Monday, January 19, 2015

Jalan-Jalan Penang : Part 1

Assalamualaikum semua

Dalam pada mula bekerja tu, dua minggu lepas tanpa dirancang, Nanie ikut bff Nanie balik kampung ke Penang. Hahahaha. Memang gigih sangat lah, lepas balik kerja terus pack barang dan bertolak malam tu jugak around 9.30 malam. Nanie memang dah lama sangat nak ke Penang. Last time Nanie pergi Penang mungkin umur Nanie sekitar 7-8 tahun je. So dah lebih 15 tahun tak ke sana. Untuk kali ni, Nanie ke ke Penang bersama Shakirin (orang Penang) dan Arief (orang Selangor). Mereka berdua ni lah BFF Nanie since zaman kampus lagi. 

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan menggunakan kereta. Sampai Penang dalam pukul 2 pagi macam tu. Untuk penginapan pula, Nanie tumpang tidur bilik adik perempuan Kirin. Alhamdulillah, memang rasa macam rumah sendiri lah sebab mak ayah Kirin sangatlah peramah dan baik hati. Memang rasa dah macam mak ayah sendiri pulak! Heheheh


Hari pertama Nanie di Penang, Kirin bawak Nanie makan Serabai. Sumpah, Nanie tak pernah tahu Serabai tu apa bendanya. Tak pernah dengar pun. Serabai adalah sejenis kuih tradisional orang Pulau Pinang. Dia rasa macam apam tapi masam sikit. Nak makan tu kena cicah dengan kuah kaya yang manis. Sedap! To be honest Nanie tak tahu kenapa namanya Serabai. T___T 


Lepas dah breakfast, Kirin bawak kami ke Rope Walk, Lorong Kulit. Katanya tempat ni memang jadi tumpuan pelancong dan peminat barangan antik. Sesampainya sana lebih kurang pukul 11 tu memang penuh kawasan tu. Di kaki-kaki jalan penuh berderet peniaga menghamparkan barang-barang rare untuk dijual. Ada kasut kulit, ada periuk tembaga, radio lama, tin biskut, merchandise coke, buku-buku dan macam-macam lagi yang Nanie boleh katakan semua benda tu mengimbau kenangan kita lah.


Dalam pada jalan-jalan di Rope Walk tu, Nanie terjumpa satu kedai yang jual barangan antik dan unik. Ada dua barang yang Nanie memang berkenan habis lah. Harga pun boleh tawar. Nanie berkenan sangat dekat penggantung baju berbentuk gajah yang diperbuat dari seramik. Harganya lepas ditawar Nanie dapat RM 7.


Manakala lagi satu, Nanie berkenan dengan kanta pembesar buatan tembaga dari zaman British. Pegh, memang cantik sangat. Siap ada sarung dia semua lah. Nanie geram je tengok. Harga pun sedang elok lah bawah RM 100. Tapi akhirnya Nanie sekadar beli penyangkut bentuk gajah tu. Sebabnya, tiba-tiba Nanie takut sendiri. Ye lah barang lama kan. Tak tau siapa punya. Kot-kot ada apa-apa ke. Tak ke huru hara nanti. Ke sebab Nanie diprovok tengok cerita ala-ala Jumanji dulu? Hahahaha.


Lepas habis di Rope Walk, Kirin bawak kami ke satu kawasan Bangunan British yang sekarang ni dah jadi deretan bank-bank di situ. Aduhai memang cantik sangatlah architecture dekat situ. Kawasan tu terkenal untuk orang buat photo shoot dengan tema ala-ala vintage gitu. Bangunan berelemen kan British di kawasan tu dijaga rapi dan dipelihara.



Kalau korang nak tahu, Nanie memang peminat Sejarah tau. Kalau Nanie jalan mana-mana, Nanie memang akan cari sejarah dan sosiologi masyarakat dekat situ dan kemudian Nanie akan relate kan dengan apa yang Nanie pernah belajar masa kat sekolah dulu. So, Penang ni kan banyak pengaruh British since satu masa dulu ia adalah tempat Residen dan Pembesar British, sebab tu lah banyak bangunan-bangunan kesan peninggalan British ada disitu. Dan ia juga adalah salah satu pusat pentadbiran British.




































Hahaha sempat gak lah posing sikit tepi bangunan cantik tu. Panas woi kat situ. Matahari terik habis. Dahlah lupa bawak sunglass. So Nanie pasrah je mata jadi kecik sebab terik matahari. Mujur sun block Nanie bawak ke hulu ke hilir. Jadi adalah protection untuk kulit Nanie. Kalau tak, mahu tak sun burn kan?


Next! Haaaaa dah berpanas tadi kan. Kami terus gerak ke Fort Cornwallis. Kawasan tu tepi laut. Jadi ia adalah bekas kubu tentera British. Boleh tengok lah macam mana strategiknya orang British ni letakkan set meriam dia. Betul-betul empat penjuru Fort Cornwallis tu.

we are together here! 


































yang kecik comel sebelah tu adik bongsu Kirin. 
































Selain daripada tu, yang famous lagi di kawasan ni adalah Mee Sotong dan Coconut Shakenya. Patutlah ramai orang. Rupanya ada daya tarikan makanan kat situ. Mujur ketika Nanie sampai situ, orang tak berapa ramai sangat. Mungkin sebab tengah hari kan. Jadi orang kurang. Tapi dalam kurang tak kurang tu, beratur jugaklah nak dapat makanan.


Nanie bukan penggemar sotong kembang. Jadi pada Nanie Mee Sotong kat situ biasa-biasa lah. Dan seperkara, ia pedas. Nanie kureng sikit kalau bab pedas ni. Hahahah. Tapi kalau Coconut Shake dia memang terbaik. Memang sedap nyum nyum lah! Harga pulak berpatutan. Nanie tak sure berapa, sebab Kirin yang bayar. Hahahah!


Perut pun dah kenyang, mata pun dah kuyu... korang rasa-rasa Nanie pergi mana lepas tu? Hahaha, yes kami balik rumah Kirin dulu. Disebabkan ngantuk teramat sangat since sampai Penang lewat malam kan, jadi kami decide tidur dulu tengahari tu untuk nap dan sebelah malam kami ke Persiaran Gurney untuk dinner. Ha, part ni pun best. Kami makan free woi kat Persiaran Gurney tu. Nak tahu kenapa? Tunggu next update lah. Boleh yer?


Memang Nanie enjoy lah jalan ke Penang. Walaupun untuk short vacation, tapi so far berjalan dengan kawan-kawan baik memang seronok lain macam. Lupa segala beban kerja. Penat sikit tu biasalah kan. Asalkan gembira cukuplah. Sambung nanti ok!



22 comments:

  1. Terus rasa nak balik Penang makan Serabai

    Dah try rojak tonggek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak rojak tonggek tak pernah cuba lagi! kat mana tu???

      Delete
  2. gamba lawa. kita pun suka penang! makanan thorbaikkk :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah pakai phone je awak. mana yang sempat

      Delete
  3. tempat yg sy suka..Penang!! Hehe...fuhhh coconut shake tu kenapa nmpk mcm best sgt? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah memang ramai yang suka dengan penang... coconut shake tu memang sedap habis! awwwww awwww

      Delete
  4. bestnya jalan-jalan! mieza nak pegi penang jugak nanti, insyaAllah dah kerja nnt boleh la sebab ada bajet nak berbelanja utk overall trip :) nasib baik kawan baik org Penang, dia kata tido rumah dia je nanti. tak sabar nak tunggu next update, rindu kak nanie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kalau ada kawan orang tempatan jadi dia boleh bawak kita jalan-jalan! rindu mieza juga. take care sayang!

      Delete
  5. Replies
    1. rasa rasa jangan tak rasa serabai kalau singgah penang!

      Delete
  6. Bestnya jalan2 makan angin.. Akak pun dah lama tak ke Penang.. Dulu pegi masa tahun 2009.. Tubpun atas urusan keje.. So tak sempat sangatla nak pusing2 tgk tmpat menarik.. Huhu..
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah short vacation je kak! mana yang sempat jalan kita pg je... hehehehe

      Delete
  7. seronok kan jalan jalan penang..paling best bab makanan memang sedap murah dan banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penang memang famous kan dengan makanan dia. yes murah dan sedap!

      Delete
  8. Malunya Miera... sebagai orang Penang... belum sampai kat flea market rope walk lagi... ataupun makan serabai... hahahah.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah orang Penang patut cuba semua kan! heheheeh :) takpe balik kampung nanti cuba lah ye!

      Delete
  9. ya Allah, utagha memang antara tempat yg naaakkk sgt pergi. dulu last p masa umur 3 tahun kot.

    ReplyDelete
  10. Owh kampungku. rindu..
    Serabai & Mee Sotong tu perghhh terbaik! Kedai antik tu cam kedai BFF Ty , Nanie.

    ReplyDelete
  11. hahahha tgh usha info sni sbb kt pon nk ke penang sabtu ni!!! JJCM jugak yeahhhhh nk try serabai tu!!

    ReplyDelete
  12. Cantik pemandangan Penang, lama tak pergi ke sana.. huhuh

    ReplyDelete
  13. Saya pun baru jer p penang last month. Dapatlah lepaskan tekak mengidam char koew teow =)
    Serius penang tempat yg best kalau nak berjalan, dulu masa study sana tak sempat nak round satu penang, rasa rugi pulak....

    ReplyDelete
  14. sedapnya serabai Nani.. eyza dh lama x makan... kalau balik penang pun, jarang pg belah pulau... ni yg buat nak balik kampung ni..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork