Assalamualaikum semua
Selamat Tahun Baru! Semua masing-masing mesti ada azam baru kan. Moga-moga semua azam baru tu berjaya dicapai. Kini masanya untuk Nanie review Butterfly Beauty Box. Dalam box tu terdapat 10 produk kecantikan yang diberikan. Semuanya memang bukan calang-calang lah sebagaimana yang Nanie pernah beritahu dulu kan? Happy sangat bila bukak Beauty Box tu penuh macam-macam produk.

Produk pertama yang Nanie nak review adalah Shizens Lip Tatoo. Terima kasih banyak-banyak pada Shizens sebab sudi sponsor Lip Tatoo ni. Untuk pengetahuan korang, Shizens Lip Tatoo adalah antara star product daripada Shizens. Nanie pernah try masa Shizens buat show di Mid Valley dulu.
Baiklah, Shizens Lip Tattoo ni sebenarnya lebih kepada produk penjagaan bibir. Ia berfungsi sebagai lip gloss dan lip balm kepada bibir anda. Sebab tu ia bewarna putih sahaja. Bukan warna merah, pink atau sebagainya. Apa yang menarik, cecair putih ini akan memberikan sentuhan magik tatkala meliputi bibir anda!
Sebagaimana yang Nanie beritahu tadi, cecair putih tu akan bertukar warna tatkala menyentuh bibir kita. Shizens Lip Tattoo ini akan berubah kepada warna pink rose tone pada bibir. Ia seolah-olah mengikut warna darah dan menjadikan bibir kita tampak kemerahan secara semulajadi. Barulah naik seri wajah kan?
Daripada apa yang Nanie tahu, selain daripada memberikan warna merah semulajadi kepada bibir kita, ia juga memberikan kelembapan kepada bibir dan menjadikan bibir kurang garis halus. Sepanjang Nanie gunakan Shizens Lip Tattoo ni, Nanie suka dengan warna yang diberikan. Tak terlalu terang dan tak terlalu dull. Cuma kadang-kadang rasa melekit sikit lah. Tapi, dah namanya Lip Gloss kan, mestilah rasa melekit tu ada. Hehehe...
Dengan hasil yang diberikan serta fungsi untuk menjaga bibir kita, Shizens Lip Tattoo sememangnya bagus dan layak menjadi Star Product. Warna semulajadi rose pinknya memang cantik dan sangat sesuai dipakai untuk kegunaan seharian. Cuma Nanie nasihatkan pada pengguna muslim, selepas pakai Lip Tattoo tu masa nak ambil wudhuk kena gosok bibir sikit kuat-kuat ye. Bagi keseluruhan tanggal.
Pada pandangan Nanie produk ni agak mahal sedikit lah. Harganya adalah RM 168/stick. Tapi, kalau anda mahu rasakan sentuhan magik dari Shizens Lip Tattoo boleh je nak beli! Jadi, untuk maklumat lanjut, boleh ke :
Facebook:
Website :
30 Inspirasi Dari Pembaca
comey bibir tu..
ReplyDeleteHahaha sabar je Nanad ni tau! :)
DeleteRamainya dah review! Anis x smpat lagi nak buat blogpost, tgh exam skrg.. Try pun tak lagi lip tattoo ni.. Huhu
ReplyDeleteTak pe Anis... focus on exam dulu. Take your time ok! :)
DeleteWow, mahal juga yea tp nmpk menarik sbb ikut warna darah gitu.. hehe
ReplyDeleteYes Asyik. Agak lah mahal! heheheeh :)
Deleteokehh..Menarik ni..Boleh tukar-tukar warna.. Ehh, I mean dia tukar warna once sentuh bibir..hihii..
ReplyDeleteTapi stil wondering kenapa lip tattoo ehhh..pika dah bayang kan lukis tattoo dah dekat bibir tawww.. Eheee..
Maybe nama dia Tattoo because dia long lasting kot! ala-ala sekali pakai, kekal sampai mati gitu! hehehehe
DeleteI like..... memang bibir nampak pink lepas pakai lip tattoo ini ... tak payah lipstick lain dah
ReplyDeleteTu lah nampak natural kan!
Deletemahal tapi mungkin berbaloi. sy punya bibir mun jenis yg gelap. huhu. tunggu ada bajet lebih boleh try kot! :D
ReplyDeleteBibir gelap memang sesuai jugak guna ni... yes, kena menabung baru boleh beli. heheheeh mahai!
Deletesaya pun dah tattoo lip saya.
ReplyDeleteHahahah dah tattoo ye! aiyoooo
DeleteSuka la tapi tak sangka mahal harganya...
ReplyDeletemaybe because of the brand kot irna... hehehehe
Deletemasa Mieza dapat tahu harga Lip Tattoo ni, rasa macam nak terbeliak biji mata sebab mahal sangat XD now dah pakai beberapa kali, hmm no wonder la mahal sebab effects dia kan :) Mieza suka pakai Lip Tattoo ni sebab the pink shade it gives to my lips nampak sangat cantik ^_^
ReplyDeletesukaaaaa sangat lip tattoo ni! too bad so pricey sebab tu dah tak repurchase T_T
ReplyDeletesincerely,
Najlaa 'Aqilah
Tu lah harga pun mainkan peranan penting kan...
Deleteohh mahal juga harganya tapi berbaloi kan
ReplyDeleteso far berbaloi jugak lah rasa... hehehe
DeleteCantiknya finishing touch dia. Kira lain orang lainlah tone dia ye..
ReplyDeleteHa ah dia ikut tone bibir dan darah kita! :)
DeleteNice too meet you for second time <3
ReplyDeleteCantikkan Lip tattoo ni :)
MISS IKA'S BLOG
Harga boleh tahan.. Mampu tengok jelah.. Huhu..
ReplyDeleteRosmizaAliDotCom™
okay, girls girls sila beli 2 setiap seorang..
ReplyDeleteNantikan kita nyer review plak
ReplyDelete*melilau cari kengkawan yang sudi jadi model bibir*
uishhh, mahalnyaaaa~
ReplyDeleteMacam best untuk dicuba..warna dia cantik :)
ReplyDeletemaaf tumpang lalu...sy baru dok belek2 blog ni...byk info menarik! sy penah try lip tattoo sebotol ni tp kesannya bibir saya jadi semakin hitam dan gelap...soory to say jas my personal opinion sahaja :)
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!