Tuesday, September 30, 2014

Collection Cosmetics: Campus Roadshow & Look Book Contest Bermula!

Assalamualaikum semua

sumber gambar: www.smallnhot.com

Perempuan mana yang tak suka make up? Nanie pun sama. Memang suka make-up stuff dan sangat suka nak attend make over session. Make over session sebenarnya secara tak langsung dapat berikan banyak tips dan tunjuk ajar dalam menaikkan seri dan personaliti diri kita. Ha, barulah confidence kan. 

sumber gambar : Ashley Yeen
Berita baik dari Collection Cosmetics Malaysia! Mana taknya, untuk pengetahuan Collection Cosmetics Malaysia akan mengadakan satu roadshow di beberapa buah IPTA yang terpilih. Roadshow ni bukan sekadar terbuka untuk student, malahan orang luar pun boleh turut sama memeriahkan roadshow ni! Pelbagai aktiviti dan goodies turut disediakan tau! Haih seronok ni dengar. Mesti tak sabar kan nak tahu tarikh-tarikhnya. 



*** Sedikit perubahan tarikh : UKM - 9 October 2014 ***

Selain itu, tujuan roadshow ini diadakan adalah bagi memperkenalkan kepada umum mengenai satu contest terkini daripada Collection Cosmetics iaitu COLLECTION LOOK BOOK CONTEST ---- (KLIK SINI)


Contest ni sangat sesuai bagi mereka yang pandai dan suka bermake up. Mudah je, apa yang korang perlu buat adalah hantar gambar #ootd dan #fotd korang menerusi aplikasi Facebook Collection Look Book mengikut tema make up yang diberikan setiap minggu. Gambar yang paling menarik dan paling ngam dengan tema pada minggu tersebut akan dipilih sebagai pemenang dan boleh bawak balik hadiah-hadiah yang sangat menarik!
                                                                                                                                                                             Photo: Addicted to Candy Crush?

Then you might stand a chance to WIN awesome prizes in the Collection LookBook contest coz Candy Crush is the look of this week! Bring out your inner makeup artist and fashion stylist, and help inspire Nelydia with your look in fun, bright colours!

Participate here: http://on.fb.me/1B9r8MR

Antara aktiviti yang disediakan : 
  • Make over dari make up artist kepada para peserta roadshow
  • Boleh try out dan bermain-main dengan produk Collection Cosmetics
  • Consultation bersama make up artist untuk mengetahui tips dan kesesuaian warna mengikut tona kulit anda
  • Boleh hantarkan Look Book entry anda untuk Contest Collection Look Book 
  • Goodies Bag menarik untuk mereka yang hantar entry Look Book  on the spot

Hamboi, Nanie dengar pun dah seronok semacam je. Rasanya memang patut semua girls student dan orang ramai ambil peluang keemasan ni untuk dapatkan seberapa banyak tips dan cuba kosmetik dari Collection ni. Oh, untuk pengetahuan harganya juga sangat berpatutan. Nanie sendiri pun memang guna dan ada koleksi beberapa produk hot mereka seperti Cream Puff Matte Finish Lip Cream, Shimmer Shades dan Lasting Perfection Concealer. 

koleksi Collection Cosmetics Nanie
sumber gambar : AverageAngeline.com
  

 

  

Jadi cepat rebut peluang keemaasan ni dan join roadshow serta Contest Collection Look Book. Mana tahu anda antara yang bertuah? Serlahkan keyakinan anda dan tampil cantik dengan Collection Cosmetics. "Own It, Work It, Love It!". Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah : 

Facebook :

Website :

Instagram :
#CollectionLookBook   #CollectionMY 

App Look Book :




Friday, September 26, 2014

Domino's Pizza : Makan, Minum & Menang Contest

Assalamualaikum semua

  Win a car contest

Pernah tak korang bercita-cita nak menang sebuah kereta? Tak payah orang lain lah, Nanie sendiri pun kalau nampak hadiah kereta memang exited sangat! Ye lah, sapa tak nak dapat kereta percuma. Jadi kalau korang ada niat yang sama, ni Nanie nak ajak korang join satu Contest Eat, Drink & Win daripada Domino's Pizzas. Dan hadiahnya ialah... HONDA JAZZ BLUE yang memang mengancam cun habis ni! Geram Nanie tengok lama-lama haih.... 

   

Baru-baru ni bertempat di Domino's Pizza, Subang Perdana, Nanie dan beberapa lagi kenalan blogger telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Contest Eat, Drink & Win daripada Domino's Pizza. Bukan sekadar melancarkan contest tersebut semata-mata, Dominos Pizza juga dengan kerjasama Permanis Sandilands Sdn Bhd juga telah mengumumkan keputusan undian pilihan rakyat Malaysia untuk membawa masuk Mountain Dew Blue Shock ke Malaysia! 


Mountain Dew Blue Shock dengan gabungan perasa Raspberry Citrus sangat lah menyegarkan. Apatah lagi bila dipadankan semasa makan Domino's Pizza. Memang bagi satu rasa yang sangat fresh luar biasa. Jadi bagaimana nak menang Honda Jazz Blue tu? Mudah aje caranya... mestilah kena makan, minum dan barulah boleh menang! 




CARA LAYAK PENYERTAAN : 

September National Promotion

Dengan membeli combo-combo seperti di atas, anda semua layak untuk menyertai contest ini. Selain daripada tu, kalau korang beli Mountain Dew Blue Shock 1.5l ni secara ala-carte yang beharga RM 5.80, korang boleh dapat 1 penyertaan. Sekiranya beli lebih RM 30, dapat 2 penyertaan dan sekiranya lebih RM 70 korang layak dapat 3 penyertaan.

Bukan tu je, kalau korang beli secara online pun, korang masih dapat join sekali contest ni. Nanie sarankan, nak mudah dan jimat beli combo atas tu lah! Dapat makan, dapat minum dan kalau rezeki korang dapat kereta Honda Jazz Blue tu sekali! Tak ke bertuah tu... 

  


Seterusnya untuk penentuan pemenang. Part ni kena gunakan kebijaksanaan dan kekreatifan korang semua. Tapi Nanie yakin, rakyat Malaysia semua bijak belaka. Setakat buat kira-kira matematik... kacang je ni... heheheh... soalannya adalah .... 

1. Kira @ Anggarkan berapa banyak botol Mountain Dew Blue Shock 1.5L yang dapat dimuatkan dalam sebuah Honda Jazz Blue? 
*hint : kena bayangkan semua celah dan bahagian, melainkan bahagian enjin*

2. Hantarkan jawapan tadi bersama-sama dengan satu slogan menarik 

3. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat/hampir dan dengan slogan yang paling menarik hati juri! 


  

Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat Makan, Minum dan Menang Honda Jazz Blue dari Domino's Pizza. Siapa tahu, kali ni memang rezeki korang. Ye lah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Cepat-cepat hantarkan penyertaan korang bemula 8 September 2014 sehingga 19 October 2014. Pemenang akan diumumkan pada awal bulan November nanti.




Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh dapatkan maklumat di link berikut :

Facebook : 

Website : 



Wednesday, September 24, 2014

Best Buy World MY : Shopping Make Up Di Sini Lah Best!

Assalamualaikum semua

Mana-mana yang tahu, Nanie memang akan balik ke Johor setiap dua minggu. Bukan sekadar balik ke Johor malahan kebelakangan ni Nanie boleh dikatakan banyak jugak travel sana-sini. Walaupun travel, satu benda yang memang Nanie tak akan tinggal adalah make up beg. Adui, kalau tertinggal make up beg ni memang spoilt mood betul lah! 

Bila travel, kita tak boleh bawak semua benda dalam satu beg. Kena select make up stuff yang penting dan betul-betul digunakan je. Satu masalah yang Nanie perasan adalah, sangat susah nak dapat make up stuff bersaiz travel. Tapi mujur ada Best Buy World, satu laman web online shopping yang sangat terkenal dan memang terbaik!




         


Best Buy World (BBW) adalah satu laman web online shopping yang menawarkan pelbagai barangan kecantikan dan aksesori kepada pengguna. BBW juga menawarkan lebih daripada 100 jenama terkenal seluruh dunia seperti Clinique, SK-II, Estee Lauder, Aesop dan banyak lagi  yang mana barangan yang ditawarkan sudah semestinya 100% original!




Mula-mula tu bila Nanie nak shopping dengan BBW ni, of course lah Nanie macam ragu-ragu sikit. Ye lah, kebanyakannya BBW menawarkan harga yang lebih murah daripada pasaran. Manalah tau kalau ia tak original ke apa kan. 


Tapi bila tengok customer feedback, tambah pulak ada beberapa teman blogger sepeti Namee Roslan (KLIK SINI), Fishiee (KLIK SINI) dan Fatin Suhana (KLIK SINI) yang turut sama dah pernah bershopping disini, secara tak langsung membuktikan yang BBW bukan sebarangan. Baca jugaklah review daripada mereka ni. Itu yang tambah lagi yakin. Terus je Nanie cepat-cepat pilih make up stuff yang Nanie berkenan. Kena cepat takut kehabisan!

Lepas dah pilih dan buat pembayaran semua, esok paginya parcel dari BBW dah sampai. Mak oi, boleh tahan laju jugak tu. Apa lagi, gembira lah Nanie. Ye lah kita bajet dalam 3 hari bekerja ke kan, sekali satu malam je diperlukan untuk servis penghantaran BBW ni. Laju!

Makeup stuff yang Nanie beli dah sampai! Yeaaaaay!!!
 

Pandangan peribadi Nanie, ada beberapa kelebihan yang Nanie perasan sepanjang Nanie membeli-belah barangan make up di BBW, antaranya ialah :

  • Membeli barangan yang original dengan harga yang murah
  • Pelbagai pilihan produk 
  • Banyak sale dan diskaun yang diberikan
  • Beroperasi 24/7, jadi tengah malam pun boleh shopping
  • Mudah untuk buat pembayaran
  • Ada servis COD dan free delivery dengan pembelian lebih RM 150
  • Ada sistem ganjaran point yang diberikan sekiranya korang buat produk review
  • Ada happy hour yang memang selalu ditunggu-tunggu 
  • Banyak promosi yang menarik ditawarkan setiap bulan dan kepada pengguna setia 




Nanie rasa dengan adanya laman web seperti BBW ni, kaum perempuan lebih mudah membeli belah barangan make up mereka. Malahan secara tak langsung boleh juga berjimat sebab harga yang ditawarkan sangat murah. Memang berbaloi! 


Untuk maklumat lanjut, korang semua boleh klik link-link dibawah : 

Website BBW :

Facebook :

Instagram :
@bestbuyworldmy 




Monday, September 22, 2014

Review : Maybelline Volum' Express The Falsies Big Eyes Mascara

Assalamualaikum semua

  

Nanie sangat suka dengan maskara. So far memang banyak jugaklah koleksi maskara Nanie. Ada juga yang masih belum digunakan. Pada Nanie, walaupun Nanie pakai cermin mata tapi kekemasan dan kecantikan bulu mata perlu dijaga. Sebab Nanie kalau bercakap dengan orang memang suka pandang mata. So, secara tak langsung orang pun pandang mata Nanie. Barulah dari mata turun ke hati gitu! Ecewah... 


Baru- baru ni, Nanie diberi peluang untuk mencuba satu maskara baru dari Maybelline iaitu Maybelline Volum' Express The Falsies Big Eyes Mascara. Maskara yang menjanjikan mata anda nampak lebih besar dua kali ganda! Bagus betul maskara macam ni. Sesuai untuk orang macam Nanie yang memiliki mata kecik.



Berbanding dengan maskara-maskara lain yang Nanie miliki, satu kelebihan yang buatkan Nanie betul-betul jatuh cinta dengan Maybelline Big Eyes Mascara ni bila mana ia menggabungkan dua berus dalam satu tiub. Kedua-duanya berfungsi untuk memanjang dan melebatkan bulu mata di bahagian atas dan di bahagian bawah. 

    


Untuk berus bulu mata bahagian atas, ia lebih besar, rapat dan halus. Dengan bentuk berus sebegini, bulu mata dapat disikat dengan bagus dan melentikkan ia lagi. Bulu mata juga akan kelihatan panjang dan membuatkan mata nampak lebih besar.


Manakala untuk berus bulu mata bahagian bawah, ia kelihatan kecil, berpintal dan lebih kasar sedikit. Secara peribadi, bila Nanie pakai maskara memang jarang sangat Nanie gunakan maskara untuk bulu mata di bahagian bawah mata sebab kalau tak betul penggunaan atau berusnya tidak sesuai ia akan jadi comot dan bergumpal. Tapi bila Nanie gunakan Maybelline Big Eyes Mascara ni, takde pulak masalah tersebut. Dapat guna dengan baik dan tak comot. 




Memang puas hati betul gunakan Maybelline Big Eyes Mascara ni. Sejak Nanie ada Big Eyes Mascara, dah tak pandang lagi mascara yang lain. Sentiasa bawak dalam beg. Senang nak touch up lepas solat nanti. Oh ye, maskara Big Eyes ni jugak senang untuk ditanggalkan walaupun ia bersifat water proof. Dengan eye remover, sekali dua swap dah boleh bersihkan dengan bagus dan tak tinggal sebarang kesan. 

  

Jadi apa lagi yang korang tunggu, cepat-cepat dapatkan satu Maybelline Volum' Express The Falsies Big Eyes Mascara dengan harga RM 45.90 di mana-mana drug store berdekatan. Nanie yakin, korang pun akan rasa tak rugi untuk tambah koleksi make up ni! Sebelum terlupa, sekarang ni ada campaign Maybelline Big Eyes Mascara bersama dengan Lofalens. Mana tau korang ada rezeki. Cubalah ye...

  

Untuk maklumat lanjut boleh klik link-link di bawah :


Facebook Maybelline Malaysia :

Website :

Instagram :



Sunday, September 21, 2014

Celebritylass Master Odourless : Hilangkan Bau Badan Dalam 3 Saat!

Assalamualaikum semua

Kalau sebelah petang, Nanie macam berat hati sikit nak gunakan public transport. Bukan apa, biasanya dalam lrt atau bas, waktu petang macam-macam bau ada. Alamak, Nanie memang lemah sikit ni bila ada bauan yang kurang menyenangkan. Lagi-lagi bau badan... rasa macam tak selesa habis lah. Nak tutup hidung macam biadap pulak nampaknya. Kadang tu tahan nafas je lah. 


Bagi mereka yang mengalami masalah bau badan, Nanie nak cadangkan satu produk ni... memang ajaib jugak lah masa mula-mula Nanie cuba. Namanya Celebritylass Master Odourless. Pakar menghilangkan bau badan dalam masa 3 saat sahaja! 



Mesti macam tak percaya kan? Ye lah dalam masa 3 saat aje semua bau kurang menyenangkan dapat hilang. Macam mana ye? Celebritylass Master Odourless adalah formulasi terbaru nombor #1 Asia yang menggunakan bahan-bahan semulajadi berkualiti premium. 

Bahan-bahan : 
Tawas premium, Air Suling, Gabungan Pati Herba & Pati Mawar

Bagi mereka yang tidak tahu, tawas adalah kelompok garam yang biasa digunakan dalam taharah atau pembersihan dalam Islam. Tawas banyak digunakan dalam penjernihan air, penghilang bau badan, penawar untuk penyakit kulit malahan diakui dapat memberi kesegaran padan kulit. pH tawas adalah 8 dan menghampiri kepada pH natural yang sangat bagus untuk kesihatan kulit. 

Fungsi Celebritylass Master Odourless : 

  • Bahan cecair yang meneutralkan bau badan dengan cepat
  • Bukan deodorant atau minyak wangi kerana ia sendiri bersifat bebas bau
  • Hanya digunakan sekali dan tahan sepanjang hari
  • Bersifat anti septik dan menghilangkan kotoran pada badan
  • Boleh memutihkan kulit di bahagian yang berkenaan
  • Kekalkan kesegaran untuk 24 jam


Bagaimana Nak Gunakan Celebitylass Master Odourless? 





Pengalaman Sendiri 


Bagi Nanie sendiri, Nanie bersyukur Nanie bukan jenis orang yang ada masalah bau. Tapi tak salah kan untuk cuba produk ni. Ye lah, walaupun takde masalah bau badan... dengan Celebritylass Master Odourless keyakinan Nanie untuk sepanjang hari dapat dikekalkan. Lepas mandi tu, terus cepat-cepat Nanie sapukan Celebritylass Master Odourless pada badan. Tak melekit dan mudah menyerap sebab ia adalah air. Insya-Allah kalau diamalkan, kesegaran badan dapat bertahan sepanjang hari dan bebas melakukan sebarang aktiviti tanpa rasa was-was!

Harga sebotol (50ml) : RM 85 

Untuk dapatkan diskaun yang hebat, boleh contact pengedar di bawah. 
Siap free postage lagi...

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pengedar Celebritylass Master Odourless :

Along Ima

Telefon : 019 - 640 4110
IG : @sofiascbizz


Website Celebritylass Master Odourless :

Facebook :





Wednesday, September 17, 2014

Travel Blog Coklateyes ke China Bhg.2

Assalamualaikum semua

Memang niat Nanie nak cuba habiskan dan compile semua perjalanan Nanie ke China dalam blog. Part 1 dah publish (KLIK SINI), dan sekarang kita ke part 2. Sebelum Nanie cerita mengenai tempat-tempat menarik yang Nanie pergi, secara basic ada beberapa cabaran untuk Nanie sepanjang di China. 

CABARAN TERBESAR : MAKANAN HALAL 

Bagi Nanie sendiri cabaran terbesar di Beijing adalah dalam aspek makanan Halal. Sepanjang Nanie baca pengalaman dan tips-tips yang diberikan oleh para blogger yang pernah ke negara China, kata mereka makanan Halal lebih mudah dicari di Guangzhou kerana di kawasan itu lebih ramai muslim. Berbanding di Beijing, memang sangat susah nak jumpa restaurant Halal. Di sekitar Hotel Nikko New Century tu pun, ada empat je restaurant halal. Jadi kalau anda ke Beijing make sure bawak makanan seperti maggie, mushroom soup, tuna spread, biskut dan lain-lain. 

Tak sarankan beli kalau nak pergi travel. Tak sedap! ;(
Satu lagi tips, Nanie tak galakkan korang beli Brahim's ready meal macam yang Nanie beli atas ni. Maaf cakaplah memang sangat-sangat-sangat tak sedap. Nanie tak tahu lah rasa dia macam mana. Even, kat Beijing Nanie just guna sekotak je. Langsung takde rasa Malaysian food at all. Tak tahulah rasa dia apa. Plain gila. Dahlah mahal, sekotak RM 9. Kita kat negara orang lapar dan berharap dapat makan makanan 'rasa' Malaysia tiba-tiba hampa bila makanan langsung takde rasa. Better korang beli maggie aje. Menyesal Nanie beli banyak Brahim's Food ni. Harap pihak Brahim's do something lah. 


DAY 2  @ TIANJIN CITY & BEI DAGANG WETLAND


Kita teruskan pengembaraan. Hari kedua, kami semua dibawa ke Tianjin City kira-kira 3 jam perjalanan menaiki bas. Seawal 6.30 pagi semua dah kena berkumpul depan bas masing-masing. Ada 3 bas keseluruhan dan Nanie berada pada bas ketiga. Serba sedikit mengenai Tianjin City ni, ia merupakan antara 5 bandar utama di China. Perindustrian utama yang membawa naik nama Tianjin adalah melalui pelabuhan mereka. Bila terfikir bandar pelabuhan, dalam kepala Nanie dah terbayang macam mana sibuk dan tercemarnya bandar ni. Mesti banyak lori, asap dan hiruk pikuk kan? Tapi tidak....segala persepsi Nanie salah. 

Bandar Tianjin yang cool dan cantik 
Sungai yang dulu tercemar kini jadi tumpuan pelancong 
Ada orang memancing, berenang dan beriada di sungai ni
Bandar ni tidak sekotor yang dibayangkan. Malahan udaranya bersih dan bagus. Untuk pengetahuan korang, Tianjin City telah mengalami satu proses 'baik pulih' dan perancangan paling sistematik di dunia. Kerajaan tempatan Tianjin telah mengamalkan satu polisi penjagaan alam sekitar yang sangat berkesan dan bagus. Mereka mengamalkan pembangunan terancang yang mana ia lebih menjadikan bandar ini tersusun, seimbang pembangunan dan ekosistem serta maju dalam ekonomi juga.  

























Malahan yang paling Nanie impress, di Tianjin City ada sebatang sungai yang dahulunya tercemar teruk akibat aktiviti pelabuhan. Namun, dengan polisi penjagaan alam sekitar yang mereka gunakan, mereka dapat membaik pulih dan memulihara sungai yang tercemar tadi kepada sungai yang sihat dan bersih. Sehinggakan, sekarang ni sungai tersebut menjadi pusat aktiviti masyarakat setempat untuk beriadah. Bersihnya sungai tu sekarang sampai orang boleh berenang dengan bahagianya! Memang terbaik. 


Selepas melalui kawasan perindustrian tu, kami dibawa ke Tianjin Urban Planning Exhibition Hall yang mana ia merupakan satu muzium miniature yang mepamerkan keseluruhan perancangan bandar Tianjin. Dekat situ memang boleh nampak bagaimana perancangan bandar yang bagus dan sempurna menjadi nadi penggerak keseimbangan pembangunan antara kemodenan dan alam sekitar. 


Miniature ni akan bercahaya bila ada showcase di skrin besar. Dia akan highlight kawasan mana yang sedang diceritakan dalam skrin. Memang cantik dan sangatlah mengagumkan cara showcase mereka. Bandar Tianjin sangat cantik! 




Pembangunan yang terancang ni sebenarnya memberikan impak yang positif kepada semua pihak. Sebab tu lah, adanya kursus perancangan bandar di universiti. Baiklah untuk kes sungai yang tercemar tadi, salah satu polisi yang mereka gunakan adalah dengan mengalihkan semua kilang-kilang di tepi-tepi sungai tu, ke satu kawasan perindustrian. Secara tak langsung, bila polisi tersebut dilakukan, sungai kurang tercemar dan mudah untuk dirawat. 




Selepas dah ronda satu Exhibition Hall, kami dibawa pula ke Bei Dagang Wetland kira-kira 1 jam setengah dari Tianjin City. Bei Dagang Wetland merupakan satu kawasan luar bandar yang memang dijaga dan dikawal pembangunan mereka. Kawasan wetland merupakan kawasan yang terbaik dalam penyeimbangan ekosistem. 


Kawasan wetland ni tak boleh langsung dijalankan sebarang aktiviti pembangunan. Kerajaan tempatan telah menggubal satu garis panduan setakat mana pembangunan dibenarkan di kawasan ni. Segala sumber yang ada di sekitarnya juga turut dijaga dan dikawal supaya tidak kehabisan.

Kawasan perlindungan wetland
Selain daripada memberikan habitat pada tumbuhan dan haiwan, penduduk setempat jugak mendapat hasil dengan bercucuk tanam. Seperkara yang Nanie perasan, orang China ni memanfaatkan tanah. Walau kecik mana tanah tu, tetap mereka rajin mencari hasil tanah. Tanam macam-macam tumbuhan dan semua tu boleh dijadikan sumber ekonomi. 

Tanam pokok bawang

Gunakan angin dapatkan tenaga elektrik 

Malahan di Bei Dagang Wetland ni jugak, mereka membangunkan sumber tenaga angin bagi mendapatkan tenaga elektrik. Dengan cara ni, ekosistem mereka masih terbela dan selamat. 

Bagus kan Tianjin City ni. Perancangan bandar yang bagus adalah kunci kepada keseimbangan ekosistem sesebuah kawasan. Nanie harap dengan perkongsian sebegini, buat student yang ambil perancangan bandar, korang boleh apply dan cuba cari satu solusi yang bagus supaya kepesatan pembangunan tidak mengganggu alam sekitar. 

Hari seterusnya Nanie kembali semula ke Beijing dan melawat Beijing Olympic Park. Itu lagi lawa! Dengan cuaca sejuk, dengan pemandangan cantik... memang tak sabar Nanie nak kongsi perjalanan kat situ. Dan ye, perjalanan dalam Beijing Olympic Park sahaja memerlukan Nanie berjalan kaki sekitar 2 jam setengah. Lenguh kaki den! Tapi worth it :) 

tungguuuu....



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork