Assalamualaikum semua
Wohoi, lamanya tak update blog. Almost 2 weeks dah. Hehehe. Bukan sengaja, tapi keadaan tak mengizinkan. Sejak mula bekerja ni, memang penat gila lah. Balik je rumah memang laptop Nanie pandang sepi je. Dalam hati kesian juga kat Blog Coklateyes sebab dah lama tak dimanjakan. So hari ni, masuk je office memang nak update blog.
Alhamdulillah, permulaan tahun 2015 Nanie bermula dengan sangat baik. Sekarang ni Nanie dah bekerja area Danau Kota. Ha, sapa-sapa yang dekat area KL Festival City Mall tu, meh lunch dengan Nanie. Hehehe.... Memanglah agak jauh, Bangsar-Danau Kota kan.. kena travel naik bas, naik train, naik teksi semua. Dalam train je 45 minit, tapi sepatah kata kawan Nanie, kita kena rasa penat untuk cari rezeki barulah barakah! Insya Allah.
Setiap kali Nanie penat, senang je Nanie fikir. Nanie akan ingat pada mak ayah Nanie. Sebab Nanie tahu merekalah sumber kekuatan untuk Nanie. Mereka menyokong dan sentiasa mendoakan Nanie berjaya dalam apa jua bidang yang Nanie ceburi. Dan Nanie juga yakin, kalau kita niatkan bekerja kerana Allah dan Rasul, kerana kedua ibu bapa kita... semua urusan memang lancar dan tidak membebankan kita.
Environment kerja Nanie Alhamdulillah bagus. Staff yang ada memang sangat membantu dan membuatkan Nanie selesa dan rasa semangat untuk bekerja. Insya Allah Nanie akan cuba lakukan tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan penuh dedikasi.

Bercakap pasal kerjaya dan blog, memanglah mula-mula rasa sedih juga sebab nak keluar dunia blog kan. Dunia yang berikan Nanie 1001 pengalaman manis. Namun, sebagaimana Nanie pernah beritahu dalam instagram, Nanie kena keluar dari comfort zone yang ada. Nanie kena explore dan mula target sesuatu yang luar biasa di tahun 2015 ini. Pengalaman dan exposure Nanie dalam bidang blog sepanjang 2014 sudah cukup membuatkan Nanie tersenyum bangga. Tapi, Nanie tak akan tinggalkan Blog Coklateyes. Ada masa, Nanie update lah! :)
Buat kawan-kawan yang masih dalam dunia blog, teruskan memberi inspirasi pada pembaca anda. Sekarang ni, blogger juga ada pengaruhnya tersendiri. Tak banyak sedikit, para pembaca di luar sana sentiasa mahukan 'sesuatu' daripada anda. Pandai-pandailah membawa nama baik anda di mata semua orang. Tunjukkan teladan yang baik dan sentiasalah berkongsi perkara yang baik dan positif. Nanie juga selalu jalan-jalan ke blog orang lain. Blog dan diri Nanie memang dah sebati dah. Jadi tak boleh nak dipisahkan!
Doakan Nanie sentiasa kuat dan fokus dalam bidang kerjaya Nanie. Nanie juga doakan semua pembaca blog Nanie berjaya capai azam 2015 dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Insya Allah kalau kita yakin dengan diri kita, semua perkara dipermudahkan.
#stayfocused
34 Inspirasi Dari Pembaca
alahaiiii~ good luck nanie! nanie boleh pergi jauh lagik! boleh! insyaAllah!
ReplyDeleteInsya Allah Kak Rara! Doakan ye ;)
Deletenanie,will miss u!!!!!!!!
ReplyDeleteHahahah tak payah rindu sangat lah! hahahaa miss u too Onie
Deletewahh.. tahniah kak and good luck jugak...
ReplyDeleteThank you so much dik! :)
DeleteAntara kerjaya dan blog, saya pilih dua-dua
ReplyDeleteSatu sebab punca rezeki,
Satu lagi sebab hobi yang dah sebati :)
Balik keje memang penat, tengok laptop pun takde perasaan nk on. Tapi, kadang-kala penat pun bukak jugak blog sebab nak update, haha.
Tu lah memang dah mula fikir umur 26 ni kena fokus nak buat yang mana. Memang sayang dua-dua lah! hehehe
DeleteGood Luck Kak Nanie!! Will always support you in whatever you do. InsyaAllah, Allah permudahkan semuanya :)
ReplyDeletethank you Ayeen! love u tooo
Deletekita sokong kak nanie 100% pasal bersusah payah demi nak kerja, cari sesuap nasi nak majukan diri. bila rasa "ya Allah kenapalah takde jalan senang" memang kena ingat sentiasa yang mak ayah kita dulu besarkan semua anak lagi susah daripada kita sendiri sorang-sorang nak pergi kerja. Good luck kak nanie, mieza sentiasa doakan yg terbaik untuk kak nanie ^_^ muahh sayang kak nanie!
ReplyDeleteSayang Mieza gak. Betul tu memang mak ayah kita banyak bekorban kan untuk kita. so this time kita pulak balas budi baik mereka
DeleteGoodluck with whatever you do Kak Nanie! Makesure you enjoy every moment and smile..
ReplyDeleteInsya Allah Piqa. Thanks for the doa! Akak pun doakan piqa~
DeleteAll the best Kak Innanie! <3
ReplyDeleteTerima kasih mira! love u as always!
Deletefaham sangat-sangat dilemma tu. kalau balik kerja tu memang kalau boleh tak nak pikir nak menhadap laptop dah. anyway goodluck kak nanie!
ReplyDeleteTu lah kan, niat kat hati nak sangat update blog tapi sampai je rumah melepek. hehehehehehehe
Deletethank u Anis for that good luck!
ni baru cantikkk. ;)
ReplyDeleteHahahaha mengada lah rozana!
DeleteGoodluck with ur working journey, sy pun dah lama x tulis blog sbb busy lol
ReplyDeleteBusy kan semua orang! good luck to u too dik!
Deletealaaaaa... baru nak kenal-kenal..
ReplyDeletehehehehee.... :)
apa-apapun Best Of Luck ok....
Boleh je nak kenal! no hal lah! haahahah thanks sayang!
DeleteHaha biasa la tu. Hah baru kau tau efek kerja nak update blog pun taboleyy. Bila mau lepak lagi
ReplyDeleteAlaaa kau ni, aku keje jauh. naik train, naik bas bagai tau! lepak? Anytime. movie yok. Taken 3
Deleteall the best girl! k lily miss you tau...
ReplyDeleteNampak kejayaan Nanie dari tahun lepas..menyerlah dan terus menyerlah dalam bidang yang Nanie suka. Alhamdulillah berkat usaha,doa dan confident Nanie sendiri tak kira dalam apa yang Nanie minat. You deserved it Nanie. Happy for you and All the best.. Anda seorang yang hebat dan semangat kamu yang boleh dicontohi :)
ReplyDeleteAll the best kak Nanie! Nanti Azwar duduk KL kita ketemu dong.. hahaha :)
ReplyDeleteawhhh.. kerja dah. besar dah die... hihihi.. nanie jom kita jumpa someday nak bagi wedding card ni :)
ReplyDeleteI love your desk... so nice!!! heheheh
ReplyDeleteparents definitely sumber kekuatan kan. semoga terus kuat kak nanie comel :)
ReplyDeletesincerely,
Najlaa 'Aqilah
Good luck Innanie =)
ReplyDeleteonce blogger...forever blogger..kekeke
ReplyDeleterase happy bila dpt share dgn org kan...danau kota dah dkt sgt dgn rumah...jemput singgah ;)))
Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!