Assalamualaikum semua
Ramai orang beranggapan bila semakin meningkat usia, semakin kita menjadi matang. Supposedly memang macam tu lah. Bila kita makin tua, pemikiran dan perangai kita juga sepatutnya juga menjadi lebih elok dan lebih tua lah kan. Malangnya ada segelintir tidak begitu. Kesian jugak Nanie tengok bila umur dah tua perangai macam budak-budak. Siap kadang tu kalah budak lah perangai dia. Rasa macam nak lempang je pun ada. Hahahaha. Ganasnya aku!
Bila melihat perangai dan perwatakan sebegitu, mudah je Nanie fikir. You are an attention seeker, dude! Apa punya perangai lah nak melaga-lagakan orang, nak bagi orang bergaduh, tak boleh tengok orang lebih dari dia dan pelbagai lagi masalah dalaman budak ni. Apa sebenarnya yang kau nak? Apa yang kau cuba sampaikan pada orang sekeliling kau? Tak puas hati beritahu lah depan-depan. Tak suka cakap. Be a gentleman. Jangan jadi pengecut! Boo!
Nanie selalu ingatkan diri Nanie supaya berfikir sebelum bertindak. Beringat sebelum bercakap. Apa risiko dan side effect yang bakal berlaku sekiranya kita buat sesuatu perkara tu. Jangan pakai sedap mulut je cakap. Apa ingat orang takde akal ke nak berfikir mana betul mana tidak. Dari situlah kematangan seseorang diukur. Bukan sekadar angka umurnya sahaja tau!
Kematangan itu tidak bergantung pada sijil pelajaran apa yang kau ada. Kematangan itu bergantung pada macam mana kau uruskan diri dan perangai kau dalam menghadapi suasana sehari-hari bersama orang sekeliling kau. Tak dinafikan orang sekeliling kita kan rencam juga perangainya. Ada yang elok, ada yang tidak. Tapi yang kena bijak adalah kita. Kita yang kena tengok mana boleh ikut, mana tidak. Kena firm sikit dalam bertindak.
Kalau lah korang punya kawan yang macam tu. Yang jenis attention seeker, yang jenis suka lagakan orang sana-sini, korang cuba-cubalah nasihat dia. Sebab Nanie yakin, dalam mana sahaja komuniti memang menyampah orang batu api ni. Sebab dia seorang semua boleh bermasam muka. Semua boleh kacau bilau. Kesian kan orang macam tu, takde life langsung sebab dalam fikiran dia hanya cari jalan macam mana nak buat orang bergaduh. Mengadu domba tak habis-habis!
Sebagai manusia, kita perlu sentiasa cari jalan bagaimana untuk jadikan diri kita sentiasa lebih baik dari hari semalam. Tak perlulah melaga-lagakan orang lain. Jangan iri hati. Kalau kita nak sebagaimana yang orang lain ada, kita perlu berusaha. Sama-sama naik dan meningkat dengan dia. Bukan jatuhkan dia dan kita ambil kesempatan dari kejatuhan orang lain pula. Usahalah selagi mampu dan berfikirlah rasional serta matang. Kerana kematangan itu yang membezakan antara setiap sorang dari kita!
Ini sekadar peringatan sebagai seorang kawan. :)