeki Blog Coklateyes ni nampaknya. Boleh belikan mak barang kelengkapan dapur kan. Nanie dan mak macam berkenan blender Philips ni... mengancam jugak harga dia!

Untuk maklumat korang, pada 16 Julai 2014 ni, potongan harga adalah seperti berikut : 
  • Home and Living - RM 77 & Below
  • Home Appliances - RM 99 & Below 
  • Sale for Samsung Items (Best of Samsung)
  • Fashion Sale for Hari Raya 
Bukan itu aje, kalau korang shopping di LAZADA ni, korang juga berpeluang untuk  memenangi beberapa hadiah dari Wheel of Raya. Alaaa lebih kurang Roda Impian lah mainnya. Pusing-pusing roda, dapat hadiah. Antara hadiahnya ialah : 
  • JOY dishwashing liquid
  • 10 x RM 100 Voucher
  • 10 x RM 50 Voucher
  • 500 x RM 50 of Home Appliances (Min Purchase : RM 350)
  • 500 x RM 25 of Home Appliances (Min Purchase : RM 170)
  • All voucher valid only on that day 16 July 2014 
Uiiii banyak jugak kan promosi dan potongan harga. Sebenarnya, sebelum-sebelum ni dah dua kali Nanie pernah beli barang dengan LAZADA. So far, Alhamdulillah servisnya memuaskan dan barangnya pun selamat sampai dengan baik dan berkualiti.



Jadi rasanya, kalau Nanie dah cuba dan yakin dengan servis dari LAZADA ni, korang pun boleh cuba jugak. Pilihlah banyak yang ditawarkan oleh LAZADA. Bukan sekadar barangannya berkualiti, servis bagus dan dapat banyak penjimatan tu! 

Maklumat lanjut sila klik sini :

Website 

Raya Special 



Friday, July 11, 2014

Seludup : Peluang Berlakon Bersama Pelakon Terkenal


Assalamualaikum semua

Mungkin ada di antara pembaca Blog Coklateyes yang ada bakat terpendam sebagai pelakon. Ye lah mana tau masa zaman sekolah-sekolah dulu mahupun zaman universiti korang ni pelakon teater yang hebat ke.... tak pun, korang berbakat tapi tak tahu nak cari platform berlakon. Ha, ini ada sedikit berita baik untuk korang

1

Bagi yang belum tahu, SELUDUP merupakan sebuah drama bersiri sebanyak 13 episod yang akan ditayangkan menjelang hujung tahun ini di saluran Astro Prima (105) dan saluran Astro Maya HD (135). Drama penuh aksi hasil arahan Jehan Miskin ini menyingkap isu perdagangan haram barangan seludup di negara ini. Drama ini dibarisi para pelakon terkenal dengan peneraju utamanya, Pekin Ibrahim dan Tiz Zaqyah memegang peranan sebagai Amran dan Yasmin, menghidupkan watak-watak yang mencabar tersebut. Pelakon-pelakon lain yang diumumkan pada hari Rabu termasuklah Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip. Jehan Miskin yang merupakan penerbit drama ini turut memainkan peranan sebagai pelakon pembantu.


  

Jadi, untuk menambahkan keterujaan para penonton di luar sana, SELUDUP sedang mencari seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang perempuan untuk tampil dalam drama tersebut di samping hadiah sampingan bernilai RM 6000 setiap satu. Kalau korang nak mencuba nasib menjadi seorang pelakon, caranya cukup mudah. Hanya perlu hantar satu video uji bakat korang dengan membaca skrip yang diberikan di website @ facebook SELUDUP. Kat bawah ni Nanie sertakan contoh video uji bakat yang telah di hantar. 


Jadi, kalau korang rasa korang berbakat atau mungkin ada minat dalam bidang lakonan ni, haaa apa salahnya sertai ujibakat ni. Rezeki korang siapa yang tahu kan. Tup-tup dari sini korang dapat offer lagi banyak untuk berlakon. Eh, terus jadi artis femes pulak! Ha, kan rezeki tu. Boleh dapat income lebih sikit.

Untuk sebarang maklumat dan informasi berkaitan SELUDUP, klik link di bawah :

Facebook : 

Instagram :
#SELUDUP

Hantar Video Uji Bakat:



Wednesday, July 9, 2014

Dove Workshop Serlahkan Dirimu @ Hotel Shangri-la, Putrajaya

Assalamualaikum semua

@innanieariff : Mulakan 2 Hari 1 Malam bersama Dove! 


Kalau sebelum ni Nanie berkolaborasi untuk healthy lifestyle bagi mandian Dove, tapi kali ni Nanie diberi peluang untuk bersama-sama dengan rangkaian penjagaan rambut Dove pula. Bertempat di Hotel Shangri-la, Putrajaya, Dove menganjurkan Beauty Workshop selama 2 hari 1 malam.

Geng sekepala - Liyana Lunia , Nanie, Aida & Mocchi 
Dalam membantu wanita Malaysia mendapatkan rambut yang sihat dan bebas keguguran, Dove memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Hair Fall Rescue System dengan Trichazole Active. Tagline mereka adalah "Rambutmu Mahkotamu!"



Sepanjang dua hari Nanie kat sana... memang best dan belajar banyak perkara. Part paling best bila kami dapat bilik sorang satu lah. Mak oi, bestnya bukan main. Dengan queen size katil, bath tub, set shampoo Dove yang diatur cantik atas katil menyambut kedatangan kami juga bilik yang luas, selesa dan romantik gitu.


@innanieariff : Bilik yang sangat-sangat-sangat heaven! 
Malamnya, semua geng sekepala tu berendam Bath Tub! Feeling princess sangat.


Sesi pertama lepas check-in bilik adalah sesi untuk Grooming Class dan Relationship Improving Class. Kedua-dua sesi ni diberikan oleh konsultan bertauliah yang memang pandai ambil hati kami semua. Ada game yang mudah-mudah dan jugak sedikit sebanyak memberikan kami input dan motivasi untuk jadi wanita yang cantik luar dan dalam.

Konsultan Grooming Class, Pn. Hanim ajar kami warna yang sesuai dan menaikkan kecantikan kami secara semulajadi.
Pn.Aniqah, Konsultan Relationship Improvement Class mengajar kami untuk yakin dan kenal diri
Selain daripada dua kelas ni tadi, kami jugak diberikan rawatan urutan kepala daripada pakar-pakar Dove. Alahai syoknya bila kena urut tang bahu dan jugak kepala. Memang rasa berat kepala tu hilang. Tambah pulak bila diletakkan serum Dove yang sejuk dan wangi. Rasa fresh sangat-sangat!


Sepanjang sesi untuk kedua-dua hari tu, Nana yang jadi moderator. Haih, Nana ni memang peramah, humble dan sangat cantik. Tak sangka dia mesra macam tu. Yang paling penting, dia tetap maintain ye walaupun sudah beranak dua. Sampai sekarang, masih lagi layan komen-komen Nanie di Instagramnya!



Untuk sebelah malam pula, kami ada pillow talk. Kali ni lebih ramai selebriti yang dijemput untuk memeriahkan keadaan dan berkongsi pengalaman serta cerita mereka mengenai solusi rambut gugur. Antara yang hadir ialah Sharifah Shahira, Yasmin Hani juga dua orang duta Dove iaitu Su dan Nadia. Alaa dua wanita dalam iklan Dove tu lah! Rambut mereka memang cantik, lebat dan sihat!


Sebenarnya, menurut mereka masalah keguguran rambut ni adalah masalah biasa bagi wanita. Apatah lagi bila dah berusia, jumlah rambut gugur semakin bertambah. Kadang tu sampai takut nak belai rambut sendiri. Tapi, dengan adanya Dove Hair Fall Rescue ni, kesannya dapat dilihat dalam masa 14 hari apabila rambut gugur mula berkurang sedikit demi sedikit.




Memang santai sangat sesi pillow talk tu. Semua kena pakai Bath Robe khas yang diberikan oleh Dove. Kami diletakkan dalam satu hall besar dengan candle, sedikit kudapan, bantal sorang satu jugak minuman. Bercerita semua perkara pasal keguguran dan masalah rambut. Boleh baring-baring, boleh duduk dan bergurau-gurau lagi.

Sumber gambar : @haniehidayah 

Walaupun badan agak penat malam tu, tapi Nanie dan geng masih bertenaga. Apa lagi kami semua terjun kolam lah! Dah lah infinity pool kan, memang cantik sangat pemandangan Putrajaya waktu malam. Boleh nampak seluruh Putrajaya lah! Tak cukup dengan tu, kami sambung lagi pillow talk session kami dalam bilik. Hehehe. Sweet sungguh memori Nanie bersama Aidazura, Wiida Ribbon dan jugak Liyana Lunia.



Breakfast Nanie yang ala Mat Salleh! 
Lunch sedap! 
Bila hari kedua muncul, kami semua sarapan & lunch sama-sama. Biasalah makan kat hotel, kena fefeling mat salleh kan. Oh, untuk hari kedua agendanya adalah "Majlis Pelancaran Kempen Dove Serlahkan Diri Dalam 14 Hari".



Bersama dengan Duta Dove, Su & Nadiah 
Untuk Kempen Serlahkan Diri Dalam 14 Hari ni, anda semua berpeluang untuk memenangi sejumlah hadiah bernilai RM 20,000. Caranya cukup mudah, hanya dengan SELFIE & IKUT CABARAN yang diberikan. Kemudian hantarkan gambar kepada Dove. Mana tahu rezeki kan?



  

Ini beberapa contoh Selfie dari Nanie yang di hantar kepada Dove. Alaaa buat biasa-biasa je. Kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Entah-entah korang pemilik hadiah RM 20,000 tu... tak ke raya sakan korang nanti? Cepatlah hantarkan gambar Selfie Dove Serlahkan Diri Dalam 14 Hari ke sini ------------- http://bit.ly/DoveSerlahkanDiri













Sepanjang Nanie kat sana, memang seronok. Banyak pengalaman dan ilmu yang Nanie dapat lebih-lebih lagi dalam hal penjagaan rambut. Sememangnya Dove memberikan kesan yang menakjubkan. Kalau korang juga ada masalah keguguran rambut, korang boleh try gunakan Dove dan lihatlah sendiri hasilnya. Seperkara yang Nanie suka pasal Dove adalah bau wanginya yang tahan lama. Lebih kurang 4-5 hari jugaklah melekat bau shampoo tu kat rambut Nanie kan. Cukup menyegarkan!

@innanieariff : Antara goodies yang diberikan kepada kami semua

Untuk maklumat lanjut mengenai produk & kempen, sila klik link dibawah :

Facebook : 

Website :

Instagram :
#DoveMahkotamu

Kempen : 


Sunday, July 6, 2014

Riben Gebus : Aksesori Wanita Untuk Tampil Eksklusif

Assalamualaikum semua

Untuk perempuan, raya ni adalah masa paling gembira nak melaram. Bukanlah suruh berlebihan, tapi cukuplah nampak manis dan ayu di pagi Syawal. Ecewah. Ye lah, Nanie pun macam tu jugak. Kalau boleh raya 7 hari nak tukar baju raya sehelai satu. Selain baju raya, aksesori jugak sebenarnya memainkan peranan untuk add-on value manis ayu tadi. Well, korang tahu Riben Gebus??? Haaa... Nanie yakin ada yang tahu, ada yang tidak kan? Meh Nanie tunjuk sikit ye...



Ha, inilah Riben Gebus tu... Mengancam kan? Cantik dan comel-comel belaka. Riben Gebus ni sebenarnya adalah brooch untuk menambah seri pada shawl mahupun tudung yang korang gunakan. Memang cantik-cantik. Bukan tu je, murah pulak tu. Suka Nanie bila dihadiahkan Riben Gebus ni. Ada banyak warna, material, design dan jugak saiz. Korang boleh pilih mengikut kesesuaian tema bajur raya korang. 





Nanie tahu, dah ramai ni yang geram dengan Riben Gebus ni kan? Ye lah, dengan pakai Riben Gebus, terus penampilan tampak eksklusif, manis dan bergaya.

                                     Photo: REBEN GEBUS BLINK2

Teaser dear ;-)
Design baru lebih comel! Lebih cute! Lebih kilat! 
The theme will be pastel dear ;-)
InShaaAllah kami akan update REBEN GEBUS BLINK2 ni esok pada jam 10.00 pagi. Yeay!

Model : Dhia Lydia
Make up & Hijab stylish : Myzura Mekap
Dress : Koleksi Sulaman Yati

Malahan, Nanie rasa kalau nak jadikan aksesori untuk majlis seperti tunang mahupun perkahwinan pun boleh. Kalau beli banyak-banyak bagi Brides Maid pakai pun apa kurangnya kan. Cun lagi... 

   

Bila orang dah bagi kita hadiah tu kan, mestilah kita kena melaram. Posing selfie sikit dengan Riben Gebus yang comel ni. Malahan, bukan sekadar untuk tudung dan shawl je korang boleh gayakan Riben Gebus ni. Gunakan pada baju pun boleh. Cantik jugak Nanie perhatikan.

   

Sekarag ni kalau kita nak bergaya, tak perlu belanja banyak. Bermula dengan RM 10 pun kita boleh tampak cantik dan eksklusif. Materialnya berkualiti. Ada yang shining jugak tau. Pin pun bagus, tak mudah tercabut. Jahitan kemas dan paling penting ada banyak design yang eksklusif juga menyerlahkan keayuan si pemakai. 

                                 Photo: Lebih close up!!
Warna gold code RB 01
Warna kuning code RB 04
Warna merah code RB 02

Untuk maklumat lanjut boleh klik link-link di bawah. Dapatkan segera koleksi Riben Gebus korang. Bergaya manis di hari raya nanti ok. 

Facebook : 

Instagram :

Email :

Whatsapp/Contact :
011- 27716448

Lokasi :
Kluang, Johor


 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork