Pelancaran Bene Premium Rougeria & Bene Premium Bluria Syampu Bebas Silikon Terbaik Dari Jepun!
12:11:00 AM
Assalamualaikum semua
Fuhyoh! Lama gila Nanie tak bukak blog. Hampun-hampun-hampun. Memang kebelakangan ni schedule Nanie tak berapa nak cun. Balik je kerja terus terbongkang. Weekend pulak ada urusan lain. Haih... kadang tu, nak bermanja dengan diri sendiri pun tak sempat. Hehehe. Mengada! Eh, tapi yang ni Nanie nak share something. Pasal penjagaan rambut. Dalam sibuk-sibuk Nanie tu, bab rambut Nanie memang utamakan. Suka sangat bila mandi syampu and belai-belai rambut. Fefeling je kan time mandi. Tapi... korang tahu tak yang syampu biasa mempunyai kandungan silikon dalamnya?
Apa fungsi silikon? Silikon dalam syampu berfungsi untuk melembutkan rambut kita. Silikon yang digunakan dalam syampu terbahagi dua iaitu Water Soluble Silicone, dan Non-Soluble Silicone. Silikon yang jenis Non-Soluble yang kerap digunakan dalam syampu biasa dan menutup kulit kepala kita dengan bahan kimia. Perkara ini secara tak langsung boleh menyebabkan lebih banyak masalah kulit kepala dan keguguran rambut.
Oleh itu, mari Nanie perkenalkan satu jenama syampu terkenal dari Jepun iaitu Bene Premium Bluria & Rougeria yang BEBAS SILIKON serta boleh memberikan KESEGARAN BERPANJANGAN serta MEMBAIKPULIH KULIT KEPALA & RAMBUT kita!

Beberapa minggu lepas, Nanie berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran Bene Premium Bluria dan Bene Premium Rougeria ni bertempat di Zebra Square. Brand ini baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan Butterfly Malaysia telah dijemput secara eksklusif untuk menyaksikan majlis pelancarannya.

Produk Bene Premium Bluria diciptakan untuk mereka yang mengalami masalah kulit kepala. Sesetengah dari kita salah dalam pemilihan syampu kerana kita tidak tahu jenis kulit kepala kita. Ada orang yang jenis oily scalp, ada yang dried scalp. Jadi Bene Premium Bluria menyihatkan kulit kepala serta menyeimbangkan minyak untuk kulit kepala kita dan paling penting ia BEBAS SILIKON! Kandungan untuk Bene Premium Bluria juga adalah dari bahan semulajadi seperti ektrak betik, avocado dan kiwi yang mana telah terbukti berkesan dalam penjagaan kesihatan kulit kepala.
Bagi mereka yang mempunyai masalah rambut yang serius, korang perlu perbaiki masalah kulit kepala terlebih dahulu. Rambut yang sihat berasal dari kulit kepala yang sihat kerana penghasilan minyak yang terkawal mampu menjadikan rambut tampak segar dan glowing dengan cantik!


Semasa majlis pelancaran tu, selain daripada pengenalan mengenai produk Bene Premium Rougeria dan Bene Premium Bluria ni, kami juga diberikan pelbagai tips dan trick dalam penjagaan serta dandanan rambut. Walaupun Nanie bertudung, tapi sapa kata tak boleh nak main dandan rambut? Hehehe. Ada masa gatal jugak tangan ni buat itu ini pada rambut!
Bagi mereka yang nak cuba dan nak dapatkan Bene Premium Rougeria dan Bene Premium Bluria, kedua-dua range ini yang mengandungi syampu, perapi, hair mask dan hair oil ni boleh didapati di mana-mana cawangan Watson seluruh Malaysia. Untuk harga pula, pada Nanie adalah berpatutan dan details seperti berikut :
Bené Premium Rougeria Range & Price List:
Bene Premium Rougeria Delicious Repair Shampoo 530ml RM43.90
Bene Premium Rougeria Delicious Repair Treatment 530ml RM43.90
Bene Premium Rougeria Delicious Repair Hair Mask 210g RM43.90
Bene Premium Rougeria Delicious Repair Hair Oil 40ml RM43.90
Bené Premium Bluria Range & Price List:
Bene Premium Bluria Delicious SPA Shampoo 530ml RM43.90
Bene Premium Bluria Delicious SPA Treatment 530ml RM43.90
Bene Premium Bluria Delicious Spa Hair Mask 210g RM43.90
Bene Premium Bluria Delicious Spa Night Care Milk 115ml RM43.90
=======================================================================
Maklumat lanjut boleh klik link-link berikut :
Website : www.bluria.com.my
Website : www.rougeria.com.my
Facebook : www.fb.com/pages/Bluria-Rougeria-Malaysia
2 Inspirasi Dari Pembaca
Kenapa botol dia tu comel sangat..memang menarik orang nak beli je :) ada bajet boleh beli ni
ReplyDeleteKadang kena keluar bajet lebih juga untuk pnjagaan diri kan . (Y)
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!