Monday, October 20, 2014

Khas Buat Sabby Prue, Sabrina Tajudin & Wiida Ribbon

Assalamualaikum semua

Pada awalnya Nanie masuk dunia blogger ni, Nanie sorang aje. Takde pernah kenal mana-mana blogger. On that time, Nanie sentiasa yakin kalau kita punya niat baik dan kalau kita sentiasa buat baik pastinya orang-orang yang baik juga Allah berikan pada kita. Dan Alhamdulillah, sepanjang Nanie dalam dunia blogger... belum pernah sekali pun Nanie berdepan dengan sebarang konflik sesama blogger. Nanie syukur sebab semua blogger boleh terima Nanie dengan baik, dan beri layanan yang baik pada Nanie. Begitu juga layanan Nanie pada mereka. Sentiasa Nanie hormat dan jaga adab bersama mereka. 



Mana yang biasa baca blog Nanie atau pernah jumpa Nanie kat mana-mana event memang akan tahu Nanie rapat dengan 3 orang yang memang top of the list dalam hidup Nanie.  Kata orang yang sekepala sangat lah. Yang faham kita luar dalam. Boleh menggila, boleh menangis, boleh ketawa, boleh buat apa pun sama-sama. Pada Nanie mereka bertiga ni buatkan Nanie senang bila bersama. Bila Nanie mintak pandangan atau pendapat mereka sentiasa ada. Syukur sangat semangat, minat dan hala tuju kami hampir sama. Mungkin sebab tu lah kami boleh sekepala. 

Mereka adalah : Sabby Prue, Sabrina Tajudin & Wiida Ribbon

Satu-satunya gambar kami ber empat sama-sama

Nanie tak tahu nak mula dari siapa sebab pada Nanie sayang Nanie pada mereka semua sama rata. Takde kurang takde lebih. Mereka semua adalah antara orang-orang yang banyak berjasa dalam jatuh bangunnya Nanie dalam dunia blogger. Satu per satu hari yang Nanie lalui banyak betul rujukan, nasihat dan kata-kata semangat yang datang dari mereka. Kami bertiga sentiasa bertanya, sentiasa dekat dan sentiasa ada untuk satu sama lain. Tanya ajelah apa sahaja, Insya Allah respon mereka memang menyenangkan hati. Membantu mana yang mampu. Memberi dengan seikhlas hati. 





Pada awal Nanie join Butterfly Project, Nanie jumpa Kak Sabby. Kakak yang Nanie bajet dia baru belasan tahun. Sumpah! Kak Sabby sangat forever-young dan sebab tu lah Nanie kalau jalan dengan dia, kena jalan jauh sikit. Sebab dia tu kecik comel. So orang nampak Nanie yang macam giant! Hahahah. Tapi kau, kecik comel dia... pembuli nombor satu tau. Nanie dengan Sabrina Tajudin dah faham sangat dah kalau naik kereta dengan dia. Membebel pok-pek-pok-pek macam-macam. Walaupun bebel-bebel dia, sebenarnya dia seorang yang sangat prihatin dan kuat semangat. Macam-macam benda yang dia dah lalui dalam hidupnya dan segalanya dia atasi dengan tabah. Tegas dengan pendirian, manja dan selalu beri nasihat pada adik-adik dia ni. Ye lah, dia tahu adik-adik dia ni semua tengah mencari hala tuju hidup kan? Kak Sabby seorang yang peramah dan so stylo. Nanie banyak belajar jadi confidence daripada dia. Beri sokongan yang padu buat Nanie untuk yakin dengan diri sendiri. Jadi penasihat untuk segala aspek dan caring dia... jangan cakapla! 

Kini : Busy for her 'big day' dan juga her Little Bakerina. Nak kek sedap, pergi order dengan Kak Sabby. Sebut nama Nanie 3 kali, nanti dia bagi diskaun. heheheh



SABRINA TAJUDIN @ http://www.sabrinatajudin.com/



Allah! Yang ini kau tak payah cakap lah. Satu kampung dengan Nanie. Orang Johor. Sabrina Tajudin ni masa awal-awal Nanie jumpa dia, Nanie ingatkan dia ni sombong. Nanie dah pernah baca blog dia sebelum jumpa dia lagi. Memang impress dengan kekreatifan dia dan seni yang dia miliki. Sabrina Tajudin lebih dari segalanya! Seorang gadis yang punya hala tuju, motivasi yang tinggi, cita-cita dan masa depan yang sangat cerah. Kuat berusaha dan tak pernah sekali mengalah. Sampai sekarang Nanie masih ingat kami sama-sama pillow talk masa trip ke Langkawi. Baring sebelah-sebelah sambil cerita semua benda. Kami mesra macam adik beradik. Bila Nanie nak tahu pasal segala macam benda, Sab jawab dengan jujur. Kalau dia tahu, tak pernah sekali dia lokek beritahu. Sentiasa menyenangkan semua orang sekeliling dan sangat humble! I miss you, Sab!

Kini : Berada di JB lepas graduate dan busy dengan The Project B! Yes, tak sabar ye Nanie tunggu Project B. Sebab dari awal, memang Sab selalu bercerita dan minta pandangan untuk her project. So, keuntungan bahagi dua ye Sab! hehehe



WIIDA RIBBON @ http://www.wiidaribbon.com/


Budak perempuan paling hot antara ramai-ramai kawan blogger Nanie. Kalau tanya Nanie, sum up Wiida Ribbon in 3 words, she is CHEEKY, LOVABLE & CUTE! Of course lah, si kecik molek Wiida ni untuk Nanie macam adik yang sangatlah manja! Sebagai kakak pada Wiida, ecewah... Nanie sentiasa jaga Wiida. She is plain! Tapi dalam plain-plain dia... ha kau... pecah rekod kot. Menang Maybelline Contest sampai pi New York. Wiida sentiasa jadi perhatian. Tak kira dari budak sampai abang budak, kepada bapak budak. Jalan dengan dia, kita kena get ready dengan mata-mata orang yang memandang dan merenung. Wajah iras-iras Nora Danish dia tu yang buat orang geram. Nanie sendiri kadang rasa nak cubit je dia, sebab comel sangat. Hahahah. Wiida ni pun macam Sab dan Kak Sabby. Selalu buat orang senang bila dengan dia. Membantu semana yang dia mampu dan paling Nanie terharu, mana je Wiida ni pergi... dia sentiasa ada sesuatu untuk Nanie. Dia selalu cakap, Kak Nanie sentiasa ada dalam hati kita tau! Awwww..... so sweet sayang! 

Kini : Baru melancarkan Makeup Crime. Business Online Makeup yang power. Hasil kolaborasi Wiida dan bff nya. Semoga berjaya dan memang Nanie yakin, kepakaran Wiida dalam bidang makeup membawa hasil kepada dirinya! 





Secara jujur, Nanie bersyukur sangat-sangat bila Nanie dipertemukan dengan 3 gadis ini. Semua mereka menerima diri Nanie seadanya. Mereka sentiasa beri keyakinan pada diri Nanie untuk jadi lebih baik dari sehari ke sehari. Apa sahaja yang mereka rasa baik untuk Nanie, mereka akan sokong. Apa yang mereka fikir tidak sesuai, mereka akan beritahu. Nanie dapat rasakan, mereka berkawan dengan Nanie tanpa sebarang 'hidden agenda'. Nanie perlukan kawan yang sebegini. Kawan yang jujur dan ikhlas menerima kekurangan Nanie. Bukannya kawan yang sekadar perlukan Nanie bila diri berada dalam kesusahan. Nanie perlukan teman yang macam ni untuk ada disisi sepanjang jatuh dan bangunnya Nanie. Dan Insya Allah, Nanie cuba jadi yang terbaik untuk mereka juga! 



Kalau Nanie nak cerita setiap satu yang Nanie lalui bersama mereka bertiga rasanya memang makan berhari-hari. Cukup Nanie katakan Nanie rasa terlalu bahagia dan gembira setiap kali Nanie disamping mereka. Dan sungguh, Nanie sentiasa letakkan mereka nombor satu dalam carta hati Nanie sebab insan sebegini yang buat Nanie lebih bermotivasi dan terinspirasi! 





Terima kasih Kak Sabby, Sab & Wiida untuk segala kebaikan yang anda semua berikan! Nanie tak dapat janji untuk jadi yang baik, tapi Nanie yakin yang Allah temukan kita untuk satu kebaikan! 

 *touching tak? heheheh* 





Friday, October 17, 2014

The Picnic Table : Impian Buka Cafe Menjadi Realiti!

Assalamualaikum semua

Seawal 2012 lagi, Nanie dah pernah tulis satu entry untuk miliki sebuah cafe (KLIK SINI). Masa tu memang Nanie tak pernah sangka dan tak pernah fikir macam mana cara nak bukak cafe sendiri. Cuma masa tu Nanie jatuh cinta dan terbayang untuk mendekorasi sendiri sebuah cafe yang cosy, selesa dan sangat friendly-user. Walaupun makin lama, nampak gaya keadaan seolah tidak mengizinkan... tapi jauh di sudut hati Nanie memang pasang impian besar untuk ada sebuah cafe sendiri. 

Dan akhirnya... tanpa diduga, tanpa disangka, dan tanpa Nanie bayangkan sendiri. Impian itu menjadi kenyataan tak lama lagi. Alhamdulillah di tahun 2014, sebuah cafe bakal menjadi realiti. 

Tinggal masuk furniture dan deko, lepas tu siap! 


The Picnic Table by Simply Sandwiches menjadi antara projek besar dan projek yang tak pernah Nanie duga. To be honest walaupun Nanie bukanlah pemiliknya, mahupun Nanie bukanlah orang yang bertungkus lumus menjadikan ianya sebuah realiti... tetapi menjadi sebahagian daripada keluarga Simply Sandwiches membuatkan semangat Nanie untuk miliki sebuah cafe membara kembali. Dan Simply Sandwiches menjadi satu inspirasi. Mana tahu, daripada belajar uruskan cafe ni, satu hari nanti Nanie boleh bukak cafe sendiri? Kan bagus tu? heheheh... 



Alhamdulillah. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap hamba-Nya. Perkenalan Nanie dengan CEO Simply Sandwiches kira-kira dua tahun lepas  melalui entry ini (KLIK SINI)  menjadi titik permulaan segala-galanya. Nanie lihat sendiri bagaimana mereka melangkah lebih jauh menjadikan Simply Sandwiches sebagai satu label yang dikenali ramai. Melihat sendiri bagaimana mereka mengurus dan menapak melebarkan sayap menjadi sesuatu yang "MUST TRY" dan Alhamdulillah sekali lagi, sebuah cafe dengan label "The Picnic Table" menjadi realiti di akhir Oktober ini. 

Inspiration kami...

Berkonsepkan "indoor picnic", The Picnic Table membawakan kelainan kepada anda. Sebuah cafe yang bakal memberikan anda pengalaman 'picnic' sebenar dengan menghidangkan makanan yang 100% berkhasiat dan pastinya lazat. Even, Nanie sendiri tak sabar nak tengok orang lepak dan picnic dalam cafe tu! 

Cool kan lepak macam ni? Nak baring pun boleh... hehehe

Insya Allah end of October, The Picnic Table bakal dilancarkan. Sebagai sebahagian daripada team Simply Sandwiches, Nanie alu-alukan sangat kehadiran korang ke The Picnic Table ni. Dari semasa ke semasa, Nanie akan update lagi mengenai The Picnic Table. Nanie akan cerita mengenai menu mereka, dekorasi dalaman dan mungkin promosi yang ada! Ha... tunggu ok! Dan... doakan moga Nanie berjaya uruskan projek mega ni dengan jayanya! Woohooooo ;) 


Lokasi : Berhampiran Encorp Strand Mall, Kota Damansara.  *tak jauh dari butik Ash&Annas, The Vendeur Festival, Farah Iskandar, Neng Guelis dan lain-lain. 




Wednesday, October 15, 2014

Pengacara Majlis Untuk Hanis Zalikha Birthday Surprise

Assalamualaikum semua


Minggu lepas memang agak pack jugak lah schedule Nanie. Tambah pulak bila Nanie dah mulakan 'hidup' baru. Insya Allah nanti Nanie update. Dan minggu lepas jugak ada satu tugasan khas yang Nanie kena buat iaitu jadi pengacara majlis untuk surprise birthday party Hanis Zalikha. 

Wishing Wall for Hanis Zalikha. Semua pakat tulis ucapan kat situ je!
Haaaa kau rasa tak cuak? Ye lah, Hanis Zalikha kot. Walaupun Nanie pernah jadi emcee depan kenamaan lain, tapi untuk selebriti belum pernah lagi. Ni kira pengalaman pertama lah. Tambah pulak ia adalah surprise party dan turut dibuat sekali untuk penggambaran Raikan Cinta Episod Khas. Mula tu macam malu dan rasa segan jugak lah. Tapi Nanie just fikir positif and cuba buat sehabis baik. 

  

Nanie memang tak pernah jumpa Keknis. Pernah lah baca blog dia sejak dari sebelum dia jadi selebriti lagi. Apa yang boleh Nanie katakan, dari aspek penulisan Hanis Zalikha, dia seorang yang cheeky dan pandai deliver point secara sempoi. Lawa tu jangan cakaplah, memang tak dinafikan lagi. Bukan Hanis je lawa, satu keluarga dia lawa. Mak dia lagi superb-lawa! 


Hari tu Nanie datang awal sikit. Event start dalam pukul 8.45 malam. Nanie dijemput oleh salah seorang team pukul 5.30 petang. Walaupun nampak event macam simple, tapi disebabkan ini 'secara kejutan', macam-macam perkara boleh berlaku. Mana tahu, tiba-tiba Keknis ada urgent meeting ke. Tiba-tiba Keknis shooting habis lambat ke. So, semua berdebar lain macam. 

Team yang sedang gigih menghias Ruang, Subang Jaya
Alhamdulillah team Kelab Keknis yang terdiri daripada para peminat beliau sangat-sangat bagus dan membantu. Seawal Nanie sampai lagi mereka sedang bertungkus lumus nak hiaskan hall di Ruang, Subang Jaya kepada satu hall yang bertemakan ala-ala sweet gitu. Malahan, mereka juga brief Nanie dengan baik. Senang kerja dengan orang yang mudah membantu ni kan? 


Rezeki Hanis Zalikha sebagai selebriti, ramai betul yang sponsor Majlis Hari Jadi beliau ni. Daripada makanan, goodies, photographer, kek semua bagai di sponsor! Untungnya badan. Itu lah orang kata, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu kan. Dari seorang gadis blogger biasa, Hanis Zalikha melangkah menempa nama dalam bidang yang lebih luas!  Lebih kurang pukul 9.00 tu, Keknis datang. Memang terkejut betul lah dia. Sebab kami ramai-ramai duduk dalam gelap. Dia bukak je pintu, semua dok pakat jerit Surprise kat dia. Hahaha. 

 

  

Kek Hari Jadi Keknis malam tu dibuat khas dengan memakai gaun yang sebijik macam Hanis pakai. Memang cantik lah. Sedap pun boleh tahan jugak sampai rasa sayang gila kot nak makan kek tu. 


Family Keknis pun ada sama meraikan majlis. Alhamdulillah menjadi jugaklah buat kejutan pada Hanis. Dia punya terkejut nasib baik tak sakit jantung. Sempoi je pakai baju ala-ala Barbie Doll dengan selipar. Hahahaha. 


Lepas dah setel dengan kejutan dan video. Tugas Nanie bermula. Malu jugaklah bila banyak sangat kamera yang memandang. Ada yang merakam semua kan. Tapi Nanie kena control semua nervous tu. Barulah lancar segala yang dirancang. 


Bukan tu aje kejutannya. Kejutan kedua adalah bila Tam Spider turut serta dalam surprise celebration ni. Aduhai. Bukan Hanis je minat Tam, Nanie pun minat sama. Suara dia sedap woh! Jadi untuk menambah kejutan, Tam menyanyi lagu favourite Hanis secara unplugged. Nanie tolong pegangkan mic aje untuk Tam. Tapi meremang dia dengar suara Tam... macam nak cair kat sebelah! Awwwwww


Alhamdulillah, malam tu Nanie berjaya selesaikan tanggungjawab dengan baik. Nanie cuba sedaya upaya untuk jadikan malam tu bermakna buat Hanis dan para peminatnya. So far, Alhamdulillah juga bila team KelabKeknis dan Hanis sendiri berpuas hati dengan tugasan Nanie. 



Sebagai pengacara, ada banyak perkara yang perlu kita siap sedia. Lagi pulak bila ia melibatkan kejutan, selebriti, dan audiens yang ramai. Walaupun ni first time Nanie handle surprise party, semuanya berjalan sebagaimana yang dirancang. 

 

Buat Hanis Zalikha dan team Kelab Keknis, Terima Kasih banyak-banyak sebab beri peluang dan mempercayai Nanie untuk menghidup dan menceriakan suasana majlis. Nanie mohon ampun maaf kalau ada silap dan salah. Yang terkurang itu datangnya dari kelemahan Nanie sendiri. Walau apa pun, Nanie sangat enjoy malam tu! Terima kasih semua :) 

Ehem, nak promote sikit lah. Kalau korang memerlukan khidmat pengacara, boleh contact email pada Nanie : innanie.ariffn@yahoo.com @ whatsapp 014-9658519 


Monday, October 13, 2014

Fit For Fashion : Rancangan Realiti TV Baru Yang Penuh Inspirasi!

Assalamualaikum semua


Nanie paling suka tengok reality show. Ye lah dah nama pun reality show kan, mesti bukan lakonan. Jadi secara tak langsung banyak perkara yang boleh kita belajar dari reality show. Bercakap mengenai rancangan realiti, baru-baru ni Nanie menghadiri satu perasmian untuk rancangan realiti tv "FIT FOR FASHION" yang bakal menemui anda semua bermula 16 Oktober 2014 ni. 


Simon Flint, CEO Fitness First Asia memberitahu hasil kolaborasi Fitness First dan Imagine Group (yang merupakan antara produser pelbagai realiti tv show yang hit), Fit For Fashion memberikan para peserta yang telah terpilih dalam rancangan ini untuk mengikuti latihan dan modul senaman yang inovatif daripada Fitness First sendiri.

Manakala menurut Riaz Mehta pula, Presiden dan Penaung Imagine Group berkata dengan realiti tv ini, 12 orang peserta lelaki dan perempuan akan ditransformasi kepada seorang yang bergaya, berketerampilan menarik serta berkeyakinan tinggi. Untuk itu, bagi merealisasikan kesemua matlamat tersebut, The UK Government's GREAT Britain campaign telah menaja para peserta dari elemen fesyen dan gaya mereka melalui para penaja seperti Clark, British Airways, Ted Baker, Debenhams, Fred Perry, Reebok dan banyak lagi.

Antara ahli Fitness First yang berjaya mengubah bentuk badan mereka dan tampil menawan


FIT FOR FASHION 

  

Fit for Fashion merupakan rancangan realiti tv pertama yang menggabungkan aktiviti fitness dan fashion. Bakal menginspirasi para penonton dengan menggalakkan mereka untuk melakukan senaman dan menjalani gaya hidup sihat. Di host kan oleh TV Host dan fashion journalist terkenal, Louise Roe.

    

Daripada penerbit beberapa rancangan realiti tv hit yang sama seperti The Contender Asia, The Biggest Loser Asia, The Challenger dan The Apartment, Fit for Fashion juga turut menggabungkan para peserta dari seluruh Asia dan bakal disiarkan di Star World bermula 16 Oktober ini. Dengan menawarkan hadiah berjumlah US$ 100,000 kesemua para peserta bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gaya dan keterampilan yang menarik serta kesihatan yang berkualiti.


Matlamat lain rancangan Fit for Fashion adalah dalam memberikan suntikan keyakinan diri, tenaga dan personaliti yang menarik kepada para peserta seterusnya memberikan kualiti kehidupan yang baik kepada mereka.

  

Para peserta Fit for Fashion adalah :

  • Vannessa Ammann, 25 (Fillipina) 
  • Fred Burnard, 36 (Fillipina) 
  • Citira Corrigan, 33 (Indonesia)
  • Jerald Foo, 27 (Singapore)
  • Chelsey Hall, 27 (Fillipina)
  • Matthew Kosub, 28 (Australia)
  • Andrew McCarthy, 26 (Hong Kong)
  • Shiva Nithiabala, 37 (Malaysia)
  • Kristina Pakhomova, 22 (Singapore)
  • Rusty Thompson, 32 (Fillipina)
  • Hema Lata Veerasamy, 25 (Malaysia)
  • Ming Wolf, 19 (Singapore)

Rancangan ini terdiri daripada 12 orang peserta yang mewakili negara masing-masing (2 orang daripadanya mewakili Malaysia). Setiap minggu selama 10 minggu, para peserta akan berdepan dengan ujian fizikal dan ketahanan mental yang diberikan oleh trainer mereka. Selepas ujian fizikal tersebut, mereka dikehendaki untuk berphoto shoot sesuai dengan tema fesyen mingguan dan menampilkan gaya yang meyakinkan. Mereka yang kurang menyerlah akan disingkirkan dari minggu ke minggu.

  

Sepanjang 10 minggu itu para peserta akan diberikan 'fitness advice' daripada dua orang pakar trainer kesihatan terkenal iaitu Christine Bullock dan Mitch Chilson. Mereka juga akan menggunakan program prinsip training yang inovatif daripada  Fitness First bagi mendapatkan satu gaya hidup yang berkualiti dan personaliti yakin di hadapan orang lain. Manakala bagi nasihat fashion daripada stylist, photographer dan designers, Todd Anthony Tyler

dari kiri :
Todd Anthony Tyler (Photographer & Fashion Stylist), Christine Bullock (Personal Trainer) & Mitch Chilson (Personal Trainer)

Semasa majlis pelancaran tu, Nanie dan kawan-kawan  media yang lain diberikan peluang untuk menonton episod pertama mereka. Penggambaran untuk rancangan Fit for Fashion ni dilakukan di sebuah private beach di Tanjong Jara, Terengganu. Aduhai, memang sangat cantik pemandangan yang ditunjukkan. Bangga sekejap Nanie bila orang luar pun memuji pantai Malaysia. 

Untuk episod pertama tu sendiri, bila Nanie tengok memang betul-betul excited. Banyak perkara baru yang ditonjolkan dan secara tak langsung mengenal para peserta itu sendiri. Bayangkan first episod pun dah buat Nanie tak berkelip mata melihat kesungguhan mereka. Memang tak sabar lah nak tunggu episod-episod seterusnya. Tak sabar siapa yang boleh transformasi diri mereka kepada seorang yang fit dan bijak berfesyen! 


Rasanya seluruh rakyat Malaysia kena sama-sama tonton rancangan Fit for Fashion ni tau. Bagi Nanie sendiri, lepas menonton episod pertama tu, keterujaan untuk amalkan gaya hidup sihat meningkat. Ye lah sekarang ni, ramai orang berfikir bila kurus itu sihat. Tak betul! Untuk sihat tak semestinya kena kurus. Apa yang penting adalah bagaimana kita mengenal dan mengetahui tahap kecergasan dan metabolisme badan kita. Dalam rancangan Fit for Fashion ni jugak, ada banyak tips dan nasihat yang diberikan oleh pakai trainer dan fashion kepada penonton. 

Jadi, untuk tahu lebih lanjut mengenai Fit for Fashion, anda boleh klik link di bawah dan jangan lupa saksikan di Star World : 


Website :

Facebook : 

Twitter :

Instagram :
#fitforfashion #exerciseyourright 

First Episode :
16 Oktober 2014 @ Star World 


Thursday, October 9, 2014

Bunga Hati Blogger Terkenal Nadia Farahida

Assalamualaikum semua

Macam usia Nanie sekarang ni, Nanie tengok ramai jugak kawan-kawan yang bukan sekadar dah mendirikan rumah tangga malahan dan pikul satu lagi tanggungjawab iaitu bergelar seorang ayah dan ibu.  Nanie pernah terbaca lah, lengkap hidup seorang perempuan itu bila dia punya anak. Nanie tak nak komen apa-apa sebab pada Nanie kesempurnaan dalam hidup tu bukan sekadar dari aspek tersebut. Ada banyak lagi kan? 

16 September lepas, Nanie berkelapangan melawat Bunga. Wait! Bukan Bunga Citra Lestari ye! Tapi ini Bunga yang baru keluar dari oven. Bunga yang ditunggu sekalian alam. Bunga yang menjadi penyeri dua hati. Bunga yang menjadi pujaan dua famili. Ecewah, bersajak pulak aku! Kehkehkeh. Dia adalah Nik Adelia Syazwina Binti Nik Asyraf Syafiq. Amekawwww nama dia. Nasiblah laki kau besok, Bunga! Hehehehe. 

                                                                                                                               
Mana yang tak tahu, Bunga adalah puteri kepada blogger terkenal, Kak Ya atau Nadia Farahida (KLIK BLOG SINI) dan Abang Syafiq. Actually kiteorang ni semua umur sama. Geng 89. Tapi disebabkan Kak Ya selalu feeling makcik-makcik jadi kita kekalkan panggil Kak Ya aje. Bunga, please panggil Kak Nanie ye. Jangan panggil auntie pulak. Not so-in-trend lah dik! heheheh *perasan muda* 

back to 2012

Nanie memang dah lama baca blog Kak Ya dan Alhamdulillah tahun 2012, kami dipertemukan dalam satu photoshoot (KLIK SINI). Photoshoot suka-suka aje. Boleh bayangkan tak macam mana blogger yang first time jumpa tapi kepochi dia macam kenduri kendara riuhnya! Hahaha. Kat situ lah jumpa semua kakak kesayangan Nanie. Kak Nory, Kak Ieda, Kak Ieza, Kak Mila dan Mek Onie. Ugh, menggamit memori betul lah! 

 

Waktu jumpa dulu, semua belum jadi ibu-ibu. Masih boleh lah melompat girang, ketawa berdekah bak remaja belasan tahun. Tapi kini, Alhamdulillah Kak Ieza, Kak Nory dan Kak Ya dah ada baby. Dah jadi mak orang. Kak Ieda dan Kak Mila pulak coming soon! Sama-sama doakan mereka ye. Amin.... 

                         

Berbalik pada kisah Si Bunga, secara peribadi Nanie tahu, Bunga amat bermakna pada hidup Kak Ya dan Abang Syafiq. Nak dapatkan Bunga, penantian mereka mencapai angka 4 tahun. Satu yang Nanie kagum pada pasangan ni, keduanya memang sangat gigih dan berusaha penuh untuk dapat zuriat. Nanie tak nafikan, memang persepsi orang banyak yang negatif bila lama tak dapat baby kan? 

           
Sebab mak Nanie pun dulu macam tu. Nak dapatkan Along, tunggu 4 tahun jugak. Mak sendiri cerita, ada kawan-kawan mak yang bercakap, ada jugak sedara mara yang bertanya. Tapi mak dan ayah Nanie positif je waktu tu. Sebab mereka yakin "rezeki Allah diberi tepat pada masanya, dan Allah memberi pada hamba-Nya yang meminta!" 

Bunga, ini KAKAK Nanie ye. Bukan Auntie ok! Hehehe...

Kalau korang tak percaya, korang pergi selongkar blog Kak Ya, macam mana dia berusaha untuk dapatkan Si Bunga ni. Macam-macam yang dicuba dan macam macam cara. Alhamdulillah, akhirnya Bunga lahir ke dunia. Sihat, cantik dan sempurna. Moga-moga begitu juga akhlak dan peribadinya ye, Bunga!

Comel kan Candy Buffet Kak Ieda Baharum ni. Sila book beliau!


Majlis Kesyukuran menyambut Bunga pada hari tu dibuat secara sederhana tapi meriah. Kak Ieda antara tetamu yang paling awal sekali sampai. Dia rewang katanya. Heheh. Rewang makan ye kak? Tak lah.. dia kan tokey coklat fountain. Jadi dia kena datang awal untuk set up air terjun coklat tu. Ha, ini satu lagi yang Nanie nak promote. Kalau korang cari Chocolate Fountain dan Candy Buffet untuk sebarang majlis, korang boleh contact kakak kesayangan Nanie ni, Kak Ieda. (KLIK BLOG SINI). Huh, memang puas hati betul lah. Nanie punya suka coklat sampai ambik coklat tu hirup kat mangkuk lagi. Kak Ieda guna coklat Beryls tau. So lazat!


Hari tu sempat jumpa Kak Nory (KLIK BLOG SINI) dan Kak Ieda je. Kak Ieza tak sempat jumpa. Kak Mila pulak out station ke Manila. Dah jumpa kan setelah sekian lama tak jumpa, kami semua riuh rendah lah. Lagi pulak dengan kehadiran Iqy, anak kak Nory. Lagi lah gamat dibuatnya. Nanie memang pantang sikit jumpa budak kecik. Habis budak tu Nanie gomol! Gewammmm... Nanie dah siap cakap dengan Kak Ya, kalau Bunga dah besar sikit, Nanie nak datang main dengan dia! Main dengan budak ni boleh release stress kan? 

Iqy, putera Kak Nory yang comel dia.. haih buat kakak geram babap montot dia!
Tu lah, bila throwback balik entry zaman dulu, semua kenangan dengan teman-teman blogger macam ni buatkan Nanie sebak sendiri. Bukan apa, semua banyak yang dah berubah. Dan Alhamdulillah semuanya berubah ke arah yang baik. Macam Nanie cakap tadi, rezeki Allah itu tepat pada masanya. 

Dan dengan prinsip itu jugak Nanie guna pakai dalam aspek JODOH. ;)


Doakan yang baik untuk Nanie. Ok! 



 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork