Tuesday, February 17, 2015

Review Bene Premium Rougeria & Bluria

Assalamualaikum semua

Mana-mana yang follow Instagram Nanie (@innanieariffin) mesti tau, dua minggu lepas Nanie dan keluarga holiday ke Pantai Timur. Dah alang-alang nak hantar adik kat UMT, Nanie and keluarga decide untuk ke Kelantan dan Terengganu. Alhamdulillah Nanie diberik kekuatan untuk memandu ke Pantai Timur. Walaupun memang lah jauh perjalanannya kau! Sepanjang Nanie di Pantai Timur, Nanie dah pilih home stay yang siap dengan kolam renang. Kami adik beradik ni jenis suka main air. Macam budak kecik kan? Hahahah. Tapi kami pilih yang ada private pool lah. Baru tak segan nak mandi kan? Nak kuak lentang, kuak kupu-kupu semua boleh. 


Tapi...seperkara yang Nanie perasan, bila Nanie mandi kolam tu... rambut Nanie jadi agak sedikit kasar dan keras. Mungkin kesan klorin agaknya. Mujur Nanie bawak syampu kegemaran Nanie masa holiday tu. Nanie rasa syukur sangat diperkenalkan dengan Bene Premium Bluria & Bene Premium Rougeria. Memang sangat membantu!


Rimas rasanya bila rambut kasar. Susah nak diurus. Nak sikat susah, nak ikat susah. Rasa tak selesa kan. Jadi, Nanie decide lepas je mandi swimming pool terus Nanie akan cuci dan basuh rambut Nanie dengan Bene Premium Rougeria. Yang warna pink tu memang berfungsi untuk melembutkan mencantikkan rambut kita. 

BENE PREMIUM ROUGERIA


Bene Premium Rougeria dikhususkan bagi mereka yang mencari penyelesaian bagi masalah rambut. Didatangkan dalam 4 jenis range product iaitu : 

1. Bene Premium Rougeria Delicious Repair Shampoo 
2. Bene Premium Rougeria Delicious Repair Treatment 
3. Bene Premium Rougeria Delicious Repair Hair Mask 
4. Bene Premium Rougeria Delicious Repair Hair Oil 

Keempat-empat produk mereka melengkapkan penjagaan rambut Nanie. Dari luar sampai ke dalam. Dengan hair masknya, dengan hair oil sekali. Ianya cukup untuk menyegar dan menyihatkan rambut kita secara menyeluruh. 


Pengalaman Nanie sendiri yang dah pakai hampir sebulan ni, Nanie perasan yang rambut Nanie semakin kurang berminyak. Masalah rambut kering dan berbuah juga semakin tiada. Bila kurang minyak, maka kelemumur juga tidak terhasil. Paling Nanie suka adalah Hair Oilnya. Hair oilnya menjadikan rambut Nanie sangat lembut dan bertahan lama kelembutannya tu. Selain tu, baunya juga segar dan membuatkan Nanie suka belai rambut sendiri. Heheheh! Bila Nanie dah jatuh cinta dengan Bene Premium Rougeria ni, memang Nanie tak pandang yang lain dah...


Khasiat epal yang digunakan dalam Bene Premium Rougeria menjadikan rambut Nanie semakin sihat hari demi hari. Ekstrak epal yang kaya dengan vitamin mampu menjadikan rambut bebas kelemumur dan semakin sihat bersinar. Malahan ekstrak apple ini juga telah diyakini sebagai salah satu conditioner terbaik untuk kesihatan rambut. 

BENE PREMIUM BLURIA 


Bagi Bene Premium Bluria pula, Nanie akan gunakan seminggu sekali. Ini kerana untuk range yang ini mereka memfokuskan kepada yang mempunyai masalah kulit kepala. Sebab tu, semasa Nanie menghadiri pelancaran produk ni, mereka mengajar Nanie bagaimana untuk mengenal pasti jenis kulit kepala kita. Bila kita tau masalah kulit kepala kita, sama ada jenis berminyak atau sebaliknya, maka lebih mudah untuk kita memilih syampu mana yang sesuai dengan kita. 

Seperti Nanie, Nanie tak punya masalah kulit kepala. Cuma sekali sekala je rasa gatal. Mungkin disebabkan pemakaian tudung yang lama kan? Tapi Alhamdulillah, kulit kepala Nanie jenis yang sihat dan tidak bermasalah. Namun, kalau hari ni tak bermasalah, tak kan lah kita tak nak jaga kan? Kena jaga dari sekarang supaya kekal sihat. 


Bagi perempuan bertudung macam Nanie, masalah kulit kepala yang biasanya menyerang adalah pembentukan kelemumur. Sebab itu, Bene Premium Bluria menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak papaya, kiwi dan avocado. Kesemua sayuran hijau ini mempunyai enzim yang bagus untuk kesihatan kulit kepala kita. 


Sama seperti tadi Bene Premium Bluria juga ada 4 range penjagaan kulit kepala iaitu : 

1. Bene Premium Bluria Delicious SPA Shampoo 
2. Bene Premium Bluria Delicious SPA Treatment 
3. Bene Premium Bluria Delicious Spa Hair Mask 
4. Bene Premium Bluria Delicious Spa Night Care 

Of course lah, ada yang Nanie suka iaitu Bene Premium Bluria Spa Night Care ni. Nanie memang pakai sebelum Nanie tidur. Dengan bauan Bluria Rose yang sangatlah sedap dan lembut, ia juga menjadikan rambut Nanie bertahan lembut. Bila bangun pagi, kita mandi terus boleh rasa rambut kita lembut bak sutera. Iyer, Nanie mandi pagi tu ralit main rambut sebab fungsi Spa Night Care ni mengembalikan struktur rambut kita secara semulajadi. 



Secara keseluruhannya, Nanie memang suka dengan produk Bene Premium ni. Dua-dua memberikan kebaikan dan kesihatan kepada rambut Nanie. Dengan harga yang berpatutan di tambah pula dengan ciri silikon-free membuatkan Bene Premium antara syampu rambut yang memang Nanie suka. Nanie cadangkan sekiranya korang ada masalah rambut, cubalah dapatkan Bene Premium ni. Mesti korang suka! Masalah rambut hilang, keyakinan pun datang!

Maklumat lanjut boleh klik link-link berikut : 


KLIK SINI untuk tahu dimana nak dapatkan Bene Premium Bluria @ Bene Premium Rougeria ini! 




6 comments:

  1. nani dtg teganu singgah la umh saye!
    :D

    ReplyDelete
  2. kita klik fb page dia xde pulak kak nanie. kat mana ada jual range ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mieza, sebelum ni FB dia ada... oh kalau mieza nak beli, dia mula dijual di Watson...

      Delete
  3. nak cari semalam kat Watsons KLCC tapi tak jumpa... huhuhu

    ReplyDelete
  4. memang menarik shampoo ni kan..bagus ada jalan penyelesaian untuk rambut bermasalah ni

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork